Red ‘radio’…

sapa minat ijau? ha ni gegirl and staff Sri Melati pakai ijau…for ijau’s fans. anak2 aku banyak gak baju kaler lain, aku bukanlah zionis sangat sampai nak tetapkan depa pakai baju merah hari2 kan. biarlah aku je yang gila merah tp kalo special event, red is a must to wear for everyone. gitu.

anw, aku dtg sini coz nak tapau the best tomyam putih in town of course. dah banyak kali aku promote sri melati kan, but aku cuma gilakan tomyam putihnya ajer. ai tapau bawak balik lah u. ada orang masak only on the weekend kan, tp sejak mak x sihat, aku masak from mon to fri, wkend aku cuti masak since kami dok bertangga di ttdi.

masak tu mmg la senang campak2 je lam kuali dah jadi, tp nak menyiapkan rencah, nak mengemaskan dapur semula bagai, nak cuci sana cuti sinki hallo, ai x kuasa sangat tau. alangkan tanggungjwb nak bagi laki n anak2 makan…

korang tau tak sedari pagi aku bangun, aku dah mula berkicau sana sini kicau soh depa buat tu buat ni. tetiga kena bebel no exception. pasal umah bersepahlah, suh mandi suh kemas bilik suh itu ini. the only time aku aman when i m not around wt them.

kalo ai cuti ha lagi lah sakit telinga dema ni dengo maknya membebel. petang ahad smlm sirman dok tanya mulut aku tak penat ke berbunyik je….encik sirman, kalau u all x nak dengo suara merdu radio ai ni bernyanyi, get things done, and do it before i say so. jangan sepah, jangan buat ghemah, dah pas main kemas, laptop jangan letak merata2, paperwork kat study tebal tu kasi clear…bla bla bla…

ai cant help it, ai have to make noise gak…

lagipun bila aku bukak mulut, laju je dema buat kerja, gegirl yang diva tu pun terus jadi rajin clean up her toys. very the power oo mulut mak merah. ai can be lazer, tp in terms of kat umah ni, lazer mmg la ada, i just wanna make sure that semua org lam umah ni idup teratur. tu jer. kalo nak suh sume bini n mak engko ni buat, jawabnya pengsan la ai…

diorg ni pun antara nak tolong ngan tak jer. kalo x tolong buat, means aku la kena buat. kalo aku buat kang dema tak belajar camne nak jaga cleanliness kan. kowng paham ke apa aku citer ni.

x paham udah..maksudnya aku nak semua all in order…semua tau tanggungjwb memasing including sirman, abang and gegirl…

sapa jadik mak tau lah maksud aku nak cakap ni. kalo x de anak, sapa yang ada title isteri tu tau lah.


huh!


oh gambo makan icecream tu sirman x leh ada kat sini, very the seksa…kang ada plak yang jatuh hati kat laki ai tu. mana kita nak tau dalam dendiam orang berkenan kat laki kita kan. and ntah2 sesenyap ada orang ghairah tengok seksa seksi laki ai. hati-hati semua, duri banyak kat luar tu.

Comment: 14

Abang n Sirman…

i m taking short nap on sunday eve, abang is buzy doing spelling wt sirman. dia sket nya baik je landing atas katil aku. suh duduk tegak belajar kat study room dia, buat dek jer… he s gonna face 2 wks exam starting this Tuesday. aku biarkan sirman handle all revisions. diorg ni jap belajar, benti main ps2, pastu sambung belajar, main balik ps2.

mlmnya ngah aku sibuk kat dapur, aku suh dedua benti main, it s almost maghrib, ngan bapak ngan anak kena tembak ngan ai. kalo x benti gak main, aku cabut gak ps2 tu. mencicit le anak beranak pi mandi sembahyang segala.

mlm ni aku siapkan the 5 days rencah, pepagi aku kena masak awal and send lauk pauk to mom’s hse. kalau nana balik thari msk lambat at least makabah aku leh makan lauk pauk yg aku dah reservekan for kids to eat. mak abah aku pun kena pantang makan, main rebus2 je sume. sekali arung la ngan lauk pauk budak kecik 2 org ni.

abang sambung buat spelling lepas maghrib, muka mandom seribu. sirman back from my mom’s hse, they stop doing revision and sambung lagi layan ps2. at 925pm, aku dah jerit time to sleep for abang… muka abang bila main ps2, bukan main gumbira sakan. suh belek buku macam nak pengsan meletup roboh nya muka.

i told sirman, abang tu kalo he s not performing well in his exam, i dont blame him, but i blame the father, dok ajak anak main ps2 siang malam. diorg kalo main terjerit satu bilik satu umah leh dengo, yang bapak cam budak2 melayan game, yang anak lagi lah meloncat dapat full back up from his role model.



Comment: 6

Red’s new class…

ahah mencicit2 lagi pi ttdi, but soon nanti kita x pi ttdi lah, amik cuti. bila tuh…agak2 teka sendiri ye. pagi buta dah dok kat makbul, aku dah muak la kat makbul ni, dia nye service dia nye roti canai x kencang seii….sedap way sedap jauh sedap lagi hajris aku tu.


masalahnya kami x dan nak pi tpt lain coz ni je depan2 ngan tuition centre abang. so nxt wk, kita drop abang n carik restaurant lain. punya melambak mamak kat sini, makbul gak aku promote. kowang…toksah pi dah makbul ye.

nice kan hbag merah dia. hadiah from Diariperempuan @ Nurul. aku dah cite kan sejarah beg ni mana nak dapat. so pls hv a visit to her shop kat The Curve nun. makcik gegirl mestilah bila kat sini kalo x buat drawing, colouring…tu 2 je lah yang dia minat. makcik ni mmg agak senang sket lah..dia x cam abang x leh dok setempat, asal ada colour pencil and buku, she can layan diri.


just 10min b4 abang abih class, kitorg lepak lam keter…sirman tu ternguap2…bape kali nguap dah aku nengok. tido lambat ye sirman malam tadi?


oh yes, ai found the shop n ai dah register for my class kat ttdi. class apakah itu..hiks! my new class will start early may, yey!!! tapi kan, agak payahla saya nak citer apa kelas saya tu ye…ai rahsiakan je lah. best sket lah spend time kat ttdi, abang pi tuition, mak pun masuk kelas. sirman n gegirl kena pandai2 ronggeng kat taman ttdi ke memana lah….


hanya kawan2 tertentu yang aku dah biasa jer boleh bisa tau apakah kelas itu. the moment i publish this entry, i know being normal will berry me first, as usual kan BN? (babe, pls keep the info for u only, coz lots of our ppl r reading my blog, ai know they are so kepohcik to know bout my life time). ai have a very good and tiring weekend, tapi seronok coz berkepit ngan anak2 n sirman. Monday is coming and welcome back to work..everyone!



Comment: 9

AF’s nite…

abang dok kat belakang x kuasa nengok the girls poyo2 bergambo. abang ngan sirman tu kalo part bergambo mmg nak kena paksa la baru nak snappy. gegirl pantang aku pegang camera siap tanya ‘mummy nak say cheese ek?‘…aku translatekan ye: mommy nak amik gambo gegirl ye?

We reached VA 15min after AF’s concert kicked off. i got 2 visitors, my neighbours yang nak tumpang tengok layan AF6. aku kena hilangkan gambar Fiebie , yang kat belakang tu coz he is so shy shy kambing. mengada!

kerana menyokong kedivaan merahku, one is wearing red shirt Hazwani yang akan keluar in the Maria show too, aku lupa plak episode berapa. Wani episode berapa ko dik? n the AF’s reviewer sanggup carik necktie merah sangkut kat leher to make sure ai bagi dia masuk rumah. ha korang sapa nak mai umah mak merah…harus ada kaler merah ye sayang.

itu pantang ai…wah gitu! manyak lah pantang katanya….

Hazwani a fashion designer is a housemate to Hatta Dolmat tapi dok sibuk berkepit kat lam umah, malas Hatta nak turun ngadap AF, bih baik dia jait baju….

Taun ni punya AF, sorry to say, dah weeks ke berapa..aku x kencang la nak layan. none of them yang buat aku nak duduk lama, except Nadia – she can go further. Mama Rina, if she wins, power to a mother wpun dia single mom! saida – pls go home darling, your 4 kids need you more. u cant sing!!! the rest..i m not interested to watch…

tak caya tanya guests aku yang 2 org tu…aku sibuk ke sana ke sini, bagi anak2 makan, jegil mata kat anak2…nyotnyet kat kitchen so on.

Comment: 5

Casual bag…

the terompahs from melaka….ai really need new sandal, tapi aku sangat berkenan dengan terompah2 ini…i saw one that i like from the previous entry but takde design utk adult. that s for gegirl pun x de size. so i book for gegirl, bigger size a bit and one for me, same design and colour wt gegirl. hope it could be ready by nxt wknd….

kan aku cakap dia ni ala2 gila weng sket….he and his wife are running the casual bag shop in The Street of The Curve. i was looking for them, met them last wk, tp this wk x jumpa kedai depa tup2 dah ada org tegur nak menekel. hallo bro, ko nak tekel pun agak2lah pakai millennium year punya style…

i m helping them to promote their small casual bags shop for my readers. i asked sirman to snap the bag2 ni nya gambar, tp bila aku check phone, x dingamik rupanya. eii laki aku ni, 18 kali mau bilang kah…

ai nak beli tapi merah yang ada bukan merah yang menyala yang gah. adalah depa reservekan for me tp itu bukannya nama reserve yang oi kalo ko pi jual bila ada buyer nampak. cit! anw, gegirl got one bag from Auntie Nurul. Thank you to both of you. lepas ni bagilah barang 10 – 20 pcs lagi ye. boleh aku lak jual balik kat kenkawan aku lam blog. 😛 . Nurul the wife to itu olang weng weng gila has a blog too. you can visit her blog to view the bags.

cantik…kalo x cantik buat apa aku nak promote yang oi. depa jual bag2 ni again, kat The Street of The Curve, harganya at a very reasonable price. Every Saturday and Sunday from 10am to 10pm. mention my name if you visit their shop, u may get very good discount, kalau diorg tak bagi discount, ko blah jer..jangan beli. (aisay, do we have this kind of agreement ek nurul?) mandai2 aku je kan..hiks.

alah all…tolong2 kawan, belilah..janganlah mintak discount so much sgt, depa pun business untuk carik makan.

The owner of the shop is Diariperempuan @ Nurul.

oh btw, i bought 2 pcs of cheap red shirt from The Curve… 🙂 Jangan terkejut red shirt yang aku pakai dalam entry ni harganya RM9.90 from Bangsar.

😛

Comment: 9