Oct 7 2015 Wednesday, 10:00 am
New baby dah!
basuh baju2 ngan tangan, itu pun keje aku gak. Ramai tanya camne Kak Red boleh lagi buat semua kerja, ler…motipnya nak ngan tak nak jer lah. Macam ni, alahai sikit punya aku jaga le baju putih laki aku ni, tapi tercalit jugak dengan kain baju merah aku. Basuh asing2 pun, but masa dia bersidaian sebelah dengan baju merah aku (yang also baru lepas aku basuh tangan), terpalit stainnya.
Aku pakai vanish yang serbuk, tak nak hilang. Pakai clorox tak hilang. nak suh baling buang baru hilang kau gamaknya!
Lepas tu Mak Ajah datang hantar berbag2 barang dapur huwaaaaaaaaaaaaa….My Mom memang masak kat rumah aku, RD and I supplied everything. Apa yang mak aku masak tu, not just for my house, but for my other family members yang kat rumah mak aku tu, so ramai le kan adik badik anak2 buah lagi. Sampaikan penuh dedua freezer dengan banyaknya bahannya lahai. Nasib baiklah gomen bagi cuti 2 hari kat bebudak sekolah, so anak2 apa lagi, sila tolong nenek korang!
Anyway selama kat 15 tahun kawin nih bukannya selama 15 taun pun aku ada maid, the first 7-8 years kita takde gak maid. ada yang datang kejap2 je pun ke rumah so memang semua dari urat kudrat aku gak lah.
lipat baju? sinonim dah ngan aku and kakak. weekdays kadang2 kami bergilir dua buat, tengoklah sapa yang paling senang dulu hahahah. Iron baju, hah tu aku buat. Tapi ada gak anak2 buat. Aritu depa sehari kuor, aku le yang iron, dari 430pm kot sampai 930malam, but in between ada ler berenti banyak kali,siapkan dinner ler solat le layan buku story Zeeshan ler. Memacam ler. Kalau straight 5 jam, patah le pinggang hoh. Itupun dah sakit2 gak badan belakang haku.
we are talking bout 50pcs of iron baju tau, yang depa balik dari Kemboja Vietnam tu, kan bertenggek kain baju nak kena iron. Hakak le kena buat.
Masa tu belum beli magic iron.
Sekarang, 2 hari lepas, magic iron aku dah sampai muahahhaaa. Philips GC8616/30 PerfectCare Aqua Pressurised Steam Generator Iron.
Aku beli direct dri London terus, kat sini 1k++ kan? hah…demi nak menyenangkan hidup, invest mahal ler kat iron. Kalau ada maid, janganle beli iron memahal hoi, jahanam jadinya. So in total ada sampai 4 ketul iron dah rumah aku tuh, but satu tu free adiah. Jadi dengan ini, sorang satu bilik boleh letak iron hiks….
tapi kita tak iron hehari, aku buat weekend je pung. Aku dah tried pakai, memang best. So beliler yek, kat Amway nya dealer or sesapa pun ramai jual, kedai pun ado. tapi aku beli murah sket le bayau direct dr London nun.
Lepas tu kan tambah sepasang lagi baju sek depa. so nak kena menjahit pulak lencana kakak nih. Cek set menjahit, satu benang putih pun takde, pergi le beli. Eh benang set nih kan, last aku beli bertahun2 dulu tau, aku rasa dia punya each rolls of benang tu tebal jer, tapi skang adoimai, nipisnya lahai rollingnya. Gigil2 menjahit, janji lekat. kalau setakat iron lencana tu kang kalau basuh, tanggal gak, jadi jahit adalah wajar.
Philips Avent audio baby monitor ni , dari zaman Zeeshan baby lagi. 1 set. Skang sejak dok Red House ni, the base unitnya tu aku letak kat bawah, in between tv area and kitchen. Yang parent setnya (untuk bercakap tu) aku letak kat bilik aku ler. Agak2 ko tak nak keluarkan suara 7 petala kau, ko cakap le pakai ‘parent walkie talkie tu’ hah kang askar2 kat bawah dengar ler. Agak2 aku tengok depa culas dari atas (via cctv), aku roger ler dari situ gak, hah bertempiaran le semua kang.. so kalau hangpa ada ni, jangan le buang bagi orang pulak, simpan, nanti sok sok leh utilise like i did hah.
Dinosaurs tu Zeeshan punya. Skang dia addicted ngan dinasours kan, so tidur pun kena ada si hijau tu. Kalau dia dah start bukak buku dinasours dia, ko kena tinggalkan semua benda and ngadap ler buku tu sama ngan dia, borak sesama, TRex dan semua sedaramaranya yek.
New baby tajuk entry ni coz my latest edition of baby is the Philips Iron tu hahahahaa…. takde maid, kita invest memahal le kat barang2 rumah kan, kalau ada maid, pakai cap ayam pun cukup, depa menjahanamkan barang ko je kejenya.
RM Recent Comments