LEGOLAND Malaysia

30min ++ hilangnya Zeeshan…

IMG_1370

Ini kisah kehilangan Zeeshan di Legoland, about 30min minus plus. Kita dah spent lebih setengah hari gak lah kat situ, means dah nak pepetang camtuh.

Kisahnya bermula dengan depa berempat jalan melaju, meninggalkan aku yang kedek2 jalan. so bila sampai kat Kingdom tuh, aku masuk dalam, tengok tak nampak bayang depa berempat pun. Aku pun dok le kat bench, ada jual2 icecream bagai, aku beli seketul and dok makan. Oh lagipun aku memang ada pegang berbagai jenis bag,  mak mak ni memang mostlynya keje gitu kena buat. Pastuh laki aku wassap gambar diorg dalam Kingdom ke camtu lah.

Aku pun wassap ke laki aku gambar aku makan icecream.

Pahtuh…tak sampai 2,3 min, dia terjojol sebelah aku, passing lagi barang bebudak and seround 2 amik icecream aku. Dia masa ni datang sorang jer. Katanya bebudak ngah kat dalam lagik. Pastuh dia pergi balik ke dalam.

Tak lama lagi kemudian tu, about 5min after, laki aku kuor balik, dengan ucapan dan muka cuak - Zeeshan takde!!

But aku takde le melompat bintang ke hapa, coz mak mak feeling ni macam, hemm, aku tak terasa benda heavy kot jadi coz yelah once again the mother’s instinct tu kan.  But aku bangunlah, carik gak, thing is aku tak tau apa susur galur cerita depa nih.

So pastuh, we gathered, or over the phone bincang ngan laki aku. Kita split mencarik. Abang kakak pun sama mencarik gak…ada dalam discussion tu last depa tengok adik depa waktu kuor dari Kingdom.

Kisahnya depa dah abis main ke bagai dalam tuh, so hujan pulak. Jadi Kakak tak perasan adik ada sama, abang tau tapi lupa. So depa berdua ni telah lari memecut, konon sapa paling laju, sampai lupakan adiknya. dan of cos dalam luar tuh, bukan jalan lurus yang boleh nampak, ada kena belok kiri kanan membukit bagai. So kelajuan depa telah meninggalkan adik bongsu depa. Tercicir jauh and adiknya pun dah tak tau nak pergi kanan kiri ke depan bagai.

Itulah bermulanya kehilangan Zeeshan.

So dalam hujan, berenti, hujan, berenti tu, 4 of us pusing mencarik. Takde gak hasilnya. Aku tanya security, kena pi depan gak buat report. if cakap kat depa pun tak boleh buat apa, yelah coz security depan nak initiate the searching. So dah berpuluh minit mencarik, laki aku dah ke depan to report the missing of our little boy.

Aku pulak kena tunggu kat tempat yang Zeeshan disyaki hilang, abang kakak pun masih lagi dalam process pencarian.  Legoland tak bagi lah dedua makpak dok sama kat bahagian report coz kang anak masih melilau kat Kingdom tu kan. Yet dah luar dari kingdom tu pun kita mencarik.

The moment jer laki aku habis buat report, pun depa tak bagi laki aku ke mana, kena tunggu gak kat office Legoland tuh. coz kang securities depa jumpa pulak Zeeshan kan. But diorang memang pantaslah buat kerja, salute to Legoland.

Tak sampai berapa minit laki aku buat report, matanya masih melilau merata tengok anak, tetiba dia nampak Zeeshan, nunnnnnnnnnnnnnnnnnn dekat EXIT/ENTRANCE of Legoland!!

Berlarian dia mendapatkan anaknya, terus dia facetime aku, syukur Ya Allah. Masa minit2 terakhir sebelum jumpa tu, barulah aku rasa macam sebak sikit, but I still tak rasa ‘anything happen’ yang jadi kat anak aku tu, once again, mother’s instinct kan.

So terus kita berkumpul suma berlima kat tempat icecream depan kingdom. Bermulalah penyiasatan demi siasatan…

seperti yang dijangka, Zeeshan kata abang kakak lari so fast fast, Zeeshan couldnt find abang kakak, so Zeeshan walk lah. Zeeshan saw the hotel, so Zeeshan nak balik hotel.

Dia menyangkakan makpak abang kakaknya ada di hotel. oh kemonman, budak umur 5 taun lebih kan, apalah yang dia tau sangat. Masalahnya dari Kingdom yang dia hilang tu hingga ke Exit (belum sempat pun dia keluar and Legoland staff wont allow him to keluar gak nanti), adalah sangattttttttttttttttttttttttttt jauh.

Sian anak aku. sorang2 jalan…dalam hujan panas hujan panas, landmark dia hanyalah bangunan hotel Legoland yang warnawarni yang dia cam sangat. He knows kat situ dia asalnya datang, tidur situ.

Jadi, someone kena dapat the blame, goes to abang…coz abang tau adiknya ada di belakang tapi dia tinggalkan coz dok leka nak memecut ngan kakak. Hish abang abang. But abang seperti biasa coverina, mami….Zeeshan yang patut dipersalahkan coz dia lembab sangat lari kenapa.

hahaha…korang nih.

but apaknya pun dapat sama tempiaslah, bebel2lah gak aku.

IMG_1432

IMG_1328

Tapi sejak kejadian tuh, dia pun dah tak berani nak berjauhan dari depa semua terutama dari mak nya ni lah coz dia tau maknya sangat jaga protectivekan dia.  He knows pasnih kena sentiasa main, di sekitar mata mak apaknya, kena always hold mami daddy’s hands. Dan abang kakak pun sama gak dapat ceramah…semua have to be extra careful with our little boy yang sangat supermanjaaaaaaaaaaaaaaaa nih.

Itulah yang aku takut sangat, pada anak2 kita, anak2 korang gak. Jagalah anak sesangat. By the way, the reason aku pakaikan laki and abang tshirt striking masa kat Legoland nih supaya senang mata aku nak cam kenal depa waktu jarak jejauh but apparently i need to pakaikan Zeeshan gak kaler2 striking cam abang and bapaknya too, sebatu boleh nampak.

Ini dah kali ketiga Zeeshan hilang yer. Satu di KLCC park, satu di Perak dan ini Legoland. Ketiga2 kejadian berlaku sewaktu aku tiada di tempat kejadian bersama depa. Siap yang 2 previous incidents tu, 3 beranak tu rahsiakan dari aku berjam2 hokey, if depa tak cakap memang aku tak tau langsung pun. Zeeshan memang tak mengabaulah, dia apa nak tau citer sume nih. Apapun, pengajaran sekali lagi…kena sentiasaaaaaaaaaaaaaaaa alert tolonglah suami, abang and kakak.

Comment: 16

The JPO’s thingy….

Jom kita citer yang best2 dulu baru kita sembang pasal kes Zeeshan hilang tu yah….

most of these photos nih, behind the scene of our official blogpost on the Legoland baru nih.

 

IMG_1911

 at the Puteri Harbour….hari pertama di sini

IMG_1728

hari ketiga nak balik, kita makan kat aiforgotler nama restaurant nih, but near by Legoland lah….tu aku pakai tshirt abang jer tuh…

IMG_1918

pastu laki aku ajak pi JPO, terus tukar pakai baju kakak and cardigan putih kakak (asalnya mine, baju pun asalnya mine but dah jadi harta kakak) ngan kasut pun tukar, earlier pakai slipar jamban jer muahahhaah

IMG_1741

awat laki aku senyum fake padahal dia yang ajak mai sini hiks….ai is lompat bintang betul bila dengo nak datang JPO

IMG_1916

coz haruslah akak buat lawatan ke Ferragamo JPO kan…

IMG_1794

i bought 2 pairs :)

IMG_1756

kakak bukan lelevel ferra, so cap ayam pun boleh, tak de cap pun dia tak kisah. My daughter is jenis humble steady one.

IMG_1763

handbag pun, dia nak size medium, so the black one it is. nak dipakai raya onwards je nanti, so beli lah dulu

(oh kat trip Lexis + Lego nih, aku first time bagi dia bawak her new Coach red bagpack).

IMG_1784

2 pairs of shoes, satu sandal satu kasut. Kasut itam dia tu kan, aku rasa, omg, trending ngah kasut tu ker, bapak simple macam kasut sekolah je mak kau rasa…but dah dia berkenan sangat….selipar ni pun murah2 jer. For kakak, kadang2 tak mintak pun, aku yang bersungguh membeli, serious sok laki dia memang senang ler, coz kakak bukan jenis menyopping (beza dengan abangnya)

IMG_1789

red gucci wallet for husband, tidok le aku beli coz he punya Gucci wallet pun simpan peram lam gobok hbag aku (dia bukan jenis tetukar wallet selang sebulan selang setahun), aku ye lah…manjang tukar purse/handbags

IMG_1824

laki aku cabar to make sure bembarang yang beli kat JPO  dapat muat dalam bonet. Dahlah masa datang pun dah penuh, sampai tak dapat menyopping kat Teluk Kemang. but tu lah…memang hazab nak padatkan but ai made it hiks….

ompompupan ni, kalau beli barang, kalau terpaksa gak, akan dia buat sampai muat, hah jangan dicabar. if tak muat gak bonet, mau aku suh anak2 aku pegang sket gak kat seat belakang tuh

sampai KL malam tu, berlipat unpacking barang. Malam tu gak laki aku antau baju for laundry untuk Legoland’s nya kain baju since the PD’s one kita dah laundry kat Anjung. Selesai.

Soknya aku cuti..sib baik memang amik cuti, kok kena keje, huh…ponat boliau. Eh cuti pun, ngan bantuan abang kakak, kita buat blending all bawang merah, bawang putih, halia, kunyit and cili boh. Stock up untuk 3 bulan frozen. Aku memang setiap 3 bulan yakni masa cuti sekolah akan buat project ni with my 2 kids tuh, depa pun dah terer.

nah jom cite pasal Zeeshan’s punya missing in action.

Comment: 3

NINJAGO The Ride dan Batman Movie Days tarikan terbaru di LEGOLAND Malaysia!

.

.

Day 1: The Adventure – LEGOLAND Hotel

legoland hotel

Menjerit suka betul Zeeshan bila nampak Legoland Hotel ni. Abang dan Kakak pun sama excited, even ni kali ke 3 kami sekeluarga datang ke sini. Umpama syurga dunia tempat ni untuk budak-budak sebaya diorang. Tersergam warna-warni penuh ceria Legoland Hotel ni.

IMG_0771

Selesai check-in semua, aku ingat depa semua nak terus naik bilik, rupa-rupanya tersangkut main XBOX games kat lobby hotel ni, layan jer lah depa ni.

IMG_0777

Habis main games, si kecik ni ajak pulak daddy dia main BIG Lego ni pulak. All these you can freely play at the lobby area. The regular Lego also available for them to play, unlimited, lagilah berlambak-lambak pieces dia, ha nak bina apa pun boleh :)

IMG_1904

The excitement begins once masuk dalam bilik, our room is Adventure theme. Memang sangat menarik dan ceria internal decoration dia. The kids love it very much. Ada pulak Welcome Treasure hunt di mana diorang kena carik all the clues in order to open the “treasure box”. Juga ada 1 set of Lego bricks to build with in each room.

IMG_0786

Ini pula their King Bed with view to both their theme parks.

IMG_0783

“Jom la mummy kita turun pegi main” Zeeshan dah tak sesabar ajak aku pi masuk theme parks tu

IMG_0807

Here is the view

IMG_0788

Ini pula their bunker beds, fit untuk 3 orang.

IMG_0799

Siap ada their own entertainment unit.

IMG_0791

He got his own sink too :)

IMG_0797

Of cos all the toiletries are Lego theme

IMG_0800

“Zeeshan nak tidor atas” Imagine selama ni kat rumah tido berkepit dengan Akak, sampai kat sini, dia siap chop nak tido atas sorand-sorang.

Personally Akak suka design macam ni, sebab dia separate kan parent and child beds :) Ada la sket privacy time gitu hiks

IMG_0819

So malam tu the kids semua tido awal sebab tak sabar-sabar nak bangun esok pagi ke theme parks.

IMG_0845

Ini dalam lif, yang bestnya siap ada lagu-lagu berjoget-joget la kitaorang.

IMG_0861

Tapi malam untuk mengubat Zeeshan kitorang turun la jugak pergi ke pintu gerbang LEGOLAND ni.

Day 2: The Fun In The Sun – LEGOLAND Theme Park

IMG_0918

Awal pagi budak-budak ni dah bangun siap mandi semua kejut mak bapak diorang yang tengah sedap lena beradu atas tilam empuk. Terus siap turun breakfast dulu.

IMG_0948

And here we are infront of LEGOLAND Malaysia

IMG_0975

Ha inilah dia salah satu tarikan terbaru di LEGOLAND Malaysia – The Lego Batman Movie Days! Tapi sampai cukup bulan March ni jer, so better hurry up.

IMG_0996

Sempat la kitorang jumpa Batman ni :) Ada jugak Joker, and few other characters.

IMG_1010

We managed to spot the Joker and got some goodies yey!

IMG_1013

Actually kesian Zeeshan, banyak juga games or rides yang dia tak dapat naik sebab belum cukup tinggi, tapi bagus jugak sebab lepas tu dia semangat nak makan banyak all the veges sebab nak cepat tinggi supaya leh main all the rides hehehe. But still a lot he can play with or rides.

IMG_1031

This ride, 3-4 kali kot dia belasah naik

IMG_1046

Ni pun best gak, berlumba-lumba nak padamkan api

IMG_1056

And yes we won! Tapi keletihan RD dan abang sebab kena kayuh laju-laju hahahha

IMG_1115

Zeeshan tu tengah baca the theme park map, nak check nak main apa lagi.

IMG_1143

Antara ride yang diorang naik bertiga. Sebab Abang dan Kakak laju jer diorang pi melenjan naik sendiri berdua jer. Sian Zeeshan tinggal, so dia naik ngan RD or me la kenkadang.

IMG_1232

Dan inilah dia the NEW NINJAGO The Ride!

IMG_1253

So kat sini kitorang jadik ninja kena lawan ngan all the creatures dragon snake bagai, syok wei. Ha ni semua kitorag berlima naik sekali.

IMG_1218

These are the NINJAGO characters

IMG_1085

Jangan lupa to check out their movie too, well actually a live theate. Amazingly done and entertaining, Zeeshan sampai kecut perut takut hehehehe

IMG_1268

Pantang la dia nampak train kan, ha RD kena naik sama

IMG_1260

Ada Lego dinosaur pla tu, memang favorite dia la

IMG_1340

Yang ni kitorang lenjan sekali berlima.

IMG_1375

Darth Vader

IMG_1382

C3PO and R2D2

IMG_1387

Ha sampai pun kat tempat Batman The Movie Days

IMG_1398

I’m Batman

IMG_1401

Kat sini ada memacam aktiviti bertemakan Batman of cos. Tu Abang dan Kakak tengah siapkan some pieces untuk lekatkan kat Lego Batman.

IMG_1416

Akak ko ni kan sempat balik bilik hotel mandi tukar baju bagai hiks, untung dok dekat Legoland Hotel.

IMG_1463

Ha ride yang ni dia tak dapat naik, so jadi la bergambar depan ni jer. So pasni kena makan vege banyak-banyak supaya cepat tinggi. Nak tinggi macam daddy katanya.

IMG_1481

Last but not least, naik boat. RD cakap Zeeshan yang nak drive, ha ntah ke mana pusingnya, nasib baik tak patah balik hahahha In between we break for lunch, we had burgers and fries, solat dan Akakmu sempat balik mandi hahahha. The crowd quite moderate so the queue for the rides tak la panjang menjela, just nice. All in all we had so much fun and memang awesome la LEGOLAND.

Day 3: The Wet Day – LEGOLAND Water Park

IMG_1518

Sama macam semalam, walaupun keletihan la gak sebab seharian semalam menlenjan kat theme park, tapi pagi-pagi lagi the kids dah siap sedia bangun nak turun breakfast. Akak tak yah nak jejerit suh siap pun hiks

IMG_1546

We had a combo tickets, so today is wet wet wet.

IMG_1596

Tapi Akak memang tak bape sangat mandi-manda ni, so cam biasa Akak jadik tukang jaga beg :D

IMG_1571

Dari bilik hotel terus pakai swimming gears jer. Cuaca pun baik terang benderang, panas pun ya gak. Memang sedap la berrendam budak-budak ni.

IMG_1600

Sporting Life Guard sini

IMG_1602

IMG_1615

Abang dan Kakak tak tunggu lama, terus laju explore all the slides.

IMG_1587

RD dok ngekor Zeeshan kulu kilir, kejap main ombak, kejap main slide

IMG_1609

Ha terikut-ikut la style bebudak tu

IMG_1660

Akak dok lepak tepi jer. Ai kan memang tak biasala bebasah ni :)

Let them enjoy the fun. Gambar pun tak banyak, sebab tempat basah-basah kang ade yang tercelup handphone dalam air pulak. Zeeshan pulak sampaikan tak nak balik la! Kena trick dia ajak makan kat hotel, baru la dia ikut naik balik. He actually cried bila kita nak tinggalkan Legoland ni. Even dah sampai rumah nangis lagi, “Nak Legoland!” Penangan Legoland!

IMG_0961

IMG_1029

 

All in all we really had awesome time here in LEGOLAND Malaysia. The kids lagi la dah tanya bila nak datang lagi! Even dah 3 kali, still the excitement, the fun, sama macam 1st time. Memang syok dan teruja, happy budak-budak. Of cos both me and RD happy bila tengok anak-anak enjoy their staying here. Thanks LEGOLAND Malaysia for having us here, till we meet again!

Everything is awesome…

 

Comment: 3