Ya Al Watsons!

Citer pasal Watsons tuh, aku ni kalau dah mengamuk kat twitter tuh bila dah bape jam terus cool down and nak menaip selepas kejadian yang dah berhari memang agak kurang seronoklah. Takda napsu takdak mood rasa macam lemas je nak ingatkan and tulis detaily. Apapun kes tu pun tak settle lagik, pasnih kena pi Watsons balik. Ringkasannya pasal membership card aku yang dari belom mengandung, dah mengandung, sampai dah BERANAK ni pun budak tu tak validate kan yet duit points dalam tu boleh pakai untuk deduct bila beli barang. Mempanaskan keadaan, SA yang sama jugak dok handle ni dari aku mengandung (asyik cakap nak validate tapi tak jugak jalannya).

So jadilah drama di Watsons KLCC bila aku complaint, dia menjawab. boss dia suh dia diam, dia menceceh2 lagi, aku dah diam, dia provoke aku lagik, boss dia dok sound suh diam berkali2, dia dok provoke and cakap terjerit2 kat kaunter tu coz dia macam dah excited bila aku mendiam tak buat apa.

Sambil dia dok bebelkan aku sekuat alam tuh, aku biarkan jer dia and aku dealing ngan boss dia jer but but but sebab dia tak berentiii jugak berbunyik.

ha ko…!

meletuplah aku, orang dah diam,  ko bunyikkkkkkkkk, boss ko dah suh diam ko bunyikkkkkk jugak, aku jeritkan dia, abih satu Watsons tu menengok. Sebab dia dalam counter, aku lepas geram tumbuk meja kaunter tuh, tak tau lah kalau penumbuk aku ni naik kat muka dia if dia depan aku not behind the counter. Bengkak le jugak jari tengah aku dek tumbuk meja kaunter. Dia pun dah tengok aku naik hantu baru dia diam. Tu lah, orang dah diam, sudahlah. keep your mouth shut. Sebab aku dah jerit hamukkan dia ha barulah dia tau jaga mulut. So itulah kes musababnya.

Memang satu Watsons tu menonton kami, takde nya heh aku nak amik gambar dia ke hapa,  wpun lepas tuh aku baru teringat kes video KFC but takde ler sampai jadi kes gitu.RD memang biarkan aku amukan merah coz dia pun pelik kes validation tu tak settle2 lagi and lagi dia pelik bila budak SA tu mulut cenggitu cuma bila dia tengok aku dah sampai tumbuk meja kaunter barulah dia asked me to stop talking or was it yelling and shouting.

The Indian boss is nice, i tried to deal with her wpun budak SA Lelaki Melayu (ramai pulak dok tanya bangsa heh korang nih) tu dok mengcelupar. Well, i work in KLCC and aku memang regular customer dalam Watsons, the issue is simple cuma perjalanan mulut dia dari aku mengandung sampai aku dah beranak ni, kebetulan dia jugak yang handle kes validate card tuh, memang malanglahhhhhhhh!

I will go back to the Watsons KLCC again to redeem back my points and see whether my card has been validated by them.

RD, kalau ai pergi lagi then dia orang tak validate jugak my card camne?

Ha kali ni kalau dia tak validate jugak, you nak bagi penumbuk you tu, bagi je lah. Nampak nau tak serik2.

hahaha….besar mana ler sangat penumbuk aku nih, aku tumbuk meja pun jari aku yang membengkak. Jangan risau ler, aku tak buat keje bodoh gitu cuma aku nakkan benda tu settle jer. N ko pun boss ko dah suh ko pi jejauh jangan layan aku, ko nak gakkkkkkkkkk membagi aku kan.

Ingat balik chronologynya:

1. aku applied Watsons membership card di hari few days selepas pelancarannya, dapat card immediately, filled up the form gak.

2. Hampir setiap minggu gak aku pi Watsons, busuk2 pun dalam sebulan tu memang 2,3 kali menayang muka shop a bit.

3. Berbulan dah pakai card tuh….2nd trimester mengandung, sorang SA cakap yang aku boleh redeem deduct dari points, tak yah bayar sket ler. Bila aku ok ha tolaklah dari earnings points tuh, dia cakap tak validate. so aku tanya camne nak validate, dia orang kata fill up the form. Done. Filled up lagi borang tuh.

4. Pastuh datang balik, the same issue no 3. SA yang kurang ajar tu le yang attend aku punya hal, suh lagi fill up, katanya kad tak validate. Astaga!! apa ke jadah nih bape puluh kali aku nak fill up. BOleh pakai cards tapi still tak boleh tolak earnings tu coz tak validate. Mendanya validation yagn korang buat kalau dah asyik filled up tapi tak jalan jugak????

5. Dah beranak, kejadian dalam entry yang buat aku mengamuk la ni ler, dia dok suh fill up lagi coz again card tak VALIDATE!! ko tak panas hati ke..??? The same SA yang attend aku masa kes no 4 punya hal and disuruhnya fill up lagi borang tuh. Hei apa ni???????? Memburukkan lagi keadaan dia mengenakan aku coz aku complaint and argued pasal validation/borang/etcs and dia bakar aku lagi suh aku deal ngan HQ dia! Bukan main lagi menjerit2 yek, laki aku cakap gaya macam nak tunjuk kat boss dia or kawan2 dia yang dia ‘buat kerja’ le gitu. Konon ‘hey, i can speak’!

That s bout it.

Usai kejadian aku rasa menyesal jugak coz mengamuk and tak dpt nak control ayu (bluewekkk) but aku rasa aku akan lebih kesal kalu aku tak buat apa2 diam membisu and biarkan dia jatuhkan maruah aku di khalayak ramai. Udahlah anak2 aku menonton maknya diamukkan orang so biarlah depa tau yang mak depa bersilat and bertekak untuk menegakkan maruah yang dah lunyai dibuat dek mulut SA tuh.  Anak2 aku pun dok tanya kenapa orang tu jerit2 kat Mummy? 

Now, apa citer kad aku nih tak tau ler, kalau datang lagi sekali depa cakap tak validate jugak, halahai, aku koyakkan jugak kad tu depan diorang and ban depa gamaknya. Dalam borang yang aku fill up tu, number phone aku ada, email add aku ada, satu hapa takde hasil bila dah filled up 3 kali, bukan tak boleh depa contact aku lepas incident tu pung.

Wallahualam.

Update on 14/2 @ 5.10pm:

1. Received sms from Watsons for my activation card

2. Got a call from Watsons Customer service, been told Watsons KLCC outlet suruh depa call aku. Tapi still tak solve so aku suruh dia call RD, else aku boleh naik hantu pulak over the phone. Biak pi lah RD settlekan.

3. Another call received from the Indian lady boss of Watsons KLCC, she apologised on behalf of that KHAIRUL, she will update me on my card.

Sahlah entry ni dah sampai ke Watsons HQ and KLCC.

Comment: 57

Not Watson’s story just yet…

 

IMG_8207

hallopppp!

byk nih entry nak keluar tapi taper taper letak yang reringan dulu. Yang menaikkan darah aku tu nanti kemudian (if you read my twitter about Watsons lah). So ini hari pertama kita keluar officially with little RedBaby. dia dalam stroller tu hah…..aku dah rasmi keluar on Sat nite, hari ke 44 malamnya lagi dah pi Istana Budaya tengk Lawak Ke Der.

Best worrr Lawak Ke Der tuh…for the Sat nite show yang aku tengok tuh, ada Nabil jadi host yang kelakau ya hamatnya, paling hebat si Jozan ya Allah depa tu memang couple paling meletup ler buat lawak. Harith pun not bad and Boboi biasa2 jer…takde Osbon untuk malam Sabtu tuh.

Silapnya aku pi IB malam tu pakai dress, udahlah first time kuor tanpa berlitup tak pakai socks hamik ko ke main sejuk masuk angin je rasa. luckily ler lam IB aku ada hangkut shawl. So that was my first time out kuor dari rumah after berpantang hehehehhe….

Balik umah terus sambung pakai socks semula, in fact setiap kali kat rumah aku masih lagi berstokin till now.

IMG_8211

Sunday pulak kita pi KLCC wuii, tak mampulah nak pi jalan jejauh dr KLCC tuh ngan baby kecik aku yang baru first time kuor rumah kan. Tu pun siap aku suh RD berenti tepi jalan SMSS nak pumping!!  Rimas tol aku pumping sambil keter bergerak2 heh….

Eh lam gambar ni semua Abang pun ada tapi dia pi menawaf tengok toys ler apa lagik, tak kuasa dia nak mengadap adik dia buat face painting. Hari yang kuor nih sume totally utk anak2 je, takde satu pun untuk barang aku, tak cukup time ler. Mananya RB meragam cam pelik je ‘ni aku kat mana pulak nih, ni apesal ramai orang nih, ni apesal aku kena duduk dalam car seat stroller ni lelama niii’ ha ko!!

Mana ngan nak dok dalam nursery room lagik….kira masa yang ada tak leh ler 2,3 jam jer untuk first time kuor. Kalo anak sorang baby tu je takper, ni ada lagi 2 orang yang tak leh ler nak put aside. sian depa.. kecik ati nanti.

So bila aku nampak je ada face painting kat Isetan nih, apa lagik…. Gegirl nak buat?

IMG_8219

Mestilah dia nak jerrrrrr

dia jugak yang pilih red butterfly nih wpun bapaknya kata macam ganas jer. Aku cakap biarkan, dia yang pilih sendiri kita tak yah control tang nih. Sekejap jer buat nih, harganya RM19.90 kat Isetan KLCC nuh. Masa aku belum beranak dulu takde nih skang dah ada, boleh gak kalau anak2 korang nak buat complete ngan rambut bagai ada package2 harganya lah, RM90 siap bergambo lagik.

Cuma kids department aduh jauh nau skang kat 4th floor, bila tak pakai lift, rasa siksanya bawak stroller guna escalator.

IMG_8225

kakak merah butterfly!

Satu klcc dia round ngan muka gitu, sukatik ko ler nak….

pastuh kita pi makan pun alohai, tak dan nak makan tempat proper kat food court tingkat 4 tu jer coz paling pantas dan mudah. aku bukannya makan sangat pun dah baru abis pantang kan nak makan pun cam alahai, kongsi je apa yang RD makankan. air pun air suam je aku bedal! ha pastuh

pastuhkan

seorang Redmummy mengamuk kat Watsons KLCC!

ado sapo2 management dari Watsons ke? aku tak pernah buat event Watsons mahupun s/post depa…so aku tak kenal orang dalam, just nak tau ada ke  kaum kerabat dari Watsons baca RM yek?

Comment: 22

Anmum Essential – Tiada gula tambahan!

48hours sponsored post.

Gula gula gula… sedap kan?? I’ve been telling you a lot about sugars, its type and etc dan paling penting its effect to our kids. Sedap manis tu memang lah ye… tapi sedapnya hanya di lidah… manis hanya di bibir… bukan pada badan. Bawak mudarat oiii…

I admit I just got to know about this added sugar segala ni agak baru lah jugak. I mean, benda ni sangat misinformed and misleading pun ye jugak la kan? Tapi dah nama pun parents, memang kena “kan-chiong” pasal semua ni. Parents mana yang tak nak the best for their children kan?

And aku jugak faham sesangat dengan karenah anak2 ni yang kadang2 (ker, selalu?) buat kita ni as mak pak pening. Contoh ada anak yang susah nak makan. Ada yang nak menelan susu aje.. lepas tu cepat bosan dengan susu yang sama nak pulak ada flavor bagai. Owh chop! Flavored milk!  JANGAN lupa pasal GULA!!! Excess sugar!

Quoting gambar di atas “The little bit of flavor may make a big difference and IT WON’T ADD a significant amount of sugar”. Dia kata it won’t add a significant amount of sugar bukan it won’t add sugar at all.

Cuba korang tengok and dengar and teliti video from Dr John Monro ni.

Dia ada cakap, naturally, children’s milk dah ada natural sugar level (Lactose) of 11g-12g per serving. Maksudnya di sini, apa sahaja yang add to it adalah diconsider as ADDED SUGARS.  And added sugars ni, tak de sebarang nutrisi pun dalam process tumbesaran anak2. Jadinya, ianya tak diperlukan langsung! TOTALLY NOT NEEDED.

Conceptnya senang je, tengok label check the “per serving sugar” or “carbohydrate per serve”. Anything melebihi 11g-12g dah sah added sugars.

What will happen kalau kita sambil lewa and biarkan anak2 kita terus terusan consume added sugars ni daily? Makin berkepuk la unnecessary sugars in their body system and what will happen next??

I don’t want this to happen. Kalau tahap kesihatan tak terganggu tak pe… tapi kalau memudaratkan kesihatan anak kita, and benda ni boleh elak, adalah baik untuk kita precaution sesiap dari sekarang, kan?

Biarlah leceh macam mana pun, sangat important untuk kita ni belek telek the ingredient list kat label, ok? Yang leceh sekali je… lepas pada tu, kita dah tau mana brand yang trusted,  kita dah leh sap sap soi amik je straight from the shelf.  Biar susah dahulu, senang kemudian 🙂

As I said before, lets alert dengan label “no added sugar’ tak pun yang tulis “less sugar” atau pun “sugar free”. Kalau kita sayangkan anak2 kita… and also towards a healthier generation..

Anak yang cergas and sihat dapat merangsang minda and creativity derang dengan lebih baik. Minum susu tu sangat penting,  untuk tumbesaran anak2… GUMP (Growing Up Milk Powders) is supposed to help them grow healthy not otherwise… check the label… and choose Anmum Essential… say NO to added sugar… 🙂

And before I stop, look here even our Ministry of Health pun menggalakkan pengurangan gula dalam kehidupan seharian kira untuk menjadi lebih sihat.

Anmum Essential even better, langsung tiada gula tambahan. Dan jangan tetipu pulak sebab added sugar ni ade bermacam nama seperti corn syrup solids, sucrose dan glucose syrup solids. Even MoH sendiri says so. So jangan sampai kita tertipu dengan GUMPs yang claims otherwise. So adalah sebaiknya kita meneliti ingredient dia supaya kita tau berapa banyak gula dalam sesuatu makanan ataupun minuman. Dan kalo nama added sugar tu top of the list or lebih dari satu, memang confirm la makanan tu tinggi kandungan gulanya.

So pandai-pandai lah kita memilih makanan yang berlabel “no added sugars” atau “less sugars” ataupun “sugar free”, tapi berhati-hati pula dengan produk yang menggunakan label “no sucrose” atau “sucrose free” sebab kemungkinan besar masih mengandungi added sugar yang lain. So korang, buatlah pilihan yang bijak 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Anmum is brought by Redmummy.com

Comment: 6

Lauk-pauk sewaktu pantang bersalin…

Kuala Lumpur-20120109-00225

First few days selepas pulang dari hospital, sukatan nasi adalah agak banyak, pun sebenarnya kalau biasanya mmg tak banyak tapi sebab my determination nak kurangkan setiap input so memang force to it. Ni pun c/lady yang suh makan banyak a bit coz katanya kita start potong sukatan slow pempelan.

Thats siakap dikukus lada hitam and sayur, sunkist atau limau mandarin wajib untuk lunch hour.

oh lupa btw breakfast aku adalah milo + roti bakar sahaja. Dah masuk 3rd week aku stop roti bakar, semata minum milo jer.

Kuala Lumpur-20120116-00244

ni aku tak tau le apa nama kuah siakap tuh, but diadunkan sama dengan bayam merah, masuk 2nd week bayam merah tu aku tak mau telan dah. 1 lauk cukup untuk tekak aku ler. Air aku tetap sahaja, bukan air suam but air herba tea Tanamera. Air suam aku minum bila dah haus sangat coz usually bila aku lepas pump jer, memang tekak mintak minum sesangat. Janganlah paksa diri untuk tak minum air langsung coz dahlah minum pun 4 kali sehari jer so kena jugak bagi energy untuk air suam.

For malam, amik epal yang dikupas kulitnya yer. Tapi aku biasa makan 2,3 ulas jer..naik jemu bila masuk 2nd week.

Kuala Lumpur-20120119-00263

Minum petang either milo or black coffee memang boleh, but nak buat cicah ngan biskut crackers, biasanya dengan milo lah. Selama hampir 44 hari, rasanya 20 hari je aku mampu makan biskut tuh….seperti biasa, tekak aku dah ‘ooo bosannya makan ko’

IMG_8065

Btw, aku cerewet tang ikan, aku hanya nak makan 2 jenis ikan sahaja either tenggiri or siakap. Siakap mahal kay, but itu jer yang aku suka makan. Minggu pertama ada ikan2 lain but pastuh i told c/lady aku tak nak dah ikan2 lain tu bagai. So atas nih ikan siakap buat masak kukus lada hitam. Makanan dalam pantang aku sumernya kukus and rebus.

Belah kiri tu sekali pulak ikan bilis yang diblend sama ngan lada hitam. Taruk banyak dalam pinggan boleh rasa ler pedasnya. I usually makan sorang2, my family lunch and dinner lambat. Waktu lunch aku biasanya between 11.30am to 12.30pm. Dinner pulak between 6.30pm to 8.00pm.

IMG_8069

Ni tenggiri masak singgang tapi ikut style masak utara, my c/lady banyak buat cara utara. The first week aku tak suka betul ngan halia, but lepas kena ‘basuh’ ngan mak aku sendiri, so aku mengalah and makan gak halia tu macam makan limau mandarin/epal. Berkeruk kerak aku kunyah. Sedap….kalau tak aku yang kentut, RedBaby yang kentut kuat heheheh…angin lor!

IMG_8072

Lauk ni lagi sedap, macam sambal tapi bukan, sos tiram tu pastuh dicampak2 ngan lada hitam halia. Kan aku cakap aku nak 1 lauk jer…1 pun berselera, memang sedap. Again, ikan siakap. aku tak nak ikan lain. First 2 weeks of berpantang, totally ikan sahaja.

No ayam, coz c/lady aku bagi ayam hanya on 3rd weeks but kalau ikut mak aku jaga dulu, hari2 dia belasah ayam. Siap le membadak!

IMG-20120123-00285

Masih lagi ikan siakap tapi kukus dengan sos tiram but dicampur with sayurs. Dah aku tak nak 2 lauks, so dia masukkan jugak sayurs or broccoli dalam main dish aku. Limau mandarin or sunkist tu kira sebijik memang aku habiskan jam2 tu gak.

Kuala Lumpur-20120123-00286

huh sedap nih! siakap kukus bersostiram with broccoli dengan halia lada hitam bawang putih.

Kuala Lumpur-20120126-00299

Ha ni masak singgang kering…tenggiri bawang merah. Pun yang c/lady aku masakkan gak….

Kuala Lumpur-20120126-00300

Dicampur adunkan dengan hati ayam sebab ni minggu ke3 dan ke 4 boleh makan ayam. Tapi 3rd week tu dia masak ayam 2 kali seminggu, aku rasa bahaya dek berat badan yang tak nak turun for that week so aku suh reducekan ke once a week je ayam tuh.

Kuala Lumpur-20120126-00305

Penghujung hari, biskut crackers tinggal serdak jer…. ahaks! RD beli lagi 2 packets, anak beranak memang suka makan nih but tekak aku dah ‘no no no’

Kuala Lumpur-20120127-00318

Minggu terkahir, fav betul aku ngan siakap kukus nih….

IMG_8141

ni dapat cilok yang mak aku sendiri masakkan. perkh, mak aku kalau buat segala jenis tumbuhan dia letak, lagi menambah seleranyaaaaaa. Sama jugak dikukus siakap aku, or tenggiri or ayam. Sorry takde lauk ayam diamik gambar coz temptation nak makan lagi kuat dari nak mencapai camera. Sedap siot, isk tak boleh makan sokmo, tu lagi penambah berat sangat.

Ada 3 orang yang masakkan aku during my confinement, my c/lady, my mak mertua selepas c/lady aku habis 30 hari service and also my own mak bila mak mertua aku balik rumahnya over the weekend and cuti panjang.

Jadual kena ikut… roughly:

Bangun pagi by 7-8am, gosok gigi and minum pagi. I amik Milo sahaja.

Selepas baby dah mandi, 8.30 pagi, kita mak pulak mandi herba. Entry ni untuk makan minum pantang sahaja, proses berpantang lain aku citekan dalam Tanamera yek.

11.30am – 12.30pm – Lunch

400pm – Mak minum petang while anak mandi, leh amik milo or kopi o (crackers, roti kosong or dibakar)

4.30pm – Mak mandi herba

6.30pm – 8.00pm – Mak dinner

Digalakkan minum black coffee or air suam di waktu malam, atau dilapik perut dengan roti kalau terlalu lapar. Semua lauk pantang, banyak yang cilok sama boleh dimakan dek seisi keluarga. Ikan siakap aku tuh jadi fav anak2 pulun baik punya, apatah lagi ayam wuii…

Ingat gak, jangan drastik sangat kurangkan nasi, tapi final week aku berpantang, nasi dah macam sejemput jer….so main2 gatah lauk jelah. Resepi masak lauk pantang nih, main campak2 jer asal banyakkan halia muda, kunyit, bawang putih tu ko malas nak hiris ko ketuk jer, sos tiram or kalau dah 4th week buat sambal kari kering jangan taruk santan perkhhh, itu abang makan 3,4 pinggan, meleleh2 aku tengok depa makan bertambah.

First 2 weeks aku makan ikan lunch separuh, half lagi waktu dinner, kemudian naik 3rd weeks onwards aku makan ikan separuh tu untuk sehari, kes nak mengurangkan lagi berat but mak aku marah coz ikan tu protein, salah kalau kita kurangkan, badan tak naik pun. So jangan salah paham  kalau makan ikan banyak yek, lagipun dah berkukus and berebus, not to worry lor.

Inilah yang aku makan untuk membanyakkan susu badan gak, pasal susu badan punya cerita itu nanti lain entry yek…Anw, selepas makan, hendaklah molek minum air selepas 30min berhadam. Ko boleh? hahahah aku tak boleh mak….

Ko lapar lagik ko belasah halia muda tu buat macam makan buah hahahaha terbaikkkkkkkkk!

Comment: 61

Over 9 months…

I first announced on the pregnancy of RedBaby on 4th May 2011 through the blog, but made an earlier announcement through FB and Twitter.

IMG_3764

2 months of pregnancy…

IMG_7796

few weeks before the delivery of the little RedBaby

huh….baik punya tumbesaran mak merah yek. ada lagi satu betul2 gambar few hours sebelum beranak, tapi gulp gulp sedih takut  nak letak, takut korang terus X jer page ai nih. but sokay sokay, insyallah tengah usaha untuk slim down. sebenarnya pasal yang cakap aku akan dapat offer dari slimming centre and workout sessions, memang ada tapi ai tak leh reveal ler lagi kan, tunggu sampai aku dah mula sign in baru kita cite panjang. itu abang Nuffnang ai yang settlekan 🙂 , dari tengah mengandung lagi depa dah kejar2 nak engage me.. pilih and tadah badan jer.

But tak bolehlah nak rely semuanya kat depa, kena jugak buat kerja sendiri, susutkan badan nih jugak. ni aku dah 2,3 hari tak bertungku coz c/lady dah takde kan, weekend je le dpt buat kalo laki aku merajin. Aku memang takkan buat sendiri coz tau nanti kita tend to malas ngelat nak tekan tungku tuh

alright anw, x kisah ler buat masa skang ngadap le korang gambar gemuk dempol ai yang memboyot hebat nih. sampai ai dah rasa confident nak posing, lagipun ngah dalam pantang ler, tak molek amik gambar bebanyak ahhahaha. Aku amik gambar ngan anak2 aku jer, for personal collections bukan untuk ditayang, for the time being ni ler.

hari2 terakhir berpantang…adalah berurut bersama Tanamera Postnatal . Kemudian nanti aku postkan entry untuk lauk2 berpantang yang dimasak oleh my c/lady, mak mertua dan mak sendiri. Ada permintaan  nak tau lauk berpantang jugakkan?

Comment: 19