CepatKurus PB NorshidahKamarudin
 

Ya Buk..bisa buk…..

Maid temanku lari!

Terdekat ngan aku pulak kawan aku nih. Tinggalkan her 5yo daughter je kat umah, waktu siang. siap dipecahkannya gobok lemari and amik passport + almost seribu gone. dah kira criminal pulak melampau maid2 nih.

My replacement maid memang tak dapat yet, agent tu hari2 kena gegar ngan laki aku, dah kena maki pun tak jalan, tak maki pun tak jalan. aku dah tak campur dah deal dia contact agent, tak larat. i will be more stressful with all the hantu2 nih sume. baik maids baik agents. Rezeki korang, bahagian koranglah coz  dapat maid yang reliable. not like our nasib.

Dah tersurat, aku dilopongkan kat sini tapi dimewahkan di situ. so redha.

For me, kami anak beranak memang rasa seronok takde maid. Selain hati tak sakit, aman tenteram je kat rumah. As a back up aku ada cleaners yang rotation buat keje kat umah tuh. Cuma for daily purposes, alahai, laki mak dah bising malas dah nak sidai2 kain baju, and basuh pinggan. letih dia malam2 kena dok buat keje2 gitu yang padanya keje2 pompuan tapi dah bininya boyot, kenalah jugak buat. Ko ingat kalau aku tak boyot dia nak buat, aku gak yang kena lipas kudung buat2 sumer tuh.

RD is a very typical man, tu yang dia malas nak basuh pinggan mangkuk bebanyak, dia suh aku pencen memasak jap. Bukannya tak nak ada maid, some more nak ada baby ni lagi ler perlukan bantuan though i wont get the maid to look after my baby, yang kakak and abangnya tu dah big, tak yah nak dimandikan jaga sangat. tapi baby ni bahaya woi….yang aku geramkan skang nih, kita akan tuntuttttttttttttttt jugak replacement maid tuh wpun aku suspect kalau dapat pun dia akan lari jugak.

You know why coz setelah disiasat memang agent hamlau tuh dah tak eran bila maids production dia ramai yang lari. huh hai. Dahlah first maid yang aku dapat tuh dia suh try seminggu, tu kena bayar 5ribu. pastuh found out maid tu cakap dia tak suka jadi maid, nak jadi Salesgirl kay, so agent amik balik and ganti yang baru si Mila yang lari tuh. Untuk dapatkan Mila dia suh bayar lagi extra RM1ribu coz katanya dari Jawa.

Bila aku check ngan Mila, bukan pun dia datang dari Jawa, datang dari Medan jugak sama ngan yang maid temporary seminggu tuh! Haprak betul. Ngam2 cukup sebulan dia pulak lari.

Total nak dapatkan maid dekat RM7ribu sahaja ngan lost plus kerugian kena bayar penalty kat Imegrisen + apa yang dia sempat curi and amik and yang aku kena bagi anto duit kat kampung dia gak. podahcit!

hah sementara aku dah teringat nih, masa Pipinnnnnnnnnnnnnn jadah tu lari dulu, kan aku cuti 3 hari kan, so aku kelam kabut roger in out contact2 yang leh dapatkan aku maid segera. Ada kawan pada kawan pada kawan kakak aku, pun datang nak tolong.

First time deal jer dah macam pentipu. Cakap konar2 baring, aku ni dah macam lawyer kalau ko janji a to b, aku tuntut cakap a to b kau, tapi kalau ko tetiba ada cde, ha sah aku argue. So lepas 2,3 hari ding dong ding dong, dia cakap ok maid dah ada, dia nak mintak deposit through online for 2k.

aku suspiciouslah jugak aku cakap aku ada seribu je dalam bank. lain sume cash in hand coz janji awal kata nak duit cash bukan suh transfer. then dia cakap oklah tfer jer 1k tuh, so aku transfer, ikut gamble je nih dahlah tak kenal tak hapa tau, main belasah jer nih, at that time laki aku pulak kat Afrika kan, so decision making mmg sume aku buat sendiri.

Then dia cakap thari nanti dia bawak maid and bayar the remaining balance which is about 4ribu lagi lah (since 1k dah deposited).  Janji tengahari tak dapat jugak, tak de bayang, bila sms tanya tak penah nak jwb, bila call baru jawab oh bz bz nanti jap gi sampai ngan maid.

Tetiba….

pukul 3.00 petang dia ada kat depan pintu rumah aku.

Aik. apsal ko datang sorang, mana maid aku?

Oh maid you tak boleh nak lepaslah, kena bagi lagi balance 4ribu tuh.

aik, awak ni, saya tak kenal awak, tetiba datang rumah saya mintak 4ribu?

Yelah saya nak tengok rumah majikan untuk maid nih.

Sejak bila pulak ada service or quota kena tengok rumah majikan bila amik maid?

Dalam hati aku, tau ler aku sorang2 takde laki, ni nampak sangat nak pau duit aku nih weiiiiiiiiiiiii! Memang tak leh trusted langsung.

anw berbalik pada duit 4k yang dia mintak tuh, dia cakap kalau tak percaya, hah bolehlah pegang IC dia. siap dia passkan tepon dia suh cakap ngan kawan punya kawan punya kawan kakak aku lagik.

Eh ko lupa ku ni blogger and otak aku panjang akal jugak.

Pedulik hapa aku ko suh pegang IC ko pun, nak aku release 4k kat ko yang banyak cong cangnya oh tidaklah. tetiba sanggup datang rumah nak amik duit tu yang tak menahan. Hamlaunya sangat. Ni taktik nak duit cash mana kita tau dia betul nak rolling kat maid kan, dahlah dia tetiba menebeng depan pintu rumah aku. anw aku tak bagi masuk pun ,cakap through grill jer, pehal nak bagi ko masuk pulak.

So i didnt give. but he promised to come back that night with a maid, so aku leh bayau later.

Harammmmmmmmmmmmmmmmmmm nak dapat duitnya!

Pastu start chasing duit refund dari dia, yang 1K tu coz kita tak nak pakai service dia dah lagipun dia dah banyak cong kan.  Ko, sampai laki aku yang balik dari Africa pun chase dia pun tak gak dapat2….finally kakak aku yang jadi introducer + laki aku sound bertepek dia refund gak but short RM17! ahahhahha

yalohai…

ini punya olang pun ada jugak.

So anw, harap2 aku dapat ler reliable maid/helper, Abang and Kakak dah besar boleh diorg bantu2, i m also independent wife gak, but problem is bila kita dah ada baby. Skang buat keje rumah agak terbatas coz i m boyot, tunggu kalau dah beranak pinak, takkan sumenya haku nak buat, so memang nak pakai pembantu, tapi bila ramai yang lari, tak kira ko ada anak besau pun anak kecik lagilah depa lari. Macam anak2 aku 2 orang tuh, bukan ada kat rumah pun, kat sekolah jer seharian tapi pun maid lari gak apatah lagi yang ada baby or anak kekecik.

Apalah saja yang indo2 ni nakkan lagik, sibuk datang msia nak kerja, tak boleh ke kerja yang halal and dalam keadaan legal, nak jugak jumping sana sini, pastuh dah korang lari, kita pulak kena bayar penalty kat Imegrisen. Whylah our gomen is so ikut sangat cakap negara Indo sana tuh. huh!

Tapi kenang2kan, anak2 depa kat sana pun depa tinggalkan, apatah lagi anak2 kita yang depa jaga, pedulik hapa pun diorang nak bela memolek! ni ada jiran aku dia tak tau yang maid dia dah lama kerja bertahun2 ngan dia tuh dok merempat kat bawah berborak setiap kali siang dia bekerja. Hai ….

Semoga Allah memudahkan perjalanan Red Family.

Categories : Helper

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

A story about Reddy….

IMG01226-20111008-1931

bukan dia tidur, tapi tengah sakit tak sihat walafiat  nih. but masa entry ni kuor dia dah kebah, dah boleh makan minum. 3 hari ok dia tak nak makan minum, dok pakai syringe  tenyeh air kat mulut dia pun payah sangat. Hari pertama malamnya aku tengok dia semacam tak active pun. Esok siangnya memang kompem tak sihat, tak tau ler sakit apa tapi dia dok berselubung jer ler. pastu manja je ngan makyong.

So hari Sabtu tu apa lagik bawaklah pi vet…..

IMG01227-20111008-1934

Reddy kena infection, sekali 3 cucuk dia kena coz nak amik darah nak cek dek vet. Pastu 3 hari kita 4 beranak bersilat nak bagi dia ubat. bukan senang. Sirman pegang muka mulutnya, Abang pegang tangan and kaki, aku tolong masukkan ubat tu dalam rongga mulutnya and Gegirl tukang sorak!

Masa dia tak sihat nih, Mozel tak berkawan sangat ler aterrr Reddy tu bolayan jer dia borak.

Now macam dah sihat cuma mata dia macam sembab, allergic ubat kot. But sekomannya dia dah leh makan so syukurlah jugak, if tak getting better gak nanti weekend kena bawak lagi pergi vet.

Amik darah dia jer dah RM75 + check up segala ubat total is RM140. standard le ni harganya, pasir and iams dia pun in my allocation gak.

Categories : Cat, Reddy

4D Scan for Red Baby…

image

meh kena ajar sket those yang tak pandai tengok 4D scan, yang hitam kat pala baby tu is the cut of the photo by the doctor, kang tak paham pulak korang. baby ngah tutup mata and hisap ibu jari, jari lain tu dia tutup hidungnya…

gambar ni dari copy CD yang kita dapat from the doctor, siap ada video lagik eii suka tengok!

IMG_7294

hok ni pulak dari our camera….

masa buat 4D Scan nih, terpaksa kidnap budak2 kuor dari smart reader class depa coz buat 4D scan bukan leh buat setiap bulan, sekali dalam 1 pregnancy dah cukup. Lagipun ada weeks yang molek kita buat, paling just nice is above 25 weeks, up to 30 weeks, kalau bigger than that nanti susah nak tengok, doctor pun tak galakkan coz rugi tak nampak clear plak.

Dahlah aku nak dptkan buat 4D Scan nih kat area umah aku, once a  month jer doctor tu ada datang buat.kat Gynae aku pun boleh buat gak but at different floor tu yang remehnya nak kena pi certain days eh idok le aku kuasa.

IMG_7297

Budak2 dok riuh tanya napa adik depa tak nak bukak mata, dalam sejarah doctor tu, 2 kali jer dia pernah tengok baby bukak mata masa buat 4D scan, miracle sangat doctor tu cakap masa tu lah. At this time babynya tak nak bukak mata, dok main tendang terajang jer itupun jenuh nak tengok mukanya coz dia dok tutup mukanya ngan jari, puaslah doctor tonyoh2 baru dia gerakkan tangan jarinya and bagi kita tengok mukanya.

Banyak positions kita tengok, paling budak2 tekejut bila dengau heart beat baby ahhahaha menyeringai si kakak and abangnya. Currently masa buat 4D scan nih, baby is 27weeks ++ nak masuk 28 lah kiranya minggu nih meaning i m gonna be 7 months.

tell you kalau kat umah tu kat lam keter ke or even kuor makan kat public pun, diorg 2 org ni kalau masa tu nak pegang adiknya, dipegang jer perut aku ni sambil borak2 ngan adiknya. Budak2  memang selamba asal dapat berborak and rasa adiknya tumbuk2 and beri penerajang menggelembung kulit perut aku memang depa suka sangat.

IMG_7288

Name name name….

ni je tak dapat2 lagik.

Asal RD balik kerja, bagi pilihan nama, all 3 of us tak mau. Asal aku pilih RD tak mau. Asal kids pilih pun tak mau. hah so biarlah dulu…..

Anw buat ni kat Klinik dalam BSP, takde hari2 kena buat appointment, kebetulan October doctor tu datang sekali jer buat nih so memang rezeki aku lah. Tak yah buat bebanyak kali, sekali je cukup, dapat CD and scan copy gak, dalam CD tu semua complete rakaman ada, gambar 4D, yang scan biasa yang video pun ada eii syok sangat! Bila tengok dari 4D scan nih baru ler anak2 aku rasa seronok and paham, oh ni tangan ni muka ni jari ni hips, ni birdie!

Sekali buat 4D Scan nih is RM180.

Categories : 2nd Trimester, Pregnancy

Masih adakah yang sayang?

Aku percaya masih ramai yang sayang dan prihatin. Kita rakyat Malaysia memang baik hati lebih-lebih lagi bila bab-bab menghulur bantuan ataupun derma terutama kepada mereka-mereka ataupun anak-anak yang kurang bernasib baik.

Dengan itu saya dengan rendah hati ingin merayu kepada semua supaya dapat menghulur kalau tak banyak pun, sedikit bantuan sudah memadai kepada Rumah Aman. Rumah Aman ialah tempat perlindungan anak-anak yatim di Shah Alam juga untuk anak-anak yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Rumah ini beroperasi sejak tahun 2005 dan sekarang seramai kira-kira 30 kanak-kanak lelaki perbagai umur memeriahi kediaman tersebut. Bukan sahaja sebagai tempat perlindungan tetapi rumah ini juga lengkap dengan segala faciliti dan juga dibekalkan dengan pakaian, makanan, minuman dan pelajaran dan semua perbelanjaan ini adalah hasil dari derma orang ramai. Misi mereka ialah memberi yang terbaik kepada kanak-kanak ini seperti apa yang ibubapa beri kepada anak sendiri.

Rumah Aman memerlukan RM20,000 untuk memperbaiki electricity wiring dan lightning breaker system yang telah berusia lebih 15 tahun dan saya merayu sekali lagi supaya kita sama-sama dapat menyumbang serba sedikit untuk meringankan beban mereka ini.

Cara-cara sumbangan:

1. Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank). After you have made the transfer, kindly send a screenshot of proof of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com

2. Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and send to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.

3. Nuffnang bloggers can donate by just clicking a button to credit a small amount from their earnings, the page is here – http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011

4. Churp Churp is helping us out with the pledge as well and people can buy Churpies to contribute to the fund, more info is at http://www.churpchurp.com/tlc-2011/

All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation :) For more info click here.

Setinggi terima kasih atas sumbangan anda baik kecil mahupun besar, kita ada bahagian memasing, memang betul, masih ada yang sayang….

Categories : Charity, Nuffnang, Rumah Aman

The famous transformer Fan!

IMG_7333

 

taraaaaaaaaa! the transformer fan!

gila gemer namanya padahal nama brand dia lain. panggil nama tu sbb kipas nih leh kuncup leh kembang. ikut ko nak pakai kipas idak ler. kalao nak pakai dia mengembang ler. tu ngah full blast with 8 blades. kalernya nih silver coz kita nak matchkan ngan lelampu and original kipas rumah ni. aku rasa kipas ni punya kuat lagi power dari aircond kat dining umah aku tu hah. sumpah best!

Ooooo korang yang kat twitter pun tau aku punya hanginnya masa dia nak pasang nih. Ok gini, i know ler RD punya expertise, tang mana, computer ke IT ke tu memang bidang dia but bila dia cakap dia nak install sendiri menatang nih. aku sudah…waaa oh tidakkkkkkkk! sejarah sudah banyak terbukti!!

Tapi degil gak tuh, orite, aku biarkan dia pasang, ai diammmmmmmmm jer. Abang jadi assistant dia. aku ngan gegirl dok leka tengok barang2 baby. tak nak ngomel apa2.

Tetiba laungan RD...alamak gagallah hahahahahha

ko…lampu dah tercabut, berlopong, ha ni yang mak nak sentap niii!

teruslah…tu lah ai dah suruh indo tu pasangkan, you degil. you nak buat benda ni kang makan berejam ari nak maghrib, kalo Indo tu pasang x sampai sejam pun, tu kan kerja dia. tu pasal kita kena bagi yang expert je buat, nengok kan ai dah membebellllll

ngehhhhhhh jer laki aku menyengih tau salah sendiri kan kan.

Bini mung tau ler pasal ko laki weiiii!

IMG_7327

Vannus brand, harganya RM270 tapi ada satu kedai tu jual RM250 but takdak stock. Ada gold or silver kaler, lampunya amik putih menyala terang, since aku mmg dah ada dim lights banyak so kita amik putih, kira dok kat dining tu leh ler nampak isi nasi hahahahaha! untuk blades ni RD amik crystal colour, so kena rajin cuci yek kang habuk beranak-pinak pulak.

Bought ni kat kedai2 lampu famous memurah di Puchong tu ler…

dedulu masa aku pindah rumah VA, kipas jenis ni lom ada kat market yet, so skang dah ada, wah very IN. kalau kipas lam bilik rosak, kompem nak amik kipas gini gak, kuncup bukak kuncup bukak cam bunga pulak :)  kira dia transform la dok hiks

Heh, bukan RD yang end up pasang kipas ni pun, esoknya our usual Indo tu datang buatkan, sap sap soi laju je dia buat dah keje dia kan. So lesson learn, benda yang awak tak biasa buat, awak jangan buat. Macam aku, keje aku blogging ok boleh, tapi coding2 maknek aku tak pandai, tu keje RD. so saya mengalah. Keje menceceh dalam blog yes aku boleh, tu mmg line aku, tapi kalau suh menceceh pasal benda yang bukan my expertise, rentikanlah.

Mari2 semua beli transformer fan!

Categories : Transformers Fan

Eh Sweet 17!!

IMG01224-20111008-1414

a/s/l?

Categories : Memory

The Baby Stuff…

IMG_7304

what a waste of an hour at 2am on my Sunday! membikin entry ni sampai ke hujung lepas tu about to save and schedule it, the Mozilla is ‘not responding’ grrrrrrrrrrr! and kena repeat balik buat nih. Alangkan aku memang looking forward sangat nak buat entry nih, hah beginilah nasib menjadik blogger. ahaksss.

ok tu brg2 dari adiah from the Baby Shower, all in blueeeeee kau! rupanya dalam diaper’s bag adiah depa tu ada jugak adiah2 lain, segalanya biru, mementanglah insyallah anak lam perut ni is a boy kan. So me and Gegirl unpack sesama and simpan, nanti kita bukak bila dilahirkan yek.

Anw, stop giving me diaper’s bag dah yek knowing bila kita beranak orang akan bagi hadiah kan. coz kan ni 3rd diaper’s bag yang in hand coz sebelum dapat nih aku dah ordered 2 diapers bag from Diva Darling, mintak dia dptkan from UK tapi yang dari UK tu nanti aku resell balik lah coz i smell another diaper’s bag is coming from one of my sponsors gak.

IMG_7316

hah belakang tu ke main bersepah coz RD dok buat project kipas transformers yang tak menjadik! so anw baju yang abang tayang tu, baju baby dia pakai deduluuuuuuuuuu, sihat ke main lawa lagik hiks. Baju tu selepas abang, adiknya pakai, kemudian aku bagi kat my sister, dipakaikan kat anak2 nya pulak. kira 4 babies pakai, bukan selai, tapi banyak helaians dari stock Abang and Gegirl. Tulah untungnya beli baju yang berkualiti bagus, berturun2 temurun leh menyarung.

Ni sebab adik aku dok passing back the whole bunch of baby stuff kat aku since dia tengok akak dia dah going to due tak lama lagik. Yelah adik beradik main pass2 jer ler…tapi dari out of 3,4 bags yang dia anto, aku tak amik pun balik baju suor ke mittens bagai, coz nak beli and get the new one of cos lah kan for my new baby.

IMG_7322

kenapa bekas mandi tu kaler pink yet Abang dulu a boy. hah tu pun berpass2 to adik beradik gak. Dulu masa nak lahirkan Abang, ex boss aku bagi banyakkkkkkkkkkk baby stuff yang aku tak yah beli baru, antaranya bath tab baby nih, wpun kaler pink kita pakai jugak, kemudian Gegirl pakai. Kain barut and kain bedung baby tu pun aku amik balik, itupun dari abang and gegirl yang dah kubagi kat my 2 sisters. Yelah dulu lepas having Gegirl, ai tak nak beranak dah, tapi Allah  Maha Kuasa, nah, im pregnant again.

Abang dah 10 taun, ex boss aku dah pakai for bertahun2 gak, mau usia bath tab tu ada lam over 15years huh! worth of money sungguh.

IMG01216-20111007-1405

Kemudian ada aku jalan2 pi Mothercare, tengok jer sementara nunggu member aku beli kat Isetan yang ke main ramai manusia coz of the member’s day. The baby cot nih pun dulu aku ada, cantik je aku hias ngan kelambu and toys berpusing2, iskk comei sangat but tah sapa ler tangan yang dapat, akak aku kot or ipar duai aku. Tupun ex boss aku bagi, now aku memang kalau boleh tak nak beli, coz pakainya sekejap jer, tak sampai setahun pun. bila dia dah pandai meniarap ke merangkak ha siaplah ke main nak kuor jer…..

Kat kedai dekat rumah aku pun harganya over RM300 gak. iskk!

bukan tak afford nak beli tapi aku tak nak beli coz long term tak berapa sangat.

IMG01218-20111007-1408

Bakul baby ni pun dulu aku adaaaaaa gak, bukan beli but given by my ex boss.  isk, antara 2 sisters aku sapa le yang ngamik tapi kalau akak aku amik sah dia dok passing around kat kawan2 dia nya. ni pun tak pakai pun sangat but kalau nak buat letak kat dining hall sambil2 tengok tv boleh gak. bukan leh bawak berjalan pun, buat borat and remeh jer.

hahaah kakak aku cakap baby cot and bakul baby nih dah mereput coz dah over 15years! kau, berbaloi tapi good bye!

Takpelah will buy the stuff yang berbaloi to pakai for the long term sahaja….

aku tau korang suh aku beli so nanti jual murah lanting2 kat korang ahahhaha korang memang!

IMG01220-20111007-1457

Untuk mencukupkan RM400 of a Mothercare’s Member, main cecapai je the mittens and soft shoes. Sebenarnya aku tak nak lagi beli barang2 baby coz nak tunggu dah over 7 months plus lagipun kena pi jalan2 beli ni with the 3 lagi tuh. Nanti kena repeat balik Mothercare to find things nak beli, my baby stuff pun akan sampai gak from UK but tu tak banyaklah.

Ada offer discounts kat Mothercare tu yang sebelum sale abih kena go and buy but year end pun ada sale jugakkan…dok ngaper ler, buy slowly.

Nanti i publish entry on 4D scan plak yek….syok tengok :)

Categories : 2nd Trimester, Pregnancy
 

Switch to our mobile site