The Syawal…

IMG_9667

This is our 2017’s raya theme. Sangat sangat sangattttttttttttttlah tak the same colour theme at all. Purposely. Kisahnya the girls tak kisah, merah surely ada. So aku sudah beli baju Melayu Zeeshan (merah maroon ni first) kat Jalan TAR, i really love this material. Lepas aku post kat IGs, ramai pun sama pi carik the same kedai Jalan TAR to get this baju melayu, sungguh, material dia sedap.

Pastuh bapak and anak bujang sulong pun jatuh cinta gak ngan baju melayu Zeeshan, jadi esoknya sekali lagi kita ke Jalan TAR, thot amik the same colour with Zeeshan but bapaknya tukar plan.

If amik same colour nanti bapak and anak bujang tak boleh tetukar pakai (skang depa in the same size so selamba je bapak ngan anak bujang nih exchange bajus). Makanya, bapak pilih green, abang is blue. Dah jadi majmuk. Yelah so nanti bapak leh pinjam baju melayu abang gak, vice versa.

Kerna itulah kita decided ok, so colourful theme for the Red Family this year. Habis cerita. Kakak is wearing Minaz, yellow melekat, her dark blue tudung tu pun from Minaz. I do have yellow gak, but tak nak sama colour with her, aku pakai orange, the Lily Petuna.

Dan sesungguhnya the colourful theme ni banyak orang suka tengok, rumah sedara mara, even at IG or FB, thank you to mak/bini hangpa ni lah 🙂 . Next year, pun camni gak kot hiks…

 

IMG_9340

IMG_9407

IMG_9435

IMG_9443

IMG_9489

IMG_9503

IMG_9514

IMG_9556

IMG_9598

IMG_9642

IMG_9711

IMG_9713

IMG_9737

IMG_9742

IMG_9764

IMG_9772

IMG_9799

IMG_9810

IMG_9817

IMG_9837

IMG_9626

Salam Syawal, Maaf Zahir dan Batin from the Red Family

dfdafdf

Comment: 13

The VA :(

Well, cuti raya dah abis, yes true.

but memacam lah jadi hal nak2 masuk kerja.

Big case one was our stupid tenant, back to Sudan for good

but but but

they left ngan rumah yang macam reban ayam, kapal karam and segala mala sampah sarap furniture etcs.

we had to spent a lot on that, for disposable lorry, for workers cleaners kemas cuci rumah VA tuh, not to mention to repair the damage of the house. Our tenaga lagik (me and husband)….

cry cry cry

be right back…

nak tengok the damage of the house, hah pi tengok my IGs lah….sambung cry cry cry

 

 

Comment: 5

She s not well…

IMG_8673

0

Ramadhan is leaving us 🙁

Mak masih lagi belum sihat lagik. This photo was taken masa aku jaga mak kat rumah aku, few days aku amik dia stayed with me, i took leave as well to jaga her. If you tengok closely, kat reflection mirror belakang mak tu, ada my mak mertua gak. Sama lah, aku suh dia datang rumah aku masa aku ngah cecuti arituh, boleh aku tengok2 mak aku and melayan mak mertua sama.

Semuanya untuk mak perlu diuruskan anak2, alhamdulillah my brothers menjaga mak unconditionally. Kita tau kan anak2 lelaki tanggungjawab depa adalah menjaga ayahbonda lebih kuat dari anak2 pompuan nih. Dari mandikan mak, usap sapu sabun shampoo mandikan mak, macamana aku buat, camtu la gak brothers buat gak. Pakaikan mak baju, pampers, sikat bedakkan mak, telekungkan dia, angkat badannya, tidurkan dia, tegakkan badannya. Suapkan makannya, perlu dibantu. Sometimes jer mak akan makan sendiri, but abah mesti temankan mak sama gak, Susah hati abah dengan keadaan bininya, kelakaunya abah tak pandai pakaikan mak tudung, hahahaha…aku siap igs kan lagik. So sweet je laki bini 2 nih.

Ai think, ini entry terakhir sebelum Raya menjelang, mungkin aku post satu entry sempena Syawal (tak janji but datanglah jenguk RM nih apa2pun).

Salam Syawal and Maaf Zahir & Batin.

.

Comment: 8

1 or 2 weeks update…

Raya is coming

and semua pun dah mood raya. in less than a week Ramadhan akan meninggalkan kita. For record, Zeeshan masih lagi bertahan puasa penuh kecuali his first day ramadhan yang yang yuk tu lah. Age 5 1/2 tahun, not bad for him, very well achievement sangat kot. Alhamdulillah.

I tak nak menyembang beria, i pun dah takde mood sangat nak blogging coz of raya gak, bz ngan life too…so this will be just my simple entry untuk tak nak bagi korang kecewa yang datang blog ni, tengok takde update. See saya memahami korang.

 

IMG_7766

 

IMG_7776

Avenue K

IMG_7887

IMG_7897

The alley between MO and KLCC

IMG_7973

Auralens, many years dah aku pakai brand nih for colored lenses. Love their product so much.

IMG_8076

K’s buka puasa, mak ajah and abah datang sama (thanks to my youngest bro tolong bawakkan depa).

as of now mak masih tak sihat lagik…

IMG_8149

Visit to Jalan Tar during Friday’s lunch break….berpinau paneh ngan menduga tekak betul hahahaha..sib baiklah dah tua, kalau bawak Zeeshan mau dia mintak air air air

IMG_8213

Astro’s Buka Puasa at the Majestic Hotel

IMG_8204

The top, one of my pre baju rayas lah gak…it comes in 4 colours but i bought 3 colours, so 2 colours lagik to wear pas2 raya…Insyallah

IMG_8337

weekend’s buka puasa

IMG_8374

another round of buka puasa at BGR with 2 GBM girls and of cos with their family

IMG_8454

reunited after so  many years susah benau nak jumpa bertiga.

Macamlah aku takde ‘handbag’, dedua anak kiri kanan hahahhaa

IMG_8494

Red Family in jeans, for the first time semua sarung jeans – of cos maknya yang jadi tokey OOTD

wrap up of jenjalan before kakak balik to her hostel on the next day nya

IMG_8551

I finally pakai all 5 colours of Shadedough by Hanis Zalikha. She sponsored me for all 5 and semua colour akak suka.

Insyallah i will post up lagi 2-3 entries (im trying) before Syawal and andai akak pun tersasar terlajak laris bagai, mohon maaf salah silap, tulisan yang merobek hati ko segala or tak setuju ngan my opinions bagai, specially those yang tak suka Kak Red tapi masih menatap blog nih, instagram or FB akak, semoga Ramadhan ini mahupun Syawal nanti hati mu sesuci Lebaran, putih salji, hilang hitam2 khianat menyampah tu hendaknya. Amin.

🙂

 

Comment: 9

BGR, Cyberview, shopping and …

IMG_7544

2 weeks kids cuti sekolah, kita pulun weekends jer berbuka di luar. Nak kejarkan kakak yang sementara ada sama, if not kang dia balik hostel sian dia tak dpt nak berbuka kat tetempat hebat nih.  So first weekend cuti tu, kita mulakan dengan berbuka di Bangi Golf Resort. Tapi Ya Allah anak2 aku yang 2 orang besau tu kalau makan buffet, memang lamaaaaaaaaaaaaaaaa, selagi tak 9 lebih selagi tu tak abis. Aku dah berzikir2 cepat la cepat lah depa masih dok menyuap. Perut kecik tapi makan macam membelaaaaaaaaaaa.

IMG_7546

Dah alang2 kita kat Bangi, terus serbu Bangi Sentral. Happening betul ye tempat nih, first time kami datang sini. Punya giler nak menyoping, sampai aku tertinggal hp aku kat lam keter, even dah kuor masuk kedai kuor masuk kedai pun aku tak sedar aku tak de hp (rupanya laki aku dah amik simpankan).

Dia cakap, kalau mak korang nak kejar shopping, sampai lupa laki sampai lupa hp!

hiks…

IMG_7551

so kat Bangi Sentral punya butik2 ya melambak tu, kita kuor masuk kour masuklah…Majorly untuk beli for Kakak coz nak settledkan her baju raya before she balik hostel.

IMG_7556

borong punya borong…she dapat 8 + 3 pcs of baju raya (all are dress + jubah).

3 pcs tu lagik aku beli kat tempat lain, online, downtown and jugak Jalan Tar.

IMG_7563

so untuk kat sini jer, 8 helai dress kau dia mendapat, ikut dia nak selai 2 jer, anak aku ni kan jenis humble tak kisah langsung. But mak nya being mak kaki shopping, eh ni lawa tu lawa…hah sebat…

IMG_7581

terutama kat Minaz nih. ada lekuk sket, peplum kan. I m so in love, but aku tak nak pakai nih coz i m not a fan of dress bagai. so ai really want her to have this. Inilah her most expensive baju raya, sebab ni ada figures bagai, hanya akan dipakai pada hari raya pertama…kot.

IMG_7600

this lady is the one helping me, alhamdulillah dapat staff price sket lah for Minaz. Harga asal was RM300 lebih kot yang pair tuh. If korang pi Minaz Bangi, sesila carik Syzarosni nih…very helpful. Try le mintak harga macam Kak Red dapat, manalah tau rezeki korang kan….

IMG_7593

langsung ke Butik Penmerah pulak.  Depa amik kurta nih, abang dapat 2 lai, bapaknya selai. my dad dapat 2 lai. Good price gak Anne bagik. So tak yah nak gaduh pi carik kat Mood Republic nya booth nanti, dah settled gak kat sini.

So semua orang dapat, nothing for Zeeshan, but i got one pair too kat one of the boutiques, entah ler brand apa, Red Aurara rasanya. Grey colour. Paling lebar senyum was kakak lah, 8 pasang kau for tonite ni jer.

IMG_7627

The next day kita berbuka pulak kat Cyberview Resort & Spa. Kat sini aku cakap korang leh makan lelama coz kat Cyber takde tempat happening untuk mak ko menyopping 😛

IMG_7665

IMG_7670

Ini sebelum nak buka, Zeeshan punya zikir. But skang dah lebih 2 weeks Ramadhan, dia punya zikir lapar dahaga tu dah kuranglah. Sangat berkurangan. Dia dah boleh tahan berpuasa.

So far memang sepanjang Ramadhan ni, tu lah hanya first ramadhan jer yang dia tergelincir, lain hari alhamdulillah. At the age of 5 setengah tahun, kira cemerlang lah puasanya.

IMG_7690

After Cyberview, kita menyinggah gak ke downtown Cheras, yang sebelah Maybank. Aku beli baju sepasang for work/casual. Kakak dapat selai jubah itam untuk pakai kat hostelnya, abang dapat gaji RM50 terus spent RM10 kat sini gak. Zakat pun laki aku bayaukan kat sini gak dah kebetulan takde orang, sekali jalannnnnnnnnnnnnn. Eh Shan pun dapat pau kapal terobang, 30hinggit ke 40hinggit, tak sampai 24 jam aku dah tak nampak bayang toys nya tuh.

Bersambung lagi weekends lain punya bukak puasa gak. But the weekdays depannya aku ada pulak bukak kat luar 2,3 kali for events so bapaknya took charge 1 of the days by working from home, apa lagik lauk tunjuk2 ler. Jangan berangan le nak tengok laki aku masak. Anak bujang anak dara aku pun boleh masak pun, still tak koser nak masak bila the queen takder, depa lagi suka spend kat bazar ramadhan.

My routine masih sama, siang balik kerja terus singgah bazar, amik Zeeshan, masak bagai. Pagi, 630am aku dah kuor rumah, before 7am dah terpacak kat KLCC hokey!!

tu pasal bila wekend or public holidays, ko jangan kacau tidur aku, coz pas sahur subuh tu jer lah aku leh melena lama sikit. Bila rumah sebelah punya staff contractors buat kejer gedegung gedegang keletung keletang on SUNDAY and during PUBLIC HOLIDAY, agak2 ko aku ghaser apa?????

hah pi tengok kat my instagram lah. Hamukan kak kaftan terus.

Comment: 6