Aug 13 2014 Wednesday, 10:00 am
Little Notes…
Eh penat la citer raya.
hangpa tak penat ke baca or bosan cite raya.
korang mata tengok kain baju raya aku je le gamaknya, ooo kak red pakai baju ni, ooo aku nak la macam pesen ni gak taun depan, oooo baju ni aku ada sama jugak.
gitu katanya kan.
tu blom yang skodeng bag lagi
nak tengok bag pakai masa ray?. believe me, aku pakai Long Champ Merah sahaja yer. setiap tahun bawak yang gedegang2 pastu laki and anak2 campak barang raya memasing lam bag aku. angpau raya paling banyaklah, duit raya nya lagi, bawak extra, sampul raya kosong lagi, ngan bag make up nya, ngan batt hp back up memasing, pampers anak pun depa sumbat lam bag aku so taun nih, so so raya seminggu tu akak pakai Long Champ merah sudah. besar pun besar. tapi kalau pakai baju merah tak bolehlah nak pakai ngan handbag tuh coz kang takde contrast warnanya.
ANyway, anak aku si kecik tu baru baik demam hah. Pun masih lagi muntah2 susu, asal minum je muntah, kalau dia lari pecut jer muntah, batuk muntah. Aritu yang dia demam, last weekend lah, sampai naik 39 temp dia, doctor suh amik gas coz kahak banyaklah sangat kat dada dia tuh. Dia pun sblm gi klinik dok ngadu ngan aku tunjuk dadanya, miii…sick sick.
miii,sick sick.
sian tengok
aku urut je dada dia, bapak dia terus bwk pi klinik. cadar selimut pun habis asyik ganti muntah jer.
pastuh kalau bagi makan ubat, specially antibiotic, satu rumah gak dia berlari. 4 orang kena pegangkan dia bagi makan ubat. dia cukup tak suka antibiotic lah, kakak dulu pun camni gak lah, tapi dulu 2,3 orang je yg pegang kakak, but adiknya sampai 4 orang hah. Paling recently, patut ubat tu for 5 hari, dalam usaha nak bagi dia makan ubat, dia leh capai le botol ubat and baling.
pecah berderai le.
bijak budak ni. daripada aku tersiksa kena makan ubat, baik aku pecahkan botol nih
halahai anak….
whatelse yer.
ada kisah lain but i cannot show it in the blog so much. citer dalam blog mestilah macam takde apa2 terjadi di luar tu. apapun, i have moved on and buat satu step yang sangat indah dan wangi at least to my dear fellow frens and family. One day, entahlah tahun bila, insyallah aku share the details of it. Menitik airmata korang nanti kalau baca. Habis semua aku let go, habis semua yang aku rasa i need to put aside, aku campak tepi. Sweet sangat indah 11th August tuh.
Citer soping pulak, yilek, takde major beli bags, beli baju ada ler, wpun dah abis raya, aku mana kira raya ke tak raya. Holiday pun, macam nak pi Lombok, tengok situ gunung ganang beach laut hotel gedengang je best kan, but timing asyik lari jer. Aku kan every 2,3 months kena berjalan, ni lama dah tak berjalan nih. dah nak masuk 4 bulan kot. Takpelah, hasilnya tahun depan lumayan gak kalau dapat bertahan tak berjalan kan. Toys Zeeshan ada le aku pi beli ngan baju tidur dia, tu pun dah almost 800 damagenya.
Kisah Abang Kakak, anak2 sedang membesar. Ada amoi sorang nih kalau wechat/wa anak bujang aku tu manjang je ok see you, I love you.
ko umur 13 taun dah ucap I love you.
masa makcik umur 13 tahun memanglah dah dovey lovey but tak de kot ucapan lap u lap me.
Anyway, abang tak jawab balik pun love u. Coz pernah sekali aku tegur, please never ever use that phrase now, dah nak kerja ke dah besar sok sok baru lah use it, mummy daddy and adik2 e yang ada hak dapat love u love u to bang. So he listens to it. Murah le sangat umur 13tahun nak berucapan love u.
Kakak ngah exam sek agama. Once a while aku kena masakkan my dietary menu, si saba fish tu lah, coz dia dah addicted bawak bekal pi sekolah. Kalau awal2 bawak for half ekor jer, makan ngan nasi, tapi pastu up sket ke sekor. Rerupanya dia makan ngan kawan2 dia, semua sonok sedap makan menu tuh.
Alhamdulillah, aku get rid lagi kain baju aku, blom nak pindah lagi tapi aku tak nak pakai dah for the next coming months so aku dah packed it up lam kotak and pastuh ada hamba Allah yang nak buat charity from the baju, untuk jualkan and the hasil jualan untuk bayar bill hospital kawan dia, so about 12kgs kain baju aku asingkan and passed to my reader, semoga sahabatnya cepat sihat, bertarung kanser paru-paru.
Back to the special date of 11th August, Monday – that was the first step to another steps. Insyallah, it s not about how we start our journey, but how we end it.
oh pasnih, sambung lagi citer Syawal. Tu la aku cakap, habis Syawal sok pun tak abis gak cite raya aku heh….
RM Recent Comments