2 movies back to back…eh 4!!

IMG_8341

So we were at KLCC to watch 2 movies. Sebenarnya kalau nak dikira minggu tu aku tengok 4 movies! 1st movie tuh was Eat Pray Love. 2nd Movie was The Switch.

3rd and 4th movies je kita tengok with the kids….Magika and Sammy’s Adventurous: The Secret Passage. In between kita melanguk kat kedai2 yang aku rasa masa lunch break kerja tak sempat nak masuk.

Bila ler aku nak dapat boli si Loewe nih!  2 order aku hantar, dedua tak dapat nak belikan dari Milan and Paris. payah tol jodoh ngan si Loewe nih….

nak beli kat KLCC tu skang memanglah boleh, tapi sakit hati bila tengok harganya yang ada riban2 jugaklah kerugian compared than beli kat oversea. Yang tax deduction tuh bukannya boleh dapat skang, dah tentu tahun depan.

IMG_8359

comelnya Gegirl….

dia ni selamba jer lah..buat model tak kisah orang tengok ke idak. mood dia pun bukan betul sangat, kalau ngah angin, tak nak dia buat drama model dia….

IMG_8361

Aku tengok orang promote Magika, melompatlah aku beli tix….sebab mesti budak2 suka. Memang betul koooo! jangankan budak2, mak pak budak pun suka. terbaiklah citer tuh wpun abang dok pelik apesal citer nih asik kejap2 menyanyi jer…dah namanya pun Musical.

seronoklah citer tuh. kalau ada DVD ori dia kuor nanti, nak beli gak lah.

if ada soundtrack dia pun nak beli kat mana yek? sapa tau?

Tapi kan, sian generasi skanglah. anak2 aku tak kenal semua mitos dalam citer Magika tuh. jenuh aku nak explain sapa Hang Tuan and the gang, sapa Puteri Bunian, Puteri Gunung Ledang, Badang, and ramai lagik….

IMG_8364

Lepas Magika kita nonton itu Sammy’s, oh citer nih aku boleh tertidur 10min hahahahah. Mungkin sebab aku dah letih satu hari kuor, lagipun citer kartun budak2 kan…laju je mata ni nak tidur, banyak layu2 gitu. The kids memang suka…apa yang diorg tak suka.

lagipun sebulan sekali or 2 bulan sekali jer makpak diorg bawak depa tengok wayang….

IMG_8355

balik tuh pun masing2 takde napsu nak pi singgah dinner. Sirman buatkan kitorg maggi. astaga..nasi and lauk bukan takde tapi sume nak makan maggiiiiii! Pastuh aku sempat gak shopping beli baju 3 lai. kelas sempat katanya! Sonoknya aku shopping tuh with Gegirl jer.

She lah yang jadi advisor aku, she lah yang tolong bayarkan, she jugak yang dok carik size S S S hahahahaha…kelas ko nak.

IMG_8348

Sebab aku suka tengok wayang kat klcc coz:

1. aku tak yah q panjang2 beli tix, pakai online pun boleh jer, tengah bulan orang tak ramai beratur beli tix pung.

2. aku tak yah nak bayar parking memahal kalau pun dok sehari suntuk di KLCC coz i work in KLCC mar…aku memang ada seasonal parking pass.

3. Orangnya tak lah seramaiiiiiiiiiiiiiiii macam kat Midvalley. wpun begitu MV dekat lagi ngan rumah aku than KLCC.

IMG_8352

nak promote PB sket lah…nampak kurusssssssssssss! hanya dengan PB huhuhuuu….

minat ngan baju anak2 saya?

Baju Gegirl was bought from Ams, baju abang was bought from Jakarta

IMG_8347

Baju ai dari koleksi sendiri from KLCC jugak…aku ada 10lai suor hitam, material jer berbeza. Kalau pun aku pakai suor hitam hari-hari orang mesti agak suor yang sama, no it s not, ada suor waktu pinggang besau, ada suor gak selepas pakai PB youuuu!… Prada bag is from the confession entry hahahaha wink wink.

semalam saje bagi chance entry sebijik jer…

bagi RD dapat the limelight….zass zasss!

today onwards, RM is backkkkkkkkkkkkk!! Sirman pi pi dok balik belakang tabir weih!

Comment: 19

Dia yang teristimewa…

1. Ini surat cinta dari isteri yang menaip entry ini, jauh dari sisi, tapi dekat di hati.
2. Ini surat cinta dari kasih tak berbelah bahagi.
3. Ini surat cinta dari gabungan 3 hati.
4. Ini surat cinta untuk you tahu, istimewanya you di hari ini, dan juga saban hari saban tahun ke akhir nyawa.
5. Ini surat cinta tanda you tetap kami cintai.

IMG_8319

6.   Pertama kali di malam ini, i tak boleh nak celebrate with you
7.   Pertama kali dalam perkahwinan kita, kerna sokmonya you yang tiada di sisi untuk menyambut bersama, tapi kini giliran saya.
8.   Pertama kali dalam malam kelahiran, hanya anak-anak menemani you.
9.   Pertama kali dalam sejarah, you are reading this long entry coz today is your day.
10. Pertama kali secara umum, i kongsi bersama dengan yang lain

11. You istimewa kerna you penyayang walaupun adakalanya kurang penyabar
12. You istimewa kerna you pengasih walaupun adakalanya cepat tersalah
13. You istimewa kerna you pendiam walaupun sering galak tertawa
14. You istimewa kerna you pencinta dan pembela isterimu
15. You istimewa kerna you pendukung dan penghulu anak-anak.

IMG_8323

16. Dalam perjalanan kita, you meredhai setiap langkah isterimu
17. Dalam perjalanan kita, you merestui kasih sayang tak berbelah bahagi
18. Dalam perjalanan kita, you memberi segala walaupun dalam hati ada lara
19. Dalam perjalanan kita, you tidak pernah putus melemparkan benih cinta
20. Dalam perjalanan kita, you adalah watak utama.

21. Kepada Allah semua mendoakan berpanjangan umurmu
22. Kepada Allah semua mendoakan perkahwinan mu
23. Kepada Allah semua mendoakan redha hidup anak-anakmu
24. Kepada Allah semua mendoakan kelimpahan rezeki.
25. Kepada Allah semua mendoakan kamulah yang terbaik di mata keluargamu

IMG_8328

26. Bila nama isterimu dibenam, kau bangunkan yang terselut
27. Bila anak-anakmu terluka, kau tangkis memberi semangat
28. Bila keluargamu diracik, kau balas menyalakan azimat
29. Bila jatuh duduk isterimu, kau padamkan tangis yang panjang
30. Bila seringgit duit mu tinggal, berempat kita sesama merasa

IMG_8334

31. Kalau bukan kerana suami, tiadalah seorang isteri
32. Kalau bukan kerana daddy, tiadalah 2 orang anak
33. Kalau bukan kerana emak, tiadalah  kamu di muka bumi
34. Kalau bukan kerana abah, tak mungkin hidup bersengkang mata
35. Kalau bukan kerana cinta, kita tiada dalam ikatan

image

36. Dan kamu istimewa hari ini, kerna kamu disayangi oleh seluruh penduduk alam maya Redmummy.com
37. Dan kamu istimewa kerna hari ini hari kelahiranmu, 37 tahun.

Dia yang teristimewa …. Sirman / RedDaddy.

*** hakcipta terpelihara ya, copy paste sila credit to RM 🙂 ***

Comment: 108

MTV Di Mana Kan Kucari Ganti…

Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

*************************

Dari sponsored post earlier in RM

Hey korang…tau lagu nih? Dari Seniman Agung kita Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, PSM, AMN, DA (Sarawak) atau lebih di kenali sebagai P Ramlee (Alfatihah buat lagenda yang satu ini). Saya gembira untuk sama2 meletakkan MTV ini di right side bar in RM…

korang boleh click2 kat situ tengok and dengar sama.

MTV ini atas kerjasama dari ramai penyanyi terkenal, antaranya KRU, Dayang Nurfaizah, Bunkface, Atilia, Vince, Stacy, Sharir, Aizat, Jac, Lan The Typewriter, Ning Baizura, Ella.

huh….naik bulu roma aku bila dengo tengok mtv nih weih.

Comment: 22

Gilo Pink ko!

IMG_8170

dah alang2 pintu umah ko pink kan

apesal tak ko pinkkan sekali satu rumah mya oiiiiiii!

IMG_8172

eh eh….kita kat rumah maya yek!

memula asal usul keturunan memang nak hadhir.  but a nite before macam ada urusan berpanjangan, so entah kol bape pagi aku roger pompuan ni kompem tak dpt hadhir. tapi tengok2 after 1ish pm dah cleared, so bolehlah pergi. ke main lah jem nak jalan ke rumah makcik nih…

lagi sket je pintu nak ditutup dari waktu rasmi untuk para tetamu hadhir kitorg sampai hehehehe…biasalah, berani ko nak tutup pintu umah tak bagi diva masuk!

IMG_8181

memang betullah pangai aku suka menghirup kuah dari kecik sampai ke tua. tak kira rumah orang, ah lantakkan! siap bertambah lagi aku pelahap bihun soup yang mak mya buat. ..sedap larrrrrr!!

umah dia ni tinggi koooooooooooooo, aku pun dok umah atas langit gak, tapi ni betul2 punya tinggi. kalaulah umah ko ni lift takde, huh nangis. dulu sekali umah akak Sirman lift dia rosak, mak datuk, naik turun 3 trips kay, coz dah naik turun balik, pastu naik balik, pastu kena turun balik sebab lift nya rosak.

IMG_8194

wah sayup2 gitu…….

aku jalan pun tak sanggup nak tengok tepi, tapi tak lah scary sangat pun kalau dah biasa dok umah atas langit kan…cuma eiii tingginyaaaaaa!

IMG_8192

ko semua nak dipinkkan yek! budak gila pink, hah gini romannya….

IMG_8205

kitorg datang takde nya nak ikut tema. 2 taun lepas Yaya nya bday tema purple, aku datang anak beranak kaler purple, siap boli baju purple, taun nih pun mmglah ada kaler pink tapi eh malas heh nak berfink fink. so aku sarungkan jer Gegirl ngan baju pink.

janji dari Red Family ada jugak wakil pakai pink….

suka borak ngan mya hahahah laser melaser kitorg. ai lap u too mya!

IMG_8169

top to toe ko pakai pink kan yaya…isk isk..

makcik pun gila merah, takde le anak makcik nak dimerahkan semuanya heheheheh…opss!

happy birthday Yaya @ anak sulong Mya! pi beli hadiah birthday yek, jangan ko bagi mak ko joli plak. eh eh mya, akak buat photo shoot kat bawah umah ko…muahahahha ko hado? ko mano adoooooo…umah sendiri pun tak nak buat.

kalau nak tau, blog maya ni memang aku suka baca. dulu tak havoc sangat dok kat blog dia, tapi bila satu hari dia blogkan pasal satu kes, masyallah. ko bebaik mya oiiii….kang ado yang anto NOD. semakin lama hehehehe semakin laser betul dia menulis. cuma one thinglah dari dulu pangai dia tak berubah, hari ni kalau dia pi holiday, tahun depan tak tentu dia keluarkan entry tuh. kita nak buat reference pun makan hati jer….

bak katanya…98% dari readers blog dia pun datang dari RM jugakkan. so bookmark je lah yek. **nak kutip 11 dulang hantaran dari makcik fink jap…**

Korang nak feature dalam RM? boleh….contact jer RM privately 🙂

Comment: 33

Cursing You!

IMG03125-20101015-2353

sapa yang bertanggungjawab buat nih, i m cursing you!

aku tau whoever did this been stalking me (oh i m not gonna tell u who who who and how i found out) but this yes you, yang did this, hari ni ko buat orang, tengok apa jadik kat ko nanti. silap2 keter ko masuk bawah kontena!

apa punya manusia busuk hati pi calar keter orang…

i know you did this lar dude!

eiiiiiiiiiii! nak buat jahat apa pun, tak boleh pikir orang belakang ker dulu? ko tak tau ke ko buat jahat hari nih, family ko ke or ko sendiri akan dapat musibah Allah.

Tak aku maafkan engkau nih, menjawab ko esok kat sana.

Dasar pengecut, berani calarkan keter orang, apesal tak face to face ngan RM?

Memalukan!

Comment: 74