My good son…

actually, i took 3 days annual leave 🙂

so for 2 days in a row aku ke ttdi anto abang for his tuition. this time we took our bfast at the puteri’s restaurant…pagi2 aku dah makan nasi putih coz the last pot of nasi lemak abih yilek. esok sirman lah pulak yang nganto, penat lah rasa aku ke sana (actually x nak kuor umah kang asik kuor duit pulak)…

after sending his up, aku x tau nak ke mana…aku malas nak start engine jalan2 coz i was alone, lagipun aku dapat parking betul2 depan tuition dia. bukan senang ye. so aku pi 7E carik majalah, bought 4 pcs of mag n dok kat the kopitiam, order teh tarik 2 hinggit. tengok2 dah 1130 pagi, terus aku menapak semula ke kelas amik abang.

abang tuntut janji utk ke ikea again. smlm kan aku x cukup duit 🙁

so oklah, since sirman ngan gegirl pun takde kat umah. oh sirman cuti utk hari bday agong, tapi he had to go to our new lawyer’s house, allo lilred itu rumah siap taun 2010 lah, bukan sekarang. so we split, aku ngan abang… aku suka lah kan coz aku leh jalan2 soping2 ngan anak bujang ku.

sirman ngan gf nya si gegirl jalan2 jumpa lawyer..hiks . what a boring job. 😛

tak lama pun kat sini, just for an hour sebab barang2 yang aku nak amik kan smlm dah masuk lam trolley. in fact abang siap remind aku suh cucuk duit takut duit tak cukup.

abang ni selain penyayang pada binatang specially kucing, dia pun pencinta pokok. pokok pasu kat balkoni aku, dia je yang rajin menyiram air, bukan bapaknya. so he wanted to have one pasu..aku tak kisahlah janji senang carry.

punyalah sayang sangat ngan pokok barunya, masuk hajris pun dia bawak ye. i stopped by here to tapau our lunch…

sampai umah aku degil kan, sirman pun x balik lg ngan gegirl. aku turun naik 2 kali ngan abang angkut barang2. paling siksa ada 3 barang berat, so aku pakai trolley merah yang buat pergi pasar tu (masa ni le rasa menyesal tak beli trolley barang kaler biru tu) and letak sume lam bakul merah tu.

sampai kat pintu lift bawah, tetiga barang jatuh. ya allah..siksanya. so abang tolong bawak satu barang yang dia leh seret. sian abang.

n dapat jer masuk lam pintu lift ngan mengah berpeluhnya aku, tetiba dia berenti kat tingkat 4, and selamba badak je aku ngan abang keluar. kau..jatuh lagi barang2 kotak tu. calar balar kaki aku disagatnya dek kotak. masa ni lah abang perasan ya allah, mummy this is 4th floor. aduh, sabar je lah. masuk balik and aku rasa masa ni lah super power badan fifin ada kat badan aku. berat bapak tau kotak2 tu.

sampai je kat our floor, terhegeh2 lah aku menolak pelan2. i m so proud of abang. punyalah dia sungguh2 menolong mak nyer. ai promised him a present, as an appreciation tolong mak nya, lagipun dia kesian sangat tengok aku ngangkut sume tu.

sirman balik, terus selongkar the kotak2..aku? aku terus pengsan lam bilik tidur ke petang. makan pun x lalu. pinau pening sakit dah badan aku.

tu gambo atas tu depa ngah setia menanti sirman memasang apa yang boleh dipasang. niat hajat aku nak bawak budak2 ke sunway lagoon, or ke midvalley pun terbantut, aku flat le sesangat.

Comment: 8

Baby’s set…

lelong lelong sapa mau jual kati…

anak aku dulu si abang dari zaman meniarap merangkak bertatih dok keje nak masuk dapur jer…so terpaksa pakai menda ni. waktu tu di rumah Bayu lama kami.

gegirl x lah hyper sgt kan…so pastu dah x pakai. bila dah pindah VA masih lagi bersimpan, ha ko bila selongkar yard belakang tu, ya waduh ada lagi ko jang….

kasi let go lah, buat nyomak jer…

yang ni pun ada gak…gatal beli dulu memahal tapi bukannya pakai sgt pun. ms tu aku saje lah beli utk abang, alah ko anak pertamakan, sume nya nak dibeli. tp sampai sudah beranak 2 pun x berpakai. nape le aku simpan lagi ye.. ni pun jumpa kat yard gak, so fifin kasi basuh letak lam bilik ayo jap.

kasi let go jugak lah

tapi apakan daya korang, aku x leh nak bagi kat korang2 lah, wpun aku insyallah x nak beranak pinak lagi, tp anak2 buah aku kan ramai. mestilah orang pertama yang dapat ialah adik pompuan kesayangan aku, nana…

alo sirman sila kasi hantar to mom’s house, pls.

banyak kan kerja sirman x yah buat, angkut cabinet tak yah, pilih barang kat ikea x yah, cabut pintu x yah, hammer kan plywood riok pun x payah.. wah senang nya hati kan… aku ngan fifin je yang bertunggang langgang nampak..

ai hope he sees all these things deeply, wt his heart.

potret frame yang bergantung aritu, dah gugur ke lantai, few hours lepas dia pasang, kes x kuat paku kot. baper lama lah nak ke dinding semula, x kan lah fifin jugak nak mengetuk.

Comment: 5

Gegirl’s room…

ni dinding bilik gegirl, one side sudah dikosongkan, satu side lagi ala2 kapal tongkang pecah ye…x sanggup aku nak ngamik gambo. mood rajin aku blom mari lagi…. soon ye soon akan kukerjakan. sebab tu memang kerja aku, dok berempat tapi sendiri mau ingat lah kan…yang lain akan jadi tukang sibuk dan tukang nengok.

wall bilik gegirl ni kaler merah menyala, tak tau napa kuor kaler pink purple lah pulak…

oh ni antara barang ikea yang aku bawak balik…. cuba ko belek telek amende tu? sapa betul, sila ambil adiah di ikea ye sayang….

partner in crime for the above photo akan sampai ari sabtu 🙂

Comment: 4

Super Fifin!!!

u dont flay flay ye…my fifin is so lah mak badang! pintu dapur dia bukak ngan tenaga wanita keringnya itu. salute tol aku ngan dia…

dia angkat sorang2 lemari putih tu anto ke yard, pastu dia tanya aku pintu ni buat nyemak jer.

sememangnya pintu tu mmg nak dibukak, mmg sirman akan bukak tp tunggulah dia balik kerja ke hapa kan. sekali aku masuk bilik aku dengo dia jerit ‘kakak merahhhhhhhhhhhhhhhh…tolong fifin kejappp

berlari lah aku ke dapur, masyaallah dia ngah screwkan engsel pintu ni. my god. keje aku ialah memegang pintu tu supaya senang dia bukak. dia x leh nak tunggu pak sirmannya, dia rela buat sendiri dr tunggu sirman balik lambat and kang keje dia lambat nak siap.

so buat sementara pintu ni dok kat yard dulu, coz nanti bila abang ipar aku bawak lori leh antau ke umah mak abah aku yang kat bangi, yang disewakan kat orang. ada pintu yang dah kepak dibuat dek tenant. makan jus fatimah bape kilo lah si fifin ni, kuat tollah dia. sangat bertenaga. dia ckp kat sini kerja2 yg dia buat senang jer, kalo balik indon lagi siksa hazab kerja yang dia penah buat.

wah dah siap tpt simpan barang kering aku 🙂

tang2 atas tu fifin panjat letak aku tlg passkan…yang bebawah tu aku lah yang susun. dah sah2 ni umah aku kan, ikut selera aku lah ye. nak mencapai pun tangan aku gak…

tapi tangan fifin memang ajaib. 🙂

Comment: 6

My good helper…

tu dia kan balik dr ikea, x rehat tak hapa aku terus bertukang singsing lengan lam bilik gegirl. rak buku aku tu dah hampir hilang nyawa. papan plywood kat belakang dia tu x kuat. patutnya amik drill, zerrrreettt belakang tu, haruslah kuat. but u know, orang ni x serajin tu nak buat all those things lah. aku nak buat, mau meloncat ke belakang, benda2 yang ketuk ketak ni bukan tangan aku lah ye. pelempang lalat aku bolehlah.

n sib baik lah fifin pun sampai tepat on time…apa lagik kan keje lain aku suh dia tinggalkan meh sini tlg mak merah buat keje2 yang makan habuk ni

abang ni aku suh pi tidur mana leh mata dia dok diam kan, so keje dia menyusun buku yang bersepah simpan lu lam bakul lam kotak sementara the new one will come in. time dia rajin, kena bagi motivation, kang kalo dia malas, air kotak pun boleh sepah kat dining hall ye.

sian ko…

pastu tetiba aku dengo kong kalikong kat dapur. ya allah fifin ni mmg tangan dia power tollah. aku x bising pun pasal papan tu, biarkan je lah tp dia mana leh tahan, dia ngamiknya hammer sirman, ditukulnya the papan yang dah renggang dr tempat asalnya..

assistant dia pun keje sama ngan dia, tlg carikkan paku..

banyak senanglah sirman kan..semua keje dah dilangsaikan dek fifin

abang amik tenaga ye bang…sebab right after that dia pulak semangat rombak bilik dia. cuti2 ni mmg molek sangat buat segala toknek kerja, tu bilik gegirl tu masih lagi bertongkang pecah, aku x bagi fifin buat, aku ngah nak amik mood rajin aku nak settlekan. mari mari mood marii…mana kau mood rajinku…

ni project kami bertiga di petang kamis, hiks.. gegirl saja aku x nak ngamik lu kang dia banyak songeh banyak kacau nak tu nak ni. sirman lak masih keje, late nite baru pulang. project tak abih lagi…ada lagi yang buat aku terkejut, dikejekan dek fifin. camne lah aku x sayang ngan dia, benda yang aku x suruh yang sepatutnya lelaki yang buat, dia buat.

bonus ckp taun ni utk fifin kena bagi extra lah..she s so deserved it!

Comment: 6