Philips

Philips Cordless Vacuum Cleaner!!!

 hari yang ai tanya pasal cordless vacuum cleaner tu, hari tu gak akak dah pergi beli. Recommendation lambat sangat ke akak ko nih dah tak menyabar. Ai hari tu ada pergi carik kat BSP but takde jual tu yang first day masuk keje terus pi KLCC bawah kedai letrik tu, hah pilih memilih in less than 15 min terus bungkus beli.

IMG_2243

i tengok kat review on these Electrolux product, not bad jugak but bunyik dia wuihai, kuat betul, even the latest model tuh…

*boleh tengok kat IG akak, dalam MY STORY, ada all these maknek vacuums yang akak tried aritu**

IMG_2244

boleh kata most of yang kat situ akak tried. Dyson pun sib baik lah akak dah ada dia punya vacuum so as everyone knows the price untuk Dyson sangatttttttttttttttttttttttttttt mahallah benau (thank god i was sponsored by them hahahaha). Jadi ai nak kena beli 2 sets pulak nih, satu atas satu bawah, memang tak rajin ler nak turun naik ngan batang vacuum nih (vacuums lain sume ok lagi but berwayar2 ni eh tak berkenan dah lah…so old pesen, remeh leceh)

IMG_2250

Jadi ai puas hati dengan performance Philips masa buat testing. terus bungkus beli satu dulu.

IMG_2251

Mudah-mudahan hidayah untuk bertudung datang cepat :)

Went to MimpiKita to get this, my PS job for Yanok…takut kena sebat but  memang pun, tanya budak sales tu katanya tak banyak yang left out.  Tudung ni harganya RM148.40

IMG_2255

terkejabakan di Isetan while waiting for Yanok’s tudung to be packed, terbeli…

IMG_2256

a nite before husband dok cakap ‘my perfume tinggal sebotol jer’ jadi itu memang kerja aku lah, so dalam terjebak tu aku belikan la sekotak nih, Kenzo, ada perfume and jugak shower gel. I memang avoid all the package yang comes with shave tu sumer, coz my husband tak pakai, if beli,dia pakai lah if tak beli tak pakai lah. Jadi tak yah ler memenda sume tuh…

bagus tak bini ni sorang, laki petik je cakap barang takde, sok dah dapat. Eh ai tak dengar pun lagik dia cakap thank you so much cik puan,...ke masa dia cakap aku dah membuta hek?

 Versache merah tahun ni je akak beli sampai 6 botol sudah, all finish boliau. Sedap, ai suka sangat the smell, one of the first perfumes yang ai mula collect dari zaman anak dara permulaan hadiah dari suami (masa tu was fiance).

IMG_2264

unbox all done by Abang…

IMG_2266

dan Zeeshan officiated the product, happy betul. Jadi so far dah seminggu pakai nih memang sonoklah, sedap pakai, atas carpet ke, lantai ke, all sedap. OK yang ni harganya RM699 about 700 lah kan, kat satu online site nih (bukan nama sebenar) harganya RM600, but rasanya tu warranty dia setaun, unlike beli yang 700 ni warrantynya 3 taun ke 5 taun tak silap. So i m gonna grab another one gak lah, coz really love the product or maybe other brand tu tak pasti. I nak pergi siasat kat mall lain pulak. Macam ni kena wajib beli 2 tak cukup satu. sudahnya vacuums melambak2 kat rumah tak berpakai hahahaa…takpelah semuanya pun dah served us quite a while sangat, yang ada tu lebih 10 taun umurnya pun masih molek pekerti lagik.

IMG_2416

jadi if you tanya akak if this Philips is highly recommended or not, ai would say YES!!! First time sebelum pakai kita charged over night, so far kita tak pernah lagi pakai lebih dari 30-45min but tiap kali dah pakai kita terus chargekan, was told if battery habis kena charge up to 16jam to fully charge, gitu kau kan. But oklah, most of the cordless vacuum cleaners pun macam tu lah, bih kurang jer jugak. so far i m happy with this new gadget of our red house. This one codenya ialah Philips FC6170!

Comment: 4

This is so my thing…

kauuuu

hakak rombak lagi bilik laundry tu (asalnya maid’s room). Macam kesal je beli katil baru bila pindah sini, yet untuk maid bongok tu pakai sekejap jer kan. Aku suh cabut je katilnya, tapi memang takkan ler laki aku  nak buatkan. Kang ada yang nak tidur situ, satu hal nak memasang balik.

So selepas berhari2 aku bunyik, katil yang menyempitkan keluasan bontot aku, jadi laki aku pun godam le jugak katil bilik ni. With my help. Dia dok jerit panggil abang, but budak bujang tu ngah buzy buat benda lain, so baiklah aku je yang tolong, nak terbalikkan the other side tu je pun, bukan qudrat hakak tak boleh pung. kann…kata beranak 3.

so tukar gini pulak position, pueh hati aku nak mengiron dalam nih. Board pun besau panjang bonar.

IMG_8444

Memula RD dok kata macam ni la macam tu la, position yg dia propose tapi aku cakap ai yang dok dalam ni iron baju tau bukan you, so biar ikut ai punya selesa la. kan kan betul tak? orang yang tak buat keje sini pulak yang dok galid nak caner bagai.

baru la syok sket buat ironing, ada iron super power, ada board lebar besau, bilik pun selesa, kipas hala 2 penjuru. Sedaplah. Skang dah ada radio lagi dalam bilik ni, sket lagi aku nak beli radio baru bila teringat yang the docking iphone si Zeeshan rosakkan dulu tu boleh pakai radionya lagi hish..harus tak jadi beli. Penjimatan.

IMG_8686

la ni dah cuti sekolah, maksud aku ngan SPM so awal ler cuti sekolah abang, 2,3 hari je sekolahnya dalam sebulan ni.  So weekend aku ler buat ironing but hehari biasa, if tak de keja sangat agak2 dah lebih 4,5 pairs abang yang ganti aku buat ironing nih. Dia suka je buat nih, memula dulu dia memang menyampah. But we have to keep on training bebudak ni.

Lain le laki aku kan, dah rebung,  memang takkan menjalan ler dia nak buat gini.

IMG_8690

tudung kakak paling lah dia annoyed mengiron. sabar bang sabar, abang yang baik ialah yang mengiron tudung adiknya. hahahaha….

sok sok ko dah kawin, kacang je nak iron tudung anak bini kau…

 

IMG_8754

the rest of the days, pun abang jugak iron, ini baju jalan2 adiknya, momantai jer lah. guna pulak Philips iron canggih tu kan.

tapi abang pun, bukanlah terus pandai ironing, aku ajar dia setiap langkah untuk semua kain baju ni. Seluar macamana, baju kemeja, baju yang berkembang besar camne, specially on the side lines and jugak the tajam2 part tu, kena ajar dulu camner.

Dah lama kelamaan, his cup of tea lah sangat.

IMG_8748

He dok  cakap lenkali mami amik ler video yek, biar abang buat tutorial ironing kat fans mami. hahahah kau bang, mak kau dah buat ler. Eh aku dah buat kat instagram, very the laju cut tutorial. untuk kemeja lelaki ler

untuk seluar lelaki pun aku ada buat video, the steps.  but aku tak post lagik. sok sok lar…

IMG_8463

Tapi hari tuh, omang kau. dekat sehari ok aku buat ironing, tapi bukan sekali jalan ler, kalau sekali jalan aku rasa 2jam kot yelah baju banyak tapi ni baru duduk dah kena bangun buat tu buat ni. Kira memang banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat berhenti ler. Haih. Habis siap only at 830pm macam. Terus aku naik mandi pakai baju nak kuor rumah.

Eh ini aku iron sedas ni, 60 helai yer. Enam puluh!!!

Depa pun pelik, nak gi mana mak kau?

ai dah penat iron baju. Esok mammi tak nak masak, now jom, mammi nak pi shopping.

Kedai dah tutup laaa

Not yet, itu kedai DIY kedai 2 ringgit BSP bukak lagi, jommmmmm!!

Jadi pergi ler kita ke sana, dapat le gak aku merabak 50 hinggit kot. Memborong apa tah, janji dapat hilang stress menyopping dok ngadap ironing kan. Tu yang dok terlanding makan kat Hajris as per this entry.

Apapun kan, ironing is now my fav things to do gak at home.  Buat dengan kasih sayang, syok jer. Penuh dengan ikhlas hati, a tanggungjawab, you gonna love it. Now that Abang is expert on ironing, kakak agak ketinggalan, she lambat sedikit belajar ironing coz of her age factor and also dia belum lagi cuti sekolah. But one thing, she of cos ler lagi terer memasak dari abangnya. Ada untung rugi pro cons setiap anak2, takpe kakak, cuti sekolah nanti ko catch up le balik belajar ironing dengan jayanya :) .

Comment: 5

New baby dah!

 

IMG_7016

basuh baju2 ngan tangan, itu pun keje aku gak. Ramai tanya camne Kak Red boleh lagi buat semua kerja, ler…motipnya nak ngan tak nak jer lah. Macam ni, alahai sikit punya aku jaga le baju putih laki aku ni, tapi tercalit jugak dengan kain baju merah aku. Basuh asing2 pun, but masa dia bersidaian sebelah dengan baju merah aku (yang also baru lepas aku basuh tangan), terpalit stainnya.

Aku pakai vanish yang serbuk, tak nak hilang. Pakai clorox tak hilang. nak suh baling buang baru hilang kau gamaknya!

Lepas tu Mak Ajah datang hantar berbag2 barang dapur huwaaaaaaaaaaaaa….My Mom memang masak kat rumah aku, RD and I supplied everything. Apa yang mak aku masak tu, not just for my house, but for my other family members yang kat rumah mak aku tu, so ramai le kan adik badik anak2 buah lagi. Sampaikan penuh dedua freezer dengan banyaknya bahannya lahai.  Nasib baiklah gomen bagi cuti 2 hari kat bebudak sekolah, so anak2 apa lagi, sila tolong nenek korang!

Anyway selama kat 15 tahun kawin nih bukannya selama 15 taun pun aku ada maid, the first 7-8 years kita takde gak maid. ada yang datang kejap2 je pun ke rumah so memang semua dari urat kudrat aku gak lah.

IMG_6847

lipat baju? sinonim dah ngan aku and kakak. weekdays kadang2 kami bergilir dua buat, tengoklah sapa yang paling senang dulu hahahah. Iron baju, hah tu aku buat.  Tapi ada gak anak2 buat. Aritu depa sehari kuor, aku le yang iron, dari 430pm kot sampai 930malam, but in between ada ler berenti banyak kali,siapkan dinner ler solat le layan buku story Zeeshan ler. Memacam ler. Kalau straight 5 jam, patah le pinggang hoh. Itupun dah sakit2 gak badan belakang haku.

we are talking bout 50pcs of iron baju tau, yang depa balik dari Kemboja Vietnam tu, kan bertenggek kain baju nak kena iron. Hakak le kena buat.

Masa tu belum beli magic iron.

IMG_7282

IMG_7286

Sekarang, 2 hari lepas, magic iron aku dah sampai muahahhaaa. Philips GC8616/30 PerfectCare Aqua Pressurised Steam Generator Iron.

Aku beli direct dri London terus, kat sini 1k++ kan? hah…demi nak menyenangkan hidup, invest mahal ler kat iron. Kalau ada maid, janganle beli iron memahal hoi, jahanam jadinya. So in total ada sampai 4 ketul iron dah rumah aku tuh, but satu tu free adiah. Jadi dengan ini, sorang satu bilik boleh letak iron hiks….

tapi kita tak iron hehari, aku buat weekend je pung. Aku dah tried pakai, memang best. So beliler yek, kat Amway nya dealer or sesapa pun ramai jual, kedai pun ado. tapi aku beli murah sket le bayau direct dr London nun.

IMG_7273

Lepas tu kan tambah sepasang lagi baju sek depa. so nak kena menjahit pulak lencana kakak nih. Cek set menjahit, satu benang putih pun takde, pergi le beli. Eh benang set nih kan, last aku beli bertahun2 dulu tau, aku rasa dia punya each rolls of benang tu tebal jer, tapi skang adoimai, nipisnya lahai rollingnya.  Gigil2 menjahit, janji lekat. kalau setakat iron lencana tu kang kalau basuh, tanggal gak, jadi jahit adalah wajar.

Philips Avent audio baby monitor ni , dari zaman Zeeshan baby lagi. 1 set. Skang sejak dok Red House ni, the base unitnya tu aku letak kat bawah, in between tv area and kitchen. Yang parent setnya (untuk bercakap tu) aku letak kat bilik aku ler. Agak2 ko tak nak keluarkan suara 7 petala kau, ko cakap le pakai ‘parent walkie talkie tu’ hah kang askar2 kat bawah dengar ler. Agak2 aku tengok depa culas dari atas (via cctv), aku roger ler dari situ gak, hah bertempiaran le semua kang.. so kalau hangpa ada ni, jangan le buang bagi orang pulak, simpan, nanti sok sok leh utilise like i did hah.

Dinosaurs tu Zeeshan punya. Skang dia addicted ngan dinasours kan, so tidur pun kena ada si hijau tu. Kalau dia dah start bukak buku dinasours dia, ko kena tinggalkan semua benda and ngadap ler buku tu sama ngan dia, borak sesama, TRex dan semua sedaramaranya yek.

New baby tajuk entry ni coz my latest edition of baby is the Philips Iron tu hahahahaa…. takde maid, kita invest memahal le kat barang2 rumah kan, kalau ada maid, pakai cap ayam pun cukup, depa menjahanamkan barang ko je kejenya.

 

 

Comment: 11