Gegirl

10 things your kids hate bout you!

IMG00883-20100708-2012

siapa yang tak rasa malu kalau ada orang malukan maruah kita, hina2 kita. siapa yang tak malu kalau ada orang yang kutuk2 anak2 kita? siapa yang tak malu bila keluarga kita dihina2? siapa?? kalau ko tak malu, pun tak marah jugak? siapa yang mahu menjadi tiang pastuh orang sembur ko macam ko takde nafsu perasaan.

when i was 18yrs old, kat ITM, kitorg satu batch nih ada 40 orang je kot. sorang student dalam batch aku telah ditorture kaw2, yang mentorture nih adalah dalam 5,6 orang, tapi semua kita 40orang kena duduk tengok sama. i was so sad. not coz aku sokong those yang buat budak tu macam tuh, coz i cant do anything. aku rasa ‘omg, hina sangatkah dia sampai korang buat cakap2 dia begitu kat depan kita khalayak ramai, tak boleh ke buat one on one kat bilik memasing’. ramai kitorg yang berdiam, tengok ajer. i know that incident was not right, but i cant do anything.

anw, setiap hari bila driving, aku mesti akan revise balik, apa yang aku buat untuk anak-anak aku. paling sedih bila aku akan rasa guilty coz aku marah diorg. lepas marah biasanya perasaan tu datang. masa marah tak ingat pulak hek. n ting, i got one idea…mbe i should ask my kids, 10things about your mummy, you dont like it. or hate the most.

so diorg pun apa lagik….!

IMG00888-20100708-2118

this is abang’s list – sebenarnya dia dah siap buat 10, pastu waktu aku kemas2kan meja makan, and ada air sirman lagi segeleguk tak abih, aku terus minum, sambil berdiri, apa lagik, dia pun tambahlah, Mummy suka minum berdiri. yang bercakap sambil makan tuh memang tak leh nak elak, masa makan je lah aku ngan sirman bercerita hal anak2 hal isu sana sini hal kerja….

semua tu betul aku setuju jer, tapi part aku membebel kan aunty tu ha bidaah. itu dia nak sedapkan cerita. pastuh main computer, ehheheh…itu blogging ler bang. suka menjerit…ater 10kali cakap lelembut korang tak jalan, ha kuor ler gempita suara mak ko! rotan ko setaun 2,3 kali je yek, ke main ko kira plak. lain tu iyekan jer…betul betul.

ni 10things u hate bout your mummy ke apa punya list ni weihh…??

IMG00885-20100708-2013

budak kecik ni pulak, dia tak pandai nak ngeja, so banyaknya nih dia pi tiru abangnya. tapi hasilnya sendiri, dia mintak Aunty Fifinnya tolong ejakan, so dia tulih. ok ok…sama je lebih kurang ngan abangnya jugak, dah dia tiru abangnya kan, but the last 2 tuh, mummy tak suka bersepah, ooo, ko sepahlah toys kain baju korang, memang mak ko prung prang. and last one tu patut dia nak tulis, Mummy suka pakai seluar pendek. itu bukan 10things u hate ler Gegirl, itu pakaian mak ko dalam rumah yang ko tulih dalam list tu silap darr…..

her Mummy suka kerja lambat…means maknya sokmo balik dari kerja lambat. tu ada sedih sketlah, adakalanya with new task nih, memang aku balik lambatttt sangat. sokmo kol 8pm or 9pm baru kuor dari KLCC, so ada sedih di situ. but kalau line clear, boss oversea memang aku balik sharp, bila he s in town jer mak ko kena balik lambat.

cubalah korang buat, tadah je telinga baca apa yang diorg tak suka pasal kita sebagai mak. soon nanti aku nak suh depa buat for bapak depa pulak. pastuh aku pulak bagi list apa yang aku tak suka on their attitude ke or perangai semacam yang tak patut ada.

ni yang aku tak sure ada kuor kat mana buku or Prof Madya mana yang bagi parenting tips nih, it s totally from my idea bila aku sokmo fikirkan hal family anak2 while on the road. open arm and open mind, insyallah, for anak beranak nya relationship. Tujuan aku buat nih, nak depa sharing their thoughts, tak nak diorang tertahan2 rasa dalam hati, tak nak diorang memberontak slam the door macam aku kekecik dulu yang sangat bengang, nak mengadu kat kakak abang, sume bantai bagi balik, nak marah mak dah jadi durhaka so makan menahan hati. aku nak anak2 aku sharing all their stories, secrets with us, so tak nak ada border line between the kids and the parents.

if they wanna shout their opinions or disagree for something, they are allowed to say it out, kalau salah, memang aku bagi sebab2 kenapa salah kenapa ko takleh ni tak boleh tuh….itu je concept parenting tips yang aku rasa leh share kat sini.

Comment: 33

The very first Coach goes to Gegirl…

IMG_3654

my first coach ever. kecik jer….budget pun kecik je dulu kan. it was a gift from sirman, masa dia seconded kat US dulu tu lah…dapat nih dulu wuii sukanya. yelah first time katanya ko. tapi sebab sizenya kecik, i cannot pakai for daily purposes, ujung2 minggu, leh muat berry and benda2 kecik jer. kalo purse panjang memang jangan haraplah. ko kena bergaduh masukkan dalam ruang isinya.

aku clean up semua harga benda yang ada, banyak bags yang tak rasa nak jual, tapi aku let go to my sis. seronok sungguh dia coz she got my coach and Tod’s! tu tak masuk Shop@RM memang the tod’s luna aku pakai sekali jer for 3 hours, so it s hers. adik aku keje dia menadah tangan je lah, tak yah nak riuh beli coz dia tau kakaknya yang pemurah nih (oh orang kata aku pemurah ek, tak lokek, orang kata tau) so surely dia akan dapat punyalah.

IMG_3675

but for this small tiny coach, kalo aku lantingkan kat adik aku pun, sure dia gelak kekeh2 pikir nak pakai letak apa ler kecik bonar. oo gelak yek..takper. no intention to sell it, ni very the kenangan oooo…sangat2 first of my collection so definitely goes to my daughter…

gila ko kak, anak ko umur 6 tahun dah pakai Coach!

it s not a new one, it s a very old model and dah tak tau nak baling ke mana, kecik sangatt, memang sesuai ngan size dia lah.

Sirman at first was not happy for me bagi Gegirl bag nih, dia tak nak anaknya macam jadi the branded maniac. alah gegirl tak tau pun lah brand2 nih….mana ko nak sirman, aku tak pakai simpan sampai berkulat or aku bagi kat anak ko? ha mano mano???

IMG_3663

Kebiasannya skang pun Gegirl pakai hbag dora or princessnya yang dalamnya penuh ngan colouring set, towel muka and buku tulis kecik. dia tak kisah ngan sikat bedak bagai, janji colouring set memang wajib ada lam hbag dia. so bolehlah nih, ganti hbag dia yang lama hilang ke mana. probably kat cousin dia lah, biasalah kalo dah sepupu sepapat, dia pakai barang dia, so her fav hbag tuh yang ilang. boleh je aku belikan but what s d point. tunggu bday ko yek Gegirl.

ada member aku (dont want to mention name ehehhehehe) lagi dasyat. niece nya beli Long Champ 2 bijik untuk sedondon pakai ngan anak pompuannya yang umur 2 tahun. muahahahah. budak 2 tahun bawak LC koo! fitam mak!

Terus terang cakap, Gegirl tak minatlah ngan Coach kecik nih, dia lagi suka bag2 princess, dora, hello kitty…. but dia terpaksa gak amik coz maknya nak campak ke mana lagi bag tuh kalo tak pada anak sendiri. Nak campak kat korang? wah wah wahh…..

Motip hari nih nya entry sumer citer pasal Coach jerrrrrrrrrrrrrrrr??? apakahhhh!! anw aku dah takde dah koleksi Coach, sume dah juallllllllllllllll to frens, tinggal satu yang leather lilac, i keep that coz at least kena ada satu Coach, lgpun aku suka design dia and that will be my fav forever and ever.

Comment: 17

3 different stories in RM…

IMG00711-20100704-1455

for Dila’s wedding dan seperti biasa jugak wedding2 yang kita kena attend, memang aku and Gegirl akan gagau2 carik barang kemas. aku ni tak sangat dahlah, coz i dont have the collection anymore. ada pun diamond ring seketul tu jer, coz on 5 tahun dulu rumah aku dah dipecah masuk, so habis sumer barang kemas aku langsai! bukan je barang kemas, banyak jugak barang yang kena ngap, itu pi carik lam 2005 nya entry lah, orang dah nak raya pulak tu rumah aku kena pecah. ok not to go there lar…

so ever since that tragedy, tiada lagi koleksi barang kemas but coz aku ada anak perempuan, mestilah aku nak belikan for her…sampai bila2 pun dia akan pakai rantai yang sama, rantai budak biasanya halus mulus, ni pun dah 2,3 tahun gak lah rantainya, aku beli yang betul2 kuat kukuh nya grams and tebal sebab takut senang putus. gelang tangan dia dah putus dah hahahaha, tengok harga emas skang takut gua nak gantikan yang baru. nantilah ek Gegirl.

hah, sirman tak pilih lagi tuh between 1 – 3 yang aritunya entry aku mintak dia bagi! oh tapi aku ada selai rantai emas hadiah dari bonda ku, semua anak2 perempuan dan menantu perempuan dapat dari mak aku, she has given up wearing all the barang kemas, dunianya ibuku hanya pada Allah dan Mekah, kerna itulah setiap tahun dia ke sana. She s not a woman yang suka beli benda2 lain kain ke, barang kemas lagi lah…sumernya earnings dia, hanya untuk dia ke Mekah sahaja.

IMG00718-20100704-1459

the pendant ni patutnya pakai satu jer, but alang2 ruby batu tu dah hilang tercabut (bengang giler aku camne leh tercabut, ngeng nya quality Poh Kong) ….so kita tambah ngan pendant M yang pun dah lamaaaaaaaaaaaaaaa aku beli. The M pendant is sangat2 berharga coz it looks cheap but actually duit beli pendant tu datang dari duit mas kahwin yang aku dapat dari Sirman. Wilayahnya mas kahwin was RM80 kan ke minus plus so he top up sket lagik and jadikan pendant. sebab kalau tak dibuat apa ngan duit tuh, kekal je lah jadi pokok pulak cenggitu jer….family mertua aku buat duit tuh jadi versi pokok berdahan so kalau tak masuk lam box memang berabuk worrr.

that s the pendant story, those yang nak kawin or dah kawin kalau tak tau nak buat apa ngan duit mas kahwin yang kita dapat, bolehlah diemaskan….negeri lain lagi mahal ye dok, ha lagi mahal ko dapat lagi macam2 tebal ko leh buat. M stands for my daughter’s name and my short name. It belongs to Gegirl now.

IMG_3547

wahhh lama giler tak tunjuk muka mata make up. sekian lama aku tak make up cenggini kak…lama sangattt! ini pun sebab Dila’s wedding main capuk2 jer coz dah kelambatan. RedGlow masih ujud lagi, i have not seen them for quite a while jugak sebab masa tak pernah match. bergossip pun manjang ngan wa jer, day and night. Ina is ….

IMG_3543

sorang ke main lawa sorang simple jer. Abang sets the rules, any weddings dia memang tak nak pergi! haisay, ko abang…sebab kita tak nak guna kuasa veto makpak, oklah tak nak pi wedding, sokay…anto pi umah toknek ko. abih wedding terus jemput dia semula.at first pun Gegirl tak nak ikut, dia kan rapat ngan abangnya but sebab ada anak Rose, Mia, so she changes her mind. demi kawannya gitu….tu yang bila orang tengok eh mana abang, ha abang nan ado, abang tak suka pi wedding, tapi kalau aku jegil mata suh dia tukar baju gak, lam bengang2 dia pi lah jugak.

The scooters ni aku beli waktu aku dating ngan abang dululah, punyalah siksa nak membawak coz berat kau! dia dok mintak toys jer, macam2 game tah hapelah, aku suh tukar amik scooter, memang melonjak je lah dia alangkan scooter lama dia masa umur 3,4tahun dulu pun dah jahanam. the Ben10 scooter for abang and red Princess scooter for Gegirl, both at RM200 or less kot ha lupa hahahaha..mana receipts? ha receipts ado tapi gagau nak carik.

that s part of the hadiah dating day and for their exams too gak, and i m so proud to see Abang;s mandarin ada development baik kat sekolah maupun kat Smart Reader. Result exam sekolah agamanya je yang blum dapat yet…

Btw harga scooter tuh aku tengok kat Toy’s r us sangat membunuh, ni aku beli kat Sg Wang so leh tawar menawar jugak. antara ayat aku menawar ‘weii apek, susahlah mau angkat i banyak barang mau kendong, angkat ini 2 kotak lagi, berat worr…kasi murah lagi lar’ ya gitu….! 🙂

Comment: 9

Demimu bola…

IMG00685-20100703-1624

kitorg 3 dah siap, bapaknya dok mata kat tv ngan bola bola lagi! ni ulangan bola pun sibuk nak tengok, highligtnya kot. aku ni bukanlah kaki tengok bola, but sometimes bila nak kena kenen2 ngan dia so kena lah jugak mata aku ni tengok sama. tv kat depan tuh memang sesajor bolaaaaaaaaaa siang malam kalau dia ada kat rumah. sebab bapaknya tak nak gak bangun angkat badan pi mandi, budak2 pakat panjat ke badan bapaknya…

pun tak jalan gak, tengok mata dia ngan bola gak tuh!

IMG00683-20100703-1622

bertinggung 2 beradik kat atas bapaknya….aku suh dia pi potong rambut pun sirman dok tunda2, tu ko tak tau yang ada kalanya aku kena bangun kol 230pagi ngejutkan dia untuk tengok bola. ada waktu macam weekend baru nih aku kena stay up till 230 coz nak kena jadi alarm clock dia. yelah dah suami ko minat mende tuh, kenalah aku tolong support seperti mengejutkan dia. coz kalau dia suh aku goreng cekodok kol 230pagi, lagilah aku tak sanggup, baik aku tarik selimut…aku buatkan dia black coffee jer, letak lam flask, pringles sebelah kopi. tau lah dia nak ngap…!

waa 4 yrs ago, aku kena goreng cekodok worr ngan buat air depa sebab adik aku pun sama melepak kat umah aku melayan bola ngan dia! sib baiklah taun nih adik2 aku bz so masing2 tak dan nak layan bola sesama ngan Sirman kat VA, if not, keletung keletanglah aku kat dapur dah macam nak masak sahur.

eh sahur ….

waaa puasa nak dekat!

lor minggu ni ada bola lagiiiiiiii……………

Comment: 13

Bit of rest…

IMG00625-20100701-2024

sofa merah jadi putih sebab cabut dicuci….takde nye aku nak beli baru. sofa ni selagi tak jahanam selagi tu lah aku pakai yang weiii…

at nite as usual, bz mana pun aku mesti buat spelling ngan Gegirl coz kindy dia setiap senin n friday ada buat test tuh…kalau tak dibuat, abih leka dia punya ejaan pun kedaung. but pala otak budak ni ada pick up sket lah, kalau esok nya spelling malam tu baru hegeh2 nak buat, menjadi gak dia jawab.

today’s entry memang sengaja lambat keluar coz aku bersantai sungguh malam tadi with my family. golek2 je atas sofa temankan sirman jerit2 untuk Holland. huh berpinar telinga aku ngan Gegirl. abang layan games lam bilik so tak heran nak join bapaknya jejerit.

eh abang suka main bola tapi tak minat nak tengok bola, camne tuh. mesti ada yang nak tanya, ye Gegirl tu lefthanded, dia dari baby kecil2 lagi dah memang buat benda banyak pakai tangan kiri, even till now pun memang tulis tangan kiri je lah, but kalau pegang mouse pad, kita train dia pakai tangan kanan coz ada 3 orang kat lam umah nih right handed, jadi dia kena ikut sama get use pakai mouse belah kanan jugak. makan dulu pun ngan tangan kiri (guna sudu) but slowly taun nih dah boleh pakai tangan kanan. anything yang dia buat, dia memang trying to use her left hand…

rasa macam nak rehat je from posting entries sehari 2 nih, i m so not in the mood lah lately. ada masalah tergempar yang aku kena entertain…sometimes being a blogger, of cos we cannot shout everything in the blog, so makan hati ngan kawan2 and family je lah…

Comment: 8