The 1st raya open house by us…

IMG_2277

Guests pertama, terima kasih Hilal and Syen. My adik2 kesayangan sangat nih…

tapi ada guests lain tak sempat bergambar, tak cukup kaki tangan le tu lupa bagai segala. Aku memang jarang pegang camera, semua aku suh laki aku pegangkan. Malas nak jawab wa/calls, biar dia yang layan.

IMG_2317

My 2 chinese neighbours dari VA dulu. Pagi tu je pun baru aku hantar invite kat depa…hahahaha kan dah cakap very last min one. Dari rumah VA memang kami akrab.

IMG_2295

Serverfreak big boss and wife (sedang pregnant 4 bulan, 2nd pregnancy). Aku tak perasan betul perut mengandungnya tuh hoih. Depa ni cakap melayu ke main handal, pakai pulak baju kurung. Baguslah mung Sam and Sherene.

IMG_2301

My ex neightbours and of cos Najwa’s family. Waaaaaaaaaaaaa, mana rahsia untuk kulit cantik tu waaaaaaaaa??

IMG_2321

Wa, Muni (my house/tanah lawyer), Hid (Cipela/ Hidy) and Lin Nara

IMG_2337

Nara, Shah and GF (now Shah Nara hahahahaa), Hid and Muni

IMG_1949

see, small group je pun, they are the one yang rerapat le ngan akak merah ni. Ada lain kita jemput, tak dapat hadhir

IMG_1956

Semoga berjumpa kita lagi di event akan datanglah…insyallah

IMG_2349

MB and family, among the last guests to arrive and to leave the house.

Ngam2 habis semua dan kemas rumah siap bagai barulah aku dapat keluar rumah. Kena jugak keluar coz my abang ada buat jemputan makan, kena pergi tu.

IMG_2378

Bertembung sama ngan my adik bongsu…lelain dah datang siangnya.

IMG_2364

IMG_2362

Anak2 aku ada, semua bawak diri dalam rumah ler. Habis rumah abang aku, sempat lagi aku pi rumah kawan aku pulak (coz the next day dia kena datang rumah aku, so sebelum kena maki, haruslah datang, walaupun lambat). Tapi tu ler datang malam dah lambat (belakang rumah aku je pun hahahaa) dan perut masih kenyang, aku gatah ikan masin semata jer, sodap gak.

End of our first open house, kononnya. Budget habis before 6pm, but terlajak 1jam 45min (kan MBBBBBBBBBBBBBB hahahaa). Tapi esoknya, terlajak lama gak. Tapi yang the 3rd one, lagi punya terlajak, till 1am! duh..

Alhamdulillah. Oh semua yang datang, request untuk do the tour of the Red House, so aku memang turun naik turun naik depan belakang ler bagi tour. Boleh tahan capek gak, patut record and play je bila orang tour hahahhaa…

Comment: 2

SSPN-i – Simpan dan Menang!

.

Akak rasa ramai yang sudah sedia maklum dan tahu apa fungsi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ni. Kalaupun tak tau, at least for sure tahu pasal PTPTN kan? Sebut PTPTN, Akak rasa satu Malaysia tau hiks. So secara ringkasnya SSPN-i ialah salah satu produk PTPTN. Tapi malangnya ramai yang masih tak tahu pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i ini.

SSPN

Salah satu keistimewaan yang utama sekali mengenai SSPN-i ini ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM6000 setahun. So secara tak langsungnya di sini kita dah untung dua benda, satu obviously la pelepasan cukai, keduanya pula tentulah simpanan masa depan yang disimpan dalam SSPN-i. Sambil menyimpan dapat tax relief lagi. Tak ke untung? Bila dapat pelepasan cukai yang tinggi, pulangan dari income tax pula sudah semestinya banyak. Untung lagi tu 🙂

Keistimewaan lainnya pula ialah apabila anak-anak kita mempunyai akaun SSPN-i, diorang secara automatiknya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi kerana pelajar yang mempunyai akaun SSPN-i sahaja yang layak memohon. Kalau takde, minta maaf banyak-banyaklah ya.

SSPN2

Lagi pun Skim SSPN-i direka khas oleh PTPTN supaya dapat menggalakkan kita sebagai ibubapa menabung ataupun mempunyai simpanan kewangan sendiri bagi tujuan anak-anak melanjutkan pelajaran tanpa perlu bergantung kepada pinjaman semata-mata. Disamping itu secara tak langsung kita dapat memupuk budaya ataupun amalan menabung dari anak kita kecil lagi. Tak gitu?

 

Bukan itu sahaja, SSPN-i juga menawarkan Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10000 kepada keluarga yang layak. Mereka yang berpendapatan sehingga RM4000 adalah layak untuk menikmati pemberian geran sepadan sekiranya anak mereka mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pemberian geran ini secara tak langsung, meningkatkan lagi daya usaha anak-anak kita untuk belajar dengan lebih tekun.

Ditambah pula dengan kadar dividen yang kompetitif, sebagai contoh kadar dividen SSPN-i pada tahun 2014 ialah sebanyak 4.25%, so do your own math 🙂 Bagus ke tak bagus?

Dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan lain seperti perlindungan takaful dan khairat kematian secara percuma dan lain-lain lagi.

SSPN3

Tapi yang paling WIN sekali ialah PTPTN juga menganjurkan cabutan hadiah kepada yang bertuah iaitu Simpanan Bonanza! dan Simpanan X-Tra Bonanza! dengan menawarkan pelbagai hadiah yang cukup lumayan!

Dan terkini, PTPTN turut memperkenalkan promosi cabutan hadiah terbaharu iaitu Simpanan Vaganza!

Banyaknya za za za ni Kak Red…

Actually dari tahun 2012 lagi PTPTN dah menganjurkan cabutan hadiah ni, korang jer baru tahu kan kan…

So untuk terus menarik minat menyimpan di kalangan masyarakat kita, PTPTN meneruskan lagi Simpanan Bonanza!  dan Simpanan X-Tra Bonanza! ni. Bayangkan tahun lepas sahaja, hadiah wang tunai RM200,000 bagi pemenang Simpanan X-Tra Bonanza! ni 🙂

Dan on top of that satu lagi program cabutan hadiah baharu iaitu Simpanan Vaganza! iaitu cabutan hadiah yang akan dibuat mengikut zon.

Zon terbahagi kepada 5 iaitu:

i)             Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang)

ii)            Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang)

iii)           Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)

iv)           Zon Borneo (Sabah, Sarawak & Labuan)

v)            Zon Barat (Perak, Selangor, K.Lumpur & Putrajaya)

Dengan serendah RM500 sahaja dalam tempoh promosi ini, pendeposit layak menyertai dan berpeluang menang hadiah Simpanan Vaganza! ini.

Apa hadiahnya Kak Red?

Untuk Simpanan Bonanza!  dan Simpanan X-Tra Bonanza! antara hadiahnya ialah Honda HR-V 1.8L V, Proton Iriz 1.3L Executive CVT, Motosikal SYM VTS 200, Samsung Galaxy Tab 4 7.0 LTE, Ipad Mini dan BMW 320i Sport Edition!!!

Dan untuk Simpanan Vaganza! hadiahnya pula, Motosikal Yamaha 135LC, Macbook Pro 13’ Retina Display, TV LED 40 inci dan iPad Mini.

Wow this is awesome! Dengan pelbagai keistimewaan yang Akak cerita atas tadi, ditambah pula dengan hadiah-hadiah hebat macam ni, takde alasan lagi kalo korang tak membuka akaun simpanan SSPN-i ni.

Tapi kena cepat sebab ade tempoh-tempoh tertentu untuk cabutan-cabutan hadiah tu. So jangan lepaskan peluang keemasan sebegini begitu sahaja. Untung dan nasib baik kita tak sapa yang tau 🙂

SSPN4 SSPN5 SSPN6

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, saluran-saluran rasmi PTPTN adalah seperti berikut:

a)    Portal rasmi PTPTN :  www.ptptn.gov.my

b)    Icare PTPTN : icare.ptptn.gov.my

c)    Hotline PTPTN : 03-2080 4455

d)    Facebook Rasmi PTPTN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN)

e)    Twitter Rasmi PTPTN : @twitptptn

Selamat menyimpan dan menang hendaknya 🙂

Comment: 8

Sebelum Kejadian 3 Rumah Terbuka Raya…

 So it was an impromptu memakan, jemputan kecil sahaja. Asalnya. Kemudian meleret dan merebak jadi the so called ‘raya open house’

Sebelum mukadimah cerita open house sampai 3 hari tu, let s check out behind the scene for those 3 days.

IMG_2250

 

Open house hari pertama, tak de gambar solo langsung, ada je gambar ni pun, mak encik merah blom bertukar uniform lagi, baru siap masak kemas segala. Lagipun the makan2 starts after  Zuhur, so after 2pm macam tu lah. Selection of frens pun tak ramai, namanya pun little memakan get together di hari raya, sesambil orang nak tengok the Red House (itu misi paling utama).

IMG_2400

Untuk open house hari raya kedua, ada masa banyak untuk posing solo. Aku siap masak sebelum jam 12pm coz ada a few nak datang jam 12pm tapi ya hampun bebudak ni, after 2pm gak baru sampai. Kelamkabut aku masak bagai, kes depa nak kejarkan pergi beraya tempat jauh dulu.

 

IMG_1960

The 2nd day of open house tu majorly for my school frends, sek rendah sek menengah.

Basically the first 2 days of open house, makan di meja, tapi masuk the 3rd one, kena buffet style coz the last one paling ramai guests dijemput, all in.

Tahun depan meja makan boleh tukar position tempat lain pulak hiksss

IMG_1967

Kan, punya banyak masa, masih lagi kenkawan aku tak dendatang…korang ni…tapi pastuh, tak cukup napas and bang! serentak sampai

IMG_1974

Anak2 aku sampai dah habis balik dari tuition pun sama hah, kitorg siap melepek tunggu kehadhiran tetamu….

 

IMG_3024

Ini bukanlah baju raya untuk sambut tetamu di open house hari ketiga, ini dah versi malam. Tiada gambar solo tak sempat langsung nak berposing coz by the time guests sampai depan rumah, aku ngah mencicit lari naik atas tukar baju. Hah kau, punya ler sebelum jam 12pm tu guest dah sampai untuk hari ketiga.  Ini caftan Dubai yang khas untuk pakai memalam, specially masa sedara mara datang, memang malam meant for sedara2 kami, siang untuk kenkawan, bloggers, kenkawan anak suami, colleagues etcs.

Kang sebelum hangpa kata Kak Red kata tak buat open house, memang ler tak buat, asalnya was makan2 little bit untuk teteman taulan rapat, jadi berganjak panjang and panjang invited lists nya. Tapi aku ada open to public, if any yang nak datang bolehlah PM akak bagi alamat. Nak aku invite semua mana ler nak ingat bagai, itupun i forgot to invite a few.

Sedih gak tak dapat invite coz terlupaaaaaaaaaaaaaaaa tapi come on, small matter. Ada banyak hari bulan taulan lagi, meh ler…ada je a few kawan2 aku redah gak rumah aku wpun dah takde raya open house. Insyallah kami sambut dengan spagetti goreng hahahaha…nak sentap je lah korang nih, hish. Kalau tak terjemput tu, maafkan je lah aku nih, i have over 5 thousands names in my contacts, tak ke pening terskip gak adakalanya kan.

Comment: 6

Putra Cyber…

IMG_2047

Ini Mak Anjang, my makcik. Yang merah. Yang hijau tu kekandaku, Anya. Mak Ajah ada sebelah aku, ngah longlai tidur. Puasa pun. Earlier tu abang kakak aku angkut pi Viva Mall jap, amik jam loceng (beli situ) tapi tak gak sesiap. As of entry aku up ni pun tak gak sesiap, bukan geti nak tepon. Hantu punya kedai jam. So pastuh kita ke sini, Putrajaya. Beraya. Tetiga askar aku angkut, apaknya takdak, pi kerja.

IMG_2054

The cousins

IMG_2070

Mak Engkau kuning

IMG_2072

IMG_2075

abang kot main hp aku buat panorama…nampaklah tu Mak Ajah tidur tuh

Kat jejiran rumah Mak Anjang aku nih, aku selit sekeping nota untuk one of my readers hiks… lama bebenau ko cuti balik Sarawak yek…naik kepam nota tu dah hahahaaa

IMG_0509

Depa pi main2 kat bawah, kakak hantar gambar si abang dok memanjat pokok. Ko kalau jatuh patah kaki ko, ko siap bang!

IMG_2127

Eh ni la tudung kakak yang aku try and error at the previous post.

Terima kasih atas pujian dan celaan hahahaaa

IMG_2130

Habis beraya 2 rumah, aku terus divert ke Cyberjaya, visit apaknya. For his early dinner. Zeeshan memang sooooooooooooooooo excited bila dari jauh nampak bapaknya

IMG_2135

hah berlarian mendapatkan bapaknya…

IMG_2142

Makan kami kat depan opis bapaknya. Roti canai di hari raya lagi….

Lepas Maghrib, terus aku bawak askar semua balik rumah, there u go our Raya di KL, inilah kemudiannya 3 kali cuti weekends kita tak kuor rumah pastuh, dok mengadap our own open house. Insyallah pasnih cerita tu ler kan, dan muka2 guests yang hadhir.

Happy Weekend kalian, i have few invites for Saturday but not Sunday yet. Ramai orang tak nak buat hari Ahad coz esoknya kerja hehehehe….tapi aku aritu buat gak ler Ahad. selamba kodok gak 🙂

Comment: 5

End of Melaka Raya…

IMG_1879

rumah pakcik…tapi yang dalam ni semuanya adik beradik anak2 buah aku je sume nih. kitorg kan kapal besau

IMG_1919

cubaan untuk amik gambar berlima dengan bahagianya

IMG_1939

tapi yang kecik takde mood, dia asyiklah menyorok di balik pungkuq bapaknya

IMG_1946

kitorg menyorok coz nak tarik Zeeshan yang di belakang bapaknya tu hahaaa

IMG_1950

tak gak berjaya2, susah betul ler anak kecik aku ni. Mood dia kalau tak nak, means tak nak ler

IMG_1956

tapi bila kita pujuk amik gambar jump, boleh pulak dia nak, tapi dalam bebanyak satu ni je lah yang jadinya kan

IMG_1961

Assalamualaikum, Al Fatihah

IMG_1967

bila dah beramai2, mak abah kadang2 ikut tukar2 nak naik keter anak yang reramai nih, melepek mak ajah tidur. Hah jubah itam putih yang kakak pakai atas2 tu, adiah dari Mak Ajah bawak dari Mekah

IMG_1883

Ini kat Klebang!

IMG_1972

tudung anak daraku kakak…

my sister, SIL semua dok suh aku try sarung, sesuai idak

IMG_1977

aku tak rasa sesuai, mungkin kena carik yang patern lain kot bila dah nak pakai. bila laaaaaaaaaaaaaaa agaknya heh kan. Ni dok kemas bag si kakak, diorg abang kakak kan asing rumah homestay dari makpaknya tu yang aku agak dah mesti kedaung je depa punya luggage.

IMG_1981

Zeeshan masih mentidur…that s my youngest brother, Alhamdulillah, alim dah dia skang ni

IMG_1888

meanwhile anak2 buah dan anak2 aku pi mandi laut, dapat le sejam…pantang jumpa laut le depa nih

IMG_2010

mak encik ngan kain baju nun dari Jakarta

IMG_2013

one on one session bapak and anak

IMG_2034

ni gambar dari camera anak buah aku, huk aloh nampak benau ler pakai filter hoiii

IMG_2029

sebelum balik KL, kami singgah makan dulu lapik perut di Melaka jugak. 2 jam kemudian, selamat sampai rumah memasing. Ada yang stayed ada yang terus balik la. Esoknya pun laki aku dah mula kerja, tapi aku tak kerja lagi, aku sambung lagi raya ngan adik badik lain.

Dah nak habis Syawal, baru habis cerita Raya Melaka, nun kemudian raya di KL, pastu for my 3 open houses. Soon soon, aku nak gak cepat habis heh…

Hah sapa buat raya open house this weekend? Akak dah boleh jalan raya dah…jejemput ler.

Comment: 10