Munich to Aschaffenburg…

IMG_3902

Dah seminggu aku balik dari Germany tapi korang kena habis pulun le baca entry Germany jugak…bukan tetiap taun aku pi pun. Remember the one yang kita tak dapat naik the earlier train from Munich back to Ascha coz our tix bukan under flexible yang boleh tukar2, kalau nak tukar kena tambah minus plus 100 Euro, banyak tuh. so tak nak ler. kita dok je le kat train station barang 3 jam…

Tapi nak ke mana, 3 jam lebih lama tuh. Starbucks takde nak dptkan free wifi.

Dari bawah laki aku nampak ada DB Lounge, so kita naik.. keluar lift belah kiri ada yang lounge biasa2 jer. public boleh duduk. But belah kanan ada khas untuk the 1st class tix! heh, itu kita punya tuh, tix kita kan first class train ahaks…! Tak sesia le laki aku pi tambah 20 euro masa beli tix return Munich nih…

Free wifi and free flow drinks lagi dalam nih, air apa ko nak, teh tarik je takder! private toilet pun ye jugak. syokkkkkkkkkk! yang penting free internet access and just nice je lah kita berskype with orang2 kat rumah tu sampai lebam. Tu RB dok mengekek2 gelak dek kakak abangnya melawak.

DSC_2133

Tapi kat sini skype takleh kekuat, coz takde private room situ, aku amik hujung corner, kita borak pelan2 jer coz ada orang lain jugak sama, tak nak ler ganggu privacy orang…

IMG_3907

sempat le RB mentido, bangun, minum makan sumer aku bagi….selesa betul kat situ

Nampak tingkap tepi kanan aku tuh, ha dari situ kita leh nampak kat bawah orang dok bercium cemolot bukan main sakan lagik. ya hampun! kenyang laki aku menengok. aku dah tak larat nak tengok heh

DSC_2144

me mengisntagram le apa lagik!

IMG_3912

Tiba masa to leave Munich….aku amik pakai timer, but pastuh ada omputih ni baik hati tolong amikkan gambar kitaorang, wpun kita tak mintak tolong, gamaknya dia sian kot hahahah. tq makcik omputih.

 

IMG_3922

wah engkau budak kecik, pantang letak ke bawah, kalau didukung dia enjak2 kan badan dia mintak turunkan dia…

IMG_3941

Bergilir ler kita mengkelek RB, tapi most of the time memang RD je yang pegang coz yelah dia kan banyak masa kat luar tak berapa spent ngan anak2 sangat apatah lagi with RB, sama je kat Germany tapi siang bapaknya kerja semedang. weekends je ada masa or malam2 ngan dia….ni pas balik dari Germany nih, aku dengo nak kena terbang lagik. halahai….

IMG_3928

For our seats, yang dah reserved, ada khas tulis kat situ Munchen – Ascha…

bagus depa tuh, masuk dalam system terus yek…

IMG_3960

Mentido le kami anak beranak…. bapaknya takut nak tidur, mana le tau kang terlepas station. Our returning pun took 3 hours from Munich, sampai Ascha dah jam 10.30 malam, kita tak berani nak jalan kaki coz dah gelap. Sepanjang kita kat Germany, sekali tu jelah kita kuor waktu dah gelap malam, in fact mana2 negara aku pergi pun kita cuba ngelak kuor waktu malam, so dari train station kita amik teksi. Dah sunyi but harus redah jugak…

Kalo ko tanya nak ke aku pergi lagi Germany lagi pasnih…emm

Tak kot. hahahaha 3 weeks dok memerap kat Aschaffenburg and pergi berjalan ke Frankfurt and Munich. Cecukuplah gamaknya, koman2 aku dah merasa pergi, so rasanya if RD kena lagi pergi Germany, u go babai je lah. i rela dok rumah ni hah or aku pergi jumpa dia kat Frankfurt je lah gamaknya. Kot le kan… tak tau akan datang.

Thanks Munich for having us, wpun emm….ada yang tak best, ada jugak yang bestnya. Best dapat shopping ahaks!

Raya handbags, stock clearance selling drop down price, over here here here!

Comment: 13

RM likes PPZ!

48hours sponsored post

Aku rasa aku dah pernah mention sebelum ni yang aku buat potongan zakat pendapatan secara automatic dari gaji setiap bulan. Tak yah la kot nak tau bape pulak potongan aku tu kann. Memang ade kiraan dia, berapa jumlah zakat dikenakan based on berapa pendapatan kita. Disamping memenuhi  kewajipan kita sebagai orang Islam untuk berzakat, ia juga dapat membantu mereka yang memerlukan.

So since aku kerja kat KL, aku punya zakat diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat atau lebih mesra dengan nama PPZ. Untuk pengetahuan kita semua, PPZ berperanan mengutip semua jenis zakat harta di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan). Segala urusan pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf dibuat oleh Baitulmal.

So selaras dengan perkembangan mendadak social media yang menjadi medan untuk berinteraksi, PPZ baru-baru ini juga telah mengambil langkah sama melancarkan laman social mereka untuk lebih mendekati dan berinteraksi dengan orang ramai. Disamping dapat berinteraksi dengan orang ramai, laman Facebook Myzakat ini juga dapat menjadi medan untuk bersoal jawap segala kemusyilan tentang zakat. Since korang semua ramai yang facebooking, so secara tak langsung senang nak bersoal jawap dengan PPZ nanti. Feedback atau jawapan pun dapat diterima dengan lebih cepat dan santai.

Soal jawap pun tak semestinya untuk topik zakat sahaja, tetapi juga persoalan-persoalan mengenai kemusykilan agama juga dialu-alukan lebih-lebih lagi sekarang ni bulan Ramadhan, lagilah digalakkan berbicara topik keagamaan ni.

Sempena pelancaran Facebook Myzakat ni, PPZ telah melancarkan kempen “Like” Facebook PPZ“ yang juga menawarkan pelbagai hadiah termasuklah hadiah utamanya Samsung Galaxy Tab 10.1 & iPad yang baru tu kepada mereka yang bertuah! Juga ada Hadiah Saguhati yang akan diberi hampir setiap hari sepanjang tempoh 3 bulan kempen ini.

Apa yang korang kena buat untuk jadi pemenang bertuah tu?

Hanya LIKE Facebook Myzakat dan sentiasa aktif memberi komen positif di wall FB Facebook Myzakat sepanjang kempen promosi ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan komen terbaik dan kempen ini akan berakhir pada 20 Oktober 2012. Aku pun dah LIKED, aim for my 4th iPad, tapi dapat Galaxy Tab pun aku redha hiks hehehehhee 🙂

So selain dapat ganjaran pelbagai hadiah, kita juga dapat ganjaran pahala kerana membantu menyebarluaskan dakwah zakat serta meningkatkan ilmu pengetahuan agama. Insyallah…

Khidmat pesanan masyarakat PPZ is brought by Redmummy.com

Comment: 7

First buka puasa for the complete Red Family…

IMG_4195

aaa semua orang pergi ngamik makanan tinggalkan mak ko ngan RB je yek…

takper ler…mak sokmo gitu

biasanya dia yg last makan

standard je mana2 mak mesti dahulukan laki and anak2…

lagipun RB ada agak cranky, yelah blum je semalaman balik dari Germany, ngan jetlagnya dah kena kuor lagi. Ater nak buat camne, kita kan satu family, so ko kecik pun kena gak angkut, dahlah abang kakak ko rindu sangat ngan ko!

IMG_4197

buka puasa di Tropicana, sejak dari kat German lagi aku dah booking untuk dapatkan meja di sini coz aku tak tau laki aku punya time table yet, buatnya tetiba terbang lagi so baik lah selagi dia ada ni kita makan bukak puasa sesama dulu. wpun ramai yang nak pergi buka puasa luar, itupun patut memang laki aku kena lagi overseas trip but sib baik le dia sedor diri yang anak2nya yang 2 orang lagi tu dok mengira hari bila bapaknya nak ada kat rumah…

aku  nya nasi lauk atas plate aku tuh ngan air segala bagai, bukan aku amik, budak2 ngan bapaknya yang amikkan…coz aku sebelum tu dok lari pi surau and changing room Tropicana for bfeeding kan RB. dia tak nak jugak ko pakai nursing cover tuh! dok tarik2 nak suh open jugak. Eii budak kecik nihhh

**maknya suh abang baca doa kekuat sikit**

IMG_4201

RD pegang RB tu kejap je heh…aku kira, 3 kali aku usaha nak bagi dia minum kat situ dia tak nak, so 2 kali aku dok kat changing room…tu yang makan pun tak berapa kenyang. dah hujung2 orang dah abis makan mostly baru ler aku fully adap apa yang ada. Sedap betul food and spread kat Tropicana ni heh…

I got the vouchers for me and and RD but for kids aku bayar, so that s about RM80 ++ tax for kids 2 orang tuh. Bukan main lagi abang dok berulang makan aiskrim…malam tu kong kong membatuk!

IMG_4208

RB hujung2 mentidok bila dibawak pusing Tropicana by abangnya….tengok abang tu tangan dok aiskrim lagi. heh geram btol aku, alangkan kita baru sangat balik masa ni. Tau dok aku ngan RD malam balik tu takleh tidur, habis aku dah selongkar luggage pun tak leh gak tidur, penyudahnya kitorg borak2 jer sampai nak masuk sahur. Habis jer sahur, aku RD and RB mentido sampai 1pm kooooooooo! tengah hari buta baru bangun.

Mak aku siap tepon pun kitorg tak bangun. Abang kakak dok kejut pun makpak tak leh nak bukak mata. betul2 letih penat penangan long hours flight punya pasal heh. bukan aku laki bini jer, si kecik tu pun samaaaaaaaa! sampai kita bangunkan dia ler.

IMG_4209

Kakak dapat handbag and cekak baru, anak2 pakai kasut baru, cant see in this photo. Next weekend kat mana pulak nak makan, atas permintaan anak-anak jugak, Sabtu Ahad memang kena berbuka di luar coz depa berbuka di rumah hari2 for 5 days during weekdays, so kenalah jugak ikut unless aku malas nak melayan keluar rumah kan…

Aku dah siap2 prebooking kat Istana Budaya lagik, so kalau ko tak nampak aku hari Sabtu, memang ada hari Ahadlah kat IB tuh. Itu IB cafe buka puasa memang setiap tahun wajib for Red Family pergi. But not just that, aku pun terima jugak jemputan dari events buka puasa cuma tak semualah, macam aku baru2 balik dari long trip nih, aku tapis and terpaksa tepis sket coz kesian anak2 yang 2 orang tu baru je nak ngadap siang malam muka makpaknya kan….

Comment: 17

Mari Beramal Bersama Colgate…

48hours sponsored post

Nama Colgate ni memang dah sebati dan dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita seharian. Hidup aku dah semestinya lah. Sejak dari aku kecik lagi dah gunakan Colgate sampailah sekarang turun ke anak-anak aku pulak. Mungkin korang pun sama jugak kot. Bak kata orang Senyum Colgate 🙂

Disamping mempunyai strong commitment to caring dan social responsibility yang memfokuskan area kesihatan dan pendidikan, Colgate juga tidak lupa untuk beramal kebajikan.

Setiap tahun di bulan Ramadhan dan sejak 5 tahun dahulu, Colgate telah mengadakan kempen kebajikan “Mari Beramal Bersama Colgate”. Semasa tempoh berkempen ini, sebahagian hasil daripada jualan pek amal Colgate Maximum Cavity Protection ataupun Colgate Kayu Sugi akan diperuntukkan untuk pengagihan ke rumah-rumah anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang merupakan cabang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahun ini, kempen ini menyasarkan kutipan sebanyak RM 150,000 untuk 15 buah rumah anak yatim, termasuklah sasaran kutipan sebanyak RM 25,000 dari online kempen.

Dan untuk tahun ini, Colgate memperkenalkan kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” ini secara online di FB ColgateMY so senang la kita semua untuk membuat amal jariah bagi diri kita disamping menambahkan lagi sumbangan untuk tabung “Mari Beramal Bersama Colgate” ini.

Apa yang kita boleh lakukan untuk sama-sama berbuat kebajikan membantu mereka yang memerlukan ialah hanya dengan LIKE, PLEDGE & SHARE.

Setiap LIKE yang diterima dari korang semua tu, Colgate akan allocatekan 50sen sebagai sumbangan untuk kebajikan. Setiap PLEDGE pula, Colgate akan menyumbang RM3 dan setiap SHARE pula RM1.

Secara tak langsung korang semua juga telah beramal jariah hanya dengan LIKE, PLEDGE & SHARE 🙂

Once dah LIKE FB ColgateMY, klik kat application Mari Beramal Bersama Colgate kat tepi tu. Lepas tu bolehlah pilih Cover Photo. Cover Photos ni pula dilukis oleh kartunis terkenal tanahair iaitu Ujang 🙂

Lepas tu boleh lah pilih PLEDGE yang korang akan dan mesti lakukan. Ade lebih 30 PLEDGES yang ready made samada untuk komuniti, untuk yang tersayang ataupun untuk personal thingy. Tapi korang juga digalakkan untuk buat PLEDGE sendiri 🙂

Lepas tu apa lagi, SHARE la kat kawan-kawan yang lain. Biar kita sama-sama buat amal jariah sekali terutamanya dalam bulan yang mulia ini.

Terima kasih Colgate untuk kempem amal sebegini, semoga kita semua akan lebih prihatin lagi terutamanya kepada mereka yang memerlukan….

Khidmat pesanan masyarakat Colgate is brought by Redmummy.com

Comment: 8

Hop On Hop Off Munich!

DSC_1956

masa tak hujan, bukan main lagi semua yang dok atas nih kan….

DSC_2008

tapi bila dah hujan, kelam kabut tarik roof cover badan pala memasing!

IMG_3865

aku tak naik atas tu pun, aku dok bawah ngan RB. gilo hapo nak dok atas tu ngah sejuk ke main cengkam kulit. Omputih lain ler, diorang tu dah biasa menyejuk, pastu kalau panas boleh selamba je dok makan minum tengah panas yang kita ni kat Malaysia berlari carik aircond semedang.

Half way ada drama dalam HOHO bus Munich nih. Oh we took the blue HOHO bus coz cheaper 1 euro dari yang merah and satu lagi hok biru tu senang sket nak beli tiketnya dari hotel aku tuh. RD pergi beli lepas kita had our breakfast di hotel. Hey…have u followed my instagram account coz some of the photos i tak post dalam blog, i letak terus dalam Instagram.

tengoklah sok sok aku dapat iPhone, lagi laju aku menyegram. skang harap pakai iPAD jer.

DSC_1979

Hah drama dalam bus kan, nampak 2 orang budak lelaki yang berjalan sorang jacket hitam sorang lagi shirt putih with hijau hitam jacket tuh? ha, budak 2 orang tuh nak masuk bus, tapi takde tickets pastu buat drama 5-10min cakap diaorang dah bayau and tapi takde dapat tickets. hey nampak benau ler menipunya kan. Bergaduh2 dengan 2 orang bus conductor and driver siap nak panggil police coz depa insists gak nak masuk dalam bus.

Aku siap dok tukar position seating dok nak tengok the best view nih sampai ada Uncle Australian dok sebelah aku pun cakap ‘i like this drama too, at least we have something different in our HOHO trip’ hiks..aku setuju betul ler ngan Uncle tuh.

tapi penyudahnya budak 2 orang tu tak naik pun, gila nak bagi naik, driver siap matikan engine bus baru depa blah…tengoklah bila dah turun bus ngan muka gelak2 lagi, memang saje mencarik pasal. Driver bus kata depa tu banyak nau minum beer tu yang memabuk nak main redah je naik bus takde tix.

DSC_1998

cantik aman tenang jer….

antara the places yang kita visit dalam HOHO tour but takde satu pun yang kita turun coz leceh dek ada baby and some more ngah hujan ler, Ahad tu Munich merenyai jer…

DSC_2006

lawa kan, kalau takde kepala kereta tu, mau aku crop buat postcard. berangan le merajin sangat.

DSC_2035

bus berenti kejap for 5min kat Stadium Olympik. aku memang tak turun ler kan…

DSC_2038suka betul dia diagah2 dek bapaknya…

anw RB ni ada perangai peramah a bit. Kalau orang tak approach dia, dia akan approach gelak2 ngekeh kat orang tuh. So orang yang muka masam pun tak jadi nak memasam bila tengok si kecik nih, depa pulak melayan agah2 anak aku heh…

DSC_2059

comei je depa susun basikal…

hujan lebat nih…tengok jalan pun basah

DSC_2061

RB tu kan, sepanjang kat Munich aku pakaikan dia stocking pants pastuh sarung pulak seluar, baju lengan panjang, jacket dah tentu stand by bila kat luar. sejuk sangat ko…sian dia. Alhamdulillah dia tak meragam and tak de apa2, mungkin kerna dia menyusu badan. The power of breastfeeding.

DSC_2067

 Sekejap jer kita naik HOHO tu tak sampai 2,3 jam rasanya pun. Cukuplah kot. Again harganya sorang Euro19, kids below 4 years percuma. RB baik je dalam bus, tengok je dia kat luar tuh, makpak sibuk snap2 amik gambar, tapi aku rasa bapaknya yang banyak amik gambar luar, maknya sesikit lagi nak mentidoq….

aku kan kalau sight seeing ada penyakit tak leh bukak mata sangat.

lain le shopping

muahahahha!

DSC_2072

Kita nak jalan ke mana pun tak tau dah pastuh coz memana merata tutup, kedai makan je banyak bukak, lagipun weather tak cantik…

IMG_3872

Lepak kejap kat Starbucks, tengok dunia social semasa

IMG_3876

si kecil bangun tidur….mencarik bahan, bosan pulak dia takde menda nak buat, so tengok balik utube dia

dok kat Aschaffenburg kan kerja aku dok upload nursery ryhmes yang baru je setiap hari, coz boleh dload 10 videos jer,since token internet pun boleh pakai 1 gadget jer tu yang kena settledkan RB sesiap, setiap malam aku berjaga le buat dload nih. memula dulu bapaknya buatkan, dah aku dok umah sini, aku le yang buat.

IMG_3883

berpatah semula ke hotel, nak amik luggage…

coz tengok kat DB train itinerary, we can hop into the next train, tak yah tunggu train malam. Supposedly our train balik Ascha from Munich kan at 7ish pm.

IMG_3886

pasnih dah tau ler, kalau nak pi Europe fly on weekend. weekdays ko bantai le jalan2 and shopping. Jangan le berangan datang weekdays and nak shopping on the weekend. Their shops are so dead on Sunday.

DSC_2095

hahah comeinya budak nih.dalam hotel takde nursing room so ngan RD sekali masuk dalam ladies toilet lagipun takde orang langsung, kita2 jer…salinkan budak kecik nih. kan aku cakap aku sarungkan dia ngan socking pants, biar takde sejuk, luar tu sejuk oi….makpak ko pun terketar2 menahan gigil…

DSC_2098

orang dok panggil dia suh tengok cermin, buat dek je dia tauuu!

DSC_2102

Pantang dokong or dudukkan dia, sibuk dia nak turun sama berdiri. btw, weekend ni RB is turning 7 months. Dia dah mula nak merangkak, dah mula panjang2 kan tangan dia tegak menahan badan and angkat bontot. Paling ngeri aku tengok sepanjang kat Ascha dia dok mengintai katil ke bawah, nak melanggar pagar tilam selimut yang aku buat kat keliling katil. eiii takut takut. biasa dulu dedua anak, bila depa dah pandai berdiri or pandai merangkak tu yang nanti RD ajar turun katil. ni dia baru je passed meniarap satu rumah. Baru nak angkat bontot nak merangkak, tak boleh jadi budak ni kena ler letak dia kat bawah je pasnih…

tapi tapi, 2,3 hari sebelum nak balik KL, dia jatuh katil gak ko kat Ascha. ahaksss! membuak2 darah, atas bibirnya pecah sian sangat, abis aku sedut2 lap. nak pergi klinik tak tau nak hala tujunya so aku tuam2 sendiri, waktu tu pun laki aku ngah kat opisnya. Makan setengah jam gak lah baru dia reda and mood ok, tu pun bila aku pasang skype abang kakaknya agah2 and dia nak gegelak balik, tu lupakan the sakit jatuh katil.

but malam tu dia meragam kooooooooooo!

oh itu di lobby Intercity Hotel Munich. If korang pemalas tak nak pikir carik duk jejauh dari train station, boleh je dok sini, aku recommend jugak, asal ko jangan banyak bunyik carik kettle ke carik mineral water. tu sume yilek yek. Breakfast dia sedap, sedap ikut tekak kita makan roti sapu2 jer ler, kopi and tea dia pun sedap2, banyak varieties.

IMG_3868

tapi kan tapi kan…

kita tak dapat nak naik the next train

sebabnya…

Comment: 9