Birthday treats for ualz, ai x dak pung…

IMG-20111018-00004

jangan pegang wei, pig skin lining tuh!

dah 2,3 hari aku tengok je high heels ni dari jauh. last2 ok kita masuk, tengok jer ler….macam halahai, 6 inci tuh. takper takper…dah kembali ramping sok, aku sarung semula kasut2 berinci2 kat umah nun. Ada 5,6 pasang beli sepanjang preggy tak pernahhhhhhhhhhhhhhh berpakai so buat masa ni, lap air liur dulu.

btw cam aku twit, kot ada le yg tak tau, Vincci korang dah buka kembali di Concourse KLCC, sebelah2 ngan Bodyshop tuh. Charles & Keith pun be opening soon kat sebelah2 ngan Vincci gak….

IMG_7350

n this is for my girlfren, a belated birthday pressie, terpaksa tunggu dia balik from UK mar…

aku pun takdak Tissot tau …. bertuahlah kamu teman

For RedDaddy’s birthday, seperti taun2 lepas, kuhantar bunga ke kantornya, kali ni aku bijak, florist, no bouquet, u anto bunga yang dalam vase yek, so nanti dia bawak balik leh letak kat my dining table.

ahhahaha bijakkan? coz tetiap taun dia akan bawak gak balik bunga dari opis ke rumah, so might as well aku 2 in 1 kan. Hadiah for him ada but this time, but ai tak yah cananglah, biarlah yang terdekat je mengetahui 🙂 . of cos best is, the red baby is on the way, insyallah.

Takdak gambar bunga merah menyala tuh, pi tengok kat twitter RD sendiri.

Comment: 16

Siapa menyukur bulu?

image

gambar ni aku carik dari twitter RD

itu je le budget depa untuk beli adiah birthday bapak depa.  mana le ada masa nak beli kat luar, bertiga je ngan mak nya, depa nak pilih sendiri, kalau kuor weekend pulak bapaknya ada….so ni depa beli kat kedai umah jer.

dahlah dedua benda tu biru hahaha! duit pun si abang yang menyupport adiknya gak. adik pilih bubble (si gegirl ni kalau pilih adiah bapaknya mesti ada kaitan dengan dia gak tau hahahaha) yang abang pulak ok logik gak adiah tu, dia tengok bapak dia pakai shaver, so he beli satu. not bad.

ok cakap pasal shaver, memang ler RD ada shave kat bilik air tuh, tapi pagi birthday si bapaknya, aku tengok ke main bersepah sinki ngan shaver + bebulu tak berkemas. eh tak pernah laki aku shave tak basuh kemas balik.

so being makkkkkkkkkkkkkkkkkk….

aku siasat kat bapaknya dulu coz si bujang kecik tu dah pergi sekolah kan. bapaknya tak ngaku. lagipun mmg tak logik aku tau sirman kalau shave takde nya dia nak buat sesepah and some more dia takkan shave waktu ngah sibuk2 peak hours nak pergi kerja gitu, this must be done by Abanggggggggggggggggggg!

apa yang ko shave tu bang?

bulu pun takde lagi

ko shave rambut ko ke??????????????

ei budak2 ni!! explore tak agak2.

Comment: 32

RedDaddy turns 38!!

tahun lepas, tiada di sisi.

 

 IMG_4821

Sudah padi letak diresmi

Alur temu buah berangan

Doa kami cinta kami

Biar usiamu insyallah berpanjangan

****************

Tanah rantau asal rumbia

Bawalah tuah untuk sirami

Kerna kau pencinta setia

pada sebuah Red Family

******************

Cinta bersemi wahai kekanda

Dalam sejarah telah berrtemu

Sebagai suami sebagai ayahanda

Dan Allah merahmatimu…..

**************

Daun semalu dicarik pagi

Kayu delapan letak siraman

Ulangtahunmu kembali lagi

Tiga puluh lapan usiamu Sirman

 

p/s: kalau baby bangun malam, jangan buat2 tak dengar yek, kata mithali 🙂

Comment: 40

The blue blue for RB…

IMG_7339

uolzzzzz, thanks for the confinement’s entry yek! terbaiklah korang, the besttttt betul! ramai giler yang emails me the contacts of the c/lady tuh, aku dah called some of them, ada yang ok ada yang ngah KIV, survey2 tapi macam dah ada jodoh ngan salah sorang.

Standard harga memasing as expectedlah, ada yang logik, ada yang mak datuk gila melampauuuuuuuuu, ada yang harga dah ok tapi package tak menarik. ada yang nak biarkan aku terkangkang ngan baby sampai noon hahahah dahlah takde asssistant oi, rasa nak kidnap je makpak aku dok ngan aku tapi depa pun tak sihat, lagi satuhal je nak pikirkan masalah pantang aku plak.

Tapi one thing aku baru tau, rerupanya kena tempah bidan2 nih sumer by 2-3 months before EDD yek. Ingatkan leh main panggil jer, mostly yang aku tepon semuanya dah full house till early next year tuh. Ikut nasib2 jer ler sapa dapat ngan sapa.

Hokey hokey, tunggu yang beranak, Ya Allah Kau permudahkanlah perjalanan kandunganku, moga bayiku selamat sihat walafiat.

so i dah pergi ler beli sesikit barang baby, as i said, kita dari first pregnancy masa Abang, masa turn Gegirl termasuk yang baby ni pun, memang aku start beli dari usia kandungan 7 bulan ke atas jer. Ni memang petua orang2 tua yang aku pakai, tak dibagi beli kalau belum mencecah 7 bulan. Ada orang ikut, ada orang pedulik hapa, asal awal pregnancy dah terus shopping.

Engine bermula dengan makan Baskin, aku kan sejak pregnant asik mengulum aiskrim Baskin jer….tu yang aku tak citer tapau setiap minggu sampai 2-3 bekas. hah, cantiknya pulak Choc Moose Royale dah back in business di Baskin Jusco. vasslah!

IMG_7342

apa yang kita carik di Jusco, alah yang biasa2 jer….siap bawak list, tu pun banyak stops coz aku kan agak dah pancit. orang tengok pun dok tanya bila nak meletup, napa dok berjalan lagi, dah bukan cam penguin tapi macam whale pun ado! Budak2 2 orang tuh beria ler nak mencarik barang utk adiknya tapi sampai sudah depa dok leka kat toy’s department. hampehs betul abang kakak ko.

Apa yang ko nampak Sirman pegang tuh kita tak amik pun. Tapi tu lah ngah reluctant getting the babycot specially. We just spent RM250 kat Jusco, budak2 amik jugak sket2 for their baby brother.

The next day, kita pergi Mothercare KLCC pulak, and Isetan too.

Hah kat sini kita banyak amik baju, by the way my stock from UK via Diva Darling pun dah sampai gak.

IMG_7344

aaa pantang nampak kerusi, amik napas sket yek

IMG_7337

the longggggg list, actually pakainya 1 lai jer, tapi lain2 tuh as back up, list nih readers RM jugak bagi aku shout kat FB, so kalau korang nak, pi le tengok kat fanpage ai tu yek, gila pemalas nak letak dalam RM nih. Dulu punya list barang2 baby/mak aku punya dah berkurung lamaaaaaaa, sah2 ler dah takde copynya.

Kan kita ingat nak tutup buku till Gegirl, hah ko….

My pregnancy, emm aku dah gained 16kg. perkh….lagi 2 months to go Insyallah. During Abang, naik 30kgs, oklah kira logik coz dulu aku masa anak dara kering cam papan, 38kg jer. Masa ngandungkan Gegirl, almost 20kgs gak naik. Ni for baby, ada lagi 2 bulan, harap2 janganler lebih 20kg wuiiiiiiiii.

Budak2 tu main selambak jer amik kaler biru semata. Tapi kat mothercare tu kita get rid biru, selagi ada kaler lain, not pink lerr kan, memang sebatttttttttt. Kat Mothercare je dah spent over RM800, tu tak termasuk last weeknya aku sepnt RM400++ to become a member of a Mothercare.

Satu menda kitorg pelik susah nau nak dapat, tilam and pillow baby. ni mana le nak cekau, ada yang suh pi IKEA, ada yang suh pi ECurve lah, sume ujung2 dunia. aku ni weekend tengah mengurangkan jalan. sakit ko, pala baby dah engage gamaknya. Nak turun dari opis ke Aseana for lunch pun hanya Allah Yang Mengetahui betapa jauhnya perjalanan nak sampai….

Comment: 27

myemail.my – Yet another FREE email?

48hours sponsored post.

What??? Another FREE email? Berapa banyak FREE email nak pakai ni?

Kan baru-baru ni kecoh yang kerajaan Malaysia dengan kerjasama satu syarikat swasta kini giat membangunkan satu email system untuk kita rakyat Malaysia. Khabar-khabar angin ada kedengaran yang email ni kena bayarlah, wajib registerlah dan bermacam-macam rumors lain yang membuat kita tertanya-tanya…

So few days back Tricubes Berhad, syarikat yang bertanggung-jawab menyediakan platform email untuk rakyat Malaysia ini telah membuat media briefing untuk menerangkan dengan lebih lanjut dan jelas apakah sebenarnya myemail.my ini.

First time aku dengar company Tricubes Berhad ni. Rupa-rupanya company ni dah bertapak lama dah sejak 1997 lagi dan telah tersenarai di BSKL. Focus utama dan expertise mereka adalah di dalam area Enterprise Mobility, Identity Authenthication dan juga Secure Access & Automation. Antara key projek mereka termasuklah Hong Kong Special Administrative Region Government, Orly, Paris Airport, Mobile Banking Pin Issuance dan Malaysian Government Multi-Purpose Card. So bukanlah company tangkap muat jer ni.

So back to myemail.my, apa keistimewaan email ni? Myemail ialah perkhidmatan email yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia kita berhak mendapat akaun myemail ini. Pendaftarannya pula mudah dan kelulusan adalah dalam tempoh 24 jam. Ada kelulusan ya, bukan register terus dapat guna ya.

Apa yang bagusnya tentang akaun myemail ni ialah korang boleh mendapatkan berita terkini atau acara-acara kerajaan terus ke inbox korang. You’ll be the first to know if there is any government initiative, perkhidmatan ataupun dasar kerajaan yang baru.

Tapi apa yang pentingnya, myemail ini adalah percuma, selamat dan convenient serta ditentusahkan. Ini adalah kerana kelulusan akaun myemail ni adalah diluluskan oleh pihak JPN sendiri.

Selain dapat unlimited email storage, korang juga dapat 25GB free storage untuk simpanan dokumen ataupun photo disamping dapat menggunakan online Microsoft Office application secara percuma. eBilling pula memudahkan kita untuk membayar bill juga untuk mendapatkan statement dan notis terus dari inbox. Imagine berapa banyak kerajaan dapat jimat kalau semua bil, notis ataupun statement dihantar secara online…

Lebih menarik lagi, myemail secara exclusive berkerjasama dengan few partners memberi potongan ataupun diskaun yang hebat produk-produk mereka. Contohnya JackCow yang menawarkan perkhidmatan discounted coupons, akan memberi lagi 8% rebate khas untuk myemail users.

 

Orait, aku dah register dah. Korang bila lagi? Tengok acknowledgement yang mengatakan application aku tu akan diverified oleh JPN sendiri.

 

Dang!!! Kena reject la pulak… Aku rasa aku letak nama Redmummy kot hiks…

So remember, Nama dan IC kena sama exactly seperti di MyKad! Tak boleh pakai nama-nama nick semua ni. That’s myemail.my 🙂

Khidmat pesanan masyarakat myemail.my is brought by Redmummy.com

 

Comment: 29