AJL

Debaran AJL25!

cam biasa

kita pi cover jugak

so tunggu the updates, memang nak kuorkan semua gambars by tonite gak coz esok kilijaaaaaaaaaaaa

sapa menang sapa kalah wa talak kisah

wa cuma suka tengok itu baju kasut handbags meletup2 jer hahahahah

stay tune!

Comment: 21

Siti dan AJL…

this is how it looks like kat orang sakit pinggang, dok terlentang atas katil update blog sambil layan AJL. ok no talking bout that cos i hv reviewed the AJL, detaily via tweeter, live lagi aku buat. sapa2 tak follow tweeter aku masak lah korang kan. siap bulu mata misai pun masuk lam review aku.

hater napa cameraman close up…

for me, conclusionnya wpun sapa pun yang menang, eh tahniah ek, penat aku ‘khatamkan’ korang nya lagu sambil belek kain baju props yang korang pakai. ada yang kedaung ada yang wohaiii…

so anw, pada aku pemenangnya ialah Tok Ti wpun dia tidak bertanding!

IMG20269

biar ramai pun yang tak sukakan siti, tapi sejak aku kenal dia umur 16taun, sejak dia baru nak masuk satu album, sejak dia makan kat wisma belia sambil aku makan dia kami jatuh cinta hati ke hati pandang pertama (wui very the lesbo), waktu tu sirman pun ada sama hikss…, sejak tu lah aku tak penah jauh hati ngan dia. cuma part dia nikah kawin ngan laki dia tu lah aku tak sokong but what the heck, she is still my lovely beloved singer. oh skang wisma belia tu pun dia dah tak tau kat ner pdahal itulah tpt dia makan, hotel kat wisma belia tu lah gak dia duduk masa baru2 nak naik jadi artis.

eh tadi ajl kan…

ha pada aku siti nya show lah yang paling aku bagi 18juta reds bintang. amik ko tok ti…beranakkan ek…

u can give your idea comments on AJL, tak kisah. nak puji nak kutuk tok ti, tarak kisah. coz aku tepu, aku tetap pencinta siti sebagai seorang yang berjaya, anak kampung yang disegani ramai. hal personal remeh temeh dia, me put aside. aku lebih amik cara dia bekerja lah…take the positive side.

dia pakai tudung separuh ke, dia mak ajah kain ketat ke, dia dah makin lupa daratan ke, itu sume tak penting to me, asal sahaja dia tetap di hati saya….

oh aku turned down offer pi tengok live ajl kali ni coz aku tak sanggup tengok dr stadium lah, it s not a good view wpun di bawah. sedap lg tengok dari tv rumah lor…dengan nak beratur susup sasap, dengan nak balik jem hebat, dengan esoknya anak2 nak sek. eh tak yah lah.

dan aku ada nampak satu suspect dan subject utk big blog job aku, coming soon! (again the teaser has already come out in my tweeter, add me @redmummydotcom . with dotcom kay, not just redmummy.

Comment: 28

Behind the scene of AJL…

DSC09537

DSC09538

DSC09545

DSC09546

DSC09547

5 keping je aku rajin nak upload and watermark, kemudian aku decided untuk berenti kerana:

1. aku ada few entries lagi nak aku siapkan for keluaran siang hari

2. aku masih lagi capik dan tidak cukup tidur

3. aku ada lagik berpuluh ratusan komens korang yang aku lom jengah reply

4. semua gambars dah kuor bersepah merata2 dunia blog, so aku dah x de feel, kalo kuor kat blog aku dah basi. ai should have done that right after aku balik AJL, but aku dah x berdaya. lagipun it s our ann nite, laki aku suh benti pegang pc :(

5. so memandangkan aku dah malas nak watermark, aku letak je lah gambo2 aku lagi penting. evidence that ai was there at the event.

lagipun sebenarnya ada macam2 malang tak berbau sebenarnya telah terjadi sebelum AJL, during AJL, selepas AJL, in fact arinih aku nye anniversary pun ada jugakkkkkkkkkk yang tak patut terjadi, telah terjadi. So kita cerita satu2 lah dulu yer. esok akan kuor cerita2 yang pun buat aku  hangin n sentap.

dsc09527

macam2 hal lah, aku tak cukup tidur on sunday, aku berjaga sabtu malam tuh, pastu siang nya aku ke sana ke sini coz kalo aku dok umah ada gak aku tarik blanket gak. dah siap bagai tunggu adik aku, x jugak sampai2…doi mamat ni, tak pernah punctual lah ko Epi. n there u go, pas anto kids n barang2 etcs to umah neneknya, kami ke stadium. manusia adoiyaiiiiiiiii!

ramainya manusia cam semut.

img_5564

ai make it short lah yer, sebenarnya ada isu2 yang telah terjadi kat sini during the AJL, yang aku x boleh nak elaborate pepanjang, apapun thanks a lot to the 2 producers of TV3 yang rescued sirman. ehheheheeheh, korang mesti sibuk nak tau kan apa masalahnya, tp aku rasa biarlah kita keep it low menda nih. masalah ngan crew tuh aku tak nak panjangkan, lgpun benda dah solved.

Some of you did YM and SMS me kan masa AJL ni n they know that ai didnt really enjoy lah dok lam dewan sbb sblm tuh ada incident. Aku sebenarnya mahu pulang, tp bila problem dah solved sirman suh stay jugak till abih. My mind was not at AJL anymore. aku stayed cos the 2 men nak abihkan layan tengok the show.

dsc09674

well ok the show was good fantastic. satu2 nya show yang aku berenti ‘berangan’ ialah Stacy. rasa nak berdiri menyanyi nari sama ngan dia, tp agak2 lah kan mak merah. engko dah bukan muda.

anw, yelah kang ada yang tanya lagik, budak gambo atas nih suka gambonya diamik, dedua camera actually aku rasa penuh gambo dia. the only gambo yang dia x de bila aku nak bergambo ngan sirman so dia kena snapkan. gambo2 solo molo aku sume dia selit sama. eiiii!

Ai met my loyal readers, gambar tak menjadik pulak…the one that ai met masa kat semi final. masuk stadium jumpa depa, even nak balik pun terserempak sama.

dsc09679

ai look happy ke lam nih? no tak sangat. tapi to Akak Producer TV3 ku yang banyak membantu ‘menyelamatkan’ keadaan, saya sanjung budi bantuan akak wpun akak terpaksa segera tinggalkan kerja akak kejap. Ha korang nak tau jugak..oh tidak, bukan aku angkaranya, tp sirman hehehehehehehe. aku sekadar middle lady to everything.

Tapi, aku rasa jika diberi pilihan lagi tahun depan, aku hanya mahu pergi the semi finals, not the big grand event gini. too crowded! tengok pun tak berapa puas wpun dapat VIP pass. rasanya best lagik tengok kat umah kot. Mbe next time, aku harap2 sangatlah Sirman ajer yang pergi event yang hanya perlukan photographer. ai will do my review from the photos that he takes nanti. But kalau event tuh aku kena pergi, ok ai will go, but insyallah Akak Producer, saya rasa for final AJL saya tidak mahu lah pergi. Bagi pass kat Sirman n Bro saya je lah.

saya tak merajuk lah kak :)

Just that Semi Final, ai will definitely attend. insyallah.

dsc09673

selingan….aku rasa manusia paling seksi kat AJL tuh ialah wanita ini. aku suspect dia pelakon ke penyanyi ke extra ke wallahualam coz masa kat red carpet dia memang amik gambo sesama. tapi tak kenal lah, mbe artis baru  nak naik…serious babe seksi. dan dia asik berlegar ke hulu ke hilir lepas abih the AJL, aku kan dok tunggu sirman snappy, so keje aku nengok orang sana sini sampai naik hapal minah nih.

dsc096161

oh satu lagik malang ialah baju merah aku tu baju baru, last minute grabbed, tak tau dah nak pakai apa, mix and match ngan palazo yang aku beli kat isetan. malangnya baju tu aku beli few hours before the AJL, since fifin tak sempat iron, aku pun iron lah sendiri ngan tak perasan ter max pulak lah iron tuh. apa lagik. sedaplah bertanda kesan terbakar a bit. tp sbb malam orang tak nampak perasan sangatlah, lagi pun aku pk, aku bukan artis lantaklah kalo ada yang nampak. but serious, kalo korang tengok siang2 hari mmg clearly can see.

sodih sodih. aku suka baju tuh.

img_5635

Mr and Mrs Sirman at 130am of 19 January. abih je AJL kami lari mencicit pi dinner and terus balik umah. kiddos terus tidur lah umah toknek some more your parents kan sambut 8th anniversary. wah gitu…padahal, nak tidur terus lah weii, angkut bebudak  balik kang pun tak guna gak diorg dah tidur plak.

Talking about AJL, emm, ai love the show lah walaupun aku kedaung dan berangan sepanjang masa. aku sukakan Stacy, wpun dia kalah. Pejal, ai donno…ai m no his fan though. the rest so so.

Tapi pilihan aku lah kan kalau dari kepandaian aku yang tak pandai pasal nyanyian ke hapa:

Persembahan Terbaik: Stacy

Vokal Terbaik: Pejal

lelain alah….malas nak sambung.

Keputusan pun dah tetap and tidak akan dirombak.

Enaf with AJL. aku kan capik.

Comment: 72

Anugerah Juara Lagu TV3


IMG_5518

ini adalah gebor dari padang besaq. gebor tuh kalo kamu idak paham bahasa melayu, go google…sakit ati je kowang kan, satu hal lah  nak google. the red gebor ala blanket from the producer of tv3.

didnt get a chance to meet her personally, even sirman went to TV3 without me…

ai had something else to do mar, terpaksa anto wakil. thanks to puan producer, budi yang baik dikenang orang ……

IMG_5515

3 passes to enter the AJL

ai will try my very best to upload the photos pas balik AJL…

sementara aku dok lam stadium Bukit Jalil, kowang leh melayan lam tv3 lah, or else leave je komen2 kat sini artis mana yang korang nak gambarnya dicekau kuor kat sini. tapi agak2 lah kan, kalo sirman dpt tangkap sapa2 yang ko nak tuh kalo idak, pi guli2 gambo depa lam internet. sure ada nya kan

Meh memain prediction, sapa yang korang rasa akan menang? ai letak list nama penyanyi je lah yer dulu…

Pop Rock:

1. Estranged

2. Sofaz

3. Meet Uncle Hussein

4. Elyana

5. Stacy

Balada:

1. Aizat

2. Faizal Tahir (2 songs)

3. Spider

4. Ziana Zain

5. Ayu OIAM

Etnik Kreatif

1. Aiman

2. Zahid & Heliza

3. Farawahida

emm…ai choose Stacy.

lelain menang kalah, ai tarak kisah.

Comment: 48

Fakta ringkas redmummy.com

Aku Update entry nih ke  atas balik coz ada new info pasla fakta2 penting dalam redmummy.com yer..sila hapal to new readers ahhahahaha hapal katanya. yelah you coz kan ada ‘salah paham banyak’ for entry BMM lately nih. sianlah sket kat aku….

gang merah oi!

just to announce you that

ai ll be covering a story for the Anugerah Juara Lagu 2008 kat stadium bukit jalal Jalil wkend nih (mahaplah, aku typed entry ni kol 1 pagi, ater nyeerrrrr, jalil jadik jalal tau!)

so korang yang dah paham2 tuh

keep on coming lah ye nanti aku upload gambo2 yang boleh aku click click for this blog, gambo2 artist mana yang boleh aku redmummyrazzikan lah tau.

tp lambat sket lah coz aku kena buat watermark lagik. paham2 lah kan, kang kena curik lagi gambo2 aku

lelain gossip hangat,oh…so far sume orang dah dpt emails aku kan. emails yang datang arini, memalam or sok2 aku jawab lah kay. aku banyak kali dah cakap nih tp sebab ada new readers, kenalah aku ulang speaker suara aku nih kat sini.

entries yang biasanya keluar dalam Redmummy.com – ni aku kena stress kan pasal ramai lak new readers lam nih kan…

BMM / bersama mak merah – masalah pembaca, send to me pastuh redmummy post lam blog, other readers yakni korang bagi komen nasihat (bukan masalah akuuu tau yang BMM tuh, kang silap paham lagik lak cam last nite nya BMM)

WAU / where are you – ala2 jejak kasih, korang nak carik orang, aku post kan gak kat sini

Guest Writer - tulisan kamu yang aku tempek kat sini gak, leh tolong promote your blog of cos lah gakkan

ICT Bersama Sirman – ko ada masalah ngan pc ke internet ke apa2 lah ngan ICT, shoot out, sirman yang jawab. kalo cam remeh and senang, sirman jawab terus, kalo cam  orang lain patut tahu soalan2 tuh, sirman letak kat post blog gak.

Red Reddies – kalau nak masuk your link lam RR blog merah nih. tapi kalau nak mintak masuk link, agak2 lah ko dah letak link RM jugakkan, kalo idak iskk. alah ni sume orang dah paham. tp u ve to alert me, anto email yang u dah link RM, kalo idak sirman tak masukkan lam RR tuh nanti. he handles this, aku dah tak cukup kaki tangan…

Advertise here - itu utk iklan yang korang nak letak lam redmummy.com . pun sirman yang jawab email2 soalan gitu. aku hanya masuk campur bila dah discussion korang ngan sirman kat final stage. ada pehemmm? again, aku dah x ckp kaki tangan so dia kena take over some of the matters.

GBM – portal forum redmummy.com

Contact Red – email directly to redmummy

Questions for Red - banyak soalan beratus dah lam nih, dari sosial ke personal yang readers bagi, aku jawab. so situ pun korang leh buat imbasan study bout this red hot blog.

ashterix aka Sirman – ni laki aku lah, yang manage jaga admin blog mak merah nih, yang jawab all advertorial emails yang tanya hal harga bagai, ni under sirman kay.

Abang – anak sulong ai ler, Gegirl anak pompuan aku yang suka merajuk sentap

VA – my house

Tambahan dari Vagg yang nampaknya sungguh arif dan hafal dengan redmummy.com nih

kalo baca entry-entry yg ada perkataan :

1.) BKK- this stands for BANGKOK.. kak merah nih buat entry berkoyan2 pasal bangkok… masa dia g honeymoon lagi dan lagi ngan sirman

2.) NK- skolah cina si abang

3.) TTDI – kat sini le kak red sirman kadang-kadang berkampung ngantor nunggu si abang tuisyen (taun lepas je, taun ni idak lagik dah)

4.) FIFIN- helper kak merah nih

5.) Blackie @ Hitam & CHACHA – hamster yang baru tak baru jugak la belaan si abang ngan gegirl. sebelum nih si GEGIRL nk namakan hamster betina tuh AIRIN (wakakaa kasi aku guling betul budak gegirl nih) – BOBO dah arwah lah!

6.) WRM – keta merah sirman family merah nih

7.) MOMO- ex boss kak red

8) BABY G – gf momo kat atas nih hah

9) NANA – adik kak red.. anaknya nama KHYRE (aku xtau betul ke tak eja.. tapi dulu kak red pun tak tau nak eja cemana nama anak sdare tomey dia nih)

10) CV- rumah baru red family 2010 insyaALLAH

11.) ARI JUMAAT – hari si mak merah nih dating ngan wak sirman (eh betul kan kak ari jumaat? wakakaka ek aku salah) BETULL!!!!

12.) MS BUNGA – keja sama ngan kak red nih hah. baru jek lahirkan baby boy.. skang rancak duk jual tudung

13.) MS LEMB – sama jugak keja sama ngan dia

14.) AH CHONG – jejaka kegilaan SEKETIKA gadis-gadis kat blog nih. Office mate kak red gak. Skang dia menghilang maybe menyorok tak tahan ramai goda dia.. mungkin skang lari tunggang tunggeng ngan TIE kaler pink dia wakakakaka.

15.) PLANET RED – kat sini korang leh tengok latest updates dari blogger-blogger yang register kat situ. Skang nih kat comment luv nih pun ada latest updates blogger kan once kita tinggal komen kat sini. Tapi since tak semua yang ninggal komen kat sini.. refer je ke sana nk tengok latest updates blogger-blogger yang register kat Redmummy.com

Fakta tambahan dari Munirah

kak red juga ada byk word dlm dictionary nya..

(betul, kat sini ada banyak dictionary redmummy.com so kalau tak paham apa ke benda aku cakap tuh, silalah tetaanya yer kang ramai lah tolong jwb kan)

Fakta tambahan dari Avie pulak:

Aishhh…selalu guna perkataan “very the…” ,”hisshhkk” ada auranya tersendirila.

Fakta tambahan dari ain Jaziraj

CV – home to be
mak ajah – mak kak red laa
pak aji- atok pada anak2 kak red..

Fakta tambahan dari angah pun ada yang dia ingat dalam redmummy.com nih

cemolot – beramah mesra (atau “cium molot” :) )
semedang – aduh… taktau plak nak elaborate (kakred, silakan…) hihi…
blackie - hamster baru (tp tak bape femes)

wah gitulah antara fakta-fakta atau shortforms dari redmummy.com . ni new readers kena tau nih, nanti sirman buat entry ni letak kat shortcut on the right side bar yer…

satu je aku nak tanya, sapa yang mula create RED DIVA for me? ada reader(s) aku yang mula2 dulu panggil aku Red Diva, tapi aku sungguh2 dah lupa siapa orangnya. korang ingat? ada satu makhluk tuhan yang aku nak test market dia, either dia ingat ke idak, dia yang jaga web Fafau tapi sampai sudah x pernah berhapdet, dia antara pembaca tegar aku. mbe dia ingat sapa yang mula create Red Diva?

so korang, kalau ingat lagik, tlg tembak fakta2 tu kat sini yer, again, aku mungkin terlupa jugak…

Comment: 51