Raya

New baby?

sesatunya rumah yang kami beraya di kampung pandan, rumah yang satu lagi kat gombak orangnya takder

tuan rumah baru dapat cucu, comel jer baby girl. blom abih pantang pun lagi ibunya.

aku kan kena sakat je kat sini, ‘ko sok anak2 dah besar ha meloponglah kau laki bini, anak 2 jer”

‘pastu anak2 ko kawin, tinggal ko je lah berdua, x meriah tau’

‘orang anak2 ramai, meriah tau raya, ko kang berdua, berempat je tinggal…anak2 ko kawin balik umah mertua diorg, tinggal la ko laki bini jer…’

aku dengo isk isk isk….mohlah sirman kita bikin anak sorang setaun pasni. sempat lagi kot :P

tapi pastu aku jawab dengan penuh berhemah….‘kang kalo beranak lagi, kesian mak kena jaga masa pantang…mak pun x kuat sangat”

wah…pandai ai menepis :)

at least we already have 2 kids….do ai have to say more than that?

Comment: 15

3rd Syawal…

petang jumaat, seperti dah mak aku booking awal2, kami melawat sorang sedara yang terlantar sakit di HKL semenjak few wks ago. sudah seminggu lebih juga makcik ni in koma, kesian dia… abah aku lak dah pi visit awal2 masa bulan puasa aritu, so aku bawak mak je lah.

sambil biarkan mak berbual dengan anak2 makcik tu, aku dok menyelit keluar bilik tengok the boys and a girl melepak…oh anak kakakku pun ada sama pasal dia dok tidur kat umah neneknya sejak balik dari melaka a nite before

gegirl memain camera snap itu ini, dia bosanlah kan x dpt pegang itu PSP

ni last gambo aku ngamik lam spital pastu kena marah ngan abang attendant :(

mana leh amik gambo weii, even outside of the room hikss, hampun lah bang…

n neneknya dok seronok pulak tengok abang bawak keter lintang pukang lam PSP game nye tuh…sorak2 neneknya suh ke kanan lah ke kiri lah cepat2….tension je abang bila nenek dok gegar suara tepi telinganya

dan macam biasalah mak aku kalau x kidnap aku suh bawak dia ke mana2 x sah….isk mak aku ni kan dahlah aku x berbaju kurung raya, pakai seluar ngan cardigan jer sbb cadang nak pi spital je. sirman sampai cakap pasni kalau mak ajak memana kita kena expect kena pergi berumah2. baju spare anak2 aku pun x bawak gak, buatnya baju depa kotor ke, muntah ke, lauk tumpah kat baju ke ha padan muka mak merah.

memandangkan emak dah mula puasa 6, kami dok pusing ler desa pandan carik tpt nak makan. coz kan mak aku dah kidnap aku nak pi beraya lebih kurang dekat nga desa pandan so carik makan kat sini lah utk berbuka puasa mak.

akak aku pun join sekaki siaplah dia bawak bekalan asam pedas sayur rebus segala….mak aku dah abih makan lauk akak aku pun benda makan yang kami order x gak sampai2. bayangkanlah punya ramai orang kat gerai ni nunggu q yet kedai makan yang bukak sebanyak2 alam sume tutup dok beraya lagi. ramai tol orang carik nasi ye di 3 syawal nih hikss…

ai forgotlah aku ada reveal nama sender yang bagi ini baju ke tidak? malas tol teman nak google lam blog sendiri, tp sipolan yang menghadiahkan pada gegirl sempena birthday gegirl last month, ha ini dia first time baju pink flower Gegirl ni yeah….excited woo, nak pakai…

sebenarnya sejak dari bulan puasa lagi dia mintak pakai baju ni, lek2 la nak….pakai during special occassion je lah, so raya ke tiga kita pakai kay…

hah 2 sejoli yang x boleh berenggang….kak chik ni pujaan hati abang, n fav sister gegirl jugak…kalau hapa2 jer dalam banyak2 sedara, ‘kak chik ada x mummy?’

tapi cuba korang tanya abang, sesapalah nanti jumpa abang bolehlah soal ‘kak chik tu gelfren abang ye?’

laju je dia akan jawab ‘x lah, mommy is gelpren abang!’

masa skang dia jawab gitulah, ai donno whether lam 10 ke 20 taun akan datang, jawapan yang sama akan keluar dari mulut abang…

Comment: 14

My diva pose…

kami sebenarnya ngah jalan kaki dari umah pakcik A aku ke umah pakcik B, dokek jer, so drivers sume kena bawak keter tp kami rela berjalan

sirman yang ngamik gambo ni sambil dia berdriving, mana boleh nak potong kitorg jalan yang very the lembab mak limah

lepas tu kan, pakcik b aku x de umah lah pulak, wahhhhhhhhhh horey2 lah..

sebabnya kami dah x larat nak menyinggah, masa ni je dah kol 10 malam bayangkan kalo singgah bape jam lah kol bape lah pulak sampai KL kan…mak aku tu kalo boleh satu melaka dia nak pi in one day one nite. anak2 mana boleh tidur overnite, ada yang bekerja on fri wpun aku bercuti tp aku nak rehatlah in kl, coz we have other plans gak kan…lgpun kami pergi ni x bawak abah, abah ada hal lain, mak kang kalo tidur sini apa lah pulak jadi ngan lakinya tu kan…..abah aku le hiksss

pastu aku sibuklah nak pose2 biol aku

asal aku nak pose je adik bongsu aku ni mesti nak nyelit samaaa

hishh menyebuk betullah adik nih, orang nak jadi vogue kejap pun ko nak over sama

yeszaa…adik aku dah masuk keter so aku leh pose cantik

siap boleh landing atas keter dia hiksss

ahah!!! wpun aku pose sorang2, tp lam keter tu Adik aku tu dok tried nak menonjolkan muka dia gak iskkk

pastu aku dah x larat nak pose dah bila aku kena kejar anak2 aku yang tak geti nak masuk keter mak nye, dok nak menyelit ngan sepupu sepapat. kang bukan diorg tidur lam keter dok bergasak lah pulak. yang peningnya kan drivers bila dengo bebudak bergaduh….

tak tau lah bila lagi nak sampai ke melaka, biasanya kalo ada kenduri kahwin, mak aku mesti buzz aku ‘red, anak sipolan nak kawin, ko free tak”

ha itu maknanya aku kena bawak mak aku balik melaka lah, kalo aku ada hal, akak aku or nana akan take over the duty. anak2 pompuan je yang rotate buat ni sume, dah jadi rutin since dari anak dara la….

Comment: 16

Datin Diva…

inilah surau ibuku….

surau yang mak aku wakafkan dari tanah miliknya few months ago. awal ramadhan aritu surau ni dah mula menerima tetamu, seronok sungguh ibuku…

kami buat jamak di sini

sebenarnya seharian di melaka, banyak gambo sirman dok ngamik, kuor masuk umah orang tp aku memang dah x larat. dari baju aku berkancing sampai terbukak sebab dah x larat penat nyaaa….rambut pun dah serabai

si dara baju merah itu adalah bakal adik iparku :) dan si dara manis kecil yang itu lak anak kakakku, dulu masa dia cinonit dialah yang aku bawak kulu kilir, skang dah besar makin cantik orangnya. tp cuti sekolah je kalo boleh aku memang angkut gak dia bwk balik umah aku

tu sirman berspanar bagai pasal aku telah gatal tangan buat sesuatu ngan keter aku hiks…..sib baik boleeh repair menda tuh, tangan aku ni kang kadang2 mmg x ong, selalunya barang cepat je jahanam dek jari jemariku huhuuuu

makan, letih makan letih

letih penat letih penat

eh x taulah bape banyak umah kami pergi, ikut jelah arahan mak dari siang bawak ke malam. kat umah ni aku tumpang mandikan gegirl, abang plak x sempat nak mandi bila bilik air dok penuh je pastuh

pulang ke KL, mak tidur lena, abang layan psp sampai abih kong, gegirl lak tidur di pangkuanku, ngan aku pun tidur sekali.

sampai di RnR seremban, depa sume turun nak kencinglah nak minum lah, aku gegirl and sorang lg anak buahku tidur lam keter….tp bila aku terjaga tak lah pulak depa balik2 ke kereta rupanya sedap makan layan nasi goreng lah segala bagai..sirman ajak aku turun tp aku x nak, muka badan dah terpelot penat. aku cuma mintak sirman tapaukan aku black coffee in a cup, x nak lam plastik tp x de lak orang jual lam cup, satu kedai tu lak ada jual tp dah tutup…

n RnR ni lak manghaiiiiiiiiii manusiaaaaaaaa, mostly sume ngan baju raya. highway pun keter bersusun ye!

Datin nak minum apa bang sirman?

dia nak black coffee in a cup

oh yelah dia tu mengada sket tekak nyer, nak in a cup lah, nak teh tarik kaw2 lah

adik beradik aku memang kurang asam sokmo gelarkan aku datin @ diva….

pastu berarak balik ke kl pun, aku sambung tidur bila sesedor dah sampai umah mak…

Datin, tidur lena ke tin?

bekheng gak bebudak nih, orang ngah ngantuk2 ni….

sampai je VA, aku pusing lagi kain baju and update blog…..that s the story of our 2nd Syawal.

Comment: 11

Pusat Perkuburan Islam, Bertam Ulu Melaka

gini mak aku memang orang melaka, ibu pada my mom kawin ngan arwah atuk Abdul Ghani pastu bercerai. Pastu dah bercerai ibunya kahwin pulak ngan orang spore and lahirlah Mak aku. Bercerai and kahwin semula dengan arwah atuk Ghani sampailah keduanya meninggal….so kira adik beradik mak aku tuh, satu mak tapi lain bapak sebab antara 12 beradik yang satu mak tuh, mak aku sorang jer yang berbapakan Amir, yang lain tuh berbapakan Abdul Ghani. tapi tetaplah tok Ghani aku dulu yang membela mak aku, x de beza anak tiri anak kandung. adik beradik mak aku yang lain tu pun wpun seibu lain bapak tetap anggap mak aku sedarah sedaging lah kan…dah tentu satu mak

make it short, bapak aku lak orang Sungai Udang Melaka gak, memang dah kerja kat Sekolah Alam shah masa tuh, kawin je ngan mak aku terus tarik mak aku dok kl, tp mestilah ada balik ke Melaka. cuma bila toknek aku dah meninggal kami hanya pulang bila hari raya ke2 or ke3, balik ari sebab nak bawak makpak aku mai melaka lah. otherwise kalo ada kenduri kawin….

dedulu kami ada pengalaman jugak balik beraya di kampung, tp masa tu aku sangat kekecik lg lah….lepas tu bila dah petang raya baru balik. so x cedok banyak mana pun pengalaman pulang berhari raya tuh coz aku kecik sgt pun masa tuh.

ini kawasan perkuburan Islam di daerah asal mak aku dulu…

masa ni kan, kami semua kena marah ngan mak except Ayin. ayin tu ko tengok ngan cermin mata hitam kepala gonjeng ala pailang kaki pukul tp dia dulu sekolah agama so dia sangat arif tentang hukum hakam bagai. so bila kitorg sume kena marah ngan mak, dia pun bgtau sebab2 kenapa kitorg x boleh duduk belah kiri mengadap kubur. kena dok sebelah kanan mengadap kiblat. dan x boleh cakap ‘ya ahli kubur’ ada lah dia ajar aku kena cakap apa, tp aku lupa…

sebab dah kena marah kami pun hegeh2 pindah ke belah kanan….akak aku lak lembab orang suh pindah dok belah kanan dia dok ha ye ha ye…tp pastu dia ikut lari pindah gak coz mak aku dah jeling2…baru aku tau…..

ini kubur ibu pada mak aku, dan adiknya yang meninggal berpuluh tahun dahulu. adiknya meninggal dunia sakit jantung, and maknya lak (nenek aku lah) meninggal sakit tua. kami sempat buat tahlil, lead by my bro ayin and mak…tahlil ni bukan sahaja untuk our family members tapi seluruh isi alam di tanah perkuburan ni gak.

bebudak kecik dok dalam keter, adalah ipar duai aku yang jagakan….

kami tinggalkan mak bersendirian ngan kubur ibunya, aku sempat jaga arwah nenek aku ni dulu, sebab asal cuti je kadang2 mak aku anto aku balik kampung. mandi air perigi, dok umah kampung melaka tu aku adalah pengalaman, tp x lah banyak mana, sbab kami pun dibesarkan di bandar. aku jugak pernah buat rock bawak nenek aku naik bas kat kl jalan2 kat Metrojaya, Jalan Silang n Central Market hahahahaaa…..dedulu ler. best wwoo jalan ngan arwah nenek wa, apa aku mintak sume dia bayokan. aku dulu pun masa tu umur very the teenagers sangat.

lepas tu kami dok mencarik kubur arwah Tok Ghani n ramailah sedara mara yang mak aku dok tunjuk sana sini, blur2 je aku dengau…aku ni kan bengap sket hal sedara mara nih,

…tu kubur moyang ko, tu kubur arwah Tok Kasimm, tu kubur bla bla bla…

Alfatihah untuk mereka yang telah pulang ke alam barzakh…

sebelum sampai kat perkuburan ni kan, Adik bongsu aku hilang jap so bila dia tepon aku….

‘Acik kat mana tuh?’

‘Mak suh jumpa kat kubur’

pastu mak aku nyampuk – Masuk kubur, masuk kubur! (maksud mak aku ialah, masuklah jalan ke perkuburan islam nih)

pastu adik2 aku yang lain buat lawak ‘Adik, ko terus masuk kubur dik, ko kalo x paham gak aku x tau lah”

hawau lahanad lah kena ngan adik aku…oh kitorg kalo melawat agak kasar and kurang ajar sket…

Comment: 14