Nov
9
2010
Tuesday, 2:00 pm

Saya Gegirl
Umur saya 6 tahun
Hari ini saya nak bawak aunty and uncle semua cerita kisah konsert saya….btw make up saya dibikin oleh mak saya, rambut oleh cikgu saya, pasal tu lah rambut saya senget-benget. Costume ditaja oleh kindy saya jugak…

Tahun ni, grandparents and makcik pakcik saya busy tak dapat hadhir, so orang wajib datang mestilah abang saya yang tak boleh dok diam….dan makpak saya. Mereka duduk setempat hanyalah beberapa minit, apabila kemudian bapak saya sibuk duduk depan stage untuk capture my moment, mak saya pun tak senang nak duduk, berdiri di tepi dewan and abang saya…
oh awak nak tau abang saya di mana?

Abang saya duduk di bahagian atas….tiap-tiap tahun dia tak suka duduk setempat, mesti nak pusing tengok satu dewan. So for his perangai yang tak geti duduk diam, dia berdiri tengok concert saya dari atas sahaja.

Cantikkan cikgu besar dan cikgu saya pakai kebaya nyonya dan berkain batik?

Sebelum majlis dimulakan, kita menyanyikan lagu Negaraku….pastinya saya berdiri di depan sekali, awak tak nampak ke?
Oklah saya tak nak menceceh banyak2 macam mak saya, awak tengok gambar yer. Ada banyak sangat gambar konsert tapi saya suruh mak saya letak gambar masa show saya sahajalah, lagi penting. Show orang lain tak payah hehehehe….saya buat konsert menari Waka Waka…hampir sebulan kami satu kelas berlatih…

masuk stage 🙂

Waka Waka

ini saya kena lompat ramai-ramai…

waktu ayah saya tangkap gambar, ibu saya jadi videowoman

saya mesti di depan sekali, mbe sebab saya paling cute hikss

di belah kanan tu kawan baik saya…namanya Au Wing Yi

Kan betul, mak saya duduk atas lantai depan stage sahaja…coz nak amik video untuk saya. Saya dah remind nak video ni setiap hari, so mak saya mestilah berusaha untuk dptkan spot yang baik untuk anaknya…

Waka Waka eh..

Hah tengok hazabnya bila mak pak yang berdiri nak amik gambo and video anak-anak sendiri….

Saya tahu mana nak carik camera dan video…ayah saya di kiri, mak saya di kanan…

Tapi rupanya mak saya tak amik video saya jer, video batch lain menari pun mak saya amik…
Mak saya cakap, mak saya suka tengok budak2 kecil menari, nanti saya upload dalam youtube saya yer. Koleksi video saya menari dan menyanyi ada banyak tau. Makcik pakcik dah tengok?

Oh sebab ini tahun terakhir saya belajar di kindy, ada majlis rasmi untuk penganugerahan sijil
Tapi kenapa cikgu tak bagi kami tak pakai topi graduation? Takde budget kah cikgu?



Tahun depan saya Year 1, tapi saya tak nak jadi macam budak besar, i m still the baby to my mummy, and my dad’s gf

Inilah keluarga saya….terima kasih mummy, daddy and abang datang untuk menyokong konsert ke 3 saya. Tahun depan mesti dah takde concert kan? Oh sedihnya….

Saya juga diiktiraf sekali lagi pelajar cemerlang untuk colouring, sudah 3 tahun saya menguasai subject colouring, saya suka mewarna. Saya suka mengaler, dan colouring saya sangat cantik.
Hari ini hari istimewa saya, sebagai graduan di kindergarten. Terima kasih ye pakcik makcik semua, abang kakak kerna membaca entry Sehari saya menjadi Graduasi 🙂
Comment:
42
Category: [
Gegirl ]
RM Recent Comments