Sepetang Ahad….

IMG_1301

paham ke dak kecik tuh, sibuk je dia tengok blinking2 bb gamaknya. tu blum lagi sume nak dicapai masuk mulut! eh blom lagi that stage but soonnnnnnn!

IMG00498-20120429-1555

kita hantar anak2 kita pergi tengok the Upin Ipin kat IB. depa pi tengok ramai2 ngan cousins depa. Aku and RD malas heh nak join sama, kitorg tinggalkan depa coz adik badik aku pun ramai gak masa nih yang ikut sama. Lagipun aku kalau boleh for weekends memang prefer bawak RB kulu kilir kot. Sebenarnya dari dulu pun waktu awal2 jadi blogger yang pi events pun aku kendong je anak2 aku ke mana sama….now kembali semula buat gini bila dah beranak kecikkan. pastuh pastuh…

kita lari 3 beranak ke…Jalan TAR!

IMG_1315

fuiyhooo tak sangka laki aku melibas bawak ke sini. coz asalnya nak ke tempat ABC but dah arwah le pulak tempat tuh, berpusing sampai ke sini, tried to park takde parking so pakcik tuh drop je aku and menonong je aku masuk Gulati’s! Nak carik kain baju melayu for my ipar’s wedding! n kain ela aku gak.

bila dah kuor borong, laju2 ligas coz RB dok hok hek dah kat dalam keter. Bapaknya dah menyound kak merah.

IMG00520-20120429-1731

weih ko mahal2 betul dalam Gulatis tuh. dahlah aku bukan jenis geti sket beli kain ela. Kain cotton kat Gulatis ni tak melawa sangatlah, kain chiffon ke hapa cantik ler, hargaaaaaaaaaa manghaik!  walau begitupun, aku beli ler jugak sket. shopping yang sungguh pantas, again mengenangkan laki ngan baby dalam keter je menunggu yoooo.

dan lari lelaju pulang semula ke Istana Budaya….

makan sket di cafe IB sama adik2, ipar duai and anak-anak buah.

IMG_1317

dan tak kuasa nak naik keter, jalan kaki je pi gather with them

IMG_1323

memula sesopan sket…

ha ni anak2 buah aku ye sumer. kekecik jer. yang bebesau tak selera nak ikut sama. ok anak aku je 3 dalam nih.

IMG_1324

pastuh depa menggila lelompat!

IMG_1327

banyak sangat gambar depa melompat, cantik2 tapi ada yang tak leh nak post kat sini coz ada yang melompat sampai nampak pusat perut hahahaha! malu maluuu wei. bukan aku ler. aku kendong RB nak melompat apa nya.

IMG_1328

happy cousins!

IMG_1329

So itulah Sunday petang kami di Istana Budaya, Sunday lama dah nih,  kemudian berpisah and RedFamily menghala ke tempat lain. Mencari barang berpusing2 lagik. Tak sesudah mencarik barang. aku kan nak buat Aqiqah…..

ahah pasal Upin Ipin, anak2 aku suka ler. semua cousins ni memanjat naik stage katanya….tickets pun kitaorang semua beli, takde nya dapat lelanting yo.  Tapi duduknya bersepah2 ler, ada yang depan sekali, ada yang tengah ada jugak yang belakang2 coz nak dapatkan seats bukan senang.

Next for kids…summer camp le nampaknya memandangkan trip ke Singapore aku terpaksa dibatalkan. Ohalsedihdotcom.

Comment: 19

Jom Sparkling Bersama Yuna!

 

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain…

Opss terover lak Mak Merah feelings lagu Yuna hiks 😛

Sapa yang tak kenal Yuna kan? Bukan satu Malaysia jer kenal, sekarang ni dia dah masuk market international la pulak kan. For me Yuna ni sememangnya seorang penyanyi unik dan tersendiri, mempunyai suara yang merdu dan semestinya mempunyai bakat besar.

So baru-baru ni Yuna berkolibrasi bersama Samsung Malaysia telah melancarkan satu projek iaitu The Sparkle Project.

Objektif utama The Sparkle Project ni ialah untuk Yuna membuat the world’s first ever music video yang dibuat sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note untuk her latest single Sparkle!

Tetapi untuk menjayakan projek ini, bukan Yuna sorang jer yang akan menyumbangkan idea, tetapi adalah lebih afdal idea-idea semua itu datangnya dari korang semua. Tak teringin ke tengok idea korang nanti digunapakai dalam music video ni nanti. Waa glemer you nanti hiks!

Beauty & Dream adalah tema untuk minggu ini. Setiap minggu mempunyai tema yang berbeza, ada tema The Spark of Love, Doubt, Courage dan juga tema Hope! So just pilih tema mana yang bersesuain dengan idea korang kay!

So kalau dah ade idea tu, bolehlah submit kat The Sparkle Project site. Idea boleh disubmit dalam 4 kategori berbeza, samada melalui Scribble, Picture, Video ataupun Writing…. Pilih jer mana yang sesuai dengan naluri hati korang.

Macam kat atas ni salah satu Writing submission yang caught my attention, antara banyak lagi idea-idea yang mantap!

 

Yuna sendiri siap buat video untuk menggalakkan kita supaya dapat berkongsi bersama idea-idea baru, bernas dan kreatif untuk projek ini. So apa kata anda? Ready to share with the world your brilliant ideas?

Shoot those ideas here at The Sparkle Project!

Comment: 35

Bubbles names for the 3!

IMG_1235

Mummyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Bubbles names kita dah sampai from US!

Kalaulah aku ada perakam suara, memang kuat suka excited senyum ya segala package gumbira Abang tunjukkan.  You bayangkanlah…ever since adik barunya lahir, orang bagi hadiah kat adiknya, yet lupa si abang and kakak. kesian tau, korang lupa ke ai ada 3 anak?

So so, bila ai dapat RB’s bubbles names from Kak Ann Spore, i sorok. hehehee….kompem kang abang kakaknya tanya. Tapi kemudian aku amik sticker nama RB and tampal kat few spots, maka terbongkarlah rahsia yang RB ada special customized sticker lagik!

So so, ok small matter anak2. kalau adik bongsumu ada, korang pun boleh ada jugak.

Then kita pun study sama2 kat bubbles names site, depa sendiri pilih design pesen or colour, anything. sukahati koranglah!

IMG_1237

RB’s punya slightly orange colour, which Kak Ann actually chose for red but eh apesal jadi oren yek kak? hahahahah takpe thanks a lot kakak! Kemudian Abang pilih icon kucing oh dah wajib tentulah, and warna biru + black. Kakak pulak amik mouse and main2 sendiri again with the design, and go fo Crown icon with the red theme.

I tried to order from KL but the feedback is quite lambat and tak mesra alam for the kids. So since that morning we were quite gila2 nak order, just shoot it online. Mungkin aku rasa mahal sketlah, wpun dikatanya free shipping dari US gitu kan. This pun sampai lam 3 weeks after the payment. Sebelum nak sampai huh budak2 ni berzikir kat telinga aku bila nak sampai stickers tu mom, bila nak sampai bila nak sampai

Yang aku tak tahan tuh, dapat2 jer abang tuh sebatang pensel ko pun nak tampal ngan sticker and buku2 tulis / latihan pun nak ditampalnya. ni boleh pakai sampai at least depa abih sekolah rendah ler kan coz i m sure bila abang dah masuk teenager, tak nak dia benda2 tampal gini…..

Oh for these depa dapat jugak the free 3 colour types of highlighter.

Bolehlah hangpa hadiahkan kat anak2 kawan2 ko kiranya ko pemalas nak pergi beratur beli hadiah birthday or mbe korang nak surprisekan anak2 korang kan….

Comment: 23

RB oh RB 4 bulan!

 

IMG00450-20120428-1155

Tau tak, bila tiba harinya the no plastic bags day, tiap Sabtu kan, memang tak ramai orang kat Jusco @AEON. aku memang suka shopping masa hari Sabtu. bonet aku memang ada je bags untuk shopping. so momantai. Aman tenang je shopping masa kat sini. Satu trolley RD tolak, RB pulak aku yang menolak. Abang kakaknya takdo, ada yg tuition ada yang school projects. Huh, berlari2 aku laki bini menghantar budak2 ni ke sana sini.

Cakap pasal school projects ni kan, aku rasa ada yang makpak ni macam main sesenang je suh mak bapak abang pi hantarkan anak diorg ke rumah anak lain. main lepas tangan jer. Bila ngutip takde le pulak nak antokan anak aku pi sekolah balik.

So pusing punya pusing le jugak hari Sabtu tuh…..

IMG00455-20120428-1248

aku kan paling pemalas betul nak lipat2 stroller nih, but dedengonya laki aku nak kena pergi outstation lama pulak so dipaksaya gak aku buat sendiri. Ye ler ye ler. bukan aku tak buat pun selama beranak pinak sebelum nih, tapi saja tak nak buat. Senang jer, ada number, tekan 1, 2 ,3 zasss angkat simpan bonet!

IMG00418-20120427-1416

Anw a day b4 this, kami bawak RB pi cucuk 4 bulan. Banyak betul drama nak dptkan appointment. Masa 2 months check up, staff nurse yang bagi slot 5 May. Pastuh depa overlook tak perasan itu public holiday, bila depa perasan, depa tukarkan tarikh appointment aku ke bape belas haribulan tanpa telling me langsung. Entah aku boleh idak pun bukan depa tanya. Tu sib baik aku check nih. sesuka je ko main tukar kan.

Then it s too late, so kita amik awal, pun drama gak. Mana ngan eh….ok malas nak cerita the drama yang banyak. Pendekkan cerita, dapatlah jugak slot.

IMG00421-20120427-1444

He s been so good, rela je dia kena cucuk, kena 2 pulak tuh but tak demam alhamdulillah. cuma sebab kita pergi jumpa 2 doctors masa nih, ya hampun aku letih betul dengan farmasi spital nih. korang pun almaklum ler sangat kan. sampai staff sini pun ngaku kelembapan the farmasi.

IMG00424-20120427-1554

aku nak tunggu dptkan the med dox kat atas, RD and RB lari turun bawah dulu untuk amik ubat from the first clinic. Sampai tertidur2 si RB tu hah. RD tu tak tidur tapi dok gayakan anaknya mentidoq.

Selesai jer, aku lari balik with RB alone. just me and the baby. bapaknya sambung pergi kerja sampai ke malam. dan ini juga pertama kali sejak aku beranak kecik nih, kuor berdua in the car wt the small RB.   Tanpa dibantu sesiapa dalam kereta tu yek. Kitorg kan datang asing-asing, bertemu je kat spital terus.

IMG00428-20120427-1628

muka musykil jer budak kecik nih, mau taknya aku pasang lagu2 baby rhymes dia kasi distract so dia tak hokhek hokhek, toys pun bersusun aku letak. mata dia pun kuyu je nak tidur tuh….well bukanlah pertama kali for me, anak2 lain pun berdua je ngan aku bila ke mana2 most of the time. bapaknya kan sokmo takde dulu2 tuh….obersi outstation je semedang.

Tapi ni sebab dah lama gitu kan, so memula macam gabra gak.

IMG00438-20120427-1640

Memulanya tu kejap jer ler, pas 5 minit aku kembali brutal. Siap singgah beli laksa lagi, tapi aku tak keluar ler, akak gerai laksa datang terus pass through tingkap….

selamat hari berdua bersekereta with RB pertama kalinya – aku kan supermak!

IMG_1239

kakakkkkkkkkkkkk abanggggggggggggg tolong jaga adikkkkkkkkkkkkk, mummy sibuk kat dapur niiii

nah, kakak yang bijak capai iPAD, bukak utube, carik video baby rhymes, pasang bagi adik dengo and nonton

IMG_1240

budak kecik ni kan, dia nak orang mengadap je dia. pasang kejap jer pun kena ada sama dok ngan dia. kalau layan bercakap ngan dia lagi afdal. Kadang2 most of the time aku pasang jer Channel Baby TV kat Astro tu, mau le dia mengelip tengok pastuh dah mokakk hokhek nak dikepit2 sama……oi tak jadi kerja aku tau. Tu yang malam2 pun dah after 11pm ke midnite baru dapat nak pegang laptop.

Anw alhamdulillah RB dah 4 bulan.

Oh budak kecik tuh, dek kerna dia dok nak berkendong memanjang, tak jugak dia meniarap sendiri lagi. Hai lambek le jawabnya nih, asal letak kat tilam je tak lama dah mintak dukung. Dia suka orang berdirikan dia pastu dia lompat2 kakinya tuh, ha tu memang pojaan betullah kat dia. Dapat pulak dipeluk ke hapa lagi dia suka.

Just 2, 3 hari ni je dia dah mula paksa his body to roll over. Semangat sungguh, gamaknya dia pun tahu, saya RB dah 4 bulanlah hei! Dan makcik pakcik mesti dah tau nama kita kan? My mom just announced it in the magazine 🙂

Comment: 32

Marie, well Marie!

 

IMG_1250

Babe, lunch?

Sorrylah kena skip lagik, aku nak pi rehat kat Marie France jap..

The rehat means dipamperkan, dibuangkan lemak biar pelan2 sedikit asalkan ada hasilnya. Yang utamanya dapat tidur barang 15-20min. Itu paling utama coz sambil tidur kita akan duduk dalam hot blanket. ataupun ada treatmentnya menggunakan ultrasound. atau ada ketikanya ada gel yang disapu di perut kita nih.

target utama ialah buang lemak, mengurangkan lagi dan lagi di bahagian perut dan peha. Most ketara is perutlah. Bear in mind, i just gave birth 4 months ago. Baru le sangat. Sebenarnya masa dalam pantang pun aku jaga kaw2, so kira cepat gak menyusut badan, but namanya pun dah keluar 3 orang, jadi MFB tolong lagi kasi cepat sket langsing.

Pinggang dah nampak but buncit tu hah…

Treatment sini takde yang sakit…tapi aku adalah tak berapa tahan sikit with the cold blanket. waaa itu mengiggil2. boleh buat kejap je, tapi pasnih kena gak buat cuma cover tang perutlah tak yah the whole body, MFB ni frenly, depa leh buat ikut penyesuaian badan kita. But but, orang tak boleh tahan sejuk, tapi aku boleh tahan panas. Dapat chilly wrap, memang berjam2 pun aku boleh tahan, siap tidur berdengkur2 lagik.

IMG_1252

Hand treatment adalah antara terbaru di MFB. I mean for me lah coz masa 2 years ago aku buat treatment kat sini mana ada untuk tangan nih. But tak yah lelama, usually for 5min jer selepas kita dah buat wrapping untuk pecahkan lagi lemak. Itu semestinya. By the way, sambil buat treatment kat MFB, makan pun kena jaga jugak. I havent touched on this yet nanti on the next story kita citer pasal makan minum pulak yek.

So far my target to do the treatment at least 3 times a week. So i ll try to datang kalau tak lunch break, usai waktu kerja. Kalau boleh memang nak pergi hari2, but tu lah, tak menyopping le pulak aku heh if sekali pulun 5 hari lunch break. Mungkin ada antara korang yang join the MFB session? Camne rasa?

Nanti i nak work out with MFB, mintak pulun buat TALT or known as chili creme sahaja to my tummy part, but tu lah buat tu tak leh hari2, kena every 3 days baru boleh balun. Yelah depa pun nak aku pakai semua treatments yang ada.

Setiap kali aku balik dari MFB, mesti terserempak with my buddy  kat lobby bawah…. apesal ko mamai2 je ni Red?

Badan aku ringan je bila keluar dari MFB, some more aku baru bangun tidur hahahaha

#untunglah kak red dapat MFB, tapi korang pun #untunglah sama jugak boleh ikut treatment akak and cuba sessi percuma bersama MFB. Maukah anda?

Comment: 14