Zebra Square

ThePopLook for The Zebra Square!

DSC_2725

Dah berjanji sama teman karib RD untuk buka puasa di Zebra Square. Aku pun dah shout2 kat lam blog sama jugakkan. Tapi aritu ngan GBM, la ni ngan my family pulak. Weekend mar. Mana penah kitorg buka kat rumah, Sabtu Ahad sume buka luar, ada ler 1 rumah, itu pun umah mertua aku. Lain sumer luar, sampai anak2 ada list Top 5 mana tempat yang depa suka tak suka suka tak suka. Tunggu tahun depan kita ukur jalan lagi buka puasa di mana pulak. But dengan syarat hanya pada weekends sahaja, ada ler sekali aku kena bawak depa pi events on Friday, ya hampun siksa betul.

Dengan aku nak kena rush balik dr opis, redah jam, pastu patah balik pi event venue. Mostly kalau gini aku yang kena buat, bukan laki aku. Dia tau datang solo lenggang kangkung jer coz location opis dia yang very the hujung dunia kan…

DSC_2737

This time dapat seats depan2 buffet area, so anak2 nak repeat amik hah senang.

DSC_2741

Gegirl kepantangan dia nampak udang…berpiring-piring dia boleh habiskan. Yang aku pulak dapat menu ikan yang sedapnya tapi tak tau camna nak buat sendiri. Dapat repeat 2 kali, kali ke3 habis licin dah!

DSC_2746

Gaya dah ada….insyallah tak lama yek lagi korang

DSC_2744

Aku bukak puasa kali ni macam feeling anak 2 jer, coz jap2 budak kecik ni kena kidnap dek couple nih…

Tapi tu ler mak being mak, pala asyik mencarik jugaklah hahahahah

DSC_2748

Our buka puasa at Zebra Square bukan Red Family je, tapi member baik RD and anak2 dia pun ada sama. Aku rasa korang pun dah kenal depa nih coz once a year kitorg memang bukak puasa sesama heh

DSC_2757

Dan tetiap tahun jugaklah si bapak tunggal ni ngan anak 3 orang jer…. Calun baru tak jumpa lagi hehehe

DSC_2760

Budak2 ni bukan main lagi gadget freak betul!

DSC_2762

gagaaaaa! makan diaaaaa!

DSC_2775

Kakak muka tak ikhlas nak senyum wpun dapat sepasang kurung. Dia takut guard kat situ marah dia coz berdiri kat situ amik gambar. Hai kakak janganlah risau, mak ko kan pelindung terhebat ko, sapa marah ko, mak tau ler nak silambamkan!

Selepas buka puasa di Zebra Square kita lari pulak ke Ampang Park, itu je paling dekat. Dapatlah sehelai kurung kakak wpun kedai sumer dah nak tutup and dapat bargain habis gaklah biasa ler penutup customer katanya kannnnn. Diorg sumer 2 keter tunggu kat luar. Aku ngan Gegirl jer shopping terpaling pantas.

But i still need 1 more pc for her lar.

DSC_2779

Kemudiannya makan di McD Ampang Park jugak. Borak over setengah jam kat tepi jalan, sampai aku naik lemau so apa kata bawak battalion ni sumer yang dah lapar balik ke McD! gitu yer….borak berborak borak berborak sampai RB tidur melena jugaklah kat situ. Abang kakak and lain2 dok meleka main borak, sibuk dengo orang tua bercakap pun ado gak.

Kalau nak, sempat lagi kot 1,2 hari lagi for Zebra Square coz Thursday will be their last business days for Ramadhan buffet.

Lastly, the purple Gold Liyana Blouse similar to my blue and the fuschia tak lain tak bukan mestilah dari ThePopLook

*****************************************************************************************************************

So korang dah habih shopping raya ke? Aku dah setel dah semua kecuali nak cari selai lagi baju Kakak. La ni sibuk nak beli kuih raya pulak. Dah beli dah hari tu tapi rasa macam tak cukup la pulak….

Tapi yang best beli kuih raya ni ialah ramaiiiiiiiiii sangat yang menjualnya. Sampai tak tau nak pilih pun ya gak. Pastu semua pulak jual online. Senang kerja aku nak membelinya. Bila nak bayarnya lagi senang, aku just buat online fund transfers pakai Internet banking via Citibank Online. Remember aku kan ada Citibank Ready Credit, so it comes with Citibank Online account 🙂

Even buat mobile fund transfers pun boleh. So, on the move pun boleh beli kuih raya hiks 🙂

Comment: 7

Zebra Square Buffet Ramadhan!

IMG_4406

korang nih, baju hijau dalam entry previous one tuh dah beli awal2 ramadhan arituh, pakai pun dah 2,3 kali daaaa…tapi lambat je kuor blog. bukan smlm beli pakai hari ni mar….

anwwwww

ini adalah buka puasa for #rmgbm

di Zebra Square

IMG_4407

ai and Sid jer tak bercouple…

Ros bawak Mia and baby dalam perut

Ayu dah tentu ada temannya

Yanok bawak laki dan baby lam perut gak.

heh yanok is soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo fat!! dah nak masuk 5 bulan.  ooo dulu ko kata akak gomok boyot kan, ha rasain. hehehehehe.

IMG_4409

korang

budak 2 orang ni dah dirisik merisik

depa nak bertunang pas raya nih uuuuuuuuuuuuuuuuuu

so nanti kepak kepuk kepak kepuk

selamat pengantin baru le tak lama lagi

insyallah

pastu ko pun boyot

muahahahhahaaaa

tahniah ayuthesun and temannya.

IMG_4415

aku takde photographer ler tapi nanti aku datang repeat balik with red family sini coz selain dari spread yang 70 jenis, banyak betulllllllllllllllll, harga tak mencekik le melampau sangat and ample parking pun ye jugak, easy access, cuma orang ramai tak tahu. jadi aku perlu khabarkan berita yang best superhebat kat korang. Buka puasa ni di Zebra Square.

tak tau jugak kat mana?

malas google yek?

tau RHB Bank Jalan Tun Razak tuh? tak tau jugak pi dok bawah katil ler ko!

pastuh, on the left is RHB…terus kiri sket nak ke Kampung Pandan’s bulatan tuh, ha tak sampai 2 min by car dari RHB ko kena turn left nampak sebesar2nya padang bola sepak the Zebra Square.

Ok tipulah kalau sebesar padang, half padang? ada kot. Tapi aku rasa sebesau padang bola ler!

IMG_4418

Situ sebenarnya hub untuk event, macam2 events orang buat kat situ, tapi untuk Ramadhan nih depa sub kat vendor gini lah untuk buat Buffet Ramadhan. So agak terlambat untuk aku datang menerai, ni budak2 gbm dok bz benau eh ai yang bz kot tu yang lambat sket. tapi takper…not to late for korang datang cuba. ada pejam celik seminggu je lagi boleh berbuka di sini.

Nak jemput anak2 yatim, harga buffet boleh dirunding. Corporate pun ramai bawak clients buka di sini, apatah lagi orang2 perseorangan.

So #rmgbm antara yang dalam golongan terkecil mencuba buffet di sini lah.

Harga buffet ramadhan  Zebra Square RM56 nett only. Address untuk menyenangkan Papago ko nanti: No 18&20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100, Kuala Lumpur.  Call Zebra Square at 0192699375 for reservation . Tepon jer…tak yah sebut Redmummy punya readers pun depa akan attend and give u the good table. nak dok depan buffet area, ha sukatik ko ler!

IMG_4424

my photos cant judge the hub nih but it s very big, yelah tempat buat event kan, kalau bawak anak2 kecil pun senang nak control, ada budak ni baru dapat kaki, bukan main lasak lagi mak pak dia mengekor bontot si anak tapi sudahnya diaorang biarkan anaknya berjalan dalam nih coz memang tak ke mana pun si kecil boleh pergi, selamat untuk anak2 kecil, kalau yang open air tepi pool pulak kang ada yang terterjun tiruk ha lagi letih ko nak menjaga budak2 kan. So sini momantai!

Beria betul aku cerita pasal Zebra Square heh, tapi ni bukan paid ads.

kalau paid one ai dah tulis atas tuh ‘Sponsored Post’ youuuuuu!

IMG_4428

untuk bakar2 pulak ada di bahagian luar sket, orang kata chicken wing is a must try, tapi bila aku amik tinggal left one jer, pastu bila aku duduk depa tambah2, dah aku lupa malas nak amik, rerupanya…

hemm padanlah…

IMG_4444

mamat baju batik nih mengrepeat makan chicken wings tak hingat!

dia yang boyot ke bini dia yang boyot heh?

IMG_4467

Selamat Hari Raya, Salam Syawal dari #rmgbm

amboi awalnya wish 🙂

IMG_4476

Insyallah Sabtu ni Red Family akan kembali lagi untuk berbuka di sini, so sapa2 nak picit pipi RB, meh datang jumpa akak kat Zebra Square. Sapa2 nak tengok Gegirl yang cute comel tuh, pun meh datang Zebra Square, sapa2 nak tengok Abang yang menggalah pun boleh datang Zebra Square

This weekend will be our last buka puasa di luar bersama family. rasanyalah, so one of the days to tutup buku puasa di luar sama anak2 adalah di Zebra Square, kalau ada tempat lain nanti kita bilang but ai nak gak pergi angkut anak2 and laki haku ke Zebra Square nih.

Cuma satu…

mana Zebranya????????????

and nanti sok sok nak tanya, napa namakan Zebra Square yek? napa tak namakan My Square? or Tiger Square?

banyak soal pulak, jumpa yek korang di Zebra Square, ada less than a week sebelum korang sume balik kampung for Aidilfitri. Harga buffet ramadhan  Zebra Square RM56 nett only. Alamatnya: No 18&20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100, Kuala Lumpur.  Reservation Zebra Square at 0192699375 .

Comment: 20