Lelong2 bajuuuuuu….!

IMG_1671

lelong lelongggggggggggggg!!!

berpuluh2 giler baju Sirman aku kaup kutip dari lemari goboknya. duduk sesama dia pilih mana yang dia nak ajer. banyaklah pulak tu yang dia nak pakai lagi, aku memang nak balingkan sajer. so kira balance gak, separuh dia simpan, separuh lagi nak melelong, bukan kat korang, tapi nak bagi kat brothers aku yang ramai tuh. hamik lah korang. tak nak kalu ha campak lah kat sesapa. baju pakcik ni biasanya setaun sekali memang kena let go. dia bukan pembeli baju, tapi bininya yang suka ngabihkan duit beli baju lakinya.

pastu baju event pun banyak giler dapat. serious banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, aku suka simpan baju yang sponsor dari adv bagi coz sometimes the next adv boleh pakai baju yang diorg provide.

ok anw, sehari 2 ni ke or sok2 aku nak kuorkan baju aku sendiri for sale yerr, dah rombak. sampai penuh 3 lemari. memang purata pakai tahun ni memang takde langsung, some of it lah, so harus jual as preloved, selling price as usual starts from RM20 and kalau ko nasib baik, baju yang ko beli tu pun akan dapat extra baju/skirt yang aku bagi percuma. masalahnya skirt ni ramai x pakai so i really have to get rid of it.

stand by je lah bila aku nak jual under Shop@RM yer…

Comment: 13

Tangankan anak biar dari rebung…

IMG00090

berapa kali lam setahun korang pukul anak?

pengalaman aku sebagai anak, almost everyday hahahahaha…serious masa kekecik dulu sebelum akil baligh tu datang, asiklah kena bantai jer, dahlah kena debik ngan mak abah, kena jugak ngan kakak and abang-abang aku gak. hoi ko jangan, abah mak kalau rotan sket punya berbirat ooo kaki. biasanya kalau cuti sekolah or hari minggu lah, pi main masak2 tak hengat nak balik makan, ha terlepas waktu makan masa tu lah yang abah mak dah tunggu ngan rotan sasa. bila dah kena rotan terus berselirat lah kaki tu kan, tidur kong2 lar…masa ngah tidur tu lah mak abah aku nanti telek kaki aku yang depa dah perambat haahhahha.

eh aku pun tidur2 ayam, yelah sedih woorr kena rotan gitu. depa letakkan minyak gamat balik kat betis kaki aku. oh kasih mak abah.

now sejarah bermula kembali. to be honest, aku ngan sirman tak menggunakan rotan dalam mendidik anak2. kira aku communicate guna suara and mata sahaja. itu wajib. but tak bermakna tangan tak naik. naik mbe dalam setaun tu adalah 3,4 kali. rotan tu tak diwajibkan. rotan hanya akan keluar bila he failed in any of his papers. itu memang wajib. if not tak de kesedaran.

IMG00089

so yday sirman pi amik result periksa abang, actually dah tau pun dia ada failed kat mandarin dia, but nak tunggu official kat report card lah. we got home quite late that nite so tunggu the next day untuk confront abang for his result. sirman was still sleeping, usually aku ngan sirman berdua ngadap abang. but i cannot wait for his dad.

aku paling kepantangan bila ada unsur2 penipuan, mak ajar korang honest tapi kalau dah mula nak menipu, memang berdas2 lah kan. memang aku bagi abang sesungguh, bukan saja geram but that s part of the lesson he has to learn. dia boleh cakap kat kawan2 ‘makpak aku tak pernah rotan aku’ no way man! you gonna have to get it, yes mak tak rotan ko hari2, but setahun 3 kali memang wajib.

cikgu pun rotan dia dulu taun lepas, tapi tu tahap melampau2 sampai anak aku phobia giler menangis2 takut nak pi sekolah. if u remember lah citer taun lepas kan. hampir je aku nak bawak ke kementerian. ok about abang, adoi letih lah nak citer. baru pas perambat budak tu.

terus rajin giler buat maths mandarin. dia nipu bapaknya cakap takde spelling mandarin and english, bila bapaknya jumpa cikgu tu yang baru tau. tiap kali tanya cakap manjang je takdak, balik umah bila mintak kuorkan  buku spelling, ha ko…memang ada! itu yang menyirap je darah makpak nya.

but darah  mak nya lah lagi naik….

huh letih…

aku checked kaki abang, takde tanda bersirat langsung kat betisnya, means x kuat sangatlah aku rotan. time aku dulu fuiyoooooooooooo, jangan ko tanya memang kaw2 makan hari baru hilang tandanya. oklah, at least aku jadi orang gak lah…

Comment: 22

Ku Intai-Intai…

IMG_1582

Yanok, Ayuthesun, Rose and Sid, the GBM – no dila, budak tu sibuk mengadap muka tok kadi tak sudah2…someone just got the promotion as a big M, so she murahkan lagi rezeki belanja all of us, tq Ayuthesun!

IMG_1581

i m so lazy lar nak cite lam entry nih…

ada something lam pala aku lah, rimas dengan manusia yang asik nak amik kesempatan. ada yang tetiba tak pernah sms, mintak tu mintak ni, ada yang tak tau no aku, sanggup carik sebab nakkan ni lah itulah. heii rimaslah!!

IMG_1594

oh dinner dah abih, tetiba je kan….lapoo!

IMG_1596

banana split and my teh tarik are on the house by Intai Intai

tokey Intai2 baik hati bagi as a token for my birthday. macamlah BIRTHDAY AKU PUN!!!  nan adonyaa…..itu ice cream for budak2, tu acik toksei nak makan ice cream heh…

IMG_1547

nak letak muka sendiri lah, asik menempel gambo budak2 tu jer kan. Intai2 tu kat tepi jalan MRR2, first time je aku mai sini, itupun siap convoy ngan Sid dari belakang, garmin aku tak detect ke aku yang tak geti key in, ngeng betul!  tempat ni kalau dating2, berduaan ke, nak manja2 ngan laki ha boleh ler, tapi kalau aku berangan nak bawak anak2 aku  tak payahlah. specially abang.

ada jugak dia buat terjun tiruk kat kolam air sebelah intai2 tuh. senang je nak jatuh dalam tuh, oh tak dapat aku bayangkan abang punya lasak nak membuas, memang not suitable tempat ni for abang.

makan was sponsored by ATS, eh dah cakap kan?

oh kena cakap ulanggggggggggggg-ulanggggggggggggggggggggggg you! dia tak suruhpun aku blogkan, tapi biarlah kan, sukati ai lah. dia mesti segan bila aku tayangg2 cite dia belanja, eh lantaklah ko ayu, asik nak  segan manjang jer. pasnih turn yanok plak, from her first salary in her 2nd job.

aku banjer orang? aku banjer tak ribut cite lam RM…tu diam2 jer…cakap betul2 kang, should be lah kan, baru lah tak hipokrit, ahhahahahhaha.  tak suker lah nak tease2, aku benci berbalik pada cite orang yang mengaco2 aku nih. x leh nampak orang senang sket, mulalah masuk daun.

aaargghhhhhhhhhhhh!

tolong tolong!!

ok lah hari ni nak pi carik baju cheongsam for RM and Gegirl, ada project.  minggu ni msia long weekend, dongdongcheng!

Comment: 23

Tangan kanan beri, tangan kiri redeemed….

IMG23094

budak kecik ni kan wuiii….time makpak dia ada bukan mainlah berlagak ngan aku! sebelah2 tu ada maknya, ada neneknya (mak aku) tapi semua x bertudung so tak bolehlah nak tepek gambar. aku menebeng kat umah mak ajah harituh ngan satu niat, nak menghulur the big boom bang….kalau monthly one biasanya sirman pi antokan, but ni special, makpak kita carik dulu lah. nak berkat perjalanan sebagai seorang anak, hah gitu. amalan yang aku buat semenjak mula bekerja selepas grad dari ITM. for MIL pun ado gak….tak leh lupa yek, MIL aku tu dahlah ibu/nenek tunggal.

IMG23097

pastuh kitorg melaju ke kedai kat2 umah mak gak, melaju nih coz tak nak balik time maghrib…amik tikar getah. dapat semeter. pakai sket pastuh lebih tak tau nak buat apa…..dah siap dah letak kat cage Reddy. hehehe…cunlah! pueh hati…semua dah siap, tunggu ko beranak je ye Reddy….

Sirman dia ok, ko nak buat apa ngan kucing korang, nak suh daddy belikan itu pasangkan ini, semua momantai, tapi korang jangan haraplah Sirman nak melayan pasir kencing berak nya. itu yang dia takkan buat skang. dulu bolehlah, skang dia tau 3 of us dulu yang sakan nak bela kan, so itu syarat dia.

IMG23107

balik lagi umah, dapat nih…

dulu kawin benda ni dapat ke main banyak, tapi aku amik satu jer pakai sendiri, pastu buat sedekah jariah kat semua family members. skang yang sendiri pun dah jahanam, so amik baru jer, aku redeemed dr bonuslink gak. tak tau lah apa nak redeem, ingat nak amik radio alarm lagi, tapi asik kena sound je ngan Sirman….‘you alarm ke main banyak red, bangun terpisap2 gak‘ ceoiiiiiiooiii lar kan!

jadi amik ni jer, so anak2 pun pandai buat sendiri tekan2 gitu kan.

abang mak ko bangun lambat membongkang lagi

ha pi buat breakfast sendiri yekkkkkkkkkkkkkkkkk 🙂

IMG23108

sebab mak ko baik hati, aku rombak lemari tepi, carik apa yang leh diwakafkan, dan there u go, Redken make up box, kini menjadi milik azali Gegirl. tot nak bagi SIL aku, but dia dah chop dulu.

mummy nak buang ke?

boleh?

Gegirl nak pleaseeeeeee

ok anak aku nak, so anak aku yang dapat…

she has one yang gayak gini gak, but mini size lah, tu yang muka menebeng lebar je mintak hok besar ni pu lak. actly ada lagi benda yang aku nak balingkan, tu ha tshirts sirman, rasanya mau setahun tak berombak, dah tinggi melangit. mana yang tak berpakai tu memang patut kena let go je lah. rimas aku tengok. itu shirts sirman aku x masuk sini, coz aku ada banyak brothers and in laws yang sedada and sekeping macam Sirman tuh…

ada lagi aku nak let go, nanti2 yek…satu malam satu keje, malam lain keje lain plak yekkk…

Comment: 6

Astro PVR – RM vs 3 bloggers!

Moh jumpa RM kat Midvalley moh….oh oh sticky post yer 🙂

Almost every weekends aku kena attend events, bukanlah nak berlagak tapi mmg dah kenyataan. Kulu kilir la aku ke sana ke mari cover all the events tu semua, kalo boleh Sirman + kids aku angkut sekali, tapi kekadang kena pi sorang2, then kadang2 kena pegi ngan bloggers lain. Apa2 pun I really enjoy it 🙂

Tapi ade 1 event akan datang ni btul2 lain dari yg lain. Apa taknya aku akan dikurung selama 8 jam di dalam kotak kaca bersama dengan 3 bloggers lain. Bukan la saja duduk bersenang lenang dalam tu tapi kena dok buat live blogging & we have to compete among each other pulak tu… aiyooooo. Yg buat lagi surprise we also dunno what tasks or games we will perform nanti 😛

(Astro PVR - Pre-event) Redmummy_FINAL_html_m274deef1

Kalo kena lawan main games, mintak2 game pac-man la 😛 itu jer yg aku terer. Tak pung lawan chess lagi la aku suka


(Astro PVR - Pre-event) Redmummy_FINAL_html_4704c569
Event yg disponsor oleh Astro in conjunction with their new PVR road show akan berlangsung pada Sabtu 5th June ini dari pukul 10pagi sampai pukol 6-7 petang gitu lah, tak sure lah berapa lama depa nak peram.

But I need your support pehlissss 😉

(Astro PVR - Pre-event) Redmummy_FINAL_html_55e10ce6

Tapi tak mo la tasks yg terlibat ngan fitness ni or futsal ke, tercungap la aku!

Sebabnya antara tasks during the competition among aku vs 3 bloggers tu nanti akan memerlukan participation dari kamu2 semua. So boleh ngak? Kalo bisa, rajin2kan lah nanti turun ke Midvalley Megamall utk bagi sokongan kat saya ya. Kat lagi 3 org tu tak yah sokong hahahahahaa gila tamak haloba 😛

(Astro PVR - Pre-event) Redmummy_FINAL_html_201f98f0

aku rasa treasure hunt la, so that u guys can join me to solve all the puzzles nanti 😉

Then kalo ada sokongan padu dari kamu semua, lepas tu dijodohkan aku dapat point yg tertinggi, dapatlah aku menang the new Astro PVR tu 😉

Tapi tu la, antara 4 bloggers tu nanti, hanya sorang jer yg akan pulang membawa Astro PVR tu.

Sapa pulak lagi 3 bloggers tu ya, ha tu for you to find out yourselves, be a fan of Astro FB ya. On top of that senang la sket nak dapat new updates from Astro apa yg happening in the future. All updates are in their FB 😉

(Astro PVR - Pre-event) Redmummy_FINAL_html_m2e01749e

Ops sebelum terlupa, ape pulak Astro PVR ni ya? Macam2 ada la Astro ni, dulu baru launch HD services B.yond, ni PVR la pulak…

Ha nak tau lebih lanjut, or nak subscribe terus ke nanti, come & join us on Saturday 5th June from 10am ke atas at Midvalley Megamall. Kalau tak nak sokong saya pun taper, bolehlah datang utk dapat more info pasal Astro PVR ni… tp sedih mak korang tak nak sokong mak iskk iskk 🙁

aku dok bagi muka simpati ni, sokonglah saya dan bantulah saya…
bantu kami
tolong kami
Redmummy di Midvalley ….

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 42