Oct 25 2012 Thursday, 2:00 pm
Oct 24 2012 Wednesday, 12:00 pm
By @FashionValet lagi!
was looking for nursing clothes kat Dynas DNA tapi tak ngam pulak ngan badan, i rasa mostly sizes kat situ walaupun S agak besau to me yang korang ingat aku ni godang ke, aku ni halahai….alangkan dah beranak pinak. kalau tidak aku ngan abang pun orang ingat aku yang darjah 5 gamaknya.
ok melampau le darjah 5, Form 5 lah, up sket.
ada label putih tu memang gitu, tak sampai hati nak kucantaskan 🙂
best sedapnya halahai pakai cardigan nih, ada comes in blue too! wish they have it in red!
why no red???
Anw thanks Vivy for the lovely Asimareen Cape Cardigan in Purple by Fashion Valet
Oct 24 2012 Wednesday, 8:00 am
World Walking Day on Oct 28 – Jom kita berjalan!
48hours sponsored post.
When was the last time aku do the walking ek? Hmmmm kalau berjalan dari parking ke ofis or ke rumah tu kira walking la jugak kan hiks. Boleh la tu kira kan, at least aku duk apartment parking dia kira jauh la jugak, kira berexcersie la jugak aku setiap hari hiks 🙂
Berjalan setiap hari ni sememangnya membantu kita membina stamina disamping itu juga membakar kalori yang berlebihan dan paling utama sekali semestinya meningkatkan kesihatan kita secara keseluruhannya dan berjalan ni kiranya exercise yang paling mudah untuk diselitkan dalam rutin harian kita. Apa kata kita cuba pergi untuk berjalan-jalan terutamanya di waktu pagi ataupun kalau malas buat la macam aku cuba parking kereta kita tu jauh sikit dari office then at least sedikit sebanyak kita akan berjalanlah juga 🙂
So untuk memastikan berjalan ni sentiasa diminati dan untuk menjadikannya lebih menarik, Nestle telah membuat survey dan shorlistedkan a few taman yang paling menarik, juga some routes dan laluan pejalan kaki di serata negara. Tak delah kita rasa macam boring jer nak berjalankan, at least ada view yang cantik dan udara yang segar baru la semangat sket dok?
Antara taman-taman dan tempat yang dipilih termasuklah Istana Kehakiman Putrajaya, Polo Garden Ipoh, Taman Gelora Kuantan, Taman Tasik Merdeka Johor, Dewan Tun Hamdan, Sabah dan Waterfront Kuching.
So bolehlah kita join sekaki berjalan bersama-sama bagi memeriahkan lagi World Walking Day ni kat salah satu taman yang korang berkenan or yang berdekatan dengan rumah korang.
Tapi bagi yang dah tak sabar-sabar nak join dan tinggal kat area berdekatan dengan Putrajaya, boleh la beramai-ramai kita datang ke Istana Kehakiman, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya pada 28 Oktober ni. As I said walking ni syok buat early in the morning, so acara World Walking Day ini akan bermula seawal 6 pagi ek. Korang yang kat tempat lain tu boleh join kat 6 tempat yang aku mention kat atas tu. All locations start on 28 Oktober ni ya! Serentak!
Sebenarnya aku pun tak pernah dengar pasal WWD event ni hiks. So aku visit la their FB nak tengok what it all about kan then ternampak pulak gambar-gambar dari event tahun lepas kat Putrajaya. Lebih 4000 orang yang datang! Nampak macam seronok dan happening jer. Those yang datang nampak enjoy the walking very much dan banyak pulak aktiviti-aktiviti menarik lain seperti nutritious breakfast, face painting dan lucky draw. Memang kompom kitorang berempat akan join too, kalau RB dah pandai berjalan for sure aku bawak dia gak hiks ? Abang dan kakak for sure suka ni nanti.
Biasanya everage person purata kita kena berjalan kira-kira 3,000 hingga 4,000 langkah sehari. Tapi actually study menunjukkan kita sebenarnya kena berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah setiap hari sebagaimana yang dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan supaya kita dapat melihat peningkatan yang ketara dalam kesihatan kita. Sepuluh ribu tu, uish banyak langkah tu yaa!
So jom, gets your walking shoes ready and we start walking. Kita start dengan World Walking Day di mana kita berjalan minimum 5,000 langkah and hopefully ia akan sebati menjadi rutin seharian kita.
Tapi sebelum tu kena la register dulu ek. Nak register senang jer. Just walkin on that day itself. Terus pergi kat Nestle booth kat lokasi-lokasi tadi dan terus register 🙂 No worry it’s FREE for all, siap ada breakfast dan lucky draw lagi. T-shirt pun dapat FREE nanti 🙂 Tapi first come first served, so better hurry and register!
Redfamily dah siap registered yey, kami akan berduyun-duyun sama buat walking. Lagi ramai lagi meriah, angkut the whole family dan kawan-kawan korang!
Kita jumpa di sana ya!
 Khidmat pesanan masyarakat Nestle is brought by Redmummy.com
Oct 23 2012 Tuesday, 2:00 pm
Berdesing telinga hangpa dengo nih…
lately, i got so bored. malas nak menaip. so ngah kemaruk dok bervlog sendiri, self recorded. Takde sapa nak layan maknya mahupun bininya membebel. ahaksss!
this is just me and RB, the rest pi Kumon with their Dad.
Enjoy 🙂 Oh, yes i m loud.
More coming soon.
RM Recent Comments