Cooking

The Chef of the house…

Assalam gang!

Mak merah bz kedaung hah…bz ngan family sesangat. Dah macam one man show je walaupun tidak le pun kan. By the way, Zeeshan minggu ni memang dah back to school and dah seronok betul kat sekolahnya. Dah tak de drama meraung melalak, dok excited jer. Tapi tu lah, pancarobanya bila nak bangun mandi tuh, punyalah sampai nenangis. Kejap nak mak mandikan kejap kang nak suh bapaknya mandikan. Drama reringan je lah.

Lagi satu drama bz nya aku minggu ni pasal mak ajah takde, Mak aku pergi Pelayaran Islamic Ustaz Kazim Elias nun. Dari Penang ke Langkawi ke Phuket. Syok mak…tengok gegambau dia, enjoying the cruise sambil beribadah. Sempat jugak Mak Ajah bergambar ngan Aisyah, waris Mahsuri di Phuket. Dia dah menetap di sana, katanya mak bercerita. ehcewah.

So sebab Mak berholiday, jadi aku kena jadi chef of the house, selalunya mak yang tolong masakkan, weekend je aku masak or bila mak aku macam ni lah, ada event bagai kan.

Jadi merasalah, memalam buta dok ketung keting kuali, pagi buta too. Ada yang aku masak malam buta ada yang pagi buta, bergantung pada jenis lauknya.

 IMG_8349

 ini ayam masak merah

rasanya aku lawankan dengan bayam hijau  and ikan goreng or ngan telur dadar, tak ingat ler. some ada photos ingat nak amik gambo, some tu  memang takde le nak ingat. kalau takat sesayur tu aku buat pagi buta ler coz tak nak lah masak awal2 di malam harinya.

IMG_8319

kacang buncis udang fav cik suami ai

IMG_8321

memang minggu ni aku jadi chef je lah….ini sup sayur, sebab masak sendiri kan, boleh letak campak sebanyak mana pung. Abang kakak fav sangat ngan fishcake and fishball tu yang santak kau! sayur berkuah wajib dalam rumah nih pasal ada Zeeshan. abang kakak dah boleh makan pedas but for si kecik kena ada sup2 yang tak pedas. nanti kang sian dia kena makan nasi semata jer….

 

IMG_8325

asam pedas tenggiri, pastu bibik cakap ibu ibu sedapnya asam pedas ibu dari nenek punya, kenapa ibu tak ajar nenek resepi ni ibu?

ko gila ke bik, mak aku tu Chef of the world, nak suh aku ajar dia. resepi nenek lain, resepi aku main campak2 jer….

IMG_8403

ayam goreng rempah kari and halia

IMG_8424

sambal udang pedas meletup telinga kau!

IMG_8426

tomyam putih seafood and segala jenis sayuran aku campak lam nih!

aku tak buat pedas coz nak bagi Zeeshan makan sama jugak. Ini lauk aku buat, mak aku dah balik pulak dari cruise so separuh mak aku bawak balik, purposely aku buat banyak.

IMG_8413

kari sotong killer habis nih!

dalam seminggu for 2 hari kena gak masak lebih malamnya coz kakak kena bawak pegi sekolah, her bekal, dia ada banyak activities kat sekolah.

kita kalau memasak ni paling best kalau sedap ke tak sedap depa semua kena bagi komen, so kita leh improve if tak kick ke hapa

but for kari sotong nih, licin boliau! kakak abang suh buat lagi dan lagi. oh speaking of kakak, ada kadang2 dia tolong aku masak, ada memasanya lah, bila dia free dah siap homeworks kan.

IMG_8333

but percayalah, semua yang aku masak bagai segala ni kan, aku tak makan. But aku hanya makan my ezdiet meals sahaja. True story. Sakan masak segala, aku cuma buat rasa2 jer lah asal boleh. Camne kan aku leh kawal nafsu makan segala lauk kampung melayu hah but bersilat bagai kat dapur. dah 10 bulan pun, dah immune dah dah sejati, kalau ada hari2 nya aku nak merasa makan, pun boleh. but not priority lah, macam dah tak heran. Ko letak le apa lauk bagai pun, aku maybe terliur but masih boleh control, but aku seronok je kalau orang makan depan aku. Kadang2 aku sogok depa suh makan banyak2 either di rumah atau bila kat luar coz i love seeing them eating.

Yeah, that s all about it.

Oh next week pun kena sinsing lengan lagi, mak ajah berjalan ke Kelantan pulak.

Happy long weekend everyone, mostly yang di KL sampai 4 hari cuti panjangnya.

Comment: 12

Chef Gegirl…

IMG01490-20100801-1239

Lama aku tak buat entry memasak kan…ni special sket lah coz aku memasak with Gegirl.. untuk kita bertiga je makan, so tak yah buat pedas2 coz bapaknya bertukang di rumah CV. if takde sirman, nak masak senang, tapi kalau ada sirman kena ada yang pedas. agak2 nak lagi senang potong je cili api tu simbah kicap dalamnya, laju lah dia makan.  so our menu for that day was kembung masak pindang. lain tu sayur campur and sotong goreng.

she claimed dia yang masak, no hal jer, nak bagi semangat dia masakkan, so sume lauk dia kata dia masak. padahal dia tolong kacau2 and masukkan dalam periuk and kuali jer…

IMG01494-20100801-1245

not just that, aku pun ajar dia camne nak masak nasi gak. susah gak nak ngajar budak umur 6 taun masak beras coz nak mengira jari tuh ke acuan beras tu kan, but boh je lar, janji the basic tu ada. kalau dia buat hari2 sure pandailah jugak nanti. orang2 zaman tok kaduk dulu cam mak aku tu umur kecik2 cinonit dah pandai masak so at least Gegirl tau camne asas masa kecik2 nih ok for me…

IMG01497-20100801-1304

sambil2 tuh dia ada basuh pinggan mangkuk, waktu yang sama jugak aku dok menggoreng sotong…at first malas nak goreng, cukup je lah 2 lauk tapi diorg nak ada yang bergoreng jugak. aku abihkan jer sotong2 yang ada..eii abang yang ngah belajar siap keluar ke dapur sebab tak tahan kesedapan bau sotong goreng dalam kuali nih.  tapi jangan lupa, the Chef of the day was not me, kita bagi sume credit to Gegirl!

IMG01501-20100801-1322

dan makanlah kami bertiga dengan enaknya….malam tu pun lauk yang sama jugak, sebelum maghrib dah dinner bertiga jugak.

IMG01500-20100801-1305

perasan tak Gegirl yang sibuk dok basuh pinggan mangkuk tapi kat kaki dia ada lapik kain putih. 2 kali dia mengadu percikan sotong goreng nya minyak tu kena kat kaki dia. alahai princess nih. so aku amik ler kain putih buat lapik jangan bagi kena lagi kat skin dia. wuii kita yang tua ni pun kena percik myk masak pun pedih apatah lagi budak kecik. lagipun anak pompuan wor…biarpun kena belajar masak tapi jangalah sampai bertanda2 kaki nya segala…

after makan Gegirl semangat anto laporan kat bapaknya on her cooking that day,  sayang bapaknya tak merasa. ada aku tinggalkan untuk Sirman and sirman pun cakap nak dinner gak kat rumah tapi malangnya bila dia tidurkan anak2 dia pun sekali tidur mati. sah penat sangatlah tuh jadi contractor kat CV!

aku ni ngah mengira ramadhan gak nih….means lagilah macam2 menu yang abang and Gegirl demand!

Comment: 23

Simple dinner for simple family…

IMG08460

resepi menu makan smlm, ayam masak merah! korang penah tak buat ayam masak merah taruk air soya? hikss..aku cam sesuka je taruk air soya…tp sirman cakap sodap gak. aku sukatik lah kan bukan nak bagi orang luor makan, so judgment pun laki sendiri. ayam masak merah aku  jarang buat lah tp bila rajin je baru aku zassssssss!

IMG08461

bayam rebus ada fishball cake sume lam piok, wajib ado for the kids. abang kalo nampak ijau2 lam nasi dia, sanggup dia kuorkan satu2, very the payah makan sayur. tp buncis dia makan. gegirl pun dah ikut pangai abang. aku kentong kalo sapa makan sayur, eyes boleh jadi sparkling.

so aritu gegirl tiap kali makan sayur

mom, sparkle tak eyes adik?

wuiiiiiiiiiiiiii bersinar2 aaa

cedok lagi sayur masuk mulut, tanya lagik ‘sparkle tak mom?’

sampai abih sayur tu dia makan she kept on asking the sparkle of her eyes.

IMG08462

tara…3 lauk cam biasa. cili api aku masukkan gak terus lam ayam masak merah sirman, dia kan sekawan ngan cili api. ikan goreng ke ayam goreng segala goreng mmg wajib afdal ada atas meja makan aku, anak banak suka makan goreng2…

so ai makan apa..no nasi at all lah cam biasa.

aku gatah sayur rebus, ikan tu aku makan without kulit. ayam masak merah aku amik bau jer…

that s their dinner and that s my diet…

but fyi, ai have a new diet too, bukanlah diet, macam back up untuk aku kurus semula which ai will reveal next week. kenapa tak skang, coz korang tengoklah aku kan ngah ada WOU sticky mode nih, pastu lusa ada satu lagik sticky mode nak push gak, so jadi, saya hanya boleh publish itu special entry yang aku jamin mesti sume berlumba2 nak beli!

Comment: 13

Cooking mood…

IMG08308

hahahaha padan muka korang

aku dah cakap aku takde entry. so muka spaghetti yang korang dpt! itu spaghetti tak sedap aaaa, kena makan tapau coz aku stranded ngan kojo tak leh kuor langsung. gila tak sedap kau. patut makan kat food court baru sodap kot. so ai makan adalah 2,3 sudu and dang…sian rezeki ko aku terpaksa buang. takleh lalu laa tekak ku.

IMG08325

bila di dapur ko takkan nak carik kain plak dok, so carik lah tutup tware merah buat penutup apa yang patut 🙂

dan kerana kelaparan coz tak dpt makan full spaghetti, aku berkejaran pulang and buat asam pedas ikan tenggiri and sayur kacang buncis kering plus fishcake and fishball. goreng ayam sudah.

saya makan sbb kelaparan

bukan tak makan sbb nak diet

ha lain yer

sbb dah kebuluq gitu

Comment: 11

Yo!…

img07075

aku ingatkan malam tadi aku boleh lah tonton season 5 DH, rerupanya baru few episodes kau, so ada lagik 1-2 wks lagik baru boleh layan season 5. itu adalah air yang sentiasa ada hari2 di atas meja sambil menontot DH. kalo rajin ada lah keropok, kekacang ke. emm sedap kalau ada cekodok bilis kan. makan ke menonton meh….

img07146

kembung masak lemak cili api tapi sebab malas nak tumbuk cili apinya aku potong hiris kecik campakkan jer lam kuali, ikan masin, ayam goreng and rebus kobis plus fishball. masak 4,5 ari seminggu pun aku dah naik tepu. aku paling tak suka masak yang bersantan2 nih, selain kemain kolestrol, tp sbb pakcik sorang tuh nak mamam, wpun dia x mintaklah arini masak ni aritu masak tuh unless sibuk je ngan telur dadar telur rebus (itu saje dia usik budak BMM tu lah).

aku nak buat masak kurma ayam, tp wuii malasnyaaaaaaaaa dan tak berapa pandai. one day lah, itu adalah fav anak2 jugak dan fav aku gak.

img07079

img07077

sweet tak bebudak nih, 2 malam tadi depa dok mengerjakan kertas sambil bapak depalah tolong apa yang patut. bila mother’s day ek? aku pun dah lupa aa…..but aku rasa kan ari2 depa bagi aku kad cenggini tau. sorang abang sorang adiknya yang lukiskan kaler sumelah. pastu datang kat aku bagi ngan muka sengih2 kerang busuk paling wangi, ha.

img07119

img07120

img07121

Zara and Mango…merah2 kan…merah yang meriah

img07080

necktie ijau, beli kat JJ murah yor katanya

img07081

yang ni tie mahal lah rasanya sbb mamat ni serba serbi mahal mar….

kaylah itu ajer, entry dari saya……

**punyalah beribu2 readers aku, aku hanya dapat 28 votes ajer dalam yoyooh? korang ni betullah, tak tolong aku langsung. aku mintak tlg vote foc pun korang kira tau, tak payah register pun, korang klik je kat situ. mekasih lah yang 28 orang tuh. jasamu kukenang. but still!! 28 orang je yang vote aku???

grrrrrrrrrrrrrrrrr!!!! =( =( :bloody: :bloody:

3 steps jer:

1. gi sini – http://yoyooh.com/bloggerawards/

2. carik RedMummy (gbr bwh ni) & click button ujung sekali hehehehe, nak click  button yg 1st sekali pun boleh gak iskk iskkk =(

rm_yoyooh

3. pastu scroll down click Submit Vote!

Name, Email & Yoyooh Username tak yah isi pun taper, leh vote gak!

rm_yoyooh2

mekasihhh 😀

Comment: 27