Furniture shops…

IMG_6917

Esoknya, selepas cerita segala viva ikea maknek sumer tuh. Aku pulak keluar sorang2. Coz laki aku sibuk dengan askar dia semua (except bibik je dok umah) kemas kekotak kat Red house. Bertrip2 depa angkat barang, so aku tak leh kacau depa, depa pun tak leh kacau aku, aku kena pi carik barang sendiri.  Yang ni takper, asal jangan laki aku pi beli sendiri tanpa aku, hah tu parah.

Coz dia memang tau taste aku camner, banyak songeh. Jadi serupa gak kalau aku pergi sesorang. So kita kena subcon subcon lah.  Ko handle sana, aku handle sini.

IMG_6918

aku suka pergi satu kedai perabot nih, kat somewhere lah hahahha, tak suka sebut tempat. So aku dah tempah memacam ler kat 2,3 shops situ. Jadi aku datang balik coz aku nak tengok barang lain pulak. Lagipun depa nak start mula hantar barang kat rumah kami pun bila aku dah bagi green light, sekarang ni semua tengah dalam process buat lagi by these shops ler kan.

Tak boleh ler depa hantar sekarang coz rumah aku tak siap lagi hoi. Cabinets tengah pasang merata tuh.

IMG_6925

Kat kedai ni jer, aku spent for 3 hours! sampaikan sesak dada aku coz ekon kuat benar kedai nih, aku memang dah 4 weeks tak sihat, batuk kong2, masa ni 4 weeks lah, minggu ke lima baru baik! tu pun selepas 3 kali jumpa doctor, kali ketiga doctor insist aku amik MC coz aku kena amik ubat yang need me to lie down tidur rehat lama sangat.

IMG_6955

Jadi sebab datang solo, apek yang amikkan gambar ni pun macam kesian je tengok aku selfie.

eh tak, aku tak amik sofa putih ni, gila hapa putih. Our sofa kena customized coz dek panjang pendek depan tv tu ler. Tu yang hak depan tv le kan, main hall / dining, semua lom pikir lagi hehehee

IMG_6966

my Edvin guy. esok lusa kan dia tepon aku cakap A stuff yang aku nak (dah aku dah bayar pulak tuh) takde kaler merah. For 3 days dia tolong aku carik kaler merah yang heharap aku berkenan, pun tak jalan gak. Last2 dia terpaksa ‘belanja’ aku yang mahal punya stuff, and rugi a bit coz barulah aku setuju. Tu ler, masa aku tanya ada merah ke tak ada merah, kompiden kata ado. Sekali kilang kata, no red for that ‘thing’.

But dia ni baguslah, memang the best!

Aku kena datang balik kedai dia nih, nak kena carik barang lain plak.

IMG_0939

Belanja sikit gambar rumah baru. Tapi merah painted belakang tu, dah tukar.  Aku dah tukar cat kaler lain, padahal merah tu aku gak yang pilih hiks. Tiles ni asalnya rumah ni kaler lain, like I said, kita pecahkan rumah ni, kita cabut tiles, ganti roof, pecah dalam, habis semuanya kita cabut, and rebuild.   U imagine sebuah rumah yang habis semua kita ‘ranapkan’ and ‘ganti baru’ ikut selerea kita.

Jadi proses rumah kami ni, dari pilih tiles, pilih cat, pilih WC (toilets), suis lampu, kipas dan semua little tiny things, memang semuanya kita mulakan dari zero. Tu pasal it took us like almost a year.  Officially pun rumah ni mula pecah dalam was Sept/Oct last year.

Tang cat purple tu, hah tu tv area 🙂 .

Budak kecik ni dah tumpahkan air, bapaknya suh kasi lap, tau lah pulak tu amik mop lapkan.  Berpeluh2 depa buat kejer kat sini. Petangnya aku sambung lagi kat furniture shop lain, sambung jumpa RD kat sana pulak, Pastu jumpa contractors. Huh list goes on…

Comment: 8

Ni 3 locations plak…

IMG_6745

The other week, dah aku cakap setiap weekends memang kitorg keluar kan, cari barang. So contractor nak sinki. coz cabinets (not just kitchen cabinets, but for whole house’s cabinets) dah nak mula stagenya. Jadi kena ler carik sinki and taps nya kan.

Dah tetengok ler, but tak serious pun mencarik.

IMG_6754

Kita pergi kat Jalan Ipoh. Aku actually nak left one tap gini, right pulak tap gini, tapi kena beli asing ler, then cabut main tap, dah kerugian bagai. So laki aku cakap pakailah dulu ni, kasi jahanam sok sok kita ganti yang cam tekak aku nak tu ler.

 

IMG_6758

RD yang pilih sinks nih, aku macam, bapak le besauuuuuuuuuuuunya. kang tak sama match ngan tingkap. Dia pun bukak le ukuran, hallo, kecik ye, tingkap lagi panjang. Omeng, ok ler. Zeeshan pun boleh mandi dalam ni. LOL.

IMG_6760

Hook mana ko hook, ada je yang tak complete

IMG_6765

Kasi bungkus terus. Ada promo, aku rasa for banyak2 kedai yang kita cari, berbulan2, promo ni ler yang paling menarik. Habis jer kita bayau, terus depa cabut the promotion banner kat kedai tuh, rupanya ni memang last stock, rezeki. Kalau nak dapat hok macam nih, ada yang cecah ribuan gak, tengok brand le bagai jugakkan.  So hal sinks, settled.

IMG_6770

Rehat jap, laki den nak pekena roti canai luh…

Dulu pun kita datang sini gak beli apa tah, oh ye sinki merah aku, tapi kat kedai hujunggggg sekali.

IMG_6782

Menjingkit2 nak tengok meja merah nih. Langsung ke IKEA selepasnya.

IMG_6790

lawa merahnya, tapi bukan ler datang sini nak cari perabot, but ada benda kat IKEA ni yang kita nak gunapakai gak.

IMG_6795

aku paling suka tengok bebenda merah, tak kira le kat IKEA or memana furniture shops.

IMG_6802

Gobok merah pun lawa….

IMG_6804

Kerusi merah pun cun, tapi tu ler kosi IKEA ni kalau macam nih, sekejap je dah goal. Kita pernah beli and pakai, tak berapa bagus le productnya. Matik ler kan mementang tak buat ads IKEA hiks…

IMG_6805

Merah lagi…

IMG_6808

Masa ni ler anak2 tepon, nak tu nak nih, see, dah ke hujung pun trolley kitorang kosong jer…takde beli apa sangatpun kat sini

IMG_6810

kerusi merah ni, saje aku try, padahal oh yeh, kita ada amik satu meja merah kat sini. Last stock gak, takde kat display, ada uncle IKEA tu tolong check dalam system. Memang rezeki ler. So hah tu le sesatunya benda merah IKEA yang akan ko jumpa kat Red’s house nanti. hahahaaaa

IMG_6814

cermin ni pulak, laki aku ukur nak tengok sama tak ngan our measurement. failed. tak yah amik

IMG_6821

hah tangga ni kita beli, the 3 steps but kita amik yang black.. Tapi pastuh, esoknya, aku ada nampak kat kedai furniture lain, lagi cheaper than this.

IMG_6824

no red, no need

IMG_6828

cermin panjang anak2 aku semua settled! thanks abang contractor

IMG_6844

hah nih aku amik. lapik kaki untuk kitchen. Gila ler ko tak amik, merah tuh!

IMG_6852

ngukur lagi, tak gak samanya

IMG_6859

drawer merah ni cantik, but kita tak amik gak.

IMG_6871

Lepas tu, kita sambung ke VIVA pulak

IMG_6872

Kedai ni kan, cantik, tapi tu ler, harga dia very the unreasonable ler. Walaupun dah 30% off

IMG_6878

melopong hakak merah dengau harganya

i m looking some stuff for my daughter

IMG_6884

kedai cermin ni ok, harganya tak membunuh

IMG_0924

we might need this bed’s partition one day, skang tak perlu. Bilik aku leh main bowling kot hahahaa

IMG_6890

end up kat VIVA ini yang kita beli. Bakul merah tuh, ada roda. Aku nak buat letak kain baju kotor kat atas. Ada satu lagi size tinggi, takde merah. So memang kirim salam ler. No merah no gain.

IMG_6907

Tapi dalam tak beli apa, padat gak kereta arituh. Siap laki aku flatkan dedua seats belakang, untuk isi bembarang dari Jalan Ipoh, IKEA dan VIVA.

Tapi tak larat le malam tu gak nak hantar ke Red’s house, tu kerja bapak ngan abang and Zeeshan ler esoknya buat. Budak kecik tu pun tolong sama, tapi harap rajin sekejap jer ler, lepas tu dia buat sesepah cam biasa.  Tapi kan, tak yah ler harap2 nak aku tunjuk sangat isi Red house nih, ramai mintak. Paip and tiles merah je aku rajin tunjuk hahahaha…

Oh sinki merah dah tengokkan? hiks….

 

Comment: 4

McDonald’s new Happy Meal Book Programme!

.

IMG_7298

 

Rasanya dah lama tak pergi singgah McDonald’s ni. Eh chop, hari tu ada lepak makan breakfast dia kat KLIA sebelum terbang ke Jakarta. Tapi both me and hubby jer la. Cuma kids jer lama tak bawak depa pergi McD.

Bila sebut McD, for sure korang ingat McDonald’s hanyalah restoran fast food semata-mata kan? Well technically yes, but the most important part, apart from menjadi makanan kegemaran anak-anak kita, they brings happiness to our kids 🙂 with their big smiley Happy Meal set. Bila kids happy, kita lagi lah bertambah-tambah gembira. Itu yang kita mahukan, as long as kita moderate, not too much, not too less gitu.

IMG_7187

Personally for me, as long as we are all together, I treat as family activity. Banyak benda boleh kita buat bersama-sama dengan anak-anak sambil-sambil makan McD. Normally me as mak biasalah just ask and borak-borak with them about school, their friend dan macam-macam. Tapi RD suka main mind games or IQ tests even berteka-teki 🙂

IMG_7230

And kalau diorang ada new story books, they’ll baca buku sambil me and RD kejar Zeeshan yang berlari-lari pusing di McD‘s playground hiks. For me, this quality time is actually really important and significantly bring more positive vibes to our family values.

IMG_7214

 

So recently McDonald’s baru sahaja memperkenalkan programme terbaru mereka iaitu Happy Meal Book Programme and I’m sure this programme will bring more happiness to kids specifically and to us the whole family generally. So it’s time to bring the kiddos there 🙂

Apa Happy Meal Book Programme ni Kak Red?

McDonald’s memperkenalkan Happy Meal Book Programme ini sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan aktiviti kekeluargaan dan menjadikan membaca sebagai kegiatan yang menggembira dan menceriakan. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkukuhkan unit kekeluargaan dengan melibatkan anak-anak kita dalam pembacaan yang menyeronokkan. Bila sesuatu aktiviti itu menyeronokkan, anak-anak kita dah tentu tak jemu nak buat. Tak gitu? Especially tabiat membaca yang agak susah untuk dipupuk pada anak-anak zaman gadjet ni. Akak memang setuju sangat dengan langkah baik ini!

IMG_7266

Selain itu juga McDonald’s akan mengadakan beberapa aktivti-aktiviti menarik di restoran-restoran mereka yang terpilih seperti peraduan story-telling, Book Time bersama Ronald McDonald dan berjumpa sendiri dengan aspiring local authors.

IMG_7295

On top of that, Happy Meal Book Programme will features buku cerita dari siri Watch Me Grow by renowned publisher – DK Publishing

IMG_7208

 

Bukan itu sahaja, restoran mereka juga akan dihiasi dengan tema yang sekaligus mewujudkan persekitaran yang simulative untuk keluarga kita. Bertemakan dunia bawah air, anak-anak kita dan kita sebagai ibu bapa akan berpeluang menjamu selera dengan lebih menyeronok dan menceriakan 🙂

Tambahan itu, McDonald’s juga akan menderma sehingga 10,000 buku Happy Meal kepada pelbagai rumah anak yatim dan pertubuhan amal untuk memastikan bahawa bahan bacaan sampai kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. McDonald’s berharap sumbangan ini boleh membantu untuk merangsang anak-anak untuk mula membaca seawal yang mungkin. Sumbangan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kepada penerima terpilih di seluruh negara. Bagus sungguh usaha McDonald’s ni. Akak memang sokong langkah murni macam ini!

IMG_7245

So now kita ada new aktiviti untuk weekend ni, to participate dalam Happy Meal Book Programme 🙂 Korang pun boleh join sama, just remember the list of participating restaurants for the weekend activities as per below:

No.

Venue

Date and Time

1

Kota Damansara

9 May – 10:30am

2

Jalan Gopeng, Perak

9 May – 10:30am

3

Greenlane, Penang

10 May – 10:30am

4

Titiwangsa

10 May – 10:30am

5

Batu Caves

10 May – 3:30pm

6

Bukit Indah, JB

15 May – 4:00pm

7

Mutiara Rini, JB

16 May – 10:30am

8

Kota Laksamana, Melaka

17 May – 10:30am

9

Klang Sentral

17 May – 10:30am

10

Kota Emerald

17 May – 3:30pm

11

Kota Damansara

23 May – 11:00am

IMG_7182

 

Untuk info lanjut jangan lupa LIKE McDonald’s Malaysia Facebook atau layari website McDonald’s

Comment: 12

4 locations, 2 outfits…

IMG_6599

seri muka ni make up dalam kereta. Most of the time pun aku make up dalam kereta jer, melainkan kalau keluar waktu malam, hah yang tu ye aku make up dari rumah. Cincai2 jer make up pun. Sebab utamanya make up lam kereta kalau kat rumah nak kiss anak2, so tak perlu ler beria make up. Dah dok dalam kereta (either solo or berdriver, tetap gak aku make up lam kereta),  termasuklah pergi kerja. Hantar Zeeshan pepagi muka aku kosong jer, dah dalam jem, or sampai parking baru touch up.

IMG_6604

Wedding kali ni kat hemm..Bangunan RISDA. our first time gak datang sini.

IMG_6611

wedding adik temanku. Ini kakaknya. In return kerna masa wedding adik aku, si kakak hadhir, so aku membalas jemputan jugaklah.

malas nak bawak anak2, depa pun malas nak ikut, dah 2 hari berjalan kulu kilir so depa nak relaks kat rumah

IMG_6612

IMG_6614

IMG_6616

IMG_6620

nak gak tunjuk kain batik Jakarta, kaler hijau plak kali nih.

baju nih, baju lama, taun lepas punya, aku ada lagi 2 warna lain.

lepas tuh benti tepi jalan, buat photoshoot…dan bertukaran baju.

IMG_6667

Takkan ler nak berkain bagai, malas ler haku kan. Tshirt laki aku pun aku suh tukar, asalnya dia pun pakai baju batik merah.

IMG_6670

tak hehabis carik barang rumah.

IMG_6684

Setiap weekend kami memang sentiasa penuh memanjang jer lah.

IMG_0894

dan petangnya, turn bebudak pergi potong rambut. Macam ko geti je baca komik book tu kan.

IMG_0899

Mr Zeeshan, lama dia tak keluar blog kan. Bebalik cerita maknya jer. Dia ok jer, sekolah happy, hehari rajin pergi sekolah, Baru  ni sambut teacher’s day. Sebelum tu dia bawak kad dari sekolahnya for Mother’s day.  Kitorang bulan nih, memang bulan untuk pindah. Rumah aku penuh dengan segala mala kotak ler.

Hari2 buat packing. Yang buang lain, yang sayang pun banyak, yang tinggal pun pening hah.

Nak tolong?

Demi tak nak bagi korang pening, aku dah tukar tag TM’s house to Red house. Coz seriously, our new house, is sooooooooooooooooooooo RED 🙂

Comment: 9

The IOI again…

IMG_6508

lepas aqiqah aritu, dah dekat le sangatkan nak ke IOI City Mall, anak2 aku yang 2 orang tu bila dengau nak ke sana, diorang pun ya syukur alahai. dapat le jugak main lagi skate.but seperti perjanjian asal, once a while makpak boleh bayarkan the skate, but korang kena kumpul gak duit sendiri.

So depa memang manjang le kumpul duit, aritu punya cuti sekolah patut pergi skate, tapi coz depa buat kes ‘telur tembakul’ so semua kena grounded.

Jadi untuk hari ini, depa pakai duit depa sendiri. Socks ke gloves semua memang siap bawak sendiri dah, bayar duit entrance jer. Jadi kita tinggalkan dedua berjimba kat skatelah.

 

IMG_0878

yet kami bertiga pulak, pusing mall. Tapi kan, Zeeshan dah waktu nap tau. dia dah ngantuk sangat. but ada boss besar sorang nih, ngan kompidennya sebelum keluar noon tu aku dah tanya, pram ada tak inside my car. coz last time aku check, aku transferkan pram Zeeshan dalam kereta RD. Dia dok manjang je ada ada.

Dan apabile di IOI, nan hadonya pram!!

So hamik, kenalah kau berdukung anak kecik kau kan.

IMG_6515IMG_6513

Jadi nak shopping pun lemah semangat coz Zeeshan dah merengek, tak pun dia nak berkendong je lah kan, letihlah bapaknya. Aku leh dokong sekejap jer ler, ai wanita yang lemah. Katanya kau kan.

So aku kena pergi kat kedai yang ada tempat duduk ler untuk si bapak anak santai sikit.

Kat dalam nih, ada kerusi luas sikitkan. So jadilah untuk depa but tu lah aku tak membeli pun. Sesambil dia rehat tu pun dia dok pusing dalam kedai. Lotih kejar.

IMG_6523

Kat food court IOI nih, aku bagi dia main rambut aku. Ada vid dia jadi hair stylist. Buatlah apa saja nak oi, asal ko puas hati and duduk diam. Kalau tidak kang dia nak pusing berjalan merata, aku tak larat le nak kejar. Apaknya masa ni tengah beli air. Lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr nak tunggu airnya sampai, rupanya sebesau2 food court tu, satu je kedai jual airnya pun.

Jadi adalah dengan ini, secara rasminya pasnih, kena ban food court IOI City Mall, keji betul satu je kedai air dalam food court tuh, berpusing orang menunggu beratur airnya. Sebabkan nak dptkan air jer lama, jadi takde ler kita beli food. Aku laki bini pun mmg tak nak makan yet, dah kenyang dari rumah kenduri Liza. Tapi kesianlah kat Zeeshan, dia dok mintak fries.

 

IMG_6540

air yang dibeli tu, termasuk ler jugak air panas, nak buat susu mar. Toilet depa takde for baby ler, tak de pulak aku jumpa baby’s room siap  ngan air panas segala. Mungkin kat wing lain or tingkat lain but selama aku datang sini, tak pernah nampak pun. Dok ler kita kat food court nih , tunggu dia minum susu, belai2 sikit, memoga tidur ler.

Mana boleh gak tidurnya, takde pram nya kan.

Masa ni ler ada lalu train bebudak. Train yang pepusing dalam mall tu lah.

So kita pergi ke sana pulak.

IMG_6552

while bapaknya beratur untuk train

IMG_6545

aku tengokkan dia ni main kete ni hah. Punya nangis2 nak jugak naik keter nih. Dah sokmo sangat naiknya pun kat Car Viva, so ingatkan dia muak ler, tapi tak de ler dia nak kenal erti bosan. Mengantuk pun dah hilang ke mana, dek penangan keter ni hah. Naik ler dia, katanya 5min tapi aku rasa macam depa pun tak sampai hati nak bentikan in 5 min kot. Ada lebih 7min ke 10min gak depa pusing main nih.

dah abis main ni pun, apaknya tak gak abis beratur for train. So aku turun bawah dulu, tengok Abang Kakak, pekabau le depa. Check depa punya solat bagai, and depa janji untuk habis main selepas Maghrib.

IMG_0888

by the time aku naik just about time untuk train tour. Aku ngan Zeeshan je naik, bapaknya pulak rotate pergi tengok Abang kakak.

 

IMG_6557

kita berkongsi naik ngan 2 orang anak2 remaja, about my son’s age. Senyap jer 2 beradik tu, kena paksa kot ngan makpak naik ni hahahhaaa

Zeeshan suka2 ler dia dalam nih. Bila dah duduk ngan anak umur 3 taun lebih nih, umur kita pun kena macam depa,  pikiran pun kena macam depa, so kalau nampak truck tu, aku pun kena menganga lopong sama. kahkahkah!

IMG_6562

Nak mengabiskan masa lagi, pergi balik HomePro.

IMG_6566

demi kita duduk letakkan dia dalam bakul tu coz bapaknya tak larat nak dokong. Woi dalam ni tak boleh buat main, kang dia punya berlari, ada gak yang bersepai.

IMG_6569

brand ni Tong Yan kan? hah, beli beli. Aku pakai brand nih, dah 4 tahun lebihlah. Masa tu aku ngah sarat mengandung Zeeshan, sehari aku duduk dalam bilik, tak gak sesiap depa pasang nih, DIY dek laki aku ngan kawannya. Aku punya yg half tuh, tak amik yang long one nih coz dulu mana ada space. Jadi kita minum air bersih, dah filtered lah.

Pindah rumah baru pun, kita bawak sama gak si Tong Yan nih. I think the price selling here lam RM1k, about thatlah. Highly recommended!!!

IMG_6576

siniki ni, cantik. tapi kalau crack, ko tak nampak cracknya, tetiba je leaking je bawah. Bak kata contractor ai hahahaha…

IMG_6592

habis dinner, kita terus balik ler. Dah seharian keluar hoi!

IMG_6594

End up kan, berejam2 kat sini, beli satu barang jer. Yang kat HomePro tuh. Itupun untuk sangkut kat bilik maid aku yang sekarang nih, dah 80 kali roboh ampaian bilik dia (for ironing kain baju aku). So kali ni, kita pajak terus kat wall, biar tak jatuh. One more thing aku perasankan, bench dah banyak le ada sikit.  Cuma perlu tambah lagi dan lagi. Specially kat skaters area tuh. Banyak lagi ruang kosong, tepi2 pillars pun boleh letak lagi kerusi yek.

Next visit kita, harus bawak le pram tuh. Kadang2 kalau ada abang kakak pun, dia tak nak bg depa dokong. Dia nak makpaknya yang dokong. Tu lah kuasanya budak kecik nih, untuk ko jer 4 orang kena mengalah tau dik.

Apapun trip arini memang terkesanlah coz takde stroller. Penat tu berdukung satu IOI CityMall nih, dari hujung ke pangkal. Adakalanya jer dia nak turun berjalan, tapi banyak berlari, berkejaran tu yang letih gak.

Comment: 5