The 14th Luncheon…

IMG_7887

i have posted this in my instagrams segala, hadiah untuk laki aku for our anniversary. Dia dok cakap nak beli drill, aku pusing kiri kanan tanya2 orang, aku sebat satu hah.

Dan seperti dijangka, jadi troll, mendapatlah yang double kuning nya otak dok ingat drill sesajarrrrrrr.

Sebab 19th tu hari Isnin, jadi kita buat advanced2 one luncheon nih. As his practise pulak setiap tahun, he sent me a basket of roses, tu pun tengok ler lam FB, malas ler nak upload sini coz gegambau lam nih pun aku dah siapkan dari weekend lepas.

Terima kasih Allah for our marriage, though ada up and down, masih lagi dia suami saya dan kami masih lagi happily together with the batallions. Susah senang jatuh bangun, insyallah akan masih lagi bersama.

 

IMG_7994

Jan 18th, 2015’s photo. Kenapa le sang suami tidak bolehlah bukak mata dia bebesau pun!

IMG_8001

Our 14th anniversary’s luncheon. Laki aku ingatkan pergi berduaan jer. Pastu pagi tu aku jadi mak tarzan suh semua bersiap.

Aik bawak anak ke?

Yelah bawak askar, lain kali lah kita pergi dating makan berduaan, today ai nak askar ai ikut.

 

IMG_8012

what the ler susah benau nak amik gambar berlima dengan package si kecik tak nak berdiri setempat.

IMG_8014

untuk package anak2 dengan mak pulak

IMG_8016

fail one time

IMG_8019

fail second time

IMG_8020

fail 3rd time

IMG_8038

alright, ko amik clutch mak kau nih, ko diam kejap!

IMG_8007

the end…sila cari di mana Zeeshan?

Comment: 5

EZ Diet – Healthy Food Delivered To You!!!

Please scroll down for my latest entries.

Sebulan dua ni ramai jumpa akak makan lain jenis punya bekalan. FYI, even pergi meeting di luar I masih lagi bawak bekal, lebih senang makan kat food courtlah cos boleh bawak own food kalau restaurant kang tak boleh nak bawak food luar, so ramai ler yang nampak my type of bekal tu tak macam yang few months ago punya food kan. Ya benar dong.

Ye Akak still on diet, NO curi-curi tulang one, NO cheat day also, cuma sekarang ni mood masak dah lari kedaung hehehehe. Biasalah kan kita kan ada mood rajin masak, ada mood malas masak. Bayangkanlah dok bawak bekal and rotation yang almost the same since 9 months ago. So tukar sikitlah.

IMG_7103

So bila mood memasak Akak kedaung, BUT I still want to maintain my healthy diet, that s when I stumbled upon EZ Diet. The service by EZ Diet, asalnya I nampak dari sorang dua celebrities dok promote segala.

Tapi tidaklah aku order jam2 tu, i took a month to study sikit pasal EZ Diet ni gak.  memang ada service sebegini, where they prepare balance healthy meals and deliver to your house! Korang just heat it up 3 minit dan terus boleh ngap 🙂

IMG_7925

Apa yang membuatkan ai tertarik dengan EZ Diet ni pasalnya semua meal depa ni is designed by dietitian and nutritionist. So every calculation of the nutrition fact is done in details by EZ Diet’s team. This is very significant especially for me yang nak maintain my weight dan of cos in the same time untuk turun lagi berat dan saki baki lemak yang ada 🙂 Besides, my pantang is no oil no butter and no sugar.

Betul ke boleh kurangkan berat badan ni Kak Red?

Well, the rules of thumb ialah 70% battle of weight loss bermula dari makanan yang kita makan. Betul tak? So bila kita makan diet yang seimbang dan berkhasiat sudah semestinya sedikit sebanyak dapat mengurangkan berat badan. Dan selebihnya depends on kita punya fizikal aktiviti seperti kerajinan berexercise, tidur yang cukup, age factor dan lain-lain.

So bila dah terpikat dengan sesuatu service tu dan berkesan pulak tu terus la ai order. Gambar atas-atas nun is my healthy meals for 10 days. On top of that, this is really hassle free. Tak payah susah-susah nak prepare dan masak untuk diet. With EZ Diet, bila balik kerja just heat it up and makan. Jimat masa dan tenaga 🙂 Even for lunch, ai bawak jer pi opis. Kat opis bukan tak de microwave kan nak heat kan. Macam nama dia, it’s so easy 🙂

image

So Kak Red nak try la, macamana nak order?

EZ Diet ni ada 3 specific plans. They have:

1. The Special Weight Loss Program – As per title says, this plan sudah semestinya untuk kita to shape up and lose weight. A healthy and delicious, balanced meals for 3 main meals + 2 snacks x 7days

2. The Executive Meal Plan – Plan ini menyediakan Breakfast, Lunch dan Dinner for our weekdays. A balanced, portioned and healthy meals are calories counted secukupnya untuk memberi tenaga untuk hari seharian kita dan secara tak langsung to lose weight.

3. Daily Plan – Sesuai untuk our daily dieting needs. Or korang nak try testing cuba bolehlah try plan ni. Order sebelum 12 noon today and receive your Healthy Lunch and Dinner esoknya!

EZ-Diet-menu

Nah, check out this menu for The Special Weight Loss Program

image

To order also easy peasy:

1. Sign up dan pilih plan yang korang berkenan.

2. EZ Diet will prepare and cook accordingly.

3. They will deliver to your house or you can even collect sendiri at their place, itu semua boleh customize.

4. Apa lagi, enjoy your clean, healthy, delicious and nutritious meals.

Have issues and questions? Click here.

IMG_7105

Kalau you order for a month, takde le depa hantar sampai sebulan punya stock, they will deliver batch by batch, for mine depa deliverkan ikut 5 days per 5 days. Akak order 10 hari last month pun depa hantar 2 batches, bagus gak gitu takut kang freezer kita tak muat.

IMG_7921

Bantuan EZ Diet ni jugaklah Akak tak perlu lagi tergocoh-gocoh nak singsing lengan masuk dapur memasak, tapi ia juga melegakan dan menghilangkan stress Akak dok nak fikir nak masak apa la hari ni untuk diet aku ni! Dengan EZ Diet yang datang with complete healthy menu and their meals are prepared in a high quality and reliable kitchen, this really a lifesaver for me 🙂

EZ-Diet-testimonials

Check out apa orang lain komen pasal EZ Diet ni. Even artist dan celebrities love their meals and services. Ye lah depa sokmo busy mana sempat nak masuk dapur, so EZ Diet jawapannya. Testimonials dari celebrities boleh tengok di sini.

Ada aku nampak Dato’ Siti Nurhaliza pun instagrammed EZ Diet, I thot she instgram coz EZ Diet engaged her, but tidak langsung. She memang beli and freely promote EZ Diet coz she loves it. Check Dato’ Siti’s testimonial kat sini dan jugak di sini.

IMG_6713

This is my favorite!

Sama ada ko heat terus dari containers yang EZ Diet dah provided…

IMG_7586

OR boleh je transferkan ke pinggan and heat it

ini Aussie Sirloin Beef, kena ada lelemak sikit tepinya kalau tidak akan too much dry . Untuk bbq sos tu pulak, kalau you rasa tak cukup for you (like me), boleh je remarks dalam order mintak EZ Diet hantar extra. So depa will do so lah, takde le macam sesetengah kedai mintak extra sos pun nak charge.

Kalau korang sama dengan I punya category, to lose and maintain weight, busy tak sempat nak masak a healthy diets, malas nak fikir menu apa nak masak, EZ Diet is the answer. Personally for me it’s really hassle free and a life saver! Dan yang paling utama, sudah semestinya at the end of the day, dengan EZ Diet the final resultnya badan kita menerima makanan yang seimbang dan clean, nutrisi yang cukup dan sekaligus insyallah kekal sihat.

My case dulu camni, I order for 1 day plan je dulu, nak testing lah. Pastu terus suka. Aku upgrade pulak ke 10 days plan. Dari situ upgrade lagi ke 1 month plan. Hinggalah kini. Aku turun bawah KLCC tu for shopping jer, bukan for makan coz I have my own bekal yang aku dah ordered from EZ Diet.

Sesilalah visit ke website or FB Page ‘s EZ Diet to learn more about healthy and balance diet. Or even tips on healthy living.

With EZ Diet, diet made easy!

Comment: 11

Sek Keb Jalan Pasar (1) ‘s Reunion (batch 1982 – 1987)!!!

Menjejak kenangan silam betul entry nih.

Ini adalah post specially meant for those from Sek Keb Jalan Pasar (1) (batch 1982 – 1987).

Atau kalau ko dari sekolah tu pun ko rasa nak mengimbau kenangan silam,  hah wajib sangat baca nih. But kalau bukan pun, korang tetap gak baca. Kan?

IMG_6854

 1982, Darjah 1 Merah

First row, the most left one yang menyangkung ke nak terjatuh tahan tangan kat lantai tu – YOURS TRULY

IMG_6852

1984 Darjah 3

2nd row from front, 3rd from the right (the one next to Cikgu Lim) – YOURS TRULY

IMG_6931

one fine day, aku pergi melalui sekolah lama ni sekejap, just to take few photos for our group

IMG_6933

bila tengok camni, aku rasa macam SK Lelaki owl yang sebelah dah merged ke dengan the mix school? Donno, could be. I tak masuk dalam pun tanya.

IMG_7014

and after 28 years, we met again

but of cos tak ramai yang dapat gathered. The organizer just found me a few days before the event

IMG_6978

Saiful and Shaida

IMG_6979

Affendi and Saiful

IMG_6982

Amir

IMG_6986

Shahjahan on the left, our batch mate also the tokey of the Kampung Pandan Kari Kepala Ikan, Jalan Yap Kwan Seng

IMG_6991

Jega, Azly and Nazween

IMG_7003

Kenny, Kar Lai, Georgia Gan Leng,  , Carmen Lee Lai Lai, Choy Jun How (now is Ismael Choy), Ng Chin Yee

IMG_7006

Mr President, Hairul Idris

 

IMG_7019

The boys

IMG_7021

Lee Lai Lai

IMG_7053

2 dari si kecil budak sekolah nih, ada gambarnya di bawah

IMG_7025

For the big 40

IMG_7029

Kenny and Shaida

IMG_7032

Hafizall @ Botak @ Castello @ Tailong!

IMG_7035

Nazween, Hafizall, Ismael and Hairul

IMG_7036

Nazween and Hairul Idris

IMG_7050

1983 Darjah 2

Last row, number 5 from the right – YOURS TRULY

 IMG_7014

The back row:

Nazween, Saiful, Kendy Chan, Ismail Choy, Affendi, Kenny, Azli, Azli Kelia, Ng Yin Tee, Jega and Amir

The front row:

Kar Lai, Shaida, Gan Leng, Hairul Idris, Merah, Ng Chin Yee and Lee Lai Lai

 

IMG_7042

I was in this school for 6 years. Jauh sekolah ni dulu kalau banding ngan rumah, ada satu je Jalan Cheras nak datang pergi balik ke sekolah nih, selepas aku abis di sini, my brother yang masa tu darjah 1 pun pindah ke somewhere near by my house, masa tu dah banyaklah sekolah area Cheras/BTR pun dah naik. Abang aku pulak masa aku darjah 1234, dia pulak darjah 3,4,5,6. Tapi dia asal dulu lah, he s from owl school.

Some memories aku ingat but some ada kawan2 yang tolong ingatkan. Aku selalu datang lambat sekolah, dan always be the last person to balik rumah gak coz Abah tak boleh hantar amik on time. Besides gak, my abang yang kat owl school next door, so dia akan kedek2 datang to my school tunggu Abah kat sekolah aku lah, aku adik dia abang kena lah dia yg datang some more aku  pompuan. Kita naik vespa. jarang abah bawak kereta pi sekolah coz jem kat Jalan Cheras tu hadoi.

Kerna kemisikanan hidup kami dulu so duit belanja tak de sangat, sikit jer cukup untuk waktu rehat itupun limited, jadi bila dah balik lambat,sesangatlah lapar. I remember the kantin owner tak pernah ada rasa simpati nak bagi kami makan walau barang seketul roti, malah makan reramai satu family depan kami (either aku sorang or ngan adik or ngan abang aku). Air pun takde nak pelawa, aku kenyang minum air paip that time.  Kadang2 je staff kantin akan sorok2 bagi kami air botol, so memang melaju le minum, dapat air sirap tu pun dah syukur sangat.

Kisah main hoki, patah. Tengah game le pulak tu, aku wakil sekolah for few games gak. Masa tu tak pandai lagi main Chess, dah hujung darjah 6 baru aku terer main ler. Also masa pi rombongan ke Templer Park, mendaki air terjun yang licin, aku terpelecok and dahi terbenak kena batu sungai. Tak rasa sakit pun, tapi bila my buddy dok jerit, hoi muka ko berdarah2lah! Oh my, dahi dah terbelah kau. Balik rumah tak bilang mak abah, tapi terus naik demam, terus tidur.

Abah aku pelik kenapa anak daranya awal malam dah tidur, dia pi siasat, nak melompat bapak aku tengok kepala dahi aku, malam tu gak terus bawak pi klinik ke hospital tapi dah tak boleh nak jahit coz lambat sangat bawak. Sampai sekarang tanda dahi den ado hah 🙂 .

If you datang dari batch nih, or you kenal anyone yang datang dari sekolah ni, tolong panjang dan war-warkan sesangat. The committes tengah gather all information coz they are having the big gathering / reunion for the big 40 of this batch dalam midst of this year.  Either way, happy jadi member and part of this school. Heharap kita dapat kumpulkan as many old friends as possible.

Please get the EX of Sek Keb Jalan Pasar (1) to dial /whatsapp / telegram this number +6019 320 6264. OR add our FB Group over here.

Comment: 13

HomePro and Index Living Mall, IOI City Mall Putrajaya!

IMG_7435

menung panjang laki aku. Cermin yang bininya nak, takde stock. So frust frust one. April baru ada weih! 3 bulan lagi. duhhhh.

udahlah dalam ni takde signal, so mamat tu dok buat conversion cm ke inch bagai aku pun tak tau lah. Last2 dia kuor dari Home Pro and tetiba aku dah dapat tape, staff Home Pro bagi kehkehkeh…hangin je pakcik.

Bini superhot ramai je tolong. ops jangan adik abang kakak menyampah baca ni, ai is seldom2 je masuk bakul sendiri. LOL

IMG_7448

Kita bukan cari main items dalam nih, but more to accessories. Aku tunggu gak Home Pro collaborate ngan RM but ayo their PR marketing or even social media teams, senyap sesenyapnya.

Cerita pasal WC ni kan, kita beli 3 sets kat Puchong coz aku amik package, add on tu add on nih memacam lah. Nak pilih jenis paip pun bercinta, nak yang begini begitu. Pilih WC ni pun nak yang begitu begini, design sini sinun. Soalan WC merah ko dapat tak Kak Red. hah tak dapat, tapi kat Serdang dah lepas 2 bulan haku beli WC putih baru jumpa kaler merah, atas ke bawah sume merah. But nak menyedapkan hati, bukan merah menyala, more to merah burgundy so aku tak de le rasa macam kecewa. Kahkahkah….gila dah beli dah pasang siap pastu nak pi tukar semata2 warna merah. Keji ok perangai camtu. Kot ye pun hantu merah sangatkan.

Oh speaking of the house aku tuh, memang kami re-build. WC lama tu aku cabut. Tak naklah aku pakai WC lama depa heh. Lagipun aku tukar structure umah tu habis, aku repositioning toiletnya dari A to B side, takde satu pun yang nampak macam gambaran asal rumah dari owner lama.

IMG_7466

seluar aku ni kan bila tengok balik cam kembang je bawah nya kan. Seluar baru tu, my regular fav brand dok buat new style, tapi macam aku tak kenan dah pakai bila maacm kekembang ahsoh pulak seluar nih.

ini cermin lawa kan? beli lah korang. aku tolong hangpa jer, puas hati amik gambar #ootd . besau kau.

IMG_7468

Index Living, pun kita masuk gak. coz ni memang masa visit aku firs time tuh aku tak sempat masuk sini, almaklum bawak askar ramai benau kan. saja cecuci mata dalam nih.

Index Living ni pun sama jugak, mana le PR peoplenya, tak de communication menjawab betul. Lotih hakak tunggu dik.

IMG_7470

i like white bedroom’s concept but kakak current’s one pun putih macam dah jemu je aku tengok. after 10 years nanti dia kusam.

IMG_7475

sibuk ngan kaler cat nih. We have painted the TM’s house (contractor ler) tapi ada satu 2 colours aku macam nak tukar lagi. Tu lah, selagi tak duduk selagi tu ler i ll keep changing my mind.

IMG_7486

White

IMG_7488

hover mung!

IMG_7498

besaulah cermin ni, sedapnya halahai.

IMG_7504

aku suka kalau kakak pakai katil cenggini hah, ada belakangnya macam storage area. Ada kat VIVA Mall cenggini gak, set di Index much more cheaper dari set kat VIVA but of cos lah ada ler pro contra nya lain. Macam almari tu kan macam frosted, aku menyampah kalau jenis frosted almari nih, anything yg frosted aku tak suka, kecuali glass bathroom.

IMG_7509

so black! cantik gak nih wpun i m not a black person…

but if dia letak warna merah sebelahnya, alahai, ai is cair lah kat merah more

IMG_7514

harga? hah jangan ditanya, akak snap2 je dik

IMG_7518

panjang menung cik abang tengok harga hahahahaaa

IMG_7524

tarahhhhhhhhhh…..semua stack tu untuk all my winter clothes! ready to move. but lelain tu untuk current house. bukan untuk rumah baru jadi adik manis yang nampak akak ngan segala mala troley ni, bukan for new house pun dik. 2,3 ketoi je for our new house.

8th April 2015, kena datang balik sebat the cermin.

Ada kedai lain tapi harga double triple dari kat HomePro nih. Lam Index Living the size is tak besar tapi ada banyak sangat furnitures or anything in reds, So kalau looking for any red items, go to Index Living.

Ini adalah cerita waktu kami di IOI Mall Putrajaya.

Pulangnya terus ke TM’s house and get the contractor to do the drill drill drill. Settle.

Sambung lagi this weekend. huh bila mau habis mar…

Comment: 8

Zeeshan’s drama…

IMG_6899

First day kat sekolah, alangkah bahagianya si anak. Siap antau mak pak kat pintu kelas lagik, dihalaunya kita. First day yek. 2nd day pun bahagia, aku tak yah naik atas, hantar kat bawah jer. Masuk hari ketiga, Zeeshan dah start berdrama. Ada 1,2 orang budak yang menangis, so tetiba dia tengok pun dia menangis. So aku joint le sama ngan dia dalam kelas.

Aku dapat lari pun coz aku cakap aku nak gi beyak. kahkahkah….

Tapi tu lah, sok2nya cikgu cakap Kak, dia cari akak kat toilet kak.

Where is Mummy? Where is Mummy?

alahai lololooooo Zeeshan nih. Mummy works lah nak.

IMG_7618

Dah dekat seminggulah Zeeshan dok kat playhouse nih. He s supposed to go to yang 4 years old but itu kalau ikut tahun, since dia Dec baby, orang dah 4 tahun dia baru turns 3 years old, so dia gang2 ngan bebudak playhouse dululah. Maybe dah 6 bulan ke baru dia pindah atas gak.

but tu lah 2 hari je dia seronok, hari lain dia cengkam leher peluk habis badan aku tak nak lepas. Menangis sesedu.

by the way kita pilih sekolah ni coz aku takde pun survey sekolah lain, dah citer aritukan, aku datang sini tetengok and terus takde masa nak tengok sekolah lain. So heharap oklah yerk, dear school…please look after our kids.  Itu dia tengah mencengkam leher aku lah tu peluk habis. Sama le aku pun dok dalam kelasnya, tapi this one aku main lari pecut jer lepas 5min pun tak de tanda bayang dia nak lepaskan aku.

Kakak dulu pun, ada 2 weeks gak aku dok sama dalam kelas dia, belajar sama ngan dia kahkahkah. Cikgu pun suh duduk sama coz special case si Kakak tu dia punya merajuk meraung hoi! Tu kita panggil transition dia untuk masa bertenang dan masa untuk get used with the school.

By right memang kita kena tinggalkan jer anak, of cos true but untuk kes2 anak yang akan dok sedih meraung melalak tersedu2 nih kenangkan dia kena pi sek tinggal situ (for him thinking yang orang tak sayang dia ke napa dia kena pi skul) dahlah abang tak skul (abang ko sek petang dik oiii). boleh je exceptional case ko duduk le sama dalam kelas but masalahnya mak kau pun nak kena pi kerja dik.

 

IMG_7614

Nantilah sok sok mami suh apak kau tunggu kau pulak. aku tak suka bila tinggalkan anak kat sekolah dalam keadaan dia menangis sedih. Aku nak dia rasa selamat kat sekolah, fun and happy. Kalau setiap kali asyik menangis jer halohai, tak bestlah dik, mami pun tak senang kat opis nun. So untuk permulaan ni beginilah dulu, aku dok ler sama dalam kelas ngan dia for 5,10 min.

Nantilah apak kau pulak temankan kau.

Kitorg ni ada kerja memasing. bapaknya hantar kakak for both classes and jemput Zeeshan, aku hantar Zeeshan jer. n attend Kumon anak2, so kalau camni nak kena mintak bapaknya turun padang sama lah dok dalam kelas.  Tapi masalahnya bapak depa ni jenis yang alah tinggalkan jer, alah bior je dia nangis, alah buat tak tau jer. Hamboih pak kau cakap senang, bukan ko yang berada di tempat kejadian.

Sembilu tau hati ai tengok anak I peluk I kekuat tak nak bagi tinggalkan dia.

Oh nanti aku nak share episode ‘kehilangan’ Zeeshan lagi kat hangpa. Untuk kali kedua ye. hem….till then.

 

Comment: 6