The Coronade Hotel’s Buka Puasa

IMG_6319

coi gambar gelap…..bape lama dah tak pegang camera ni sirman. lighting teruk nih!

yang penting…muka hafiz hamidun clear dilihat….

kak red, orang nak ajak bukak puasa ni ngan satu family akak, nak belanja akak satu family

amboi, special occasion apa?

sempena ilmu churp2 dari Nuffnang yang akak bagi setaun lepas, hasil dah dapat dituai 🙂

amboi…..kaya churp2 ler skang ni kan! ok cantik, mana mau buka?

IMG_6321

kita buka kat Coronade Hotel kak

wui kat mana tu, tak pernah dengo pun

ko pernah dok Park Royal kan kak, Coronade Hotel is between Park Royal and Lot 10

mana le ko jumpa hotel ni, mahal jugak buffet ramadhannya….RM69.90 per pax for adults and RM40 kot for kids.  Tapi tapi masa ni Coronade ada buat voucher promotion, so yang dibayar hanyalah RM50s jer gitu. not bad!

IMG_6334

lupa plak kami nak bawak iPAD and Samsung Galaxy Tab, but abang ni ada kesedaran untuk bawak buku cerita, a small bag. Katanya cikgu kata kalau nak improve lagi english mandarin, masa sambil tunggu bukak puasa, boleh baca buku cerita dulu. Memang dalam kereta ada je buku2 cerita komik depa aku dah stand by, buku cerita nih, oh my, dari zaman tok kaduk aku memuda duluuuuuuuuuu pun ado.

Abang takdak bergambar langsung masa nih, dia banyak amik gambar sendiri jer, pelepas kebosanan.

IMG_6323

Mummy, Uncle Hafiz ni dah kahwin ke?

Blum lagi, single. taun depan kawin ler kot 🙂

Takde gf ke Uncle?

Abang ada lebih gf tak? hahahahah

IMG00955-20110813-2011

ni plak gambar pakai bb jer, kasik korang dial tepon sendiri untuk dapatkan booking puasa ramadhan. makanannya memang spread banyak gak, yang penting sedapppppppppppppp. tapi teh tariknya pakai bekas panjang kecik, so nak repeat tambah 3,4 kali pun tak puas.

Abang pulak, nak berlagak cam orang besau, first time le amik teh tarik, pastuh minum suku jer, aku yang kemaruk teh tarik malam tu tak dpt nak repeat, mintak hotel panaskan balik abang punya teh tarik tu. tekak nak merasa tambah sangat sedap teh tarik Coronade Hotel nih. Sup ayamnya sedap. Kakak menambah kambing panggang lagik…keli berlada

IMG_6340

dinasihatkan kalau datang hotel nih, janganlah ikut depan Lot 10 tu yek, korang ikut dari Low Yatt or dari belakang Bukit Bintang jer, baru senang nak melepasi Park Royal terus kanan is the Coronade Hotel.

Thank you big big much to Hafiz Hamidun coz belanja Red Family di ramadhan buka puasa, bertambah biaklah rezeki ko tu ye Piz.

So…gitulah, dari ilmu Nuffnang, specially on Churp Churp….hasilnya Hafiz Hamidun dah mendapat. Korangnya Churp Churp amacam? membiak ternak tak?

Comment: 26

Penyakit chess kembali…

 

image

aku kembali tidur lambat, kalau awal pregnancy arituh jam 9 malam dah kroh kroh. tapi lepas tuh dah back to normal, tapi tidaklah hari2, macam dalam seminggu tu, sehari 2 je tidur awal, pastuh hari lain berjaga. kol 1-2 pagi baru geti nak lelap mata. bila dah siap blogging job, nak tengok tv memang kuranglah kan, so aku bantai main chess ler apa lagik.

nanti baby pun pandai main chess, insyallah.

both pregnancies aku pun memang bedal chess gak tetiap hari, diorg dah bebesau ni bolehlah main chess cuma tak serius pun. Abang lebih berminat ngan chess dari adiknya, aku nak masukkan depa dalam Chess Club tapi sekolah cina depa main chess cina ler, tak main Chess omputih nih. Chess cina tu aku geti main few steps jer, pastuh dah menganga….dahlah anak2 cakap mandarin, makpak tak paham, kang depa main chess cina, sekali lagi makpak tak paham gak.

image

btw, aku dah main chess kat yahoo games, emm ada lebih kurang 15 tahun kot. so dalam masa 15 tahun tuh aku pakai ID yang sama jer, and hangpa boleh tengok for over 15 yrs, aku dah main lebih 58ribu games!!

58ribu games kau!

kalau beranak jadi duit kan sodap!

Comment: 19

During the 17weeks…soon is 20!

 

IMG00915-20110723-1348

tak tengok pun jarum tu masa nak kena cucuk, aku pandang tempat lain, main snap agak2 jer nih…

staff nurse tu siap cakap ‘jarum halus je ye ni’

hishh ko  janganlah sebut jarum halus ke tebal ke, seram je aku dengau

IMG00916-20110723-1349

untuk 17weeks punya check up, gynae cucuk amik darah…aku pun tak ingatlah dulu dedua pregnancies masa bilanya amik darah, dah doctor suh amik darah, tadah jelah tangan…

tapi ada bad newslah…

masa check up ni ada tragedy sikit, tapi atas dasar tak payahlah cerita yek…too personal to me to disclose.

IMG00917-20110723-1405

ni aku tunjuk 2 keping je yang gynae aku printed out kan, padahal dia bagi sampai 5 keping, panjang kaki tangan and pusingan kepala pun memang seiringlah dengan measurement untuk 17 weeks. aku akan bertangga turun naik turun naik hospital untuk setiap bulan, at least sebulan tu 2 kali dah kompem kena jumpa gynae tapi pasal kes bad news tuh, aku kena tambah lagi untuk kali ke 3 pulak…

hem…

that s my 17 weeks development wpun entry ni kuor waktu dah over 19 weeks.

sejak masuk 4 bulan nih aku dah boleh rasa movement baby dalam perut tau 🙂 . Dulu waktu abang, while i was 6 months pregnancy aku rasakan his first kick waktu aku ngah turun tangga kat opis lamaaaaaaaa dulu, 10 yrs ago. pastuh waktu Gegirl aku rasakan waktu i was 5 months pregnancy.

Now dah masuk 3rd one, 4 bulan dah terasa!

kadang2 rasa macam dia ngah main air ke dalam perut nih ahhahaha, or swimming or kick boxing 🙂

Berat aku nak masuk 20 weeks nih, dah 60kg! wallah!!

Comment: 34

Vistana Hotel with the Sisters…

IMG_6246

meja kanak2 riang ria….

IMG_6242

meja si tua2 bangka dan yang muda bergetah…

IMG_6260

muka selenga selepas berbuka puasa….

campak2 je lah entry ni hahahaha

gambar 3 keping je pakai

kalau tadi entry ngan in law aku kat IB, ni kita the 3 sisters family je buka kat Vistana, yang ni memang kena belanja depa coz depa tolong aku jugak masa kes maid aku buat hal tuh. Yang the boys tak boleh nak kumpul sesama, mak abah aku memang takde nye nak ikut, depa memang buka kat masjid jer. Oh mak aku pi umrah lagi bulan nih…..moga2 semua selamat. yang bulan 6 mak abah aku pi umrah aku ada cite ke ahhahaha…sampai dah tak kuor blog coz dah lost track.

Thanks mak for helping  me and pushing your kaki to get the maid for me. Yey!

Ni Vistana emm lam RM50 nett for adult, for kids dalam RM35 kot aku pun dah lupalah. Ni pun spread banyak jugakkkkkkkkk tetapi tetapi kalau akulah kan…

aku lagi prefer Istana Budaya than Vistana Hotellah….of cos IB lagi murah mar and lebih ‘casual and relax’. Sebenarnya aku dah berbuka kat Vistana Hotel baru aku booking IB untuk mertua aku, coz aku buka di Vistana hari Sabtu, di IB was on Sunday, tapi entry IB kuor dulu.

coz i know korang sure nak kejarkan IB than Vistana ye dok?

Comment: 20

Istana Budaya Buka Puasa with MIL’s side

IMG_6282

maternity dress ni beli kat emm em….hah Sydney. pertama kali dipakai sampai terlupa. amik sisi jer lah, amik depan2 kang korang ternganga je plak wui…

IMG_6263

the girls table…. gegirl and her cousins

maid baru aku pun dok sini gak, RD tak mau amik gambar dia.

IMG_6264

the boys table …..

IMG_6266

the adults and the babies table….

IMG_6267

the sesudah berbuka puasa table….

IMG_6286

the kenyang muka’s!

pusing mencarik pusing konar baring sana sini, dapat jugak harga molek buka puasa yang berpatutan untuk dimakan ala reramai specially untuk keluarga besar2 cam kami nih. Ini buka puasa wt my in law’s side…malam tu gak aku kidnap mak mertua aku untuk jadi head kat rumah waktu kami bekerja kena monitor maid baru yang very the selengaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sampai aku dah amukan merah betul ngan yg baru nih. eii! geram betul.

break le kejap pasal cite maid2 nih, nanti dah cool down sket, dah aman sejahtera baru aku ceritakan sejarah mendapatkan yang baru + the agency stories gak.

So anw, aku kuorkan entry ni cepat2 lah, kesian ramai yang tak tau actually berbuka puasa di Cafe Istana Budaya memang best.  Satu harganya murah, kan harga buffet banyak yang membunuh kan, gila betul. kalau bayar utk sorang 2 bolehlah, tapi bantai kena bayar untuk satu batallion, tak ke mencekik.  Anw thanks RD for sponsoring this buka puasa wpun aku sepatutnya amik job nih but coz aku dah sengkek dok bayau maid agency + beli tanah berlots2. jadi pass kat RD lah 🙂

Pastuh pulak parking senang, orangnya pun taklah ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat. ada lagi 3,4 meja kosong. Biasanya yang makan kat sini kalau lebih 4 orang, coz depa nakkan value lepak2 lepas makan/solat tu kan. Surau pun dalam IB gak.

Cafe Istana Budaya dibuka setiap hari (saya tak dapat promo harga pun, they donno RM at all, just tolong2 jer coz masa twit arituh ramai gila yang tekejut bila IB rupanya ada buka puasa buffet). Lauk traditional melayu ada, eh macam2 lah penuh le meja korang kalau makan nanti tuh….lagipun banyak spread buffet pun bape percent sangatlah perut ko boleh masuk makan ye dak?

so jemputlah ke Istana Budaya Cafe, booking untuk meja nanti: 03 – 4026 5535. Only RM35 for adults buka puasa and kanak2 is RM20 sahaja.

Comment: 28