BHarian

Entry terakhir untuk cerita Jutawan Blogger LOL!

Dipie, interview ni untuk more on LHDN nya coverage kan?

ha ah kak red, coz Kak Red blogger yang ‘terpilih’ diaudit dek LHDN, so kita nakkan statement Kak Red, kebetulan issue ni memang kena kat batang hidung akak kan? hiksss

Ok pasal tu je yek, jangan cite pasal handbags ke hapa kay, or red collections pun tak yahlah coz akak dah banyak kali keluar on that

ha ah…pasal LHDN and Redmummy jer Kak Red


….after 2 nights of the photography and interview session with Berita Harian


Bila cerita ni nak keluar? Bulan depan kan?

Eh tak Kak, esok -Ahad kak

haaaaaaaaaaaaaa?? awat awalnya?

Sebab boss nak cepat nak letak under news

ooooo yek?


DSCN0109

….dan di hari Ahad 23 Jan yang bertuah…..permulaan 2011 yang terang

sejarah pun tercipta

semoga ini entry terakhir dari saya untuk episode Blogger bukan Jutawan. Fenomena ini akan surut dan dilupakan, walaupun hari ini beribu2 manusia ingin membuka blog untuk mendapat ribuan ringgit.

Tak percaya?

Sila percaya kerna saya antara saksi yang melihat betapa ramainya yang taksub untuk menjadi seperti Redmummy itu. Tapi RM datang ngan satu package tau…ada RedDaddy 🙂

anw, ya allah ya tuhanku…dah beribu2 orang yang dok panggil aku jutawan blogger, the millionaire blogger, Dato’ Blogger pun ada, so on the first few days memang runsingnya hai…coz if people dok ingat betul2 yang aku ni jutawan, masak acik. keluarga aku, my life everything. But kemudian i can accept it lar…it s part of the name by them. kawan2 pun asal jumpa jer….Oi Jutawan, jom makan!

but jangan ko ingat betul…cuma kalau kata itu doa, mana tau kan? hikss..u never know what will happen ye dok? u never know apa yang saya dapat hari ini, boleh saya jangkakan 5-10 yrs ago. ye dok?

Comment: 41

Fenomena…

IMG04279-20110124-1249

takdak major changes in my life lah. semua sama jer. just jenuh menjawab emails yang bertubi2…. takper itu memang tetiap hari menjawab but penangan RM1juta haiyah…. melampau2 pulak orang punya cerita. aku crawling pi tengok blogs yang buat citer RM + Juta + HotFM + Berita Minggu…. nak nangis baca. ada fakta yang sangatlahhhhhhhhhhhhh kedaung tak leh pakai. main tembak je korang tulis.

oh yang Hotfm tuh, depa called me masa aku ngah sibuk uruskan Gegirl, tu pasal cakap pun ke main laju… banyak yang depa tanya tapi depa potonglah kot amik yang penting2 jer janji message tu sampai that i m not a Jutawan Blogger!

anw…. few comments yang datang kat blog korang dok kata emm personal blog?

image

jadi kenapa yeah kalau personal blog tak boleh, tak berhak, tak patut naik?

This personal blog has everything in one roof. You nak pasal apa, semua ada. aku bukannya citer pasal anak2 setiap hari, aku tak jugak cerita pasal laki setiap hari, tak gak citer pasal handbags,  shopping setiap hari, tak jugak cerita apa2 satu isi contents pun yang sama dalam setiap hari. Events yang kita pergi cover pun, kita bawak selang2 kat sini, review ads dah tentu and productnya sume orang dalam nih pakai.

i know some can say alah kak red tu statement dari orang yang dengki ngan ko je kak, tak leh senang tengok ngan ko.

mbe betullah kot but but but, kalau blog aku shopping online, jual handbags jer… nanti kuor pulak statement ‘alah blog dia tu jual handbagsssssssss jer’

blog dia tu citer pasal duit jer

blog dia tu pasal kereta jer, pasal make up, pasal masak-memasak jer

hahahahaha kan?

so biarlah wpun dikata2 sebagai hanya personal blog, but this will not stop me at all. cos at the end of the day, saya yang bayau TAX (me jugak yang mengira kaching). eh tak aku tak berkira dah ngan yang hentam2 nih, cuma pandangan makhluk manusia ni tentang keupayaan personal blog yang tidak mampu menjadi mantap perlu diubah!

Comment: 45

RM1Juta? NO NO NO!

IMG_8505

1. Saya bukan blogger 1 juta itu. itu tajuk jer yang oit.  Tajuk tu in general mungkin accumulate bloggers boleh dapat 1 juta. but NOT ME. 12k ye betul, fakta yang benar.

2. Baca contents isi paper ni, jangan ko baca tajuk jer. Saya talking about LHDN. saya pernah blogkan betapa kepentingan kita declare earnings kita di LHDN, tak kisahlah kena tax pun tak kena, tapi kita bertanggungjawab untuk declare.  Not related heh saya ngan juta juta tuh yang oi…

3. Ini link on the RM yang kena audit by LHDN bulan Aug 2010 yang lalu. Baca details di situ, now nanti korang paham maksud tersirat kenapa saya terpilih untuk watak dalam news Berita Minggu, idok le pulak aku tau sampai jadi hot news front page ko!

IMG_8493

4. Soalan berbangkit Nuffnang? boleh tuju di nuffnang.com.my pls.

5. Soalan general boleh tanya di Ask RM

6. Soalan tips insyallah boleh tanya saya and Sirman aka RedDaddy di Contact RM. One of us will assist you.

7. Degil gak tak nak tanya di situh, bolehlah try soal kat sini. Insyallah saya cuba jawab.

IMG_8479

8. Tahniah kerna berjaya menjejaki blog ini seharian, google search betul korang yek walaupun terang2 dah tulih situ url RM nih.

9. Terima kasih atas ucapan tahniah, baik di emails, bbms, twitter, FB and mahupun di page RM ni sendiri. Tapi tolong ye, saya bukan yang juta2 tuh, saya bercerita on the LHDN tau!

10. I m clean, i pay tax. baik dari kerja tetap, mahupun dari earnings blogging. So no issue kalau LHDN nak audit lagi, kami rakyat yang membayar cukai.

IMG_8459

Cukuplah yek satu entry ni untuk mengclearkan keadaan. Btw, Nuffnang never pays me 1million, ku terbaca satu portal yang buat assumption Nuffnang bayau ku that much. If really that high, aku beli Hermes lanting2kan kat korang jer… 🙂

The issue now, dari mana pun jana pendapatan online yang kamu dapat, kita boleh declare. tak semestinya kita bayar. apalah yang gelabah sangat bila LHDN nak visit you. Skang mungkin nama kamu tak naik, but they have their sources to get you. Apa salahnya declare.

N few months nih saya dah tukarkan tax saya ke zakat terus. Takkan nak tunjuk statement pulak ye dok? Let the top gun tau apa yang aku buat sudah yek. Dan lagi outstanding your life keluar merata, lagi ramai haters but lagi ramai jugak yang bersedia menjadi teman. That s life.

Make up and hair do for interview nih, mak buat sendirik yek. hahahah nak jugak! Tiada tajaan hokey!

Redmummy

Comment: 179

Tim in Berita Harian for Project Alpha…

Tanya Pakar: Blog jana wang
Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my

Tip raih pendapatan dari laman blog

TAHUKAH anda dengan hanya menulis blog, seseorang blogger (penulis blog) mampu memperoleh pendapatan tinggi? Jika penulis blog itu berpengaruh dengan jumlah kunjungan pembaca di laman blognya sangat tinggi, lebih besar pendapatan mampu diraihnya.

Sumber pendapatan bagi blogger datang daripada iklan produk yang dipaparkan dalam laman blog mereka. Sejumlah bayaran akan diterima seseorang blogger berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh iklan disiarkan; jumlah klik pada capaian (link) iklan dan terma lain yang dipersetujui antara pengiklan dan blogger.

IMG17403

Berbicara lanjut mengenai pengiklanan di blog termasuk kriteria blog pilihan pengiklan, kolum Tanya Pakar menemubual Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif Nuffnang, pelopor komuniti pengiklanan blog Asia, Timothy Tiah.

Ilham menubuhkan komuniti timbul ketika Tiah menuntut di luar negara. Ketika menjalani latihan praktikal, Tiah membangunkan laman web yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan guru tuisyen dan pelajar. Menyedari perlunya mengiklankan perkhidmatan yang ada di laman web berkenaan, Tiah melihat potensi pengiklanan blog sebagai kaedah memasarkan produk.

Sehubungan itu, sejurus tamat pengajian, Tiah pulang ke Malaysia serta menubuhkan syarikat pengiklanan blog bersama rakan kongsi, Cheo Ming Shen. Komuniti ini berkembang begitu pantasi. Dalam tempoh sehari, seramai 300 ahli mendaftar di syarikat ini.

Ikuti temubual ini…

Berapa banyak bayaran yang boleh diperoleh seseorang blogger bagi iklan yang disiarkan dalam blog mereka?

Ia bergantung kepada tahap atau peringkat mana seseorang blogger itu. Lazimnya, blogger yang dikenali ramai serta mempunyai hit yang tinggi, bayaran untuk iklan yang diterima mereka juga tinggi.

Ada antara blogger menerima RM4,000 hingga RM5,000 untuk sebuah iklan.

baca seterusnya di sini…

waaa si Tim ni bocor rahsia payment advertorial akuuuuuuuuuu!!!

so korang, mai layan Project Alpha 🙂 . Oh this news keluar lam Berita Harian today on Sept 19. Salam Syawal all!

Comment: 5

Gegirl in Berita Harian on Tues 16 June!

IMG12499

mommy mommy look at me!!!

ha ah lah, mommy pun tau bila readers mummy bagi komen/anto email dalam blog semalam….

To makcik2 yang inform bout this to my mom’s blog, thank youuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

IMG12500

mommy mommy show my ‘special news’ to your readers!

mommy mommy this is from the Johnson Jom Main Post Event!

IMG12501

mommy, zoom lah gambar gegirl…….!

eiii mak zoom lah nih

tengokkkkkkkkk! tak nakkkkkkkkkk, ada gambar budak tuh…

one more snap mommy

IMG12502

ha macam ni lah mommy, gegirl dah tutup gambo budak tuh

gambar gegirl sorang je tau mommy

cekadak lah ko

speacial appearence nampak…dah macam nak take over the divaan mak ko jer kan.

sapa beli suratkabor bharian nih?

daddy, daddy beli twooooooooooooooooooooooooooooooo!

Comment: 16