The not so dating nite…

RD, i nak pergi Midvalley

Nak shopping ke? amik anak2 ek

Ayo laki aku, pi beli barang kejap pun nak diangkutnya anak2 ke pak? Tinggal le kejap, Friday nite was supposed to be our dating nite kan?

Ok see you there ler, as usual I memang akan sampai lambat.

 

IMG00196-20120406-1912

Lambat punya pasal laki aku sampai, aku pun shopping le barang RedBaby sendiri. Hish…tah ler main amik2 jer tapi sebab yang diamik tu sebijik2 bukan harga seposen 2 tu yang bila round up totallnya mak datuk close to RM500! Untunglah sorang buyer aku nanti, semua barang2 RB dah siap packing je nak lanting2 kat korang. Siap sedia yek, storage EBM bottles jer dah lebih 100 ketul dik oi, pakai semua 1 time pastu wrap it. Aku lebih suka pakai disposable storage bags, lagi cepat kerja aku ler dari pakai bottles nih. udahlah beli dulu memahal hishh…

dok ngaper ler, rezeki aku sampai kat situ pastu aku panjangkan kat korang, daripada buang membazir jer, ada jugak bagusnya bagi orang lain.

Kat KLCC hanya ada Mothercare jer untuk barang2 baby, tak sehappening di Midvalley. So kat MV aku suka sangat ngan kedai Mom’s Care tuh, staff pun sangat helpful.

N up lagik jadik member. Sejak kerja ni memang dah takde beli online pulak, takdo maso. Den ado maso kek blog jer loh, kek mondo lain malam tu memang abis blogging cepat je panjat katil membuto kepit anak2 and laki lagi molek deh!

IMG00195-20120406-1908

Sedar diri bila kain baju RB dah terlampau banyak so amik yang 1 set je kali nih but aku amik hemm… lapik tilam ler yang brand terbaru masuk kat Mom’s Care tu, boh jer ler coz sometimes RB memang tidur  kiri kanan aku dok bfeed memalam kan takkan dia tidur atas tilam dia macam tinggi je dari aku nya position nak bfeed, takkan pulak nak atas katil tu jer, so lapik sket ngan lapik tuh yang buat selimut pun sedap jer…

Moby wrap tuh, best! nanti ai videokan or amik gambar untuk tu yek. Knowing that RB suka dikendong jugak, hish mana baby yang tak suka dikendong so this time around mak ko nak try pakai tuh.

Kak, ni anak pertama ke? macam gaya untuk anak pertama je akak beli nih.

Eh tak, anak no 3. Tapi kira anak pertama selepas 7 taun si kakaknya ler…. hiks!

IMG00219-20120406-2008

Habis kat Mom’s Care laki aku tak sampai2 jugak. Apa lagik, menonong lagi jalan2 pusing masuk kedai. This shop satu butik nih aku suka betul, ada branchnya kat The Curve gak, sebelum beranak aku suka beli situ, dah lepas beranak pun di situ, dah kembali  lagi utk sekali rap shopping di sini. Entah ler dulu tak cukup RM500 so tak leh jadi member, nih ko aku belasah coz nak jugak jadi member, the next shop can get 10%!

For those 2 aku bayau sendiri, takper takper laki aku sampai kang nak kikis dia for benda lain pulak.

IMG00221-20120406-2040

Dalam Midvalley ada Kamdar. Nak carik kain ela aku offer RD hang nak pi Jalan TAR ke nak pi Kamdar lam MV tuh? lajunya dia jawab MV sudah, tau sangat le laki aku tu kalau boleh tempat2 yang crowded if not coz of events dia memang malas nak redah. Pastuh asal boleh nak bawak anak2…bang, anak kita dah 3 bang, yang baby pulak tuh nak diangkut sama. kang aku lagi stress bila dia hok hek tempat2 orang ramai nih….

Makanya pi carik kain ela. Sebenarnya not meant for raya, tapi untuk wedding adik2 kami, sangat kebetulan dedua adik bongsu RD and aku pun nak kahwin tahun nih. Paastu baru ingat Raya…ko raya tahun nih aku mengelek si kecik!

Satu lagi sebabnya kain kurung nih untuk aku yang bfeed tak sesuailah, kena buat khas. Leceh nak bfeed kalau takde poket2 zip bukak tepi gituuu…..

IMG00224-20120406-2048

Aku sebat kain baju melayu for the 3 of them. merasalah ko budak kecik kena pakai baju melayu kan! Untuk aku and Gegirl, pun dapat 3 lai tapi pikir balik hishh, majlisnya 6 should have bought more! so kenalah repeat balik yoep nanti, beli tempat lain pulak ler, cam tak cool je pilihan kain kat Kamdar nih.

but but ada yang aku minat…..

IMG00225-20120406-2048

semeter kain nih RM60!! waa kalo 4 meters dah RM240. hish mahalnya pulak rasa. Pastuh aku nampak ada sorang budak nih, dari kat tempat kain ela baju melayu dia dok belek2 kain, pastuh dia kat cashier, very close to me.

Dik, ko ni macam fashion designer ler. kan kan?

Bolehlah kak, sort of.

Hah meh sini jap. Ko rasa kalo akak beli kain merah tuh lawa tak?

Lawa kak, tapi kena pakai indoor, malam2 mesti cantik. Kalau akak selalu pergi events ok sangat ni kak.

Geleng pala je laki aku tengok aku main seret je anak orang mintak advise pasal kain! Tapi tu ler aku tak beli pun kain nih, coz nak tunggu entah ler, bebila le bila dia turun harga lagi ke masa SALE ke….

IMG00227-20120406-2050

yang berat2 ko bawaklah yek yeop!

yang ringan2 je ai tolong heret….

then carik tempat nak makan, ayooo sumenya kena q. Dan ternampak ada food court ko kat tengah2 centre court Midvalley tuh, 2nd floor. Namanya Oasis Food Court. banyak dah tutup ke or baru bukak ke tak tau lah but kitorg belasah je makan situ, nak cepat lor. not bad gak lah.

IMG00204-20120406-1938

dan tak leh nak sambung berjalan coz dah over 3-4 jam, standard ler wpun pump ada dalam kereta tapi tak kuasalah heh nak pumping kat sini, balik terus je sudah, buat kat rumah. so so memandangkan aku ada balun banyak kain baju baru, time to let go lagi kain baju lama to give space for the new ones. Lagi satu silapnya ada beli  ken baju dari UK masa pantang hari tuh, size badan masa tu besau kan, so bila skang ni pakai, agak loose bebenau nampak sangt macam baju pinjam pulak so tu pun kena jual murah gak.

Aku jual package lah coz kita tak kuasa nak hantar selai 2 lai kat orang. Sekali bundle package tu aku letak lam 5,6 helai.

Check out and wait for the update soon, probably by this week jugak yeyyy!

Comment: 16

Teka-Teki Kakak Gegirl…

IMG00191-20120405-2243

mummy nak dengo teka teki kakak tak?

nakk

Banyak-banyak haiwan, haiwan apa pakai bra?

tak tau

Zebra

LOL

semua teka-teki dari Gegirl dan rakan2nya telah dilangsungkan di twitter 🙂

Comment: 22

Gerimis Mengundang…

IMG_0240

Sapa nak tengok Gerimis Mengundang??????????

Jom jom jom jumpa akak kat Istana Budaya malam nih (malam aritu ler)

 IMG_0242

Untuk Gerimis Mengundang kali ni ai bawak:

Adam, Rizal, Kojie On Air, Maya and Sid GBm

IMG_0243

alolo ada le jugak gambar simpati mak merah

kalo tak aku asyiklah kena jadi photographer orang je kan…..

IMG_0244

IMG_0264

 Pembawa utama yang melantingkan tickets adalah from Rubi

IMG_0259

Teater ni, dari awal sampai ke 3suku hujung ya ampun, aku asyik gelak membahakkkkkkkkkkk jer! Duduk between Maya and Sid, aku je yang menggolak tak hingat, depa serius je light2 hikss. Best mar citer nih. Cuma tang hujung2 tu ai rasa cam tak best sketlah.

but but but takper…

yang pentingnya itu Kamal Adli wuii pandai menyanyi gak, menari ada gaya. Memang dasar pelakon ko kan, sumer ko pandai buat! Belek telek, hensem jugak budak Kamal nih, terus ai followwwwwwwwwwww his twitter.

Pelakon wanita heroin dari Indo tu yang Na Na Na Nadaaaaaa Cinta itu Mikha Tambayong entahlah, biasa je aku tengok. Cuma bedanya dia dari Indo and sesuailah watak Indo sama dia cuma macam tak kick ler. I think amik orang Malaysia letak berlakon cakap Indo pun best jugak sih.

IMG_0260

Lakonan cucu P.Ramlee, Najua yang tak dapat masuk Mentor tu meletup lakonannya.  Lain2 pelakon iringan, banyak membantu, kira aku rasa yang betul2 killer dalam teater ni memang Kamal Adli.

Show Gerimis Mengundang adalah sehingga 8 April di Istana Budaya. Teater akan datang akan kubawa orang lain pulak yek. Habis show depa masuk behind the stage untuk bersama dengan pelakon. Tapi mak merah sob sob…kena berpecutan pulang, susu dah membengkak, timing dah cukup, over 3 hours aku memang cam lipas kudung sikitlah.

Message untuk Kamal Adli…

Can I take you out for a coffee?

hihihii…..

Comment: 20

3 bulan little red baby boy…..

IMG_0274

meh kita bersembang pasal RB pulak. Dah 3 bulan lebih. Baju yang new born to 3 months tu memang dah nangis tak leh pakai dah. Tak molek ler kaki dia nak memanjang so semua kenbaju tu dah simpan masuk lam plastik bag yang akan aku sedekah jariahkan. So kerja aku memang most of the time menadah je muka kat Mothercare beli baju kat situ. Selai ko je dah seratus lebih, tapi cute punya pasal! dalam seminggu kalau tak beli baju RB hah tidak ada maknanya. Now he pakai yang package 3 – 6months pulak.

Bestlah ada baby baru nih 🙂 .

Time baik sume nak ngulit. time dia tune up, semua passing batton kat maknya alasan ‘dia nak meneteklah’

pandai le korang kan…..

dan kemudian isu basi.

isu melecet sampai berdarah iskkk….segan nak citer but takpelah utk makluman ibu2 jugak supaya kalian tidak mengulang silap redmummy. sejak aku dah kerja nih cam aku cakap, batas sket nak pumping, aku pi pump bila dah penuh. rasa nak pecah baru berlari pi pump. Kalau dulu biasa every 2 hours so bila dah busy kerja mulalah culas.

IMG00169-20120404-1631

Hasilnya….sampai berdarah melecet. Nak tau puncanya?

kerna apabila kita tidak pump consistently, breast akan membengkak penuh, so kita pi pump dalam keadaan penuh and pump machine pulak yang maksima aku pakai, tak main yang lelembut slow nih, lambat heh. jadi, itulah yang menyebabkan melecet dan bleeding.

Bila dah bleeding tu memang tak leh nak simpan le susu2 tu, kena ko buang. takut fungus kat around nipple pun ye jugak. Sedihkan?

hem…apakan daya. busy gitu masalahnya.

Jadi aku dah beralih dari 1 jenis nursing creme kepada 4 jenis!

i have used Earth Mama Angle Baby, Palmer’s, Lansinoh and final one terbaru is Medela Nursing Creme. Sebabnya masa dalam pantang, lagi kerap aku pump tapi sangat konsisten coz yelah masa tu nak buat apa pun, spending with resting and nursing je le kerjanya. Tapi takde melecet takde bleeding pun. But coz ni lah kes tak jaga timing pumping, ada kesalan jugaklah.

IMG00171-20120404-2030

Semua ni boleh mengurangkan a bit sahaja but takde pun nak baik maksima. The melecet and bleeding still ada lagik 🙁 .

btw, semua petua yangggggggggggggg korang bagi kat entry EBM pasal letakkan dengan susu badanlah, tuamlah, heh sume tu dah aku balun. Tak menjadik gak yeop! bukan rezeki aku le nak melekat dengan petua2 korang tuh.

Cuma ada satu je yang menjadik, pakai kobis. hah. ni kompem baik cepat pulih cuma tu lah, kobis ni sejuk and bisa menyusutkan susu. Tu pasal aku tak nak apply selalu. Pakai bila dah terdesakkkkkkkkkk sangat sakitnya. Bfeed pun aku arituh seminggu waktu malam jer itupun kan bila dia ngah waktu tidur ler bagi gak. aritu punya pedih terkepit2 jari kaki aku skang dah oklah sikit.

But alhamdulillah, ada perubahan, aku dah mula cuba rajinkan balik untuk pump kalau kat opis tu at least 3 kali minimum pergi pump wpun 2 pun dah kira besau rahmat banyak gak pergi nursing room.  Dan harap2lah sangat kobis tu tak lagi aku perlukan melainkan dalam keadaan darurat and jatuh hukum harus. hah ko gitu!

btw, my chest freezer masih lagi penuh dengan stock2 EBM. 2,3 bulan boleh tahan lagi tuh…insyallah.

IMG00170-20120404-2007

konon tidur, acah2 jer tuh….x sampai baper minit dia bangun, sambung balik main toysnya

IMG00182-20120404-2209

Walaubagaimanapunnnnnnnnnnnnnnn adalah dimaklumkan minggu ni RB telah mula nak roll over, nak mengiring untuk meniarap. Masih lagi dalam usaha mengiringkan badan dia yang berat and pipi labuhnya tu ler….

lain-lain hemm…

tidur malam pun tetap le jugak bangun, for bfeed jer.

siang dah mula kurang tidur, kalau tidur pun kejap2 ler, takde le straight 3,4 jam tuh.

hah susu botolpun dah kena upgrade pakai yang Avent 9oz ke atas coz yang 4oz tu dah tak lut, dia minum dah lebih 5oz sekali zass. Pastuh suka nau mencakar, gatal pala gamaknya tu yang mencakar. dah potong kuku pun dicakar balar gak, sudahnya hah kadang2 kesian pakai gak mittens lagik wpun dah boleh bukak kan.

Lain-lain…very talkative, ikut bahasa dia ler. Senyum gelak mengekek2 jer…orang tak cakap ngan dia, pun dia tumpang membahak, padahal orang borak ngan bapak ko, abang kakak ko.

Satu pangai buruk aku asyik nau beli barang RB kan, busuk2 pun once a week mesti ada bawak balik barang dia, so untuk nampak lebih fair, i belikan jugak untuk Abang and Kakak, tak kira ler apa mendanya janji ada seketul lam seminggu tu for them. Last week both dapat new pencils  colour sets, brush tulisan cina depa etc. This week, supposedly dapat their label’s names. Adil le sangatkan….tak nak bagi abang kakaknya jauh hati, yelah asyik adik je mendapat. masalahnya adik ko tu baru 3 bulan, so banyak le barang2 baru kena ada….

Yeah…skang lagi tak boleh nak kalih mata dari RB, budak ni dah nak roll over kan.

Comment: 32

Anya Hindmarch’s Clutch!

 

IMG00068-20120323-1412

glittery cantikkan…geram jer.

aku geram kan pipi RB ha cam aku geram sama jugak ngan kaler2 gini. i love outstanding colours, lagi garang lagi syok sangat.

 

IMG00069-20120323-1413

for this entry masih lagi memakai seluar selepas beranak, kira seluar baru coz badan mengembang kan. but as of this entry is up, aku dah kembali memakai semula semua seluar sebelum mengandung. Dan seluar yang pakai sekali 2 jer masa selepas beranak harus dinyahkan lanting2, coz membolos nampak sangat bosarnya.

IMG00071-20120323-1415

silauan cahaya merah gituuuuu

IMG00072-20120323-1416

2012 memang banyak kaler garang2 lah, merah kembali rancak!

ni Anya Hindmarch’s gak

IMG00073-20120323-1420

purposely for posing jer, takde intention nak amik pun hok nih…

IMG00074-20120323-1421

but but yang merah nih iskk….

Diva Darling can help to find me this one kat UK?

IMG00075-20120323-1424

mak! gold kooo

pakai ngan dress merah ke dress hitam. ada kasut yang glittery gold2 gitu pakai sepesen hishh cantik benau. pergi pulak event. yang menyampah ngan ko lagi menyampah gamaknya. kann……

IMG00077-20120323-1708

macam le budak sekolah aku seret Balenciaga nih…

IMG00078-20120323-1912

Diva Darling checkkan yang nih gak pls…

IMG00079-20120323-1913

kat Paris pun dah sold out yang nih. ado nun kat KL but i m a bit reluctant sket kalau nak beli AhCha ni kat KL.

If you are looking for preloved designer handbags, check out this link: http://princessvee-ready-stock-corner.blogspot.com/2012/03/preloved-bags.html

anw…i m letting go this beautifull red clutch from Anya Hindmarch.

  IMG_9990

Fill up the form lah kalau berminat, the chain tu boleh cabut pasang. nak buat clutch or letak di shoulder jugak.   Hokey ler kan, jadik le ada entry handbags clutchs wpun takde koleksi terbaru.

Untuk lelaki pun ado gak. aku nak let go Gucci wallet laki aku tuh. Nak belikan dia yang lain pulak tapi dia tu tak macam bininya. dia pakai sampai lunyai ke titisan terakhirrrrrrrrrrrrrrrrrrr kalau boleh! 

 

Comment: 14