So Popular….

 

IMG_2343

Puas hati giler shopping buku kerja sekolah kat Popular books nih, segala maknek segala ada….anak2 sekolah cina kan, so choices untuk dapatkan buku kat luar tak banyak, Popular jugak yang famous

IMG_2348

pancit betul aku bila budak ni dah cukup time tak nak duduk dalam stroller…haiyohhhhhhh!

 

IMG_2355

beginilah baby kan, setiap hari dia belajar memacam dan bila dia dapat tempat baru, lagilah pantas langkaunya…

dia amik buku tu, aku letak, amik letak amik letak. ko kang koyak kangg

 

IMG_2362

kitorg pesen amik apaaaaaaaaaaaa jer yang korang nak, pastu kita akan sort out kan balik mana yang penting lagi tidak. style aku…ha amik amik. pastu nanti bapaknya susun tengok mana yang perlu ngan tidak perlu…gamaknya ni kalau bapak ko takde, memang senget benget bahu kita nak membawak dah habis semua aku pulun amik  je kan

maknya malas pikir, tapi pastu pikir balik bila dah bayar camne nak membawa ngan kudrat yang bukan besau benar.

IMG_2366

aduh pat ler paknya weih, budak ni dok melenjan nak pusing satu Popular nih!

IMG_2375

habis bayau, sampai buat membership card kat Popular tuh. rabak 500. buku anak2 punya pasal. Aku dedulu zaman sekolah rendah menengah memang beli buku pun kat Popular gak, tapi nun kat Pudu or kat Petaling Street…yang kita pergi ni kat Leisure Mall. Makan lama bertahun2 tak pernah pergi Leisure Mall nih. Dulu pun pernah datang sekali 2 jer kot…

hah ni ada budak pompuan amoi comel dok usha sibuk ngan toys RB. budak kecik tu bengang jer amoi tu main toys dia. budak tu amik, RB tarik. ahakss!

IMG_2378

i was standing between entrance Popular ngan luar tuh, sekali security Popular tu cakap tak boleh amik gambar kat sini, so aku anjakkan badan aku ke depan, luar dari Popular. hahahaha golak besau security tuh. tang tu dia tak leh nak kacau. hikss

IMG_2391

baiklah mari memikir camne nak bawak segala buku2 nih yang berat boleh tahan. Apa  kata ko RB turun, bapak ko lagi rela dukung ko and biarkan ko berjalan daripada dia dan abang kena ngangkut berat2 buku nih. So kita boleh pindahkan buku2 ni ke stroller ko jer. Dah biasa pun jadikan stroller ko tu sebagai trolley gak.

IMG_2399

Memandangkan kita tak biasa dengan Leisure Mall nih, marilah mencari tempat nak memakan….actually Siti zaman2 dia baru naik dulu, kan dia dok Cheras, so Leisure Mall ni ler tempat dia bersidai gak. Alah Tok Ti, tempah shopping lama takkan dah lupa kot kan….

IMG_2411

sebab tak biasa ngan mall nih….makan jer ler apa yang ada kat situ

budak kecik tu kedek2, sabar jer ler kita menunggu dia heh

IMG_2415

nak berdukung tak dibaginya

abangnya kenalah jadi bodyguard dia, jalan dok huyung-hayang lagi tuh

IMG_2418

ahcakkkkkkkkk!

IMG_2427

well…sekali lagi seperti biasa aku kan tak pernah tinggal bawak oats purees or porridge RB

kadang2 aku tanya RD gak, ni kalau ai tak bawak food RB ni, kalau awak kuor berdua je ngan dia ni mana awak nak cekau food dia?

ah, apa ai makan, dia makan jer ler…kasi sumbat

bapak kooooooooooo kan!

IMG_2429

tak senang aku nak tengok menu tu heh!

IMG_2431

tengok depan RB pun kosong jer…tangan dia nak mencapai segala harta ler.

we had our early dinner kat Kenny Roger’s, dah tu jer yang tekak budak2 ni mintak makan…

IMG_2442

dan malam tu baliknya tengok jiran tetangga sabar tabah menanti kedatangan air yang masih tak kunjung tiba. ni untuk malam yang ke entahlah, kalau dah tank ni kat situ masih less than 10 days of no water ler nih, depa beratur ramai, tunggu, panjang dah…kami takde ler beratur sama pung, amik air dari umah mak jer lah.

Ok selepas 17 hari, rumahku dah ado air. Harap2 berkekalan kali ni takde lagi peputus, tapi rumah masih lagi penuh dengan air stock up habis, memang pesta kilang air ler rumah aku tu. Bersiap sedia andai terjadi lagi kembali putus bekalan air.

Anw untuk anak2 korang yang bersekolah cina, bolehlah dapatkan buku kerja harian depa kat Popular bookstore. RB tu aku teringin nak masukkan sekolah biasa jer, tapi still early stage lagilah  nak pikirkan sekolah dia, bapaknya agak reluctant untuk si kecil tu diasingkan sekolahnya coz abang kakaknya memang sekolah cina kan. Hah tak penting lagi tuh, skang pikir kejarkan ko berjalan, sok sok berlari pulak.

Baik pikirkan tang tu lagi afdal.

Comment: 16

Menjejak BBLuvsMe!

IMG_2944

you beli barang dari Ekin tu ke? elok ke product dia? Pantang orang jual, asyik menyopping je mak ko nih!

ai polo instagram diaorg laki bini ler, beli jer ler seketul menda tuh, bukan skincare pun.

Yelah Ekin layan awak, you beli ler, kalau dia tak layan awak beli dok?

hahahaha….jom jalan tempat lainlah, bising bapak ko nih!

IMG_2926

Hello hello!

Tahukah anda kami 5 beranak sebenarnya sangat penat capek pancit untuk hari entry nih. Coz mama gotta to 2 events back to back, and mama had to bring all of them! tag along sama anak beranak2. aku dok kira, kalau anak2 ada slot, aku angkut merata kerja anak aku. Cuma kalau jatuh hari Sabtu agak payah sangatlah coz depa sendiri pun tight up gak.

Berlima kami salin kain baju dalam kereta. Sok-sok anak2 aku pun kena tambah lagi dah ikut makpak pi events, takkan ulang alik baju yang sama jer.

Aku tak berapa suka pakai baju yang sama untuk events berlainan dan berlawanan.

 

IMG_2936

RB muka toya, moody giler masa ni coz tengah sedap tidur dalam kereta dialihkan ke dalam stroller! Mencuka betul dia. pandang orang pun macam nak telan jer. Jeling-jeling ko kat mak ko yek! Kang tinggalkan kang sibuk plak ko carik kasut, orang berjalan ko pun sama kepoh!

Asal orang nak kuor jer, dia mula gagau dok tunjuk kasutnya yang tinggi atas lemari, nak ngamik tak sampai hahahaha! sibukkkkkkkkkkkkk jer kan!

IMG_2929

Biarkan budak muka toya tu, posing dulu with the owner and founders of BBLuvsme! They are officially RB’s main sponsor for clothes and shoes and maknek apa sahaja yang RB nakkan dalam site tu lah. Technically jual nama RB ler padahal aku le yang kena pilihkan. Anak kecil aku tu murah rezeki, sejak dari dalam perut lagi bersusun orang nak engage and booked him for sponsorship and business relationship ngan maknya.

But i still remember ada satu orang ni sudah tipu chong aku masa aku ngah pregnant, sampai aku dah cukup bulan, dia tipu aku tau. Frustrated sangat, coz I anggap dia kawan, pasal duit dia sanggup backstab and tipu kak merah. Dasar mata duitan itu pompuan! Anw, move on for 2013 nih, kita simpan cerita lelama dalam rubbish yer.

Rezeki RB rezeki maknya bapaknya dan Red Family insyallah, tak ke mana.

IMG_2941

Selain kain baju, sebab sekarang RB ngah sibuk berjalan jadi dan dan masa tu jugak BBLuvsMe tukarkan to a new prewalker shoes!

IMG_2961

ada lagi menyelit si Ekin tuh heh!

She has stopped the breastfeeding after 5months, pastuh top aku pun dah lebih kurang le sama colour ngan tema product dia kan…

IMG_2969

kita pusing2 je dok kat sini, coz dah waktu pun RB makan, tapi dia makan bape sudu je then meligat main dengan abang kakaknya!

IMG_2974

sakan betul ler heh budak kecik nih dapat main balloon. tu tak kira lagi dia nampak tangga stage, asyik nak memanjat sesajor! kadang2 dia suka tempat baru tu dia boleh pusing2 gelak hahahaha, pastu pening! syoknyaaaaaaa ada budak kecik gini.

IMG_2985

cukup time kita kena balik, banyak lagi hal kat rumah tu nak diuruskan, bapak ko nak pi ngangkut air ler, nak pi pasar ngan nenek ko ler, nak pi macam2 le, mak nak kemaskan rumah ler, abang kakak ko nak siapkan bag sekolah lagi heh…

tapi waktu nak kendong balik nih, bukan main lagi tekak melapau dahaga sampai jam2 ni gak dia nak suh aku bukak baju! sabau ko yek! buat lam kereta heh…

kita ni menjejak BBLuvsMe di Publika. Bukan sembarangan dekat tau, tapi kerna janji dan kerna relationship, mestilah show show and do the support.

IMG_2993

Thanks BBLuvsMe for the trust.

Murah rezeki ko nak, sesapa lagi nak engage si kecik nih, contact mak merah ler. Kita tak kisah dealing with sesiapa asal kena telus dan yang penting a good relationship. Business is business but jangan tipu tau, tak molek hidup awak nanti. Kaya ler camne pun, tetap orang kenang awak pernah menipu in your line.

Kalau jual fake, cakap fake. Jangan kata original or authentic.

Kalau jual fake tapi cakap pakai authentic, tu menipu gak yek.

Kalau nak makan 5ribu, cakap terus terang, jangan patut bayar 5ribu, ko cantas 2,3 ribu orang. dan sebagainya…..

Comment: 9

One year stock up!

 

photo

Skang ngah kemaruk beli belian barang baby. baik toys, apa sajalah yang untuk anak2 terutamanya our latest edition si RB tu kan. Seronoklah ada baby la ni. hehehehe. kadang2 aku tengok kat cctv, kakak sampai tertidur2 atas katil ngan adik bongsunya, dia dok tepuk2 menidurkan adiknya, ngan dia sekali ke mimpi. abang pulak dok terlompat2 main belon bola ngan adiknya gak.

Oh budak tu dah sejak hebat berjalan nih, main bola sesaja dalam rumah ngan abangnya! biarlah rumah kecil berlaga bontot, we are happy there.

photo

all of these baby stuff dalam entry ni, i mintak Diva Darling uruskan, she s back for good, but just  for a while. Since she s pregnant, so dia tak boleh balik after this anymore. Oh yeah, my hotty dolly Diva Darling is on her 2nd trimester already, balik sini sekejap jer for CNY and pastuh balik semula UK. Baby akan dilahirkan di UK, dah hidup kerjanya di sana kan.

So thanks to DD and her husband for helping me bringing the stuff back home. Bayangkanlah botol susu Avents ni jer 16 ketul aka 4 kotak aku borong! yelah dah DD tak balik for at least a year, kot ler kan, so kenalah aku tapau untuk setahun punya stock up.

Botol memang setiap 6 bulan aku akan get rid all of it. Then berganti baru. sebijik botol Avent tu kat Kolumpo omanghai mahal kau! beli sekali rap gini kat UK sedap sket membayonya, sedap tak sedap pun kena ler bayau jugak, but much more cheaper a bit than KL.

photo

melampau gila sudu mak ko kan! nak dapatkan the right sudu for Rb susahlah. walaupun dia kata for 12months, for 18months but bila nak masuk mulutnya aku rasa macam alahai cinonitnya sudu ni. budak tu dok sabar je ler apesal ler sket benau quantity makanannya kat sudu nih! but ni bukanlah aku bukak sekali rap, batch by batch ikut months lah. katanya for 1 year kan.

mengada shampoo cap pun ada. nanti mandi pakai shampoo cuci rambut tu takde le kena matanya. heh over kau RB, mewah ngan bembukan, skang macam2 ada….zaman abang kakak ko tak berapa ada sume nih.

photo (8)

ni pun setahun gak! mangkuk2 makanan dia, kasi colourful bagi dia happy je makan dan makan. kalau tak pun pakai tupperware pun ok, pun colourful gak, but ni ada yang berpusing2 ler, leh toing2 pun ada, yang macam casing snakcs tak bagi tumpah bila dia masukkan lam bekas tu pun ado.

aku kadang2 nak berlawan ngan RB nih, aku letakkan jer jugak dalam pinggan orang tua, sebab dia sibuk sangat nak makan apa yang kita makan, so aku transferkan food dia dalam bekas pinggan makan aku, ha sodok suap. Jadi dia macam eh ni macam rasa makanan aku tapi napa lain, eh bukan eh sama eh makan je lah!

photo

baiklah itu jer untuk the shopping spree of Dec 2012 yang dimulakan untuk 2013.  so for baby stuff buat masa ni dahlah kot ye, namanya pun untuk setahun.  Sok sok kita pergi shopping kain baju kasut ko pulak yek! Dia mana ada baju pass over, semua kena beli baru for him nih, but apa yang dia tak pakai dah kita lelantingkan.

For breastfeeding takde changes, masih lagi pump pump pump! ada gak my fren tanya kenapa tak berenti lagi pumping, napa nak kena exclusively breastfeeding till 2 years. haigh…kalaulah kalian tau the zat khasiat dan nikmat susu itu untuk anak2 kalian, u surely nakkan susu tu berpanjangan. I am ok jer, i m happy to fully breastfeed. Busy camne pun, aku akan carik slot untuk pump, at least twice a day. Direct feeding is of cos lah wajib gak bila RB bersama2 ibunya. So dunia aku sejak ada RB i kalau tak pasal baby, baby baby. dan 2 anak yang sedang meningkat naik.

maknya skang bukan kemaruk beli handbags dah

maknya menggila ngan barang2 baby semata. sejak setahun nih, sejak ada RB lah, aku bag macam dah kuranglah. kalau dulu setiap bulan, ada kalanya sampai 2,3 bijik. Paling melampau 2 Chanel Jumbo sekali rap beli masa pregnant, during my birthday month, ko kira ler dah bape puluh ribu hinggit tuh.

but now……as we grow older. ehceh blah lah.

rasa macam oh bags tu dah macam tak kisah, kalau dapat ok, kalau tak dapat pun belum ler meroyan lagi, cam dulu melampau2.  2013 takde sebijik bag lagi yet.

But something is coming…..on the 19th 🙂

Comment: 27

The books no books…

IMG_2242

oi oi budak kecik

ko jangan mengkoyak plak yekkk

abang ko sibuk, ko pun sama sibukkkkkkkkk

IMG_2232

dulu kedai ni kat Maybank rumah aku, famous ngan buku2 kerja cina, tapi untuk tahun nih depa dah tak bawak masuk anymore, haigh…yang paling dekat tu lah takde. Sebelum tu aku ada lari waktu lunch hour lagi pergi Jusco, carik kat MPH pun takdak carry anymore. Itu dahlah aku pegi sorang, ngan tak bawak trolley tingkat atas, mencari benda lain tak gak dapat menda lain yang aku beli sampai tak cukup kaki tangan. oh mang. Takde kudrat nak ngamik gambar, amik ler satu pun nak tujuk kat laki ahaks…betapa siksa bininya membawa barangkan.

IMG_2251

sibuk sibuk….carik buku lain ler kalau dah takde kan….

IMG_2283

 selesai sudah kat sini, gebak gebuk takde pun buku kerja cina takper…nanti kita akan ke Popular coz itu sajalah tempat yang sesuai untuk mencari buku kerja cina ni yek, that s sok sok punya entry ler dei…

IMG_2292

si kecil ni dah tak boleh lepa, genap dia setahun terus berjalan sesajor. dah takde dah merangkaknya. pantang nampak makpak bersiap pergi kerja dia dah menggagau carik kasutnya ok! berangan ler ko nak ikut orang berjalan tau…

IMG_2293

kita repeat makan kat Mee Udang Galah kat nun BSP tuh. First time makan dulu kat luar, coz anak2 nak outdoor berlarian kan so kali ni makan kat dalam, mak datuk mempanas ko makan dalam tuh coz kipas kedai nih pendek, ceiling tinggi, langsung tak rasa kipas. aircond pun lagi ler…anak2 aku dah kepanasan aku pun dah kepanasan. Sib baik ler bersanggul heh…

IMG_2298

but takper, makan ler lelaju…nak bertukar tempat tengok luar pun full. aku memang dah habit ler pi memana ke luar akan bawak food RB, despite my busy schedule, there s no way ler kita mak nak bagi anak2 kita makan yang bembukan kan. I have done this before, for my first 2 kids too, tapi dulu lagi sedih, my knowledge on the baby’s food agak kurang.

IMG_2304

hah satu perangai si RB ni, baby lain umur 6,7 bulan dah pegang botol sendiri kan, tapi anak aku masyallah ko dah pasangkan the holder botol Avent tu pun dia tak nak jugakkkkkkkkkk pegang. pemalas betul. dia sanggup campak botol dia dari kena pegang. tapi lately nih kitorg tak layan dia, biarkan jugak dia pegang botol sendiri, so kalau dia dah haus sangatttttttttttt, dia pegang ler jugak but most of the time memang dia sanggup menjerit tunjuk marah dia tak nak pegang. nak jugak kita pegangkan. mengada ko yek!

Habis je makan kat sini terus kitorg lari dok kat luar, angin luar lagi sepoi dari kepanasan kat dalamnya. Balik rumah lelaju pasang aircond muahahaha, baik yang muda tua semua rasa tak sedap betul badan. ni musim2 takde air, nak tapau makan kat rumah pun idok ler…eh not during the weekdays, kita tetap masak makan kat rumah.

well, pasal air, as of today, masih lom ada lagi. aku pun dah menyampah nak kira berapa hari dah takde air, 16, ke 17 hari dah kot.

Comment: 16

2 Movies @TGVCinemas back to back…

 

IMG_1008

balun lagi cerita masa school holidays, masa ni air masih ada lagi ler….kami berempat je kuor, nak layan 2 movies back to back, RB tinggal.

IMG_1023

maknya bersoprano dari lagu Les Miserables, aku kan dah pi tengok, tapi nak tengok lagi with them….mostly movie preview aku pi under Nuffnang and ChurpChurp…i seldom pun blogkan but i twit gak lah

IMG_1026

anak-anak tak tahan ngan suara mak menyanyi. aku bukan geti pun nyanyi, suara tak sedap. ada le 2 kali masuk karaoke room. hahahaha! so not me lar kalo pegang2 mic menyanyi nih

Menahan telinga depa dengo mak bersopranoooo

IMG_1031

sebab tak bawak baby, kakak kena bawakkan pump mak!

IMG_1039

after watching the Les Miserables, kita rehat jap, so Mom could do her thing

IMG_1047

tu pasal aku suka tonton movies kat TGV KLCC, coz aku dah tau mana ulur galur pump or nursing room, masuk je terus Isetan tuh. habis pumping, kita dok minum kejap and sambung pulak movie CZ12. Best citer tuh…

balik malam tu sumer layan youtube Les Miserables, lam iphone and S3 pun dah ada gak, aku memang suka lagu2 dalam tuh. Kakak hafal hokey untuk satu lagu dari filem tuh.

IMG_1060

IMG_1070

IMG_1077

RM300 aku habis beli accessories kat kedai nih. apa le nak jadi.hishh pompuan.

as you can see, the boys memang masuk selangkah pun tidak kedai tu. Abang dah ikut perangai bapaknya, unless kalo aku berdua je ngan RD, terpaksa ler dia mengekor bininya masuk gak

IMG_1097

loving this new hairband, nak tambah lagi , frankly speaking aku lebih suka ikat rambut or sanggulkan dari lepaskan gitu jer…for special occasion jer aku biarkan rambut aku berlepas

IMG_1109

kakak nak jugak menyelit di celahan Tod’s mak paknya

IMG_1125

ngendeng2 ler sikit sebelah abang, segan gila dia bila orang dok pepandang. u know ler at this stage dia dah macam nak pegang tangan jalan ngan maknya pun dah tak leh, dah tak IN yek bang…pirah ko

IMG_1131

Selamat kita dengan 2 movies, a makan2 too, rabak for mom’s shopping stuff and balik lelaju for getting the small one.

tak leh nak pikir ending entry nih coz aku nak mengejar siapkan entries2 esok lusa tulat in one go. by the way the 6 winners of Breeze mini contest tu nanti bersedia je lah tunggu email dari Nuffnang yerk, so check your inbox, kot ler termasuk spam folder. Jangan carik mak meyah, ai tolong sampaikan the contest tu untuk korang jer.  Kalau tak leh nak amik Breeze tu hah bilang ai, meh aku angkut bawak balik, bukan susah jauh pun Nuffnang tu ngan aku. kannnn….

Comment: 12