Dec 13 2009 Sunday, 6:00 pm
Huberdina Maria Hertogh @ Bertha @ Nadra/Natrah
Di tengah kehantangan kisah perbicaraan Natrah di singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan Al-Quran terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. maknanya sangat mendalam…..
Penulis buku Natrah – Fatini Yaacob bertudung biru muda.
Went to watch Natrah at Istana Budaya wt Abang’s godmom. Sirman was still odw from Pangkor so bolehlah aku bawak kawan2 yang dah lama tak dijumpai. 2 tickets for Natrah 🙂
Punya ramai yang minat Reimy ni yer…aku dapat seat depan stage, tp ujung kanan. so pala kena teleng ke kiri lah bila tengok play ni. Sebab ramai korang yang minat Reimy, waktu dia kuor stage abih show ni ngan selamba je aku lambai2 kat dia, siap kusimpul senyuman paling cun lah kat dia.
pasal korang kay.
jerit2 nakkan reimy kat FB fan page tuh.
Reimy lambai balik ke main senyum2 hensem kat ai. so utk korang gak lah.
maya karin was fantastic! watak Natrah memang sangat sesuai for her…untuk watak Natrah di usia tua plak dipegang dek Sofea Jane. pun bestt….watak natrah di usia muda ada adik manis yang kecil bawak but donno her name.
dalam play Natrah, taklah berapa original. spt contoh waktu di mahkamah, judge kata Natrah akan kembali ke pengawasan ibu bapa kandungnya semula, suaminya Mansor Adabi dalam fakta sebenar ada di hospital, coz of accident. tapi dalam play ni ada sama lam court.
kira yang fakta sebenar for the play memang totally out…but itu tak menggangu jalan cerita. konsep dan hala tuju hidup Natrah yang dipentingkan.
ha tengok kan aku cakap dok depan sekali, bestlah play ni. menangis2 gak lah bila waktu Natrah dilarikan and ditinggalkan dalam church. Kesian dia. apa dayanya, wpun dalam hukum dan undang2 islam, she s already married to Mansor Adabi tapi dalam undang2 Belanda, perkahwinannya itu tidak sah and she s still under age.
korang tau ke susur galur citer kehidupan Natrah?
sebelum show mula sakan amik gambar, tapi pas show tak lalu nak bergambo coz of dedua meleleh sedih pilu. sib baik la Sis aku bagi 2 shawls, selain buat pelapik sejuk badan, boleh jugak buat lap ayo mator…. 🙂
Sedikit info yang saya dapat dari buku Natrah hasil tulisan Fatini Yaacob:
Nama Natrah yang sebenar ialah Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda yang menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah binti Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Surat pemilikan anak angkat oleh Che Aminah ialah Nadra binti Ma’aruf, nama Natrah digunakan kerna panggilan orang awam, orang Melayu kebanyakan yang sangat menyayangi Natrah maka nama Natrah digunakan, tidak Nadra.
Setelah 48 tahun Natrah meninggalkan Singapura dan Kemaman dibawa pulang ke Belanda secara paksa, Natrah bersama suami keempatnya, seorang anak lelakinya dan pemberita dari Belanda telah balik ke Kemaman senyap2, tanpa diketahui oleh pemberita dari Malaysia, walau seorangpun. Natrah sempat menziarahi kubur arwah ibu angkatnya, Che Aminah.
Natrah meninggal dunia pada 8 July 2009 disisi 10 anak kandungnya, kerna menghidap leaukimia. Atas permintaannya, mayatnya tidak dikebumikan tetapi didermakan untuk tujuan membantu insan2 yang lain.
Banyak lagi tulisan dan sejarah Natrah yang saya fahami akhirnya melalui buku berharga RM50 yang ditulis oleh Fatini Yaacob, bukan sahaja menulis, tetapi menjelajah ke Belanda dan US untuk mengejar Natrah…
Kerna Natrah, rusuhan yang hebat membunuh ramai manusia berlaku di Singapura.
Kerna Natrah, epilog teater Natrah dihasilkan oleh Erma Fatima.
Sedih sungguh episode hidup Natrah….
RM Recent Comments