CepatKurus PB NorshidahKamarudin
 

Jalan2 tengok handbags moh…

IMG22681

Datin Sri’s Elgie

IMG22677

Tod’s leather, not gonna sell yek.

IMG22676

House of Bally

Datin Sri bought a shoes for her hubby

IMG22691

Miu Miu Mini Bow – for frens in Far Far Away Country

IMG22689

Vitello Lux in red

IMG22692

Vitello Lux in grey…

2 minggu punya personal shopper’s job, baru nak kuor RM, lambat kat sini takper, but cepat je orang yang mintak gambar and harga tu dapat….

Today is to get for my reader her make up set in MAC, aku pun nak tumpang sama gak lah. not really beli, but nak tukarkan 6 barang aku yang dah abih pakai from MAC, and can redeem sebatang lipstick. jimat jimatttttttttt……

Categories : Bally, Miu Miu, Tod's

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

Sibuntal Mak Yong…

IMG23040

alolooo mak yongggg, sian dia. tidur sesajor. inilah perut reddy yang togel coz kena buat ultra sound scan arituh. bulu tu memang boleh tumbuh balik, tp macam molek je gitu senang sok anak2 dia nak menetek. she s so weakkkkkkkk, lembik muka mandoms jer. but 1 thing dia berbeza, sangat2 rapat ngan aku. mbe aku mak kot, dia pun nak jadi mak so aku yang banyak belai jaga dia…

IMG23047

Sirman dah dapat carik kotak utk mak yong, tapi tikar getah blom dapat lagik, sementara kita lapik ngan suratkabar dulu sume cage dia and letak jugak ngan kain buruk kat dalam kotak tuh. senang sok darah2 beranak  tu terus buang je, kalau Reddy malas nak kemaskan. biasanya macam kucing2 lama aku dulu, diorg sendiri bersihkan kasi licin, depa makan kooo and lap sendiri darah2 tuh.

masa siapkan kotak and cage dia nih, macam dia tau2 jer tu port nak beranak dia, so tak yah suruh2 dia panjat kotak and gelembungkan dia ha cam tu….betullah ko dah santak sarat sangat kan.

sian mak tunggal sekor ni kan…takpe wpun takde Kemek (alah kucing jantan bukan boleh harap jaga anak2 pun), keje nak makan balik je anak2 dia kang. aku mintak2 masa dia beranak ni aku adalah kat sisi dia. i love her so much. Wpun ramai orang tak suka kucing, tapi kucing adalah binatang kesayangan nabi, membela kucing juga memurahkan rezeki kita sangat2….sayangilah binatang.

IMG23048

alahai togelnya badan ko Reddy, tak malu nampak nipple weii! itu dia bukan berangan itu ngah tidur mati. orang lalu ulang alik dia memang tak sedor sungguh, skang memang cara tidur dia banyak menelentang, iskk, aku memang excited nih tunggu bila nak beranaknya. smlm pun dia macam dah semacam je dok lam kotak sendiri and resah gelisah, rupanya false alarm.

me yang ngah keje pun jap2 tepon umah check on her ok idak, sihat idak….

Dulu korang ingat tak, aku punya payah nak dapat sekor, skang ha hamik, berekor2, siap kena pass kat orang lagi. Tu pun banyak lagi rahsia yang aku lom cite lagi pasal kucing. one at a time yer. btw, citer Reddy kena hot sket ye seminggu 2 nih coz she s going to deliver her babies anytime. expected memang very soon, but the max can go pun in less than 10 more days.

ada jugak sejarahnya masa kami nak pindah rumah dari SAS to umah BTR, so aku angkut si Tompok sama. Tompok ni bertaun2 dok ngan family aku tapi akulah jugak yang paling jaga dia, dia paling pantang dengo and nampak imbasan abah aku, asal nampak je dia mencicit lari. coz abah garang hahahah, ngan kucing pun lari woor. Tapi sebab anaknya dah pencinta kucing, so nak pindah rumah pun aku bawak gak. tapi tak berapa hari Tompok hilang, coz umah baru kan, dia bukan kucing yang jenis dok rumah, dok SAS pusing2 balik dia datang balik panjat katil aku tidur sama, tp kat rumah baru, hilang tak jumpa jalan pulang,  mesti dia tak jumpa umah mak aku.

Categories : Cat, Reddy

Merancang kehamilan menggunakan IUS -Levonorgestrel…

IMG_1219

This entry is going to be a very straight forward entry, khas untuk wanita yang mementingkan perancangan keluarga dan effective contraception (pencegahan kehamilan). Mungkin ada perkataan dalam entry ni yang korang akan rasa ‘iskk, malunyaa’ ha something like that. tapi take this as a new lesson to you. Even me pun belajar dari Bayer Schering Pharma jugak.

How many of you yang merancang keluarga melalui:
1. pil dan ubatan?
2. kondom?
3. implant IUD to your body?
4. pancut luar?
5. tidak langsung mahu berkelamin kerna takut akan melahirkan?

dummy yang aku pegang di kiri kanan itu adalah contoh IUS -Levonorgestrel yang dimasukkan dalam rahim kita. idaklah besar tu, kecik giler jer. IUS -Levonorgestrel is a plastic yang berbentuk T kecil dengan dikelilingi oleh lengan silinder yang mengandungi hormon levonorgestrel, yang duduk dalam rahim kita selama tetap untuk tempoh 5 tahun.

IMG_1234

Untuk mahukan dan membesarkan bayi, semua pregnancies hendaklah dirancang, diperlukan dan sangat disayangi. Sebab apabila kelahiran yang tidak dirancang terjadi, itu yang jadi kes buang baby. Seperti contoh di Asia sahaja, pastinya Malaysia termasuk, 1 daripada 3 kelahiran adalah tidak dirancang. Bila ada yang melahirkan secara luar nikah dan malu untuk berdepan dengan masyarakat setempat, kes buang bayi makin meningkat. itu semua orang sedia maklum kan…

Dari sebab2 yang tidak mengawal kehamilan, unintended and unwanted pregnancies, terjadilah:
1. Abortion secara haram
2. Wpun berkahwin, perkahwinan menjadi tidak harmoni coz mungkin mereka sudah ada 6 orang anak, and bertambah lagi, so ada burden di situ.
3. Spouse and child abuse, coz penambahan anak sebagai bala pada ibu bapa.

Kemudian kita juga tidak mahu mengawal kehamilan kita coz ada ketakutan pada:
1.    Berat badan bertambah
2.    Menstrual pattern kita akan berubah2 dan terganggu.

3.   Tidak lagi subur jika sudah lama guna hormon

4.    Penyakit2 sampingan dan sebagainya…..

IMG_1240

Speakers of the day, from left:
Dr Suresh Kumarasamy, Obsetetrician & Gynaecologist in Penang
Dr Andrew Zuschmann, Specialist Obstetrician & Gynaecologist from Sydney Australia
Dr Harlina Siraj, Associate Profesor, Consultant Obstetrician & Gynaecologist in UKM
Dr Ho Choon Moy, Consultant Obstetrician & Gynaecologist from Hospital Pantai Cheras

IMG_1223

Medias, Speakers and team members of Bayer Schering Pharma

Kenapa IUS -Levonorgestrel adalah pilihan yang tepat dan wajar untuk pencegahan kehamilan:
1. dalam 1000 pengguna IUS -Levonorgestrel, the incidence of pregnancy is very rare, mungkin satu sahaja yang akan mengandung.
2. untuk jangka masa 5 tahun, sekiranya kita bercadang untuk hamil semula, boleh je cabut dan the next month u can get pregnant.
3. tiada darah haid dan pms. so kalau dalam masa 5 taun ko pakai IUS -Levonorgestrel, maka 5 tahunlah kita bebas dari darah haid, at least 20% will have no bleeding at all.. itu bagus coz mostly ramai pompuan yang ingat lebih baik ada darah haid, kang orang kata kita dah menapous pulak. No! If you ask your personal gynae, he will give u the same answer as well, IUS -Levonorgestrel is the best choice.
4. Tiada ‘missed pills’ kalau pakai perancangan melalui pils, terutama aku, benda2 yang kena makan ni memang sokmo je lupa and skip. so bersiaplah anak2 aku mungkin lahir setiap tahun :)

Ada wanita yang menganggap ‘ikat mati’ adalah jalan yang lebih selamat. No, this is not necessarily so! Macam muka ko dah cantik tanpa apa2 botox/injection, suddenly ko pi buat, apa jadi? It s a permanent disaster! You cannot change to your normal face back, nyesal tak nanti?

serupa jugak dengan those yang ‘ikat mati peranakan’ mereka, coz hoping while having sex, they dont have to think bout having another child. or mbe tak nak anak langsung.  Ikat mati or sterilization should be considered kalau couple tu dah absolutely certain yang korang tak nak lagi another baby. it s a very serious decision to make, akan menyebabkan depression dan penyesalan yang berpanjangan sekiranya selepas beberapa tahun, baru rasa feeling nak beranak lagi. Kerna itulah kita perlu mengambil IUS -Levonorgestrel yang lebih mementingkan reversibility yang mana kalau masa tu rasa nak beranak, u can just remove the IUS -Levonorgestrel.

IMG_1265

IUS-Levonorgestrel has been in our Malaysia market since more than 10 years ago. Aku pun pelik kenapa tak berapa ramai yang tau IUS-Levonorgestrel nih, in fact aku pun baru je tau nih. coz ramai je orang suh buat IUD but not IUS -Levonorgestrel. sebab ramai orang tak didedahkan dengan this info and knowledge. Even 2 panel doctors of the day, Dr Harlina Siraj and Dr Ho, keduanya adalah pengguna IUS sejak 10 dan 4 tahun yang lalu.

Kenapa saya dan wanita lain menyokong IUS:
1. sangat2 highly effective than IUD/pills
2. Convenient means fit and forget, tak perlu nak ingat apa2, pakai je and for 5 yrs kita hidup bahagia without condoms , pill etcs.
3. Lighter, shorter and less painful periods, kalau dulu period pain sangat hazab, kemungkinan untuk tidak mendapat menstrual selama kita pakai IUS -Levonorgestrel adalah tinggi.
4. Extremely safe, for inner and local action.
5. Fully reversible, tiada penyesalan, ada options untuk merancang keluarga atau menambah semula bilangan anak.
6. Smooth transition, in 10 minutes je pakai IUS -Levonorgestrel, dah boleh pi kerja and go back to your usual life :)

IMG_1222

Both Kim and I are excited bout this talk and we plan to have it a try, sooner or later. I have contacted my gynae and he s happy to insert the IUS -Levonorgestrel. Saya masih tak planning lagi nak menambah anak, so rasanya daripada tetiap bulan risau napa period datang lambat, eh aku ngandung ke, etcs, baiklah pakai IUS -Levonorgestrel. the IUS -Levonorgestrel gives good value of 5 years, lebih murah dari perbelanjaan 5 tahun wanita utk condom+ pills + period pad etcs…
so worth it.

btw, berbincang dengan partner you, suami untuk prospek yang lebih panjang for the IUS -Levonorgestrel, sekiranya partner or husband tidak bersetuju, susah jugak kita nak buat IUS -Levonorgestrel nih.  I m trying to convince reddaddy too, hopefully he will give his greenlight very soon :)

IMG_1276

So now, ibu2 ataupun wanita yang ingin merancang keluarga, for various reasons:

1. Financial – mungkin penambahan anak akan mengikat ekonomi keluarga, then consider IUS -Levonorgestrel

2. Marriage – untuk menjaga keamanan keluarga yang mungkin suami hanya mahu 4 orang anak, dan tidak mahu menambah lagi, consider an IUS -Levonorgestrel.

3. Future planning – mungkin sedang ada seorang anak, and berasa ingin sambung belajar untuk tempoh hampir 5 tahun, consider IUS -Levonorgestrel then.

4. Tutup kedai – means sudah tak nak beranak pinak lagi, jom jom buat IUS -Levonorgestrel

5. Apa saja kemungkinan dan alasan, dalam prospek Islam juga kita boleh merancang keluarga, walaupun ramai anak itu rezeki but tidak bermakna kita tidak boleh untuk mengawal bilangan ahli keluarga, jumpa doctor and dapatkan khidmat nasihat IUS -Levonorgestrel.

Thanks Bayer for arranging this very informative meeting recently in Langkawi, giving us a chance to meet the experts and get to know bout IUS -Levonorgestrel memang satu-satunya pengalaman dan information yang sangat dari dulu saya tak tahu, oh now ai knowwwwwwwwwwwwww!

bila insert IUS -Levonorgestrel in our faraj, bukanlah di bahagian depan, tetapi jauh di dalam. while doing intercourse, your partner wont feel it at all coz the IUS -Levonorgestrel is wayyyyyyyyyy inside, not even noticeable. To help you to understand this IUS -Levonorgestrel treatment, get the consultation from your personal gynae. Or else boleh visit this link . May also email to my.bsp@bayerhealthcare.com

Categories : Ads, IUS, Langkawi, Nuffnang, Westin Hotel

Tolong2 carik toys site pls…..

tak pasan ke kol 12/1pm takde entry?

aku pi letak entry tu to trow’s date! bley?

pastu yang kol 5 aku pushed kan to kol 3pm

so yang late petang aku kena pi push kan esok.

anw jap jap….nak bantuan lah sket, boleh tak bagi site link budak nya toys? tak nak lah soft toys or preloved toys ker, nak yang new toys, patung2 tu namor ler….bukan for babies gak yer. untuk umur 7 – 10 yrs old.

Thanks yek…..

ada project toys kejap :)

Categories : RedMummy

Hai hai…sesengih sket :)

IMG_1500

the old or cheap can be carried in style….

black jacket, first time aku pakai setelah 5 bulan beli! gedegang punya lama. dress merah kelabu tu pun  lama gak, 3 taun ada kot. wedges merah emm setaun lebih. hbag merah menyala Marc by MJ pun not so new. itu wedges aaa….sedap tol pakai! tapi bila kat sini aku rasa semacamlah pulak hok kiri, tapak lapik utk kaki tu dah loose kooooooooooooooooo! anytime leh tercabut. tapi aku tau ada harapan untuk kembali pulih kalau aku gam gajahkan. eh dress aku tu dah last pakai, skang buat baju dok umah jer….(Sirman punya idea!)

ada barang aku beli mahal, ada barang aku tak kisah pakai murah. worth wedges tu in RM pun x sampai 50 rasanya, memang cheaper n some more beli kat Jakarta.  sket2, sipar jalan aku dah makin nazak lah. yang wedges merah aritu tercabut tapak heelnya pun masa kat Kuching, aku tak buang lagi, kalau orang tak tau, mmg tak perasan pun dah tercabut yor. redah gak pakai kengkadang. sipar merah lain pun dah tercabut gak dalamnya kiri kanan but masih lagi sedap dipakai. iskk aku sayang betullah nak buang selagi boleh sarung n tak obvious memang aku takkan buang.

ada kasut yang beratus2 pun aku beli pun worth it, but ada jugak yang murahhhhhh sangat berharga untuk aku pakai sekejap sahaja, lama tau service depa ni…

IMG23001

Sirman dok borak ngan Jai, sakannnnnnnnnnn! diorg dari borak kat tengah Adidas tuh, aku tarik depa ke tepi to CnK coz nak masuk lah konon, ha ko pagar dah tutup! halohai, punya sangat ingatkan dapatlah sebat wedges ke kasut ke sipar ker…idokleh teman dapat. bape kali datang MV lately ni, memang tak boleh nak menyoping  sangatlah coz timing lari jer.

untuk taun nih, ini adalah selipar and wedges ketiga yang sudah sangat uzur….wpun bertaun2 ek…puas hati gak, takde lah arini beli, 2,3 bulan baru dia putus nyawa. kibod murah yang aku cite aritupun, aku dah dpt yang baru…best best!

membelilah dengan berhemah, pilihan product yang berkualiti di tangan anda. wahh very the bunyik khidmat.

Categories : Shoes

Tak suka gila ngan 3D movie!

IMG23025

tak suker tak suker tengok wayang 3D!!! aku yang paling tak sukerrrrrrrrr, pastu Gegirl pun sama….! aku cuba nak book online tak dpt, book via fon pun tak dpt, so Sirman pi beli tickets. we tengok Shrek, anak2 mintak. dah agreed pun nak tengok wayang biasa jer, tapi a bit later lah start than 3D, waktu depa pi q beli tickets, aku kena lari buat job kejap. lam 15min jer…

bila aku pi kat depa, Sirman cakap tengok Shrek via 3D, oh nooooooo! he tried pi tukar, tapi x boleh. alahai Sirman, napa le ko lupa bini ko tak boleh tengok benda2 3D nih. satu benda je aku boleh buat kalau 3D if kaitan ngan adv, if sesuka je memang aku tak sanggup.

first time aku tengok 3D was watching the cartoon show, kat Disney HK, aku ingat lagi Tim was so excited to watch it, so kita ramai2 tengok, suku way, aku konggggggggg tidur! pala aku pening giler lah tengok ngan 3D. i never like it. and Sirman tak tanya aku pun tup2 terus beli. ha kan…

aku pakai waktu ni jer, amik gambo b4 movie starts pastu aku bukak and tengok terus dari mata sendiri wpun blur2 ada badan 2 cam bayang2 kan, katanya pun 3D. dahlah tikets 3D ni mahal. hishh Sirman. anak2 memanglah suker…but Gegirl pun tengok kejap jer pastu dia bukak coz cermin mata 3D tu sangat lah bukan size dia. rimas dia heh. abang and Sirman je yang suka bonar ngan menatang 3D nih…

IMG23024

Pasal Shrek, aaa ok jer. takde lah besttttttttttt sangat, mbe mood aku pun dah spoilt coz 3D kan. memanglah ada gelak2 bangat, si Donkey (suara Eddy Murphy) waktu tu best betullah. lawok tol dia. the kucing, puss in boots dah jd gemuk, pun alahai comei kooo dia, teringat terus kat Reddy. tp kids mmg suka gila, Sirman lg la gelak tak ingat hahahaa

cuma dalam wayang ni ada suasana agak tegang gak lah coz ada orang yang bawak babynya tengok. very the baby leh dengo suara baby tu nangis satu wayang ko bengang. ramai tol yang dengus2 bagi signal kat makpaknya mintak bawak kuor babynya pun dia buat dek jer. nangis kuat tu ko….

i mean kita memanglah berhak nak bawak anak tengok wayang but show is almost midnite satu, baby kecik tu. satu lagi almost sepanjang show, baby dia menangis tapi tak nak gak dia bawak kuor but dok suh diam2 bagi susu lah kot segala. sian jer aku dengan makpak and baby tu gak coz ppl are like blaming them for spoiling orang lain watching the movie.

IMG_1522

aku ada nampak Amir Ukays n anak2nya tengok wayang gak but donno which show, Shrek lah kot. and ada sorang yang from group XPDC, anak dia lam setaun lebih, tetiba datang meluru kat aku coz aku dok pegang Baby Alive Gegirl. hahahaha cute je dia. sungguh2 dia mintak nakkan baby alive tuh. Gegirl dah jeling2 takut nau maknya adiahkan baby dia kat budak tuh…

cantik manis yang sangat2 nampak muda beli mati2 aku ingatkan anak dara rupanya anak dah 3, is also my reader. gile kitorg depan ladies pun leh posing!

eh yang group XPDC tu kan, aku tanya Sirman ‘itu bukan King ke’ (king is our old fren)

bukanlah, tu guitarist  XPDC…

nampak nau dulu tau lagu C.I.N.T.A jer kan, tapi membersnya dah lupa. eh napa Mael pukul rotan mengajar anak sampai kena lokap? kalau baca general gitu kan, aku rasa macam susahlah makpak nak melentur anak… unless rotannya bersifat mendera yang buat si anak patah berselirat2 urat kat badan kan….wallahualam.

sib baiklah aku dok gak lam cinema tu wpun sakit mata pala aku ngan 3Dnya, ingat dah nak cabut kuor jalan2 soping ngan Gegirl but tengok jam pun kedai dah nak tutup, rentikanlah. menahan je lah dok tengok Shrek. budak2, ke orang tua boleh je tengok citer tu, depan aku dok 2 couple ke main peluk2 lg suker tengok…gelak bahak2, ha cam Sirman, gelak berlawan2 ngan abang.

Categories : Movie

Reddy is soon to be a mummyyyyyyyyyyyyy!!!!

alhamdulillah…syukur sangat2. with the big boom bang, sket je lagi nak 6 angka yey!!!! with lots of events yang sangat2 happening back to back, rezeki itu Allah tentukan wpun ada yang cuba nak caras kerja blogging saya. dan paling best, aku rasa macam nak menangis je bila Reddy is confirmed pregnant!!! macam aku plak yang preggy, the feeling is sooooooooo  great! emm how to say ek. happy? dah tentu. aku rasa macam satu lagi kurniaan Allah yang paling indah akan lahir tak lama lagi.

ok serious aku bzzzzzzzzzzzzz tapi coz one saturday aku ada slot, malam je ada event kejap, so kitorg anak beranak lari pi vet.

x yah lah nak tunggu entry ni kata dia pregnant ke hapa, kat tajuk je dah awal2 aku cakap. at first kan masa jumpa doctor ni dia cakap tak tentu pun pregnant coz kot2 false alarm. sbb kucing ni kadang2 buncit je lebih, over sangat makan. so satu cara jer nak check kena buat ultra sound.

IMG00079

doctor pakai yang telinga2 u tu check perut dia tak boleh ek?

ohooo cannot lar, itu for human je boleh, utk kucing kita kena scan jugak and i kena cukur sket bulu dia ye, kalau tidak tak boleh nak letak gel and x leh lah scan.

ha cukur bulu dia???

fur dia nanti tumbuh balik, memang cepat jangan risau

ok cukur molek2 yek, jangan kena nipple dia coz dah bengkak sangat nih…

masa cukur tu dia ok lah behave, coz aku ada peluk dia, pastu part nak scan, staff doctor tolong pegang pala but dia meresah. so aku kena switch coz ngan aku baru dia diam, kena pandai pujuk lah kan, dah aku mak angkatnya mestilah tau camne nak amik hati dia. kitorg punya excited, anak2 lagi lah, tak berkelip mata tengok tv scanner tuh…Reddy kena menelentang, macam kita mak2 yong bila doctor scan perut kan…

yeahlah shes pregnant!! full term already!!

haaa? mana2 heart beat baby dia? bape ekor? bila due? soon?

amik acik tanya tubi2…excited kooooooooo. abang n gegirl lagilah skima muka suker bangat.

IMG00078

dah full term ko si Reddy, anytime je nak beranak. padanlah asal aku bukak cabinet baju, laju je dia cuba nak masuk. member ngah carik nest port nak beranak!

banyak giler pesanan doctors bagi, specially on her new nesting area lah. aku kena bukak balik cage nak bagi dia beranak lam tuh, x kan nak buat dia stress beranak atas perut aku lagi cam kucing lama aku dulu. aritu borak ngan adik aku, dia ingatkan aku kisah kucing2 aku dulu yang siap beranak atas atap rumah lama, between zink! ha ko camne dia masuk tuh, baru aku teringat, abang2 and abah aku panjat nak kuorkan anak2 dia. ada yang aku dah simpan baik lam kotak, dia pi jinjing gonggong gak anak2 dia alihkan tpt yang lagilah aku rasa tak selamat. tu exp lama.

so sbb skang dah modern wah gitu kan, aku kena design balik cage dia, nak letak tikar getah, nak letak kotak or apa2 bekas baru yang tinggi so that dia leh menyorok ngan anak2 dia nanti lam cage tu.

Doctor dapat detect 3-4 heartbeats plus tulang belakang kittens Reddy, and tetiba Gegirl mencelah ‘Doctor, female ke male?

hahahahahaha…kitorg tetiba gelak sesama. kooo! doctor pun x leh nak jawab, itu tunggu Reddy beranak yer, baru boleh tau jantan betina.

IMG00080

eii first of all, congratulations to Kemek coz akhirnya terjawab sudah kejantanannya. First person to get to know this news is my fren yang aku dulu dapat Reddy ni dari dia, 2nd goes to the new owner Kemek, Wanie…Kemek, ko jadi bapak Kemekkkkkkkkkk! tapi ko tak boleh jumpa anak2 ko, kang ko  ngap diorg!

actually lately ni Reddy adalah sangat melekat ngan aku. dia sampai tidur sebelah aku n rapat2 pulak tu macam mohon dijaga dia, n jap2 mintak makan….and dia asik mandom, jap2 tidur, jap2 ngangkang coz perut dah sarat. macam malam tadi aku baru nak lelap, tup2 dia ada atas perut aku, tekejut acik, dalam gelap aku usap dia, ko takkan nak beranak atas perut mak merah plak, bape byk kucing aku suka nau beranak atas perut aku heh. n aku alihkan dia ke sebelah aku, she sleeps wt me. ngah tidur gak Sirman terkejut dia ada kat sebelah Sirman, lor…macam merapatkan badan, nakkan suhu ke or dia mmg ngah tiba masanya akan beranak.

waaa…skang satu rumah jaga Mak Yong tahap melampau giler. my sense and korangnya cakap pun betul, yes she s pregnant!

lalalalalala…
Reddy is pregnant :)

Categories : Cat, Reddy
 

Switch to our mobile site