Bersama Mak Merah…

salam kak red. semoga gembira dan berbahgia selalu disamping keluarga tersayang.

saya ada masalah nak minta pandangan readers kak red.pada saya masalah nie besar mungkin x pada yg lain.

saya dah kahwin hampir 7 tahun n saya baru dapat anak x lah baru dalam setahun 4 bulan yg lepas. mslahnyer saya telah tersangat tawar hati untuk bersalin lagi. tapi tidak pada suami saya. pada saya, saya ingin tumpukan sepenuh perhatian pada anak saya. setelah lama menunggu kan. rindu kehadiran dia tue x hilang lagi.

saya tak tau boleh bahagikan kasih sayang saya dengan anak yg lain ke tidak. ada satu kejadian masa saya bersalin yg membuatkan saya sangat tawar hati. ceritanya begini. saya admitt pada hari ahad n hari selasa jam 1 petang saya dihantar ke labor room. dan saya dibiarkan keseorangan menanggung kesakitan sehingga pukul 3 pagi hari rabu. kira2 14 jam saya menanggung kesakitan. hanya beberapa minit sahaja dr. dan nurse datang tengok saya. mana suami saya? dia kerja!!!! dengan alasan x sanggup nak tengok darah.

dia langsung x berniat nak menemani saya bersalin. saya sangat2 terluka dan memendam perasaan. saya cuba memujuk dia sebelum tue tapi apa yg saya dapat tengkingan dari dia. bayangkan hati kita yg tengah preknen di tengking.

selepas itu saya seperti menyimpan dendam pada dia dan saya katakan pada diri saya saya x kan bersalin lagi selagi dia suami saya. apa yg perlu saya buat. berdosa ker saya menyimpan dendam dan hasrat macam tue.

saya bukan x nak bersalin tapi bila teringat kejadian tue saya jadi trauma.

tolong ya readers semua.

Nur

Comment: 26

Semalam di in law’s house…

hari sabtu arituh, saya sangat kelam kabut menyiapkan entries Anugerah Skrin yang banyak gilos gambo, till sun nite nya entries. bayangkan lah….sbb saya perlu pulang ke rumah ibu mertua saya dan tidur semalam di sana. kami kan ada wedding light2 kecilan untuk kakak sirman.

di sebelah ku itulah ibunda sirman, lelain tuh ipar biras duaiku lah. sirman ada 9 orang beradik, 7 menantu, 2 youngest brothers lom kawin. ehem ehem 🙂

sesampai je di umah nenek, the 2 kids nih berkempet lah dok ngan sepupu sepapat memasing.

n yang bapak2mak2 budak lak memulakan kerja rewang sikit2 utk kenduri di ari ahad.

dari luor masuk ke dapur…by midnite baru siap…

saya wanita merah yang diva tetapi di umah mertua saya adalah menantu cam korang gak lah, nan ado divanya

3 ladies tuh are my biras, sorang lagi akak ipar saya, kami ni kalo jumpa x udah bergosippppppppppppppp, dari dapur ke luor ke umah ke dapur semula manjangggg bergosip. cite artist lah paling banyak kami anyamkan.

sambil bergosip memasing pun nak tunjuk laram barang kemas baru kay…ai redha je lah posting this in my red blog. yes my ipar biras sume baca my red blog mar…

kami berempat anak beranak tidur depan tv, lelain sume dah amik port memasing, tapi aku tidur tak lena bila ada lagi group ipar2 aku nih yang x udah2 lagi berborak itu ini till 3,4 pagik.

ahad tu aku tingtong…

Comment: 25

Not Candid…

pagi jemaat, abang pun dah pi sekolah aku ngah sibuk bersiap ni lah dia suh senyum pandang camera, lama lak tuh nak tunggu snapnya…

gegirl kan suka mengemas, so ni lah kemasan yang x kemas langsung dilangsaikannya tiap kali dia dok meja make up mak nyer…

her hobby lah, sambil2 dia main nih dia mengomel menyanyi ….

Comment: 22

Red Wedding Card…

ini kad kahwin saya dan sirman dulu…

kisahnya kan…kami suh print merah. merahhhhhhhhhh! kat pudu tu gak lah so kan, dia print 1000 keping tapi korang tu apek tu print in kaler apa?

kaler ijauuuuuuuuuu!

merah ngan ijau dia boleh salah print?

so apek tu kenalah re print balik kaler merah…dah tentu salah dia kan. so aku ada 2 ribu kad kawin kaler merah dan ijau hokey. ijau tu foc lah dia bagi dah dia salah print.

dahlah kad merah ngan ijau tuh, dedua invite dari aku and sirman pun ada so bayangkan, dulu budak opis aku leh dapat sorang satu x main share2 per division ater dah banyak nau kad nye kan.

eh eh, saya benarnya nak citer, kad kawin ni kami keluarkan coz sirman malas nak lukis peta so dia buat kopi potostat map ke umah ibundanya untuk majlis kawin kakak ipar ku.

eh ai x jemput u all kan?

xyah jemput x pelah yer, bukan majlis family saya mar, family sirman…akak ipar x buat grand2 just makan2 untuk kawan2nya and close family members jerr, x de sanding ke bagai.

ai makankan utk u all lah yer …

Comment: 25

Anugerah Skrin – Behind the Scene…

morning of friday, after sending abang to skul, sirman balik amik aku ngan gegirl pulak…sent gegirl straight pi kindy…

sirman was then sent me work, pasal kekdahnya for ASkrin takkan nak bawak sekali 2 keter kan…so kenalah dia anto amik aku on last friday.

after doing my hair at DNT saloon, my 2 girls in the office dok telek belek my hair

suka tol depa ngan my new hair tuh, bukan permanent pun..so kalo korang nak buat rambut bolehlah tiru rambut gaya mak merah nya style nih. memang puas hati senang x de roboh x rimas, kalo ikut aku sanggul abih jer x yah pikir nak ikat ke bagai kan..sodap dan senang dijaga

after office hour, ai did my quick make up at Clinique klcc, fully sponsored by Clinique.

sirman came to fetch me…

huhuu…dah siap tadah muka. actually ai will post a new entry on the makeover with clinique nih yeah..later2 kay..

sirman pun dah siap tapau mcd, bought at klcc gak for our quick early dinner, kebuluq kang lam dewan sapo nak bagi makan?

so we makan lam keter, parking PWTC…sangat2 multi woooooooo…aku makan nuggets pasal senang nak ngappppppp!

sirman’s Guess jacket is from Houston US,  when he was there last year, red stripe shirt from bangkok and his levi’s dah tentulah dari Levi’s kan, foc.

ai mingled around wt tv3’s crew yang aku kenal, sirman the black jacket on top of this photo sibuk buat keje snapping dia. ai went into the hall without him, dok sorang2 sambil borak light2 wt rudy and joe kk yang dok belakang aku

5min show mula barulah cik abang ai manjat kerusi geti nak duduk, itupun in between jap2 dia ilang jap2 ke mana perginya…sib baik lah ai have access to my on world – redmummy.com lah kan

susah gila nak bergambo ngan pakcik nih, he s sooooooooo bz!

n went back home bila battery kamera beso tu dah abih, adalah back up camera lain kekecik tp aku pulak yang dah penat. we fetched the kids yang dah ketiduran nunggu makpak nya balik, angkut depa sorang satu ngan bag segala bagai…

so memula sirman bukakkan rambutku.. ni pun dah kol 1 pagi yer masa nih. sepit2 bunga pintal kelopak kenalah dibuka semula

make up ku pun dah mula meluruh, tp tang mata tu mmg bagus seii…

koooo! muka cam tepong gomak!

oh saya sudah cuci muka saya licin2 dengan Clinique, dan mengadap 2 packs maggi tomyam share2 with sirman…lapooooooooo!! ha ko masa ni baru tau lapo. malas nak pi kedai beli tapau bagai, makan maggi ngan teh o lipton pun sodap!

ai finished auto publish entries at 4am!

nuffnang, what s my next job?

tv3, astro or any medias n my bloggers buddies…ada job for me, calling2 ek…

Comment: 21