Massage

Tidur melingkau!

IMG02871-20100925-0103

Reddy membongkang kat celah meja pc, dah tau ko besau..situ plak ko nak melanding

IMG02862-20100924-2221

abang pun sama tidur ngan buku sekolah atas katil aku melingkar2 badan..

Abang was doing his revision, dia tu mmg dari dulu kalau belajar nak mengadap depan muka mak bapaknya. belajar kejap je kat bilik dah lari ke luar, lari ke bilik. so kitorg dok leka kat luar dia dok ok belajar je atas katil aku tuh…tapi lam bape lama Sirman checked tengok dedua dah bersidai lena…

baik Reddy mahupun abang.

Senangnya nak bagi abang tidur awal kalau hujung minggu tu, suh dia belajar malam, hah kompem cepat je mata terlelap. Ni nak periksa nih awal Oct tu yang kena buat revision sket. aku rasa macam baru je exam tapi dah datang exam lagi…

ni cakap pasal tidur, aku masih lagi bermasalah ngan lengan kiri aku actually. ada lah cite lam RM gak pasal urat aku yang dah silap on the left side, sampai naik bisa demam dibuatnya. tapi bila makcik urut aku urut dulu, baru lah kurang. berkurangan sahaja tapi masih tidak 100% pulihnya.

tak tau dah nak buat camne. aku dak tukar tidur ke kanan but masih lagi kefungsian tangan kiri agak membataskan. kalau tutup lampu suis ngan tangan kiri tu mmg terasa jugak, kalau gegirl or abang tidur baring nak beralaskan tangan kiri aku pung, sakit gak terasanya…aku bercuti dari berurut with makcik for 4 sabtus sebab ada hal .nanti bila sambung memang sedaplah berpinar2 badan dibuatnya…lamo dah tak ngurut nih.

Those yang tak tau…aku engage makcik urut ni harituh utk 3 pagi berturut. pastuh aku sambung amik package 10Sabtu berturut2…ha gitu. kasi badan mantap yah…..dahlah makan supplement malas, makan vitamin pun malas, hah ko, berurut lah kasi kuat sket badan nih. buang2 angin, buang2 lemak…sedappp!

Comment: 34

I love Off Day, Holiday!!

IMG02166-20100828-0905

wah wah wah! best betul budak nih yek, mak ko yang diurut satu badan, dah jadi satu package pulak badan ko pun berurut sama. Macam biasa Sabtu pagi sejuk2 tuh waktu aku berurut, the treatment is for 10 Saturdays except hari raya lah…oh hari tu ada orang kata harga mahal yek, aku rasa reasonable, dia datang umah kita, tak yah dijemput berhantar. dia punctual tapi harga yang aku sebut tu harga korang. i didnt pay that much coz makcik urut bagi discounts kerna beliau dan ibuku mak ajah, sahabat baik.

ngeh…

tapi package dia berurut memang full house btullah. dengan selang 5min jap2 orang tepon, and customers dia ramaiiiiiiiiii orang cina. orang yang dalam patang tak kira cina melayu memang amik dia package sebulan terus. memang riban2 lah dia masyuk…

gegirl suka betul, time aku dah abih urut dia ngah bermalasan atas katil, so makcik urut panggil dia, Gegirl nak nenek urut Gegirl lagi tak?

Nakkkkkkkkkkkkk

hah…sodaplah ko! tapi dia urut gegirl takde lah macam dia urut aku, dia urut aku sampai terjerit2 aku dibuatnya. buang lemak ko, banyak tol lemak tepu, tapi kalau dia urut, memang satu hari tu badan aku nak tidur sesajar..sedapnyaaa hai.

IMG00391

Task hari Sabtu was supposed to go out to find my curtain, based on apa yang korang dah komen dalam entry harituh, tapi sudahnya aku membongkang sesedap atas katil. mau taknya, sang suami pas hantar abang kat tuition dia sambung tidur, aku pun join ler, dahlah badan aku baru pas urut. pastuh bila dia kuor amik abang, aku bagilah pesanan penaja…

1. beli oil and candles, dah habis. kedai 2 ringgit nih dulu jual oil perfume tuh 2 inggit jer ko, skang dah naik harga melampo sampai 5 inggit!! eii geramnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!

2. beli makanan triplets, laju betul budak2 tu makanlah, aku beli 2 kampit pun seminggu dah habis, pasnih kena beli yang hok size godang maksima lah. aku tak suka beli bebesau tuh coz makan space kat dapur nun…umah kecik ko. lainlah umah CV, tu memanglah bosar.

3. beli cat bilik anak2! yeyyyy….kita nak cat bilik diorang. kaler dipilih oleh anak2 sendiri, blue for abang, of coslah abang pilih kaler tu kan, his room was orange colour before. then light purple for bilik Gegirl, coz skang colour biliknya merah menyala, kena tukar lor. Cat dapur aku tak beli lagik, ngah pikir kaler apa le aku nak sebat…dulu Nippon nya adv hanya untuk hall semata jer, wpun boleh buat satu rumah, tapi hui, malas ko masa tuh nak mengangkut ngalih perabut.

So entah bilalah aku nak carik curtain, nak carik kain baju raya yang tak sudah2nya nak selesai…kalo tak de gak, apa susah, pakai je apo yang ado.

Merdeka!

Comment: 12

Body treatement…

IMG01819-20100814-0922

oh oh gegirl yang baru bangun tidur, diurut makcik urut. aku dah officially amik package makcik urut untuk 1o hari. yeszaaa! harituh aku urut 3 hari berturut2 kan, memang kaw2 sedap. pastu aku amik air jamunya gak, sebab wpun  nampak aku ni active sana sini tapi aku tak makan apa2 supplement and jamu pun. now makcik ada buat sendiri, yang penting tak pahit.

Total untuk urut 3 hari + air jamu ialah RM345.

untuk the next 10 times urut treatment pulak will be RM750.

IMG01886-20100816-0434

bila aku cakap kat korang aku tak amik langsung any supplement, korang tak caya. bukan tak amik langsung, dedulu ada amik, kadang2 dari advertorials product, kengkadang boli sendiri, pastuh bila dah habis, langsung lupa nak sambung beli. jangankan aku punya, anak2 aku punya supplement pun lupa gak, nak belikan diorg punya pun manjang lupa, tapi kalo pi tengok butik bags ingat pulak ko eh Merah!

dulu masa dalam pantang, mak aku tunggu depan mata aku nak tengok aku habiskan segala air akar kayu yang dia buat sebab aku suka ngelat. ok reminder to myself, nanti mintak duit kat bapaknya untuk supplement depa. aku dah jumpa supplement aku, ni hah, the not so pahit jamu traditional home made by makcik urut. aku minum setiap kali lepas sahur. rasanya memang tak pahit, tp sebab aku dok set dalam pala aku its air jamu jamu jamu so asal nak masuk kat tekak jer, mulalah berkerut2 kening. tp memang ok lah, elok minum sekali guk gitu. makcik bagi sebekas air botol 100plus gitu, boleh tahan untuk sebulan. dipanaskan boleh or diminum sejuk terus dari dalam fridge.

harga air jamu is RM120.

IMG01871-20100815-1901

sekali apadah, tengok2 majalah urtv, apakah kuor iklan macam ni pun adakah? wah…aku tweetkan gambo ni ke main ramai sorak…sorak hapanya? aku nya jamu tu untuk kekuatan dalaman dan bagi tenaga not gonna say for vagina ke hapa lah, malu weih nak cite dalaman openly. ada orang memang tak tau malu, but not me lah. citer urut pun dah kira paling jauh aku leh bagi.

apapun ai love my massage treatment! tangan kiri aku dah baik, betul2 on last weekend urat yang tersimpul ke, darah yang tak berjalan pun dah on track. rasanyalah dari urutan makcik urut. tapi hari terakhir tuh wuii bukan main lagi berlipat2 badan aku dibuatnya. feel so good and fresh again.

Comment: 23

Farisa Spa Beauty & Buluh Perindu…

semalam petang aku sudah ada appointment massage ngan satu beuaty centre yang aku nak namakan as Suara Bangsat! ok forgive me for the bangsat word, tapi kalau ko berada di tempat kejadian, more than word bangsat yang akan ko bagik yer…

Make the story short, when ai stepped in, aku bagi call card Redmummy.com to that bitch lady, saying that ai m going to promote this in my blog, aku lagipun korang tau, will blog if the place is good, so that it helps the readers to compare ke so on, dah banyak sejarah lam redmummy.com kan, korang jadikan reference.

The lady, aku namakan dia Korina such a bitch lady! she  ni lam tepon suara masyallah bukan main baik sedap budi bahasa, bila aku dah berkemban pakai towel yang staff dia bagi, aku snap lah gambo lam biliknya tuh. n staff dia siap cakap ‘gambar terang tu tak kak? nak saya terangkan lagi lampu ke’ wah…boleh jugak. wpun sblum tuh si Korina cakap ‘no photos ye dalam ni, u x boleh amik’ tapi sebab staff nya pun bagi sokongan moral aku snap lah gak.

Lepas aku dah bertowel, dia datang masuk ngan muka lahanadnya ‘i nak u delete sumer gambar-gambar yang you dah amik sekarang  jugak!! aku nak tengok ko delete sekarang!!!’.

aku jawab simple ‘please keluar, ai nak salin baju’

so aku tuko baju and kuor. what korang ingat aku nak ke buat massage kat situ bila dengan muka lahanadnya dia dah cakap pasal delete2 gambo tuh…

aku sampai ke main pintu entrance dia, she this Korina bitch halang aku keluar, lock the door. udahlah badan beso cam cik gajah! grrrrr….‘AKU NAK KO DELETE GAMBAR2 YANG KO AMIK TU SEKARANG JUGAK!!’

dia dah mula bertempik cam orang gila, so ai think this is not right. Aku dah delete gambar2 tu, tp kalau pun aku dah delete or tak delete would you think i will give my phone to her? second, ko halang aku keluar, ko kunci aku x bagi aku keluar, is that your right to do so?

AKU NAK KAU CAKAP SEKARANG DENGAN BOSS AKU YANG ENGKAU DAH DELETE GAMBAR2 TU SEMUA – boleh dia jerit2 lagik sambil menonjol2kan hp dia suh aku amik cakap ngan boss dia

forget it! apa hak engkau nak paksa aku cakap ngan boss ko over the phone lakkan, dahlah ko tak bagi aku keluar dari tempat kau. aku belasah dia balik, dia jerit aku hentam balik ‘APESAL KO NAK HALANG AKU KELUAR NIH, AKU NAK KELUAR, UNLOCK PINTU NI!!!’ tetap jugak dia tak bagi keluar. elok jerit kat dia balik, ingat aku pekak hapa sampai nak meroyan cam orang gila…

Ai immediately call sirman, tapi jam tu dia nampak aku cam tepon somebody dia terus ngalihkan badan giant dia tuh dari pintu and aku pun terus bukak kunci n cabut. Such a crazy place. Sempatlah dia menyumpah2 aku bila aku turun tangga, gila betullah!Macam2 yang diseranahkan aku wohai…

To Ayuazizi – ai m not blaiming you for the recommendation. dont worry. and i m not interested to promote that Aura bangsat pun kat blog aku.

img06195

Then ai headed to this place, just next to Q Bistro 🙂

sambil buat massage, aku ceritakan kat depa apa yang aku dah kena dengan Suara Bangsat tuh….yelah it was just few min after the incident tu kan…kakak Farisa Spa Beauty & Buluh Perindu cerita ‘Suara Bangsat tuh memang kononnya dia ingat ko tu spy memana beauty centrelah tuh, tu pasal depa berlagak tak nak kan ada promotion etcs, pasal kononnya nanti ko jual gambar n info apa yang ada dalam kedai depa tuh kat beauty centre lain. elehhhhhhhhhhhhhhhh!’

img06185

Aku dapatkan full massage, specially on my left side, my tengkuk yang aku dok bising..apa2 pun aku rasa aku nak pi jumpa doctor lah. korang penah tak rasa at one time korang tidur at one area jer, macam ko banyakkan tidur ke kiri wpun ko cuba tidur ke kanan tapi ngah2 tidur badan ko beralih gak ke kiri, so ai m facing that problem lah gitu. Ini nanti citer lain kali lah yer…more detaily.

img06180

Dalam urutan massage tu dia buat 3 types, pakai bekam, pakai urutan tangan dan juga pakai machine. ai hv no complaint but kalau dikenang yang amoi massage ttdi tuh, lagi sedap kat amoi cina tuh. massage kat bangkok tu toksah citer lah, yang tu mmg tiptop kan. but adik yang ngurutkan aku nih dia memang anak bidan, so urutan dia pun ala-ala melayu mak bidan jugak. adalah hal2 citer dalam pompuan kita borakkan, so korang kalau yang lom beranak, dah beranak, dah kawin, lom kawin, sangat digalakkan jugak untuk jemput datang ke Farisa Spa & Buluh Perindu.

tak mau lah aku citer lelebih kat sini pasal cara urutan tuh, ni cite lam kain hal pompuan gitu, but u paham-pahamlah kan apa maksud mak merah nih.

img06174

ini harga2 yang ditawarkan, ai may need to visit them again, nak buat lagi massage..lagipun dekat je ngan umah aku pun. Btw, ai did asked them ‘boleh ke saya amik gambar n promote lam blog saya’

boleh dik, apa salahnya, kita kan nak promotion, kalau adik promote, boleh gak bantu business kami nih. Kami bukan macam Suara Bangsat yang ingat orang amik gambar je nak compete with other beauty centres.

Though ai had very bad experience kat Suara Bangsat, serious takut weii dengan orang2 gila kat Suara Bangsat tuh, sampai macam tu sekali dia buat kat customer, lebih dia pentingkan hidung tinggi than jaga hati customer. sanggup gak dia tanggung risiko tuh. Ai know that you wanna know amenda Suara Bangsat tuh kan, but kalau aku mention kat sini dah tentulah aku promote dia plak weii.

But for me, that s it, aku akan war-warkan quietly bout this Suara Bangsat’s bad service to my crony. Korang tau how to get me kan 🙂 . Anw, to cik puan kat Suara Bangsat, do you know that people read blog skang nih, dunia blogging sudah membangun pesat yer!

Comment: 101

Birthday Celebration for Mak…

Allah selamatkan kamuuuuuuuuuuuu

Allah selamatkan mak ajah aku, allah selamatkan kamuuuu

bday mak yang ke 63 tahun was last week, so sponsored kita smlm was Epi. janji dinner kat umah mak, dia belikan lauk pauk satay bagai. tp rupanya 830 mlm dia baru nak kuor dr umah dia ke satay kajang samuri. grrrrr! sudahnya kol 10 baru menyantap.

tudung tu Epi adiahkan.

ramailah orang adik badik anak buah aku tp amik gambo letak ni je lah, yang penting abang ada, sbb aku sampai naik perit tekak suh dia benti main pc mak andak nya, leka ngan game….makan dia pun kena dok bersuap kalo idak jgn arap dia nak makan kenyang makan game.

makannnnnnnnnnn, kalo order dari mia satay kena masak, x kuasa epi nak masak heh…dia mana geti masak weii, so dia rela pi redah kajang beli satay

gambar ni pun epi paksa aku snapkan suh letak lam blog, tudung merah utk mak gak, korang yang baru jadi readers aku mesti pelik napa mak kena pakai sunglasses memalam kan, sbb mak aku nye mata x leh kena cahaya flash mar….few months ago kan baru lepas buat operation.

gambo ni kan, aku dah nak balik dah tau dia suh gak aku snap gambo tudung merah mak yet mak aku dah bukak tudung..nakkkkkk jugak tuh.

kawan2 epi ramai baca blog aku, adik2, ni akak nak cakap korang nih nak tau pasal akak, napa x nak tanya akak, ko pi tanya si epi pasal akak pi langkawi, maxis mini dell tuh, mana ler epi tau. epi tu mengadap sembah akak dia pun sebulan sekali x tentu kay. dia pun nak tau hapa2 dia baca blog pasal akak dia x pun dia balik umah mak tanya update sesikit…baik korang anto kat General Questions Red tuh

korang nak kenalan ngan dia ke? dia mmg ngah single la ni, dah putus bape bulan dulu. hikss

nak jadi makwe dia kena pakai tudung, wahhhhhhhhh..eh ye lah, makwe lelama dia sume berkerudung. tapi tahan ke korang nak berakak iparkan mak merah the diva?

ai laser tau 🙂

hahahahhahaha, aku nakkkkkkkkk gak cakap aku garang dan laser. tapi aku adalah kakak diorg yang paling rock n roll and selamba bengong sket.

jangan riso aaa…wana ni adik ipar aku, sangat kamcing ngan aku mar….

aksi panas bersama nasi impit aji samuri 🙂

fius aku kan bengong sket  hiksss

Comment: 16