Ads

U for Life – The first online life insurance!

48hours sponsored post.

Pepatah melayu seperti sediakan payung sebelum hujan, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah, nasi sudah jadi bubur, memang ada kebenarannya. Jangan kita main-main 🙂

RM-ZS

Hari ini kita memang sihat sejahtera dan walafiat tapi esok lusa tiada sapa yang tau. Hari ini kita berupaya, esok lusa berdayakah kita? So memang wajib sediakan payung sebelum hujan! Atau pepatah yang lebih tepat zaman sekarang ni ialah sediakan insurans sebelum terlambat 🙂

Ingatlah pada orang yang kita sayang, tergamakkah kita tinggalkan diorang terkontang-kanting bila kita dah takde nanti. At least dengan adanya insurans ringanlah sikit beban yang mereka tanggung.

Lebih-lebih lagi hakikat bahawasanya rakyat Malaysia secara umumnya adalah under-insured merupakan trend yang sangat membimbangkan.

Memang banyak insurans kat market hari ini. Sampai naik pening la nak pilih yang mana satu. So untuk tak memeningkan korang, nak cari sana sini, hari ni Akak nak bercerita tentang the first online life insurance.

Sebelum tu sedikit nasihat dari Akak tentang pembelian insurans ni adik-adik semua, belilah semasa kita masih muda kerana masa tu premium insurans lebih rendah. Tapikan insurans yang Akak nak kongsikan ni kos tidak lagi menjadi isu sebabnya apa yang ditawarkan memang menarik dan mampu milik sangat.

UforLife

So back to apa yang Akak nak kongsikan tadi, U for Life isthe first online life insurance yang menawarkan premiumnya dari serendah RM9.85 sebulan untuk RM100,000 coverage! As I said, ini memang mampu milik, tiada alasan untuk tidak berinsuran lagi 🙂

Tapi apa yang lebih menarik tentang U for Life insurance ini ialah kita boleh membeli their life insurance products secara online sahaja dan registration only takes up to 10 minutes in which polisi insurannya (e-policy) akan dikeluarkan serta merta!

UforLife2

Jom tengok betapa mudahnya membeli U for Life insurans ni

So Akak rasa inilah cara yang paling mudah, segera dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia supaya dapat menikmati perlindungan insurans ataupun meningkatkan perlindungan diri kita.

Selain dari itu their Term Life Insurance covers up to RM500,000 tanpa perlu membuat medical check-up, critical Illness Rider available up to 25% of life cover and death benefit doubles for death by accident.

UforLife3

Jawab soalan-soalan ini

UforLife4

Terus dapat tau quotation harga premium dia 🙂

Mesej utama yang U for Life ingin sampaikan ialah pembelian produk insurans hayat kini begitu mudah, segera dengan harga yang berpatutan kerana kita kini mempunyai kawalan penuh ke atas apa yang kita beli dan paham sepenuhnya apa yang kita bayar. Jangan main hentam keromo jer, main beli jer insurans tapi tak paham apa-apa!

UforLife5

So summary of the quote, kalau OK boleh terus proceed beli online, senang jer kan 🙂

Frankly speaking 5 of us are insured with insurans even Zeeshan was insured dari dalam perut lagi. Me personally memang is an organised person and always in preparation for unexpected incidents. We don’t know what will happen kan, and if something unforeseen were to occur, at least I know the kids especially their education is protected.

Alhamdulillah belumlah ada apa-apa lagi perkara yang tak diingini berlaku, hendaknya begitulah insyallah. Just imagine jika kita ditakdirkan ditinggalkan suami, sedih meraung sudah semestinya, tapi kita must go on, at least dengan adanya coverage insurans dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung terutama dari segi kewangan. Banyak dah contoh ataupun berita-berita yang kita baca tentang kes-kes yang takde dilindungi insurans ni. Makin bertambah-tambah beban yang ditanggung, sudah jatuh ditimpa tangga! So act now!

U for Life Sdn Bhd berazam menjadikan Malaysia fully-insured population. Maka mereka dengan bangganya menjadi yang pertama dalam kos rendah dan pembelian kadar segera untuk produk life insurance over the internet untuk Malaysians. Dan yang bagusnya, their paperless process isn’t just a breeze; ia menjadikan process pembelian lebih efficient dan mudah untuk kita!

So come, let’s try Malaysia’s first internet insurance yang menawarkan end-to-end life insurance solutions.

For more info, log on to https://uforlife.com.my/
Ataupun LIKE their Facebook Page https://www.facebook.com/uforlifemalaysia

Comment: 5

SSPN-i – Simpan dan Menang!

.

Akak rasa ramai yang sudah sedia maklum dan tahu apa fungsi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ni. Kalaupun tak tau, at least for sure tahu pasal PTPTN kan? Sebut PTPTN, Akak rasa satu Malaysia tau hiks. So secara ringkasnya SSPN-i ialah salah satu produk PTPTN. Tapi malangnya ramai yang masih tak tahu pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i ini.

SSPN

Salah satu keistimewaan yang utama sekali mengenai SSPN-i ini ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM6000 setahun. So secara tak langsungnya di sini kita dah untung dua benda, satu obviously la pelepasan cukai, keduanya pula tentulah simpanan masa depan yang disimpan dalam SSPN-i. Sambil menyimpan dapat tax relief lagi. Tak ke untung? Bila dapat pelepasan cukai yang tinggi, pulangan dari income tax pula sudah semestinya banyak. Untung lagi tu 🙂

Keistimewaan lainnya pula ialah apabila anak-anak kita mempunyai akaun SSPN-i, diorang secara automatiknya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi kerana pelajar yang mempunyai akaun SSPN-i sahaja yang layak memohon. Kalau takde, minta maaf banyak-banyaklah ya.

SSPN2

Lagi pun Skim SSPN-i direka khas oleh PTPTN supaya dapat menggalakkan kita sebagai ibubapa menabung ataupun mempunyai simpanan kewangan sendiri bagi tujuan anak-anak melanjutkan pelajaran tanpa perlu bergantung kepada pinjaman semata-mata. Disamping itu secara tak langsung kita dapat memupuk budaya ataupun amalan menabung dari anak kita kecil lagi. Tak gitu?

 

Bukan itu sahaja, SSPN-i juga menawarkan Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10000 kepada keluarga yang layak. Mereka yang berpendapatan sehingga RM4000 adalah layak untuk menikmati pemberian geran sepadan sekiranya anak mereka mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pemberian geran ini secara tak langsung, meningkatkan lagi daya usaha anak-anak kita untuk belajar dengan lebih tekun.

Ditambah pula dengan kadar dividen yang kompetitif, sebagai contoh kadar dividen SSPN-i pada tahun 2014 ialah sebanyak 4.25%, so do your own math 🙂 Bagus ke tak bagus?

Dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan lain seperti perlindungan takaful dan khairat kematian secara percuma dan lain-lain lagi.

SSPN3

Tapi yang paling WIN sekali ialah PTPTN juga menganjurkan cabutan hadiah kepada yang bertuah iaitu Simpanan Bonanza! dan Simpanan X-Tra Bonanza! dengan menawarkan pelbagai hadiah yang cukup lumayan!

Dan terkini, PTPTN turut memperkenalkan promosi cabutan hadiah terbaharu iaitu Simpanan Vaganza!

Banyaknya za za za ni Kak Red…

Actually dari tahun 2012 lagi PTPTN dah menganjurkan cabutan hadiah ni, korang jer baru tahu kan kan…

So untuk terus menarik minat menyimpan di kalangan masyarakat kita, PTPTN meneruskan lagi Simpanan Bonanza!  dan Simpanan X-Tra Bonanza! ni. Bayangkan tahun lepas sahaja, hadiah wang tunai RM200,000 bagi pemenang Simpanan X-Tra Bonanza! ni 🙂

Dan on top of that satu lagi program cabutan hadiah baharu iaitu Simpanan Vaganza! iaitu cabutan hadiah yang akan dibuat mengikut zon.

Zon terbahagi kepada 5 iaitu:

i)             Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang)

ii)            Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang)

iii)           Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)

iv)           Zon Borneo (Sabah, Sarawak & Labuan)

v)            Zon Barat (Perak, Selangor, K.Lumpur & Putrajaya)

Dengan serendah RM500 sahaja dalam tempoh promosi ini, pendeposit layak menyertai dan berpeluang menang hadiah Simpanan Vaganza! ini.

Apa hadiahnya Kak Red?

Untuk Simpanan Bonanza!  dan Simpanan X-Tra Bonanza! antara hadiahnya ialah Honda HR-V 1.8L V, Proton Iriz 1.3L Executive CVT, Motosikal SYM VTS 200, Samsung Galaxy Tab 4 7.0 LTE, Ipad Mini dan BMW 320i Sport Edition!!!

Dan untuk Simpanan Vaganza! hadiahnya pula, Motosikal Yamaha 135LC, Macbook Pro 13’ Retina Display, TV LED 40 inci dan iPad Mini.

Wow this is awesome! Dengan pelbagai keistimewaan yang Akak cerita atas tadi, ditambah pula dengan hadiah-hadiah hebat macam ni, takde alasan lagi kalo korang tak membuka akaun simpanan SSPN-i ni.

Tapi kena cepat sebab ade tempoh-tempoh tertentu untuk cabutan-cabutan hadiah tu. So jangan lepaskan peluang keemasan sebegini begitu sahaja. Untung dan nasib baik kita tak sapa yang tau 🙂

SSPN4 SSPN5 SSPN6

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, saluran-saluran rasmi PTPTN adalah seperti berikut:

a)    Portal rasmi PTPTN :  www.ptptn.gov.my

b)    Icare PTPTN : icare.ptptn.gov.my

c)    Hotline PTPTN : 03-2080 4455

d)    Facebook Rasmi PTPTN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN)

e)    Twitter Rasmi PTPTN : @twitptptn

Selamat menyimpan dan menang hendaknya 🙂

Comment: 8

Klik dengan Bijak!

 

Baru-baru ni ade orang tag Akak kat facebook bertanya betul ke Akak ada FB Page Make Money Online?

Eh mana ader adik oii! Akak ada FB page redmummy.com tu jer.

Rupa-rupanya ada orang sudah gunakan gambar Akak yang masuk paper dulu tu sebagai daya tarikan untuk memancing orang ramai masuk ke FB Page diorang tu! So dengan segera Akak buat tindakan supaya gambar tu dipadam. Dan sudah terang-terangan yang FB Page tu memang scam yang cuba memperdayakan kita semua. Inilah yang dinamakan Identity Theft! Di mana mereka yang tak bertanggungjawab ni menggunakan nama dan informasi orang lain semata-mata untuk mengaburi dan menipu orang ramai. Jadi sentiasalah berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga!

Luckily adik yang bertanya tadi mengambil langkah bijak, menyiasat dahulu disebalik info dan gambar yang ada sebelum mencuba scam make money online tadi tu 🙂

Dengan penggunaan internet yang sangat meluas di zaman ini, boleh dikatakan semua lapisan masyarakat tak kira kecil besar tua ataupun muda, masing-masing ada capaian internet even di hujung jari. Sama juga di negara kita ini, peratusan celik internet semakin meningkat naik.

klikdenganbijak

Begitu juga dengan sistem-sistem dalam talian yang sedia ada, begitu memudahkan kita untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih efficient dan pantas, contohnya pembayaran bil secara online, berjual beli dalam talian memang menjimatkan masa dan tenaga. Akak memang suka sangat shopping online ni, dah jadi macam hobi plak hai 🙂

Tapi apa yang Akak nak tekankan di sini ialah supaya kita menjadi pengguna internet yang bijak, berhemah dan yang paling penting bertamadun. Fikir semasaknya sebelum klik, komen ataupun sebar apa sahaja maklumat yang kita peroleh dari internet tanpa usul periksa.

Ya ini memang banyak yang telah berlaku sekarang, sesuatu perkara yang belum pasti kebenarannya menjadi viral kerana dek kerakusan kita berkongsi tanpa usul periksa terlebih dahulu terutama di sosial media. Benda yang bukan isu pun merebak bagaikan isu besar kerana ianya dibatu api dan ditokok tambah pelbagai perisa. Ini memang sangatlah bahaya!

klikdenganbijak2

Semakin luasnya penggunaan internet bermakna semakin besarlah jugak gejala yang tidak sihat. So senantiasa berwaspadalah dengan scam-scam yang berleluasa sekarang ini, tak kiralah samada financial scams, love/relationship scams, ataupun lain. If it’s too good to be true, janganlah tunduk terus percaya! Bukan sahaja scam, penyebaran berita palsu, perkongsian maklumat sulit peribadi or oversharing, hate comments, cyber bullying, dan macam-macam lagi perkara yang tidak sihat seperti ini, mestilah kita bijak lari dan jauhkan diri. Lebih-lebih lagi anak-anak kita yang masih kecil ataupun meningkat remaja, tolong monitor aktiviti online mereka ya! Sebab mereka ni diperingkat yang ingin tahu so banyak perkara yang mereka ingin cuba 🙂

klikdenganbijak3

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita actually oversharing sesuatu informasi yang tak sepatutnya! Hal sedemikian actually boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita sendiri tanpa kita sedari. So be carefull! Jangan manjang nak check-in jer!

Lebih-lebih lagi kalau Love/relationship scam, memang Akak sangat risau dan concern kalo anak-anak akak terjerat dengan scam macam ni. Diorang ni masih kecil mungkin tak tau apa-apa dan akan terus percaya apa sahaja yang diorang baca tanpa usul periksa. Minta sangat dijauhkan dan jangan lah sampai terjebak dengan gejala sebegini! So sebagai langkah berjaga-jaga, Akak memang selalu check apa yang anak-anak Akak buat bila online, website apa yang diorang visit, games apa yang diorang main dan dengan siapa diorang chat. Memang wajib diperiksa semua ni! Bukan kita tak percaya, cuma macam Akak cakap tadi, budak-budak ni tinggi couriosity diorang, so banyak benda yang diorang nak explore gitu.

Lagi satu yang Akak nak tekankan dan ini antara yang sangat penting supaya kita sentiasa alert ialah Financial scam! True story just happen to my niece, di mana dia terima panggilan telefon mengatakan dia dah menang wang RM5000! So apa lagi sukalah dia bila dengar menang wang tunai dan tanpa usul periksa memberi no akaun bank kepada pemanggil tadi. Selepas 10 minit dia suruh my niece pergi check balance sebab dia cakap dah masukkan duit. Of cos la duit tu takde, dan pemanggil tadi memberi alasan ada masalah bank transfer dan meminta dia memberi no siri ATM card dan juga nombor ATM pin! Masalahnya my niece ni dah kabur mata bile dengar duit RM5000 tadi, tanpa fikir panjang terus bagi apa yang diminta. Luckily takde duit dalam bank akaun dia, kalau tak habis licin kena sebat! Apalagi kena syarahan panjang la my niece tu! Pengajarannya janganlah kita kabur mata dan hati bila mendapat tawaran lumayan yang too good to be true, mesti ada udang disebalik batu!

So kempen MCMC Klik dengan Bijak ini mensasarkan dan bertujuan mengajak kita senantiasa berjaga-jaga dalam setiap aspek samada dari segi security dan safety semasa kita online. Disamping itu, mewujudkan budaya bertanggungjawab serta penggunaan yang positif berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

klikdenganbijak4

Penyertaan dan sumbangan, juga keupayaan kita untuk menilai dan navigasi, pemilihan kandungan yang tepat, perlindungan dan pemulihan, dan yang paling penting menghormati Rukun Negara semasa kita berinternet.

So ingat netizens semua, #klikdenganbijak!

Comment: 5

Bertukar ke Planta yuk!

.

IMG_7096

Selain pencinta merah, akak juga pencinta sangat telur goreng. When it comes to telur goreng, akak memang cerewet! My preferred kind of telur goreng mestilah tepi putihnya garing, dan kuningnya mestilah cair atau half cook gitu, atau kadang-kadang orang panggil telur goreng goyang. Selain tu sudah semestinya aroma baunya yang segar baru digoreng memang sangatlah menyelerakan.

IMG_7074

So baru-baru ni akak dijemput sama menyertai event #telurgorengplanta. Pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya. All this while memang Planta la peneman setia telur goreng akak. So kesempatan ni memang la akak gunakan sepenuhnya untuk mengorek rahsia ramuan telur goreng yang lazat menggunakan Planta.

IMG_7088

I was blindfolded to see whether I can differentiate which telur goreng yang digoreng menggunakan Planta and which one digoreng dengan minyak masak.

IMG_7108

As I mentioned earlier, since akak dah lama use Planta untuk menggoreng telur, senang sangatlah akak meneka dengan tepat!

But on top of that, kita juga dapat membezakan dengan sangat ketara perbezaan telur yang digoreng dengan Planta adalah lebih beraromatik, rasa yang lebih sedap dan crunchier disamping tepinya yang rangup warna keemasan 🙂 My favorite kind dan memang membuka selera! Not only that, the media and guests yang hadir for the event also agreed that the #telurgorengplanta is relatively better as proven by the voting results from the blindfold taste test!

Even dengan simple cooking recipe which is dengan hanya 1 sudu Planta + 1 biji telur, kita akan mendapat 1 telur goreng yang lazat tanpa perlu tambah any seasonings seperti garam, gula, lada atau lain-lain.

Lebih-lebih lagi kita as a mother yang sibuk dengan pelbagai tugasan rumah, mana nak jaga anak lagi, nak masak lagi so memang senang sangatlah menggoreng telur dengan Planta ni jika nak bandingkan menggunakan minyak masak. Plus dengan Planta tak de la merecik-recik semasa menggoreng tu, tak macam bila guna minyak masak 🙂

IMG_6098

 

Planta merupakan jenama marjerin yang terkemuka di Malaysia dari Unilever (Malaysia) dan menjadi warisan yang memang sudah diketahui dan dipercayai ramai. Juga digunakan untuk membuat roti, kek dan juga biskut.

Planta dikategorikan dibawah Marjerin Ambient yang pada asasnya bermakna ia boleh disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Senang cara penjagaan dan cara simpanannya. Just that bila menggunakan, pastikan alat ataupun the utensil to scoop the Planta tu, bersih & kering ya.

Marjerin Planta memang senang didapati di mana-mana sahaja pasaraya di seluruh Malaysia dengan harga RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Harga dah termasuk GST ya 🙂

IMG_7136

Sekarang korang dah tahu yang Planta lah disebalik telur goreng yang lazat dan berkhasiat even kids love it dan Planta indeed membuat perbezaan ini dan #telurgorengplanta buktinya!

Untuk maklumat lebih menarik tentang Planta, jangan lupa to LIKE Planta Facebook Page!

Khidmat pesanan masyarakat Planta is brought by Redmummy.com

Comment: 7

McDonald’s new Happy Meal Book Programme!

.

IMG_7298

 

Rasanya dah lama tak pergi singgah McDonald’s ni. Eh chop, hari tu ada lepak makan breakfast dia kat KLIA sebelum terbang ke Jakarta. Tapi both me and hubby jer la. Cuma kids jer lama tak bawak depa pergi McD.

Bila sebut McD, for sure korang ingat McDonald’s hanyalah restoran fast food semata-mata kan? Well technically yes, but the most important part, apart from menjadi makanan kegemaran anak-anak kita, they brings happiness to our kids 🙂 with their big smiley Happy Meal set. Bila kids happy, kita lagi lah bertambah-tambah gembira. Itu yang kita mahukan, as long as kita moderate, not too much, not too less gitu.

IMG_7187

Personally for me, as long as we are all together, I treat as family activity. Banyak benda boleh kita buat bersama-sama dengan anak-anak sambil-sambil makan McD. Normally me as mak biasalah just ask and borak-borak with them about school, their friend dan macam-macam. Tapi RD suka main mind games or IQ tests even berteka-teki 🙂

IMG_7230

And kalau diorang ada new story books, they’ll baca buku sambil me and RD kejar Zeeshan yang berlari-lari pusing di McD‘s playground hiks. For me, this quality time is actually really important and significantly bring more positive vibes to our family values.

IMG_7214

 

So recently McDonald’s baru sahaja memperkenalkan programme terbaru mereka iaitu Happy Meal Book Programme and I’m sure this programme will bring more happiness to kids specifically and to us the whole family generally. So it’s time to bring the kiddos there 🙂

Apa Happy Meal Book Programme ni Kak Red?

McDonald’s memperkenalkan Happy Meal Book Programme ini sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan aktiviti kekeluargaan dan menjadikan membaca sebagai kegiatan yang menggembira dan menceriakan. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkukuhkan unit kekeluargaan dengan melibatkan anak-anak kita dalam pembacaan yang menyeronokkan. Bila sesuatu aktiviti itu menyeronokkan, anak-anak kita dah tentu tak jemu nak buat. Tak gitu? Especially tabiat membaca yang agak susah untuk dipupuk pada anak-anak zaman gadjet ni. Akak memang setuju sangat dengan langkah baik ini!

IMG_7266

Selain itu juga McDonald’s akan mengadakan beberapa aktivti-aktiviti menarik di restoran-restoran mereka yang terpilih seperti peraduan story-telling, Book Time bersama Ronald McDonald dan berjumpa sendiri dengan aspiring local authors.

IMG_7295

On top of that, Happy Meal Book Programme will features buku cerita dari siri Watch Me Grow by renowned publisher – DK Publishing

IMG_7208

 

Bukan itu sahaja, restoran mereka juga akan dihiasi dengan tema yang sekaligus mewujudkan persekitaran yang simulative untuk keluarga kita. Bertemakan dunia bawah air, anak-anak kita dan kita sebagai ibu bapa akan berpeluang menjamu selera dengan lebih menyeronok dan menceriakan 🙂

Tambahan itu, McDonald’s juga akan menderma sehingga 10,000 buku Happy Meal kepada pelbagai rumah anak yatim dan pertubuhan amal untuk memastikan bahawa bahan bacaan sampai kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. McDonald’s berharap sumbangan ini boleh membantu untuk merangsang anak-anak untuk mula membaca seawal yang mungkin. Sumbangan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kepada penerima terpilih di seluruh negara. Bagus sungguh usaha McDonald’s ni. Akak memang sokong langkah murni macam ini!

IMG_7245

So now kita ada new aktiviti untuk weekend ni, to participate dalam Happy Meal Book Programme 🙂 Korang pun boleh join sama, just remember the list of participating restaurants for the weekend activities as per below:

No.

Venue

Date and Time

1

Kota Damansara

9 May – 10:30am

2

Jalan Gopeng, Perak

9 May – 10:30am

3

Greenlane, Penang

10 May – 10:30am

4

Titiwangsa

10 May – 10:30am

5

Batu Caves

10 May – 3:30pm

6

Bukit Indah, JB

15 May – 4:00pm

7

Mutiara Rini, JB

16 May – 10:30am

8

Kota Laksamana, Melaka

17 May – 10:30am

9

Klang Sentral

17 May – 10:30am

10

Kota Emerald

17 May – 3:30pm

11

Kota Damansara

23 May – 11:00am

IMG_7182

 

Untuk info lanjut jangan lupa LIKE McDonald’s Malaysia Facebook atau layari website McDonald’s

Comment: 12