Tolong Bantu!

Assalamualaikum,

pertama sekali terima kasih pada Redmummy kerana sudi menyiarkan masaalah saya ni.

Saya mengalami sakit di bahagian tumit dan tapak kaki yang amat teruk. Adakalanya sampai terhecut2 bila berjalan.Selain dari itu saya mudah rasa penat dan sendi2 rasa macam ketat,badan rasa berat ,kerap rasa mengantuk,pergerakan tak secergas dulu.Kadangkala rasa badan saya ni tua sebelum waktu!Ada orang kata ia mungkin sebab berat badan saya yang berlebihan,tapi sebelum mengandung dan bersalin badan saya gemuk juga dan tapak kaki sakit2  tapi takdelah seteruk sekarang. Saya perasan masaalah ni makin menjadi2 lepas bersalin anak ketiga pada Ogos 2010.Dalam pantang ada urut dengan sorang Indon. Peliknya,hari pertama dia urut,kaki saya rasa lega sangat,sakit2 semua hilang.

Tapi masuk hari ketiga dia urut, kaki saya jadi bertambah sakit.Saya dah pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan badan menyeluruh,doktor cakap ada sesuatu yang kurang dalam darah saya,doktor tu pun susah nak terangkan sebab ianya melibatkan istilah perubatan yang saya pun tak faham sangat.Di bahagian bawah keputusan ujian darah ada di tulis begini “Impression: Latent mild iron deficiency should be excluded”.Harapan saya kalau ada di antara pembaca RM yang ada latar
belakang perubatan dapat membantu menjelaskan maksud sebenar ayat di atas.

Selepas tu,doktor ada bagi ubat nama Sangobion dan Dyna Ferros.Mula2 makan adalah berkurangan sikit,tapi lama2 ubat tu pun dah macam tak berapa berkesan.Ada juga cuba satu ,dua jenis ubat tradisional,pun kurang berkesan.Agaknya apa masaalah saya yang sebenarnya?Tolonglah saya!Masaalah ni benar2 menjejaskan kehidupan saya sekeluarga! Anak2(6 tahun,4tahun,1tahun) dan suami benar2 tertekan kerana banyak urusan rumahtangga yang tertangguh berbanding sebelum ini di mana saya mampu menyiapkan perkara2 asas dalam rumahtangga dengan mudah.

Harap siapa2 yang tahu doktor,klinik atau cara2 tradisional dan mungkin petua2 orang lama dalam mengatasi masaalah ini bolehlah memberi cadangan.Terima kasih bagi yang sudi membantu.

Kak Yah

Comment: 40

Recliner Chair!

 

Bandar Kuala Lumpur-20111114-00078

ni bukan recliner chair!

ni kerusi macam dalam business class kapal terobang tu jer. ahaks….this is from OSIM brand. aku ni keje dok tanya2 korang jer, tapi dah dapat pun jawapannya, so korang tak yah risau, tang nih dah settle. I m gonna get the recliner chair, kat mana aku nak balingkan kerusi tu kat umah, tu put a side, biarlah bersempit sket tapi janji puas and tak sakit badan. I tell you, this time punya pregnancy kan lain macam dia punya dugaan **dosa banyak kau gamaknya!**, so selagi boleh dikurang2kan sakit tuh, selagi tu lah aku usaha gak

wpun terpaksa kuor sket duit. dok ngapa ler, duit pun untuk kesihatan gakkan, lebihnya nyawa. so investing on this lah, sok2 nak breastfeed pun senang jugak.

IMG_7512

nah my renew recliner chair, in black. no red colour. RM750, uncle tu cakap harga asal kat seribu, cincai2 dia bagi RM800 pastu last final call is RM750. Malam tu jugak orang dia hantar and malam tu jugak aku tidur atas recliner chair tuh. Sedaplah jugak, takde nya machine massage2 bagai tuh, tapi yang pentingnya dapat aku membaring dalam keadaan 45darjah, coz pregnant kan tak leh full baring. rasa macam batu je menghempap kat badan ko with the heavy pregnancy ni hah.

carik kat kedai2 perabut ek korang, aku pun carik kat kedai area umah aku jer, kalo kat mall2 pun ada jugak, tapi harganya tak leh menawar2 gamaknya and lambat. cam aku, dahlah datang jam 9malam, kol 9.30mlm settled cuba and bayar, kat kol 10 malam tu gak diorg hantar ke rumah. Kelas ko apek!

Comment: 32

Selepas mengempis….

Bandar Kuala Lumpur-20111115-00081

Bandar Kuala Lumpur-20111115-00082

Selepas beranak, long term plan of cos untuk membentukkan semula badan kembang nih…tetapi, semoga hormon menyopping tahap terhebat kembali semula, and antara yang cam aku terkenan2…benda 2 tu lah. But depending on the mood jugak.

n tak lama lagi, cukup bulan nih ker, bulan depan ker, sale merata2 yo kat kolumpo specially KLCC hah…bolehlah menebeng. tapi tu ler, i have an issue gak nih, problem sket nak membeli, not coz of money issue, tapi selagi blom beranak, bila tengok macam alahai…eh tak teringin pun nak beli.

IMG-20111114-00071

tapi tak leh lawan ini mempelam siam! 5 inggit kay. aku kan menapak pusing midvalley, ada le gerai siam tuh, katanya manis, aku makan kat situ gak, betul manis, tapi dalam manis ada masamnya. kira kalau ulas nih manis, ulas yang lain ada masam….so takde le aku makan abis pun. but merasa jugak finally dapat makan mempelam manis.

Actually, banyak lagi food yang aku nakkan, tapi entahlah…skang ngah banyak makan hati jer, telan jerlah.

Tapi kan kan, kalau lunch, i wanna thank my buddy lah, rajin dia bawak kami si mak2 boyot nih pi makan kat Istana Budaya during lunch hour. Coz so far makan kat situlah paling sedapnyaaaaaaaaaa hai lauk kampungnya. Tapi bear in mind, pas makan, sure ngantuk coz kita dok balik dalam keter, ngan panas luar, ngan aircond keter. huh….tapi dia punya sedapnya haiiiiiiiiiiiiiii….

Comment: 28

Rapat-merapat Vibrance Kegel Device!

48hours sponsored post, pls scroll down for new entries.

Cantik dalaman, cantiklah luaran. Yes, I always believe, beauty comes from the inside.

And dalam keadaan aku sekarang ni, korang ingat aku tak amik pusing ke hal-hal kecantikan ni? As i said again and again, nature kerja aku and environment tempat kerja aku sendiri ni memang memerlukan i look good in and out.Kenapa aku cakap macam ni? Aternya korang ingat nak mengukur jalan kat KLCC ni naik kenderaan? Jalan kaki okkkkkk.. Dengan keadaan aku sekarang yang membawak budak ni… lagi lah. Mana nak membawak badan, mengheret kaki tu belum masuk part asyik nak ke toilet lagi. Orang perempuan ni kan. Bukan nak cakap la.. orang kata nyawa perempuan dalaman yang satu tu je. Ini memang semua kena akui lah ye. Sihat yang ‘itu’ sihat lah segalanya, Insyaallah…

Korang buat tak Pelvic Floor Exercise? Ni kang ni, semua nampak or terlintas satu je lah sebab utama exercise ni kan???

Chooiii korang ni tau… itu hanya salah satu je benefit exercise ni.. Ada banyak sebab musabab and also benefits kenapa exercise ni penting untuk kaum perempuan..khususnya yang dah berumahtangga and beranak pinak macam aku.  Macam mana korang yang perempuan2 semua ni ngadap nebeng kat blog merah aku ni nak tunggu nak berangan pasal handbags, shoes, makeups sales semua…

Macam tu jugak aku nak korang semua take this seriously. Kalau kita  melawa luaran aje tak cukup gak tapi dalaman menanggung sakit tak berjaga.. alahai sedih.. Contohnya ko dah vogue habis atas bawah designer bagai alih2 tiap2 setengah jam dok mintak excuse nak terkench. SPOIL ok.. sangat SPOIL. Korang rasa tu semua normal?  Especially kalau kita tengah pregnant, dah beranak pinak etc? SALAH tanggapan tu.   Maknanya kita perlukan bantuan and  kita ni not being fair kat aset paling penting dalam tubuh badan kita.

Tu lah pentingnya Pelvic Floor Muscle Exercise ni..

imageDia membantu banyak in improving our quality of life. Kalau kita maintain je regularly at least twice daily, Insyaallah kita leh maintain fit and bukan itu je maintain beauty in and out kita.
Seronokkan?

Twice daily nak buat exercise ni.. hemmm… ada ke masa? ingat ke kita? Kang leka tunda2 alih2 dok terfikit kenapa cepat letih.. kenapa asyik nak ke toilet je semua. Tanya kawan2 semua jawab sama je.. “normal la tu bila dah beranak pinak ni..” padahal puncanya kita sendiri. And sekarang ni… apa yang tak de nak membantu lifestyle kita semua yang senantiasa sibuk ni. Introducing Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises.

Apa ni?

Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises ni is a medical tool yang akan membantu para wanita macam kita semua ni. Pemalas sangat nak meng’kemut’ hah, ini bantuan dah sampai 🙂

Macam mana dia membantu?

Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises ini membantu untuk strenghten muscle pelvic floor kita. Macam aku sekarang ni, device ni sangat membantu in giving me a safe and healthy pregnancy. Sebabnya, masa tengah pregnant, pelvic muscle ni kena carry extra additional weight and nanti untuk give birth, it can help to push the baby out ensuring smooth delivery. InsyaAllah.

Ni jugak serve as alternative to surgery, medication, adult diapers and pads. Dah tak payah dah semua ni in preventing kita punya urinary incontinence.  Lagipun, dengan Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercise ni make sure we are doing the muscle training correctly. Lepas tu, untuk insan yang lemah membawak budak macam aku ni lagi lah sesuai sebab tak de lah perlu nak susah nak buat exercise ke apa.. dah la nak menunduk pun payah ni..

IMG_7421
Pulak tu, it is comfortable and safe. Sebab dia buat from Medical Grade Silicone Rubber yang sangat high in the specifications yang dicipta khas untuk built maximum comfort and tidak damage or harm the pelvic when exercising. Yelah, tempat itu kan sensitive.. kena lah pakai barang2 yang berkualiti sahaja. And it’s compact, lightweight and sangat senang nak disimpan. Sangat ideal untuk kita semua wanita bekerjaya yang sentiasa on the go ni. Lepas guna, basuh dengan the Vibrance Cleanser, lepas tu biar je dia air-dry dalam casing dia tu and simpan dalam room temperature. Selesai.

Mudah, ringkas and paling penting senang.

Macam aku yang memang on the go dengan pelbagai aktiviti sendiri, anak2, keluarga ni.. sangat lah sesuai. Sebab dengan ada device ni, tak de lah rasa tak selesa ke, asyik nak ke toilet ker, malas je nak bergerak ke… and paling penting i can still join my boys tengok2 dok tepi for their physical hobbies. No more “mummy tak larat la abang, kang nak pergi toilet je semua macam mana?” Tak la tengok abang n gegirl muncung je mummy dia dah tak meneman dia dengan macam2 outdoor kan? Bukan aku join pun.. tapi kadang dia suka aku ada sama.

VKD boxset

Dalam kit Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises ni, sangat mudah diguna and complete with all the necessary user guidance. It comes sekali dengan User Instruction Manual, Warranty Card, Vibrance Kegel Device and Casing, 2 sets of Batteries and 3 Levels of Resistance Sheaths. Siap ada audio guided training ok. Click je button kat device tu while exercising, nanti dia tolong track when kita kena contract and relax during the exercise.

Buat dia dalam 5 minute je dua kali sehari. Apa lah sangat 10 minute tu kan? Kalau hasilnya berbaloi baloi… 😉

IMG_7504
Lubricant and cleanser yang akan kamu bawak pulang dalam package yang disebutkan 🙂

Harga pasaran is RM598 (tanpa the lubricant and cleanser) tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….. kalau korang mention yang korang ni reader Redmummy.com (sambil kelip2 dolly), harga for the Vibrance Kegel Device Boxed Set ni is only RM450 !!!! But do mention the promo code 7777 bila key in kat their online store of www.mybioinfinity.com

harga dah la murah the sets also comes together dengan the lubricant and cleanser.  Tapi syaratnya, sejurus selepas korang baca entry ni… korang ada 7 hari sahaja untuk dapatkan promotional price for Redmummy.Com readers ni. TUJUH HARI SAHAJA ok…

Alternately, kalau korang tak sempat jugak, Bioinfinity akan bukak booth at 2nd Maternity & Children Expo this November. Yay! Kat sini pun korang boleh dapat the promotional price of RM450 and boleh tengok sendiri the device life before buying it.

Details as follows:
Date: 18-20 November 2011
Venue: Mid Valley Exhibition Centre
Booth No: 67
Memang matching expo gini dengan aku sekarang kan?

IMG_7420

Ada lagi paling hebat, hangpa boleh buat entry “Saya perlukan Vibrance Kegel Device’ dalam blog korang, send the permalinks to this entry, closing up to 3 days till entry ni kuor, and nanti judges or mbe saya sendiri akan memilih pemenang yang akan membawa pulang sekotak Vibrance Kegel Device Bioinfinity ini which is worth of RM598!!

Kalau korang still doubt and kurang faham, not to worry, log on je kat www.mybioinfinity.com for more info. So I dah bagi you 3 cara untuk dapatkan the Vibrance Kegel Device, via online harga murah for up to 7 days, di Midvalley during the exhibition and jugak untuk dapat percuma, buat sahaja entry nih. Another secret, Vibrance Kegel Device akan menambah dan mengeratkan lagi ‘hubungan kelamin’ suami isteri 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Bioinfinity is brought by Redmummy.com

Comment: 46

Water dispenser??

IMG_7508

kauuuu!

sedih oh sedih…

sedihnya pasal berjalan satu jam lebih dalam Midvalley tu hah mencarik menatang nih. aku carik yang kekecik, ada le jumpa tapi macam alahai, boleh ke pakai lama. ada member aku beli tak sampai 2,3 bulan dah ranap. yang ni pulak cam lam gambar, riban2 punya, oklah tak sampai 2ribu, about RM1300. perkh ke tak perkhhhh ke harganya gituh?

Pastuh sblm jumpa menda nih lam Jusco MV, kat depan carefour tu ada ler budak2 jual oven ke microwave dok paksa2 suh aku amik door gift percuma, hey orang lagi nak cepat, dah malam satu hal, ngan aku kedek2…

sambil2 tuh suh aku isi boranglah bagai, mulut sorang2 bukan main lagi mencelupar eh kak, mana geng2 akak?

Gang mendenya, dah malam buta nih, orang baru balik kerja ni hah

ler akak kerja lagik, perut dah cam nak pecah dah kak oi, bebawak le dok umah

eiiiiiiiiiiiii

mulut memasing hai!

anw, satu floor concourse Midvalley tu aku carik takde, jumpa pun kat dalam Jusco Midvalley tingkat 3 plak tuh, ha bayangkan betapa lama kaki aku ni menapak. Not sure mana nak diletakkan kat dapur umah aku tuh yang dah ke main hai mempadat. ada yang suh carik je dari sites tapi mostly sumer under MLM, eiiii idak le aku nak beli through there.

Kat Jusco Maluri pun dah lama gak carik, takdok jual. mana yek water dispenser gini, tak yah bebesau takper ler, medium size pun ok. Maklum ler dah nak beranak kecik, dulu pakai yang hot 24hrs cerek tu jer, tapi kali ni nak ler tukar gini, worst scenario kang aku amik nih kang….

the package yang RM1300 nih, leh dapat 100 bijik tong, dia akan hantar 20 kali, Habis 100 tongs, nanti setiap tong dia caj RM8. emm lecehnya nak melayan orang datang hantar tong2 nih…atau satu lagi package harga yang sama, connectkan ngan air paip sinki kita tuh permanently,tak yah ler bertong2 bagai.

what say youuuuuuuuuuuuuuu?

Comment: 123