The pengsan days…

IMG_4839

ini bukan dalam hospital, ini dalam clinic jer, kat satu bilik doctor, kena masuk air. It was on Tues morning, I was supposed to go to work, but kepala ai berpinar2, tumbang atas katil. Zeeshan dok berzikir, faster la mummy, shan nak school nii…so ai mandi pun sambil duduk (ada kerusi) and masih lagi berpinar. Hoping bila kena air kat pala tu berkuranglah sikit.

But still tak nak gak pergi clinic. ai siap pakai baju kerja but dalam masa yang sama berdiri jalan semua tu masih berpaut. It s very dangerous sangat coz I was alone with Zeeshan. So i memang  lawan la the dizzy nih, kena kuat semangat ler coz pikirkan aku ada anak kecik. So sebelum turun tu, ai duduk kejap and memang menahan sangat badan kepala ni and masa tu la ai cakap Zeeshan, i m so sick la.

Then Zeeshan pun, haaaa yelah mummy sick.

I m going to clinic la Shan.

Alah nanti Shan late to school

yelah mummy send shan first ok, then mummy go to clinic.

Turun kami berdua dengan berpegangan tangan, mbe coz dia tengok aku memang longlai sangat, dia pun risau gak kot, entah sempat aku pi sekolah idok nih hahahaa.

Driving pun macam gigil gak lah, kepala berpinar2, dah bape kali tumbang kat katil tuh. So selamat je aku hantar Zeeshan to skul, ai terus cabut pi clinic. Memang badan pun dah naik bulu roma bagai, lemah sesangat. Doctor checked, my BP was too lowwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!! she terus waterdrip me, dok le lam bilik satu lagi, 3,4 kali dia datang check aku sampai air tu bebetul habis masuk ke badan. Barulah rasa kebah sikit.

Terus aku pi umah mak aku, coz earlier I told mak already and she dah terus masakkan anaknya yang sakit ni dengan porridge daging (ya allah sedapnya), satu tupperware besau mak buatkan (untuk cucu2nya gak). So cut story short, hari tu petang baru rasa better.

Then coz I was given 2 days mc, I thot I was ok ordy lah kan, I nak pergilah kerja on the next day nya. Coz husband was on trip, pagi tu masa hantar kakak sekolah, sekali lagi kena pening and tumbang. It was so hard for me to even walk from the bed to bathroom (dengan Zeeshan moody tak nak bersiap with the help of his kakak), nak aku gak yang attend dia.

Even nak masuk kereta pun pala aku peningnya lahai, ini tak boleh jadi ni, camne ler hai nak driving but I had no choice, gigih gak hantar dedua anak pergi sekolah pagi tu. Langsung balik rumah, pasang aircond bilik and boommmmmmmmmmmm, betul2 ai pengsan and tertiduq. Padanlah doctor tu bagi 2 hari mc, gamaknya she can see my body is not fit enough. My point is, i know it s very bahaya for me to drive etcs but I had to fight the dizziness, aku pun bukan jenis melembik. I remember when I was admitted at the hospital for my dengue (my mind my mulut still bergerak thinking on the house the anak2 semualah). Itu being mak lah, so sakit macamanapun anak2 takkan paham sakit maknya, depa pun nak tolong2 pun tak pandai sangat specially kakak and Zeeshan yang masih budak lagi. Abang lainlah, dia dah besar and if dia tau mak nya pengsan pagi tu sebelum dia pergi sekolah i m very sure dia will skip school to look after his mom. But dia tau pun after dia dah pergi skul .

Bangun tu pun dah nak thari pun aku tak larat nak masak hapa…kejap lagi anak nak balik sekolah (ada ler satu lauk pindang aku masak semalamya but nak tanak nasi pun tak larat). So husband teponkan McD, abang balik lunch McD jer, haruslah dia sukaaaaaaaaaaaa!!! For the second day of my tumbang lambang tuh, I only recovered late petang. So that bad.

Now i m feeling better already. Hence the update of this blog 🙂 . Alhamdulillah.

Comment: 2

3 days off!

IMG_4768

my adik number 5 had his ACL and segala jenis operation. kaki bola would have this problem mostly. Kami pergi melawat dia kejap satu malam Ahad tu, of cos our magnet Zeeshan sokmo ngekorr lerr. Except Abang Kakak memang sekarang dunia depa study jer. So takde keluar2 rumah pun…

IMG_4775

dan lepak makan jap kat Haslam restaurant depan hospital adik aku tu. Best pulak makan sini, our first time. Laksanya kita bungkus satu untuk anak2 di rumah buat merasa. dah malam sangat pun, but tau depa lom tidoq lagik. Zeeshan dah longlai, dok ajak balik after makan siap cepatlah balik cepatlah balik. Dia dah passed his bedtime. Usuallynya dia tidur between 830pm to 9pm. Paling lambat pun 930pm itupun if dah setengah jam bergolek atas katil. Coz memang 830pm tu dia dah panjat katil sesiap.  So dari dalam kereta dia dah terus tidur. But pagi memang dia bangun cepat. So tu pasal tidur malamnya kena on time. Walaupun cuti, tetap akan tidur as this hour, yelah dah biasa.

IMG_4830

dan routine biasa untuk suami bersihkan the porch, tapi dalam masa yang sama anak bongsu nak main basikal, so abang volunteered to look after his brother sesambil dia study sikit; nampak dok abang tu kat tepi jalan tu dok kat kerusi rotan hah.

Best betul cuti straight 3 hari tuh, keje aku masak masak masak baked. Itu jo lah.

IMG_4814

dan part of it basuh all the brushes. Ini yang kat rumah punya lah. hok stock dalam kereta ke opis or surau opis tak leh campur sekali basuh kang aku gak yang kena buang masa asing2 kan mana satu sini sana. So yang ni pun basuh dah late petang so matahari pun dah nak terbenam jadi dok jemurkan bawah kipas yo lah. About brushes ni ada kala aku rendam gak semalaman but best for oval lah, yang jenis brushes lain tu sekejap je dah putih bersih cantik semula. Oval brushes specially if for foundation memang agak sukar or lambat nak hilangkan the kesan2 foundation or concealer. Apapun letak kat muka sendiri gakkan, if MUA agak payahlah korang, coz clients sure tak suka. Tapi on coverage the oval lagi sedap sangat pakai!

I have so many things to tell but i tengah mood pemalas nak blogging. I ngah gila nak upload all my videos back then masa make up dalam kereta at Youtube.  Check me there lah.

Comment: 1

Ooo suami-suami…

 

IMG_3586

you know some husbands ada perangai yang kita cakap sekali tak jadi, kita cakap 2 bulan pun tak jadik gak. That s the beauty part of my husbandlah, I said beautiful coz dia akan buat tapi lambattttttttttttttttttttttttttttttttttttt. Takde plak emoji nak nangis sini hehehehe…so setelah berbulan2 mohon diasahkan pisau. Berhasil gak lah.

Itupun selepas aku cakap, aritu aku masak potong sayur ke ikan apa bagai tah, terkena jari tapi langsung takde cut or even darah, betapa tumpul bonarnya pisau hakak ye.

Pastuh bila dah asap belasah tajam, esoknya bila pakai, sampai terkerat jari, luka, dalam le pulak tu hahahhaa…nak sangatkan pisau tajam. Standard le kalau potong lelaju tu, mesti tercalit gak.

Takper things get done akhirnya.

 

IMG_3625

dan bakul merah DIY by laki akak gak. Our fav bakul kain baju yang beroda, berpuluh tahun pakai, akhirnya rebah ke tanah jua. Pun dek laki aku gak lah, ganeh bonar pakainya. So in between aku ada beli kat AEON, orang buat bakul tu pi pasar but coz ada roda (though it s not red) so aku sauk gak lah. Mahal kot, RM50 untuk bakul kain baju (yelah nak tarik dari laundry room to ampaian). But the structure dia tinggi kurus so tak sedap bila isi kain baju.

After a month gak kot pakai tu, dan sebelum tu dah mencarik ke merata dunia (malls/shops) masih tak jumpa the wheel laundry basket. So he bought this basket, tak de roda, but he beli roda and DIY it. kelentung kelentang dia membikin, menjadik gak. If dah tau gini baik ler beli camni jer hah dari aku heret beret beli yang kat AEON tu. Pun setelah bebel2 bila nak dapat bakul beroda.

Satu lagi yang makan minggu gak siap, glue kan the holder kat kitchen counter and kat meja make up aku. Ada sekali saja aku letak holder tu kat lantai, semoga dia insap la kan nak buat, nan hado. dia tolong angkat kan simpan adaler. But weekend baru ni selepas berzikir2 segala, dia tampal gak akhirnya. Hoyaiiihhhhh….

Tu lah ye encik suami, yang dalam otak kita  di mana aja kita berada kita nya otak bergerak untuk hal rumahtangga 24/7, tapi aku rasa orang lelaki ni dia pikir hal semasa jer. hari tu nya cite, hal lain tak kuasa dia nak memikior….

kalau beli barang dapur lagi lah, ada  one day tu aku suh beli barang basah, it was on the weekend but dia cakap nanti weekdays baru pi settle, dah masuk 3,4 ari weekdays pun tak do gak poinya. Lepak btul orang lelaki2 ni tau…

Anyway, have a safe trip suami.

 

 

Comment: 2

The new white…

IMG_3524

if you, nak pakai lagi tak?

sure  a big no ler kan. Kekdahnya anak dara aku pakai this kasut for like straight 9 months, sepasang ni je lah. She asked for a new pair, bapaknya jawab alah lagi sebulan je kot sekolah. Kakak pun datang kat aku, showed the kasut to me, and yes, of cos le aku suh bapaknya belikan gak new pair. Kesian ler heh, ni bukan zaman aku dulu, and ni sekolah ada lagi dekat 2 bulan kot. So sebelum sekolah bermula haritu, dapatlah a new pair, itupun orang kedai dah tarik sliding nak tutup, last minute purchase.

Sebab that was her first time pakai kasut bertali, for 9 months and her new pair langsung takda tali2 bagai. Now she tau dahlah hazab bertali2 bagai nih hiks…lunyai betul kasut dalam gambar nih, bila ko tenung lelama muahahaa….

Good luck for your UPSRA kakak, in 2 weeks time.

Comment: 10

Family Safety from Digi!

.

.

Lately ni semakin menjadi-jadi cerita anak-anak kena culik! Seram-sejuk sampai menggigil Akak baca atau mendengar cerita macam tu. Tak dapat bayangkan macamana perasaan anak-anak yang kena culik tu. Kalau dapat jumpa semula, memang syukur sangat. Tapi kesan trauma for sure mendalam dan susah untuk dilupakan. Kalau yang tak jumpa pula, Tuhan sahaja yang tau, minta dijauhkan hendaknya. Sedihnya hai kalau kenang-kenangkan. Perasaan ibubapanya pula, longlai seluruh tubuh badan dan hilang semangat rasanya. Menyesal seumur hidup!

Ini semua peringatan untuk kita sebagai ibubapa supaya senantiasa mengawasi anak-anak kita walau di mana pun diorang berada dan pada bila-bila masa! Jangan ambil mudah semuanya!

Digi-Family-Safety-login

Zaman sekarang ni ada pelbagai safety measurements yang kita sebagai ibubapa boleh gunakan untuk menjaga keselamatan keluarga tersayang dan menghindar dari benda yang tak diingini berlaku. Betul tak?

Salah satunya dari Digi yang baru-baru ini memperkenalkan its new safety mobile app solution iaitu Digi Family Safety app to demonstrate their commitment to the importance of providing safer mobile experience to customers.

Digi-Family-Safety-register

Digi Family Safety app ini merupakan aplikasi mudah alih untuk menjaga anak-anak kita supaya sentiasa dalam keadaan selamat. Boleh dikatakan kebanyakkan anak-anak sekarang dah ada seorang satu smart phone masing-masing kan, dah jadi essential item for kids, ditambah pula data plan semakin murah dan mampu pakai pulak tu. Dengan mengambil kelebihan ini, Digi menggunakan keupayaan GPS dan data yang sediaada sebagai alat untuk melindungi anak-anak kita.

Digi-Family-Safety-app

Salah satu fungsi yang penting aplikasi Digi Family Safety ini ialah membolehkan kita berkongsi lokasi dengan lebih mudah dan juga kita sebagai ibu bapa mempunyai parental control melalui peranti mudah alih itu.

Ciri-ciri utama yang lain pula seperti Family Location – to locate your family on your smartphone or the web in real time, Geo-fencing pula untuk mewujudkan zon selamat untuk ahli keluarga kita. Notifications pula untuk memberi amaran apabila ada ahli keluarga yang tiba atau meninggalkan kawasan telah ditetapkan. Check-in untuk memberitahu ahli keluarga yang lain di mana kita berada. Panic Alert pula untuk menghantar amaran kecemasan berserta lokasi kita ke semua telefon keluarga. Parental Controls digunakan untuk menyekat penggunaan telefon/call kepada nombor telefon ahli keluarga sahaja dan mengawal aplikasi tertentu sahaja yang boleh digunapakai dan akhir sekali Phone Security membolehkan kita to find, ring, lock and wipe mana-mana telefon keluarga jika telefon itu hilang ataupun dicuri.

Personally Akak rasa this app is very useful sebagai salah satu langkah keselamatan yang patut kita ambil supaya keselelamatan ahli keluarga kita lebih terjamin. At least kita tidak perlu bimbang bila anak-anak kita keluar ke mana-mana kerana kita dapat monitor pergerakan mereka in real time. Lebih-lebih lagi sekarang kejadian culik yang menjadi-jadi, even kawasan sekolah pun tidak lagi selamat. Risau sungguh bila difikir-fikirkan!

E

Good news is this app comes with two options: Freemium, FREE for all to use with basic location services for up to 2 family members.

This Family Safety Basic (FOC) allows us to:

  • Connect up to 2 family members;

  • Check your family members’ location whenever you need;

  • Check-in on a specific location (e.g. know when your kids get to school)

  • Create up to 2 Safety Areas to get automatic geofencing alerts

  • See how was the day by glancing your Family Activity

  • Immediately alert all family members by sending a Panic Alert

 

And 2nd option is Premium for Digi customers at RM5 per month only.

This Family Safety Premium (RM5/month) allow us to:

 

  • Connect up to 7 phones, tablets or wearables and add all your family members

  • Create more areas

  • Restrict calls to your family phone numbers and control when apps can be used

  • Find, ring, lock and wipe any family phone if lost or stolen.

 

Dan Digi juga mempunyai rancangan untuk memperkenalkan something “wearable” tak lama lagi, ini kerana tidak semua ibubapa mampu memberi anak-anak mereka smartphone, betul tak?. So anak-anak yang tidak mempunyai smartphone juga boleh menjadi sebahagian daripada app ini dan mendapat manfaat darinya juga nanti. Tungguuuuu 🙂

 

So memang Akak sangat alu-alukan untuk korang mencuba sendiri app ini dan rasai sendiri keberkesanannya. Boleh di download dari Google Play Store ataupun Apple App Store. Just search for Digi Family Safety. Untuk maklumat lanjut, boleh layari digi.my/familysafety

 

Ingat family safety is our top priority! Sentiasa peka dan berwaspada! Sama-samalah kita buat yang terbaik untuk keluarga tersayang.

Comment: 3