Budak Sentap!

img07010

gambo lama gambo fri nite, yang patutnya dating laki bini jadik dating anak beranak…malam tu kami bertangga kat Q bistro, no more hajris gamaknya, malas nak drive jejauh lah, umah aku lagi sekangkang ngan Q bistro nih…

aku nak cite kisah sentap budak ni, rasa nak ditempelenggg jer. skang ni aku amik turn anto gegirl, so abang memang pepagi pi ngan sirman dulu lah. unless ada keadaan terdesak sirman akan anto dedua. so satu pagi last week tuh, masa nak pi sekolah ni. ai will always ask her nak ikat rambut camner, either tocang satu ke 2 ke lekat ke kan

pagi tuh dia cakap nak tocang satu

aku pun ikat

tp aku buat tocang yang pintal2 tu jadikan satu.

satu lah jugakkan.

pastu dia merajuk

img07009

sambil aku bersiap dia dok lah tepi pintu

tersedu2

terlalak2

adoiii

aku pujuk2 pun tak jalan

meleleh2 dari kat pintu, jalan kuor pi kat lift lam lift masuk keter

meraung2

just bcoz rambutnya mak dia ikat tocang pintal satu

img07005

hangin la aku kan

ingatkan aku sound2 bertepek2 dia naklah diam tp nan ado nya

so aku bukak rambut dia lam keter

and ikat balik tp takde buat the pintal2

baru diam

macam magic

tetiba diammmmmmmm dari meraung lalak

eiiiiiiiiii

pasal ikat rambut pun ko nak meleleh2

sejak tu sblm nak ikat aku tanya dulu kasi kompem, tocang ke ikat satu ke jurai ke whatever u wanna it call lah kan. kalo idak ai m gonna waste 10min jer nak memujuk dia.

kecoh la lu!

Comment: 50

Bersama Mak Merah

kerana telur dadar!!!!!!!!!!

kepala serabut sangat!btl2 serabut.hanya kerana telur dadar aku jd mcmni>aduhai!!apala nasib taktau la nak ckp and minta mf mcmne lagi.

ceritanya begini….mlm td hubby minta goreng telur dadar kat umah mak aku ntah mcmne ada orang call n aku sbuk sgt jwb panggilan tue dan menunda dalam 5 min penggorengan telur tersebut..dek kerana kelaparan abg aku minta menyegerakan penggorengan dan dgn lajunya aku termenjawab ckp dia!!ciss,,,,mulut ni pun gatal laju je bile time2 menjawab nie.

dalam ati dah terdetik dah mmg matilah aku kali ni sbbnya cik abg aku pantang tul org menjawab ckp dia sbb dia rs org tue kurang ajarla!!bila dah siap aku pun idangkan kt meja mkn mak aku, aku tgk dia dah takde!aisemen,aku dah kena tinggal ke?aku cr2 rupenya dia kat luar tgh isap rokok.

doklah pujuk2 dia mkn dia kata xnak dia dah kenyang tgg aku goreng telur!merajuklah plak…aku pun biarlah nasi atas meja sbb ingtkan dia merajuk tak lama rerupenya merajuk punyala pjg smp skang ni a.k.a smp ke waktu nie tak ok lagi!!kepala aku rasa mcm nak meletop dah ni pkr mcmne nak mtk mf sbb aku cl n msj hubby dia tak layan.aduhaiiii,terasa bedosa ada,rs geram,rs bengang,rs sedih mcm2 rasa ada. tak tau la bile nak ok nie..slalunya kalu gaduh2 mcm ni 10-15 dah setel dah tp kali ni!aduhaiiiiiiiiii,telur,

telur..arghhhhhhhh serabutnya otak! sengal tul!btl la org tua2 kata sebab pulut santan binasa sebab mulut hai badan + otaklah binasa! tetibe terasa nak jd otterman plak. kak red tolonglaaaaa..hua!!SEDIHNYA
anduka
Comment: 30

Where Are You?

kak red saya nak mintak tolonglah kat kak red..ni kali keberapa ntah mintak..sorry ek..

macam ni..kalau sesapa yang ikut baca my blog ai selalu cerita pasal my SIL yang sakit.She used to be a lawyer but now dah OKU.Am actually tengah dok sibuk nak kumpulkan kawan kawan dia tak kiralah laki ke pempuan ke..sebab dia pernah bagitau kat ai yang dia nak jumpa kawan kawan dia balik.

and i was thinking since her birthday coming April nie kalau bole ai nak gak lah cari memana kawan kawan dia tu.Sesapa yang kenal ENGKU ZALINA CHE KU ZAINAL amik course LAW in UM and grad tahun 2001/2002 (kalau tak silap lah) or kawan kawan sepejabat ke

tolong email ke alamat email saya sabrinaabubakar@yahoo.com.

Sorry kak red menyusahkan akak..and apapunn thanks a zilllllllllllioooonnnnn

Sabrina

Comment: 2

Watsons 15th Anniversary

img07034

arini aku nak bawak korang ronda watsons pulak yer, yes aku tau korang terer part2 watsons guardian sume tu kan,tp tu dalam version koranglah…hok ni plak under my version. aku cite nih tang2 make up jer tang lain tuh yang takde aku blogkan means ada lah sebab

antaranya malas

keduanya pun malas gak

ketiganya takde napsu

img07036

lately nih dok asik kena boicot sana sini kan,aku pun carik alternative lain. sambil2 jalan pusing kat watsons nun, kena carik cod oil anak2 aku, dari 2 wks ago sirman suh beli aku buat dek jer hiks…ai bz beli benda lain lah. so aku pusing2 tengok watsons tu banyak gila make up yang ala2 mac etc tu lah tp tak berapa gamer. yang murah tu lam RM18.90, yang mahal tu for 2 keping kaler eyeshadow sampai 82 inggit.

img07037

aku dulu pakai gak in2it, banyak la eyeshadow dia aku ada, kira pastu bila dah cam ada rezeki lebih ai change to other brand pulak. tp aku tetap akan pakai the eyebrow liner nih. brown colour. sebab seronoklah pakai dia, tak macam yagn bodyshop tuh dia cam lelembut pastu cepat tol abih. ini wpun pendek tp dia x reput cepat lah gitu. ha kau reput lagik.

so jadi jangan malu pakai benda murah kay kalau sesuai ngan muka.

tang ni mmg aku tolak brand lain lah, the best for eyebrow liner still goes to in2it. for twin pack arganya RM17.90. 7,8 taun dulu 10 hinggit pun tak sampai tau.

img07038

ni lak barnd fasio, ai x amik,ai tengok2 jer, packaging dia cantiklah…cam benda tu ‘mahal’

img07041

yang Kate nih aku amik, cadangnya lah

satu palette tu lam 52 inggit. tp bila kat counter jadik 82 inggit, aku tak nak lah amik hiksss baik amik yang lagik branded gitu dok….bih kurang je arganya. aku amik yang 2nd photo from the top tuh, studio fix at RM17.90 gitu.gold kaler, x dak lam picture :)

img07042

clearly from Japan kan…

img07043

yang brand nih pun cam best gak, very english style je barang2 dia, harganya pun sama lah bih kurang ngan Kate tuh, ala2 80 inggit for eyeshadows…

mung minat? ha pi lah watsons yer…

y am ai doing this entry lerr

coz trow ai have one special entry hehehehehehehe

so aku  nak pi make up sat aarrrr

bila ke muka aku nak dimake up

alo alo? adik yang pandai make up…bila nak kasi cuncantikkan muka akak ko nih?

Comment: 27

Guest Writer – Reen

Misteri Malam ( Misteri Siang & Malam)

Seperti yg dijanjikan, inilah salah satu kejadian yg paling ngeri penah aku lalui sepanjang aku idop di atas muka bumi ini.

Semua kiter percaya akan kewujudannye ‘makhluk lain’ di dunia ini. Aku percaya tp aku tak penah ambik tau, kerana aku tidak penah mengalami kejadian pelik atau aneh sampai la beberapa tahun yg lepas.

Kejadian ini terjadi di sekitar tahun 2004. Aku seorang yg sangat periang, peramah & aku jarang takut dengan mende² pelik. Kisah ini bermula ketika aku baru balik dari kerja. Waktu abis keje pada jam 6.30pm (shift petang), aku yg manja selalu dihantar dan dijemput oleh boyfriend@bf (skrg dah ex-bf). Pada petang itu, seperti biasa dier agak terlambat. Aku dgn tabahnya menunggu dier di depan guard post tmpt keje aku sambil membaca buku. Aku rasa ada sedikit rasa lain macam apabila perot sakit memulas. Aku sms bf supaya cepat sket. Dia punye cepat pun, hampir maghrib baru sampai (dah biasa dah ngan kelambatan dier, dan aku paham, dier pun keje). Sampai di rumah, aku mandi dan baring tgk tv di dlm bilik tido. Tetiber aku rasa perot aku sangat sakit yg tahap maksimum. Aku kuar dari bilik dan mengadu kat hosmet. Aku ingatkan kena gastrik, so aku suh hosmet (namanye Nita) utk ambil ubat dlm peti ais, sambil aku geguling kat sofa di ruang tamu. Setelah makan obat, perot aku still sakit gak. Nita dah susah ati, jarang dier tgk aku sakit perot sampai menitis air mata. Disapunya minyak angin di perotku sampai aku tetido di sofa. Menjelang tgh mlm baru aku rasa lega sket.

Hari berikutnya, aku sakit perot lg pada waktu yg sama, waktu maghrib. Aku geguling lg dan aku terpaksa sms & call bf utk membawa aku ke klinik. Bila sampai di klinik, doktor yg mmg sudah tau aku ada masalah gastrik yg tahap kritikal memberi obat gastrik. Telan obat & keadaan masih sama. Aku dijaga oleh Nita dan suaminya ( Nita baru saja berkawen dan suaminya tinggal bersama aku memandangkan keadaan ekonomi mereka kurang mengizinkan mereka utk menyewa rumah laen, dan aku pun tidak kesah kerana pasangan suami isteri merupakan kawan baik aku). Beberapa jam kemudian, kesakitan itu pergi dan aku bole tido dengan nyenyak.


Hari ketiga, bf aku lmbt lg menjempot aku balik keje sedangkan ketika itu sudah gelap. Sekali lagi, aku mengalami kesakitan perot seperti hari² yg sebelomnya. Aku pelik, napa pada waktu siang, aku tidak mengalami kesakitan perot itu. Dan baru aku perasan, sudah masok 3 ari aku tidak membuang air besar. Aku tepon bf suh cepat sket sbb perot memulas. Aku rasa sudah tidak tahan dengan kesakitan itu. Bf aku sampai je, aku teros masok kete, dan geguling. Aku cakap sakit perot aku tuh rasa lain macam. Aku bgtau juge bab tidak bole membuang air besar. Tetiber, aku pengsan dlm kete. Aku dihantar ke Pusrawi, emergency. Tak penah dlm idop aku, aku rasa selembik itu. Aku digolek ke sana ke sini oleh nurse & doktor kat Pusrawi itu. Di-injek juga. Dibuat ultra-sound di bahagian perot, scanning. Tp doktor memberitahu yg tiada apa masalah dibahagian perot. Bf aku bgtau yg aku tidak bole membuang air besar selama beberapa hari. Aku hanya mampu menitiskan air mata kerana kesakitan itu aku masih rasa lg. Akhirnya, doktor itu menyarankan aku balik saja ke rumah utk berehat dan mencari alternatif lain utk berobat. Aku sudah blur, kalo sakit kena lar pegi spetal, nie doktor plak suh carik alternatif lain. Aku masih berbaring di atas katil spetal, bf aku pegang ibu jari kaki kanan. Tetiber aku terasa sgt panas & sakit. Aku ter-tendang bf aku, aku mula maki hamun bf aku kerana memicit ibu jari kaki dengan kuat. Doktor yg melihat kejadian itu, teros berbisik kpd bf. Apa ntah yg dibisikkan pun aku tatau. Aku dibawa balik ke rumah, dan bf menelepon Nita supaya bersiap utk menemani aku utk berobat. Aku mendengar saja. Aku rasa penat, panas & sakit.

Bf membawa aku ke rumah PakLong nye di Cheras. Nita asyik bertanya soklan kpd bf ttg sakit aku. Sampai saja di rumah paklong, keadaan rumah bergelap. Masok rumah paklong, paklong tgh duduk dlm gelap sambil menunggu kedatangan kami. Paklong ngan berseloroh bertanya kpd bf ku, ‘setan apa budak nie bawak?’ Hahahaha.. aku gelak masa tu (aku pun tatau naper aku gelak sebenarnye..tp ye lar..aku nie bawak setan apa plak lar kan?). Paklong mengatakan aku sudah terkena ‘buatan orang’. Aku terdiam, setahu aku, aku tidak mempunyai musuh, dan aku tak penah percaya ttg ‘black magic’ ini. Dikatakan juga, seblom kami sampai, rumah itu terang benderang seperti biasa. Pelik, apa kaitan gelap & aku? Aku disuruh baring, dan Nita duduk menemani aku. Paklong menyuruh aku mengangkat baju utk menampakkan bahagian perot (wlpun dlm gelap).

Kedian, paklong mengambil sebiji telor ayam kampung dan mula mengolekkan telor itu di atas perot aku. Aku menjerit meraung kesakitan. Aku rasa sgt panas, sakit & pedih. Terasa seperti ada pisau tgh dicucuk ke dalam perot (sedangkan aku nampak telor yg dipegang oleh paklong). Aku mula meronta, dan Nita dimintak utk memegang badan aku sementara paklong membaca ‘something’ dan teros mengolekkan telor itu. Hampir sejam aku diperlakukan sebegitu dengan telornya ditukar ganti ngan telor ayam baru. Selepas itu, aku disuruh minum air (air suam yg aku rasa sgt panas, aku je yg rasa panas dan berminyak). Tak sampai 5mins, aku rasa nak muntah. Aku berlari ke dlm bilik air, dan aku muntah segala isi perot dlm gelap. Paklong menyuruh aku membiarkan sajer muntahan aku itu di dlm bilik air kerana dier ingin melihat apa yg aku muntahkan. Selepas selesai dan aku rasa sket lega, kami pun pulang berbekalkan sebotol air yg diberi oleh Paklong. Aku disuruh oleh paklong utk meminum air itu pada awal pagi dan aku juga disuruh utk berehat sajer di rumah wat beberapa hari. Aku & Nita sampai ke rumah pada jam 2 pagi. Seblom itu, ketika kereta kami keluar dari perkarangan rumah paklong, tetiber lampu umah itu menyala kembali. Aik, ajaib.. ke paklong yg maen totop lampu nie?

Bf aku menguruskan segala cuti sakit aku di tmpt keje. Dier menerangkan keadaan aku & nasib baik boss aku seorang yg memahami, dan aku diberi cuti sakit tanpa rekod (celah mana je aku nak carik mc sedangkan doktor pakar pun kata aku tak sakit). Aku membuang air besar pada pagi itu, dan aku melihat bermacam jenis mende yg pelik di dlm najis (aku disuruh utk melihat apa yg ada la..bukan sajer aku nak tgk). 3 mlm aku berobat dengan paklong, dan setiap kali aku pergi, setiap kali itu lar umah tu bergelap. Bermacam cara aku diobat. Dan mmg aku rasa hampir mati juga menahan kesakitan itu ketika diobat. Aku bertanyakan paklong apa yg sebenarnya terkena kat aku, dan jawapannya, ‘SANTAU’. Dan aku diberi gambaran ttg si ‘penghantar’. OMG! Apa la dosa aku kat dier tuh. Dan akhir sekali, aku disuruh ‘mandi bunga’ Aku juga diberitau, jika aku terlmbt utk berobat, kemungkinan besar nyawa aku bole melayang, ye la, takbole berak ko, mao penoh perot aku (hahahaha). Aku masih memikir, apakah tujuan ‘si penghantar santau’ itu berbuat begitu kepada aku sampai ke hari ini. Tp mungkin, orang bersalah akan tetap berasa bersalah kerana ‘si penghantar’ berpindah tmpt keje 2 bulan selepas kejadian itu.

Moral of the story: Manusia ini ada bermacam-macam & berjenis-jenis. Tp aku tak sangka ada manusia yg sejahat itu di sekeliling aku. Sejak itu, aku sgt berhati-hati ketika berkawan & bergaul di atas pesanan paklong. Ada orang mungkin kurang selesa & kurang suka apabila aku ‘cepat naik’ & ‘disenangi/disukai’ oleh pihak atasan.

p/s: Selepas aku semboh dari kesakitan itu, terjadi plak kejadian pelik & aneh di dalam idop aku. Akan disambong di episod lain….

Dari,
Reen

Comment: 6