New tops!

IMG_0667

 

apa mau cerita da.

life is busy back to back, day and nite. But one day, adalah satu2 Jumaat yang aku ada lunch slot. Aku dibawak dek teman ke another mall yang just next to KLCC. malu betullah, keje lama tapi tak pernah jejak Avenue K tu. pernah lalu2 gitu je lah, nak pi tengok dalamnya, memang nan ado.

Rupanya banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa kedai baju hoih!

Jangan ditanya kedai makan, pun ada but i m not an eater person skang pun. Gambar2 nih pun dah few weeks jugak, as of now, aku dah makin shrinking. Itu nantilah2 citer. aku janji aritu April kan, but aku kena extend lagi till end April or early May lah.

Masih lagi kisah dengan kain baju. Dah tentu ler carik baju baru bila dah alang2 ke sana kan. Bukan top yang aku pakai atas nih, itu pakaian raya but dijadikan baju poi kerja, sopan sket.

IMG_0671

i bought a few jugaklah kat situ, kita masuk 2,3 kedai baju. Hok nih aku tak amik. Banyak betul yang aku try gak, aku jenis yang amik amik amik, try on baru kemudian rasa best ke tak. Kalau ok ngam borong. Kalau baju2 tu macam aku suka sangat, if they come in many colours, pun semua colours gak aku borong.

That day, i shopped for 7pcs jugak, some for casual, for events and for office wear.

IMG_0670

Hok hijau ni sedap betul pakaianya. Takde colour lain, if ada dah memang aku sebat. Ada aku pakai baju ni dalam one of my entries jugak, with long pant. Perasan most of my baju maknek sumer plain colour. Ada jugak le bebunga or abstract colour but tak banyak. Tak de yang berkenan tu pasalnya, kalau ada memang surely sebat. Anw plain colour kalau satin memang aku mostly ngelak ler, i m clumsy type, sure perfume bertanda2 kat satin top. Kalau chiffon ke cotton baju adalah paling selamat.

Hari tu lepas je entry kain baju yang aku lanting tu keluar, bertubi hoi emails mintak kain baju. Dik oh dik, kain baju akak tu dah let go dah dik. Dah bagi adik akak, dah bagi orang, dah bagi maid dah bagi merata. Yang masuk dustbin tu memang tak yah citer lah kan, so akan datanglah yer, kalau ada lagi akak nak balingkan.

Ramai mintak baju kurung, masalahnya akak merah pun baju kurung alahai kahkahkah. Dedulu ye lah rajin, kalau beli pun dah siap, zaman2 skang orang pakai ready made or moden style, caftan tu jer yang paling senang.  But i m gonna be at somewhere so maybe akak nanti borong kain ela, if organizer bagi shopping lelama ler.  Hari tuh aku beli 7 lai kaftan, but bukan untuk pakai for jenjalan, pakai dalam rumah, but not all for me, aku punya 2 lai jer, pun tak pakai dalam rumah, untuk pakai bila orang datang rumah so sopan sket hahahahaha. Tips tuh.

Comment: 20

Mother and Kids…

photo 2

this green top is so damn nice, comfy betul. Kalaulah ada 7 warna lagik!

My old black pants, before  having Zeeshan, about 7,8 tahun kot usia. dah muat kehkehkeh 🙂

photo 1

standard ler mak merah muka pucat pepagi, tak pakai lipstick semua tuh, itu kita tenyeh bila dalam jem, bila dah tarik handbrake kat parking. Lagipun kang kuor rumah nak kiss anak2 bagai segala, kiss laki gak sama. bertepek ler pulak tanda lipstick, so dah memang amalan aku takkan pakai lipstick dari rumah tuh. Ada sebatang je kot lipstick dalam rumah hahaha, lebih sume kat lam kereta, handbags.

well. mak  ajah has been staying over at my house, tak berapa sihat. but la ni dah ok alhamdulillah. So seronok le pagi2 pi kerja balik dapat cium peluk mak aku hah. It was quite a breakdown for me few weeks ago coz kekangan masa yang terlampau mampau busy, tak dapat jumpa Mak. Bila mak stayed over with me this week, it s a pleasure. though mak aku memang selalupun at my house, cuma sebab kita clash sokmo tak jumpa bertembung dek time factor. Hence, this entry is out.

Speaking about mak, semua orang ada makkan?

kan? Kalau tak camne ko kuor.

aku pun makkan?

So moralnya sini nak cerita, boleh tak kita letak diri kita kat orang lain yang ada mak. Ok ko tak sayang mak ko, so mungkin kerna itu yang membimbing ko untuk mengutuk mak orang. Mengutuk mengata mak orang bukan jenis2 kecik alang ler pulak tuh. Ibu ni kan tinggi darjat pangkatnya, jadi bila seorang ibu muda tua dikotakkatikkan dek orang, ohoooooo, you are so so wrong! Ko dapat anak2 yang jenis back up mak dia (most anak2 will do that), dia bantai balik orang yang mengata mak dia.

Biar apa keadaan maknya sekalipun, tetap anak-anak ni akan back up jugak mak nya.

Jadi, no. aku bagi contoh je mak aku kalau orang buat gitu. Lama dah my brothers or sapa2 bagi2 kan mulut sipolan, pernah jugak jadi rasanya, i wasn’t at the location.

My motif is, you nak mengata2 mak ni….kalau you perempuan, if maybe you mak, ingat jer, akan nanti berpatah balik kat wanita2 terdekat dengan you, mungkin bergelar ibu. Tak mak ko, anak2 perempuan ko.

So  kalau nak melepaskan marah sakit hati dengan mak merah, obviously ler aku pun Mak kan, tolonglah ingat anak2 aku pun pelindung aku, dulu hangpa tengok Abang tu kecik alang jer, sekarang dah melonjong panjang. Lusa tulat bertahun2 akan datang, dia akan lebih protective to his mom, to his dad and to his adik2. Same goes to kakak and Zeeshan.

Setiap anak2 tu akan berbalik melindungi parentsnya.

Jadi, janganlah usik mak orang nih. You never know and you pun tak boleh nak baca apa yang nanti tulis kat belah kiri kanan ko tu kan.

photo 4

Macam aku nih, i m immune already. Nak mengata ler camne aku memang dah kalis habis. Tapi bila ko mengata anak2 aku, memang kalau depan mata dah makan penampar. Hok kat kibod warrior tu, aku biarkan jer, coz itu semua sampahs. Nak mengata pandai plak pakai nickname, eii at least kalau datang dedepan cakap depan muka ni, boleh gak aku clap clap.  Same goes to my kids, depa pun nanti one day dah bebesau, kot korang nak mengata, hah paham je lah kan. Bukan kita ajar depa berbalas balik, but sifat anak dan ibu tu mostly memang akan sentiasa protect each  other.

But for me kalau orang buat maknya ni pun, aku biarkan jerlah. Let it go. I always tell my kids, biar orang tak suka kita biar kita takde kawan ke biar kita susah camne pun biar apa segala yang jadi ngan kita, remember you have your family, yang always back u up, be with you, stand up for you and love you unconditionally. Anak beranak kena bersatu.

Takziah untuk ustaz mengajar anak2 kami mengaji, dan isteri atas pemergian bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Alfatihah untuk ibu-ibu yang telah pergi meninggalkan anak-anaknya.

Berdoa dan berharap terus berharap untuk ibu-ibu yang masih belum bisa berpeluang untuk melahirkan, langsung tidak bisa mendapat gelaran Ibu.

Comment: 9

Oi baju oi!!

IMG_0708

kasi tayang budak curly ni dulu!

sedap je dia duduk dalam tudung saji tu ngan bapaknya penuh redha. Aku ngah sibuk kelentung kelentang kat dapur heh, tengok kuor jadi begini. Hoi!

Kalau kita ngah lepak kat meja makan, dia boleh naik berjoget2 atas meja makan. Sedap dapat neneknya tempik, laju mencicit dia turun hahahahaa

Zeeshan zeeshan….

nak anto pi sekolahlah. Aritu nak anto kecik bonar, skang pun kecik but dia memang ngah stage nak menari sesangat. Menyanyi. suara aku yang cam kera sumbang ni, bila menyanyi, beria betul dia clap clap. Walaupun irama dan lagu tak seiring langsung!

IMG_0702

ini hanyalah suku dari yang kalian nampak. Batch by batch aku buat. Memula kain baju dari 4th room, pastu dari 3rd room and dari main room kemudian dari 2 luggages. Semua tu baju aku yer. bukan baju laki and anak2 tuh. Baju aku banyak kooooooooo. Ai kan is suka beli kain baju. Ada lagi baju yang dengan tag, tak berpakai pun ada!! Baju2 sponsor baju2 events lagi le gila banyak gak.

So rombak rombak rombak

ada yang besau2 tu aku bagi kat maid aku, ada yang banyak baju kurungggggggggggg, memang pakai sekali 2 jer, hish, agak2 bunga dia tak in trend semua aku bungkus. Ada yang baju menetek pun ada lagi tau. Baju mengandung toksah cakap ler kan, pun ada sama jugak! So timbang kati segala, dari beratus yang ada tu, 3 bags aku bagi orang.

Yang skirt2 tu nak bagi orang tu yang payah, so sok sok dah tak nak pakai buat kain buruk je lah. hahahaha!  Yang sayang simpan pun ada jugak, 2 yang dalam 2 luggage. Speaking of luggage, 3 luggage lain pulak simpan winter suits, segala jenis for winter, for anak beranak. Winter clothes kan tetebal, mana ngan bootsnya lagi.

Takper, sok rumah baru siap, hah….nice gobok mak ko dapat!

IMG_0698

The next day pulak, kemaskan lemari gobok laki aku, ngan basahan baju aku gak. 1 bag plastik besau aku buang! malas nak bagi orang. Baju tidur nenipis, tali2 halus, sexy mexy, suor tidur yang banyak tak berpakai, kalau bagi pengantin baru pun molek, tapi aku masa tu baru pas muntah belahak tak sihat, so aku tak boleh nak pikir bagi sapa, aku terus bungkus, buang!

Ada satu baju tidur aku tuh, umur dah 13 tahun. Sayang nak buang coz yelah kenangan konon, pun aku balingkan. At my stage nak kurangkan space dah tak boleh nak sayang mayang dah. Lainlah kalau dah pindah kat rumah baru kan, bolehlah nak berkoyon lagi kain baju dok ngapa. Ada lagi gak kain baju tu umurnya sejak aku kat ITM, pun sayangggggggggg sangat nak buang. Begitu sekali tapi dah as i said ler, nak jimatkan space, kena jugak let go.

Sok sok cite kat member aku hal buang baju, berbulu memasing. BUkan akak membazir dik, but akak ngah mental tak boleh nak pikir bagi sapa2 masa tuh, yang a nite before akak sihat sket so tu yang boleh pikir bagi2 orang bagai. Tak per ler. Takdak rezeki. Tapi kain baju aku tuh sumer, aku kan kekecik size jer, kakak cakap kakak pun boleh muat heh baju2 mami nih. Yelah. Ada gak aku lantingkang kat dia.

For RD punya kain baju, this time around, kita tak bagi the brothers, terus bagi kat abang. Untunglah ada anak bujang badan dah sama size dengan bapak. memang worth to max! Beli mahal2 pun leh pakai 2 keterunan hiks.

Those asking baju kasut si kecil pula, itu payah sket dah skang. Ramai babies aku jumpa or toddler, aku bagikan je baju kasut Zeeshan tuh. Or to my family members yg ada anak kekecil. Lemari baju dia pun tak muat gak heh. but back to the same reason,  biarkanlah dulu, rumah kecil asal bahagia 🙂 . Rumah besar pun tak tentu jugak bahagia kan?

I still remember, apa ko kata, berlaga bontot? Takper, with my own happy Red Family.

Comment: 17

Fight Sugar Acids with Colgate Maximum Cavity Protection plus Sugar Acid Neutralizer!

48hours sponsored post

photo 1 (4)

Masih ingat entry Colgate yang aku tulis baru-baru ni? Pasal produk terbaru diorang yang baru dilancarkan tu iaitu Colgate Maximum Cavity Protection plus Sugar Acid Neutralizer.

So this time we have another round of meet up plus lunch bersama-sama dengan pakar pergigian. Tujuannya to get clear picture dan better understanding tentang kebaikan Colgate Maximum Cavity Protection plus Sugar Acid Neutralizer ni.

photo 4 (2)

Pakar pergigian yang saya maksudkan tu ialah Professor Dr Rahimah Abdul Kadir, the Chairman of the Alliance for a Cvity-Free Future (ACFF). Kusyuk kitorang dengar penerangan dia.

Menurut beliau, punca utama cavities ataupun gigi berlubang adalah berpunca dari sugar acids. It can easily attack and dissolve our tooth enamel (lapisan luar gigi). So beliau menerangkan tentang teknologi terbaru Colgate Sugar Acid Neutralizer ini dapat melawan ataupun meneutralkan sugar acids yang terdapat dalam mulut kita tu. Tipulah kalau korang cakap tak ada gula ataupun tak makan gula, sebabnya kebanyakkan makanan dan minuman yang kita ambil memang ada gula.

Tambah beliau lagi Sugar Acid Neutralizer Technology ini merupakan standard terbaru dalam penjagaan gigi untuk pencegahan cavities ataupun caries.

Even World Health Organization (WHO) menekankan bahawa dental caries merupakan masalah kesihatan awam yang utama di peringkat global – ini membawa kepada kemusnahan fungsi gigi dan memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan!

Panjang lebar Professor explain kat kitorang untuk memastikan kitorang paham dan sebarkan tentang betapa pentingnya penjagaan gigi kita dan tak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi punca utama cavities iaitu sugar acids tu. Terima kasih Professor Dr Rahimah.

photo 2 (2)

Antara tip-tip lain yang dikongsikan oleh Professor ialah ialah tentang penjagaan gusi dan gigi baby. Sebaiknya dari baby lagi kita patut dah mula menjaga gusi dan gigi diorang. So bagi parents yang ada baby tu kena ikut tip-tip ni.

Sentiasa cuci gigi dan gusi baby menggunakan kain pun boleh. Lebih-lebih lagi bila lepas makan ataupun minum susu, lap kan mulut baby kita tu dengan towel basah ataupun suam supaya bakteria tidak merebak.

Dah tahukah korang mulut baby kita tu akan dapat bacteria yang datangnya dari mouth kiss dari mak bapaknya. Kan mak-mak bapak-bapak ni suka kiss-kiss mulut anak, hah dari situlah datangnya. Mak bapak ok la lagi kan, ni yang orang-orang luar ni pun sama cium si kecik tu, taulah baby tu comel 🙂

Dan seharusnya tabiat memberus gigi harus dipupuk sedari anak-anak kecil lagi supaya menjadi habit diorang sampai besar rajin berus gigi. Macam Zeeshan pun sekarang dah pandai gosok gigi sendiri hiks. Tapi tengok mood dia gak, kadang-kadang aku yang kena godokkan 🙂

photo 3

Colgate memperkenalkan revolusi terbaru dengan ubat gigi mereka. Colgate Maximum Cavity Protection plus Sugar Acid Neutralizer – yang pertama dan the only family toothpaste dengan unique sugar acid neutralizer technology, clinically proven untuk melawan punca utama cavities.

Kakak_Colgate

By the way, I’ve been using this toothpaste since it was launced, bukan sahaja dapat merasakan perbezaan ketara rasa tawar selepas menggunakannya bermakna hilangnya rasa gula di celahan gigi kita malahan juga rasa pudina dinginnya menyegarkan mulut saya 🙂 Bukan saya sorang jer yang pakai, satu family pakai lebih-lebih lagi Kakak, sebabnya gigi Kakak sekarang on the stage dalam pertukaran gigi susu ke gigi kekal. Ada a few batang dah tercabut dan longgar, tu yang bila I told her about kelebihan ubat gigi ni, terus pagi petang malam rajin memberus gigi dengan Colgate Maximum Cavity Protection. “Takutlah nanti gigi Kakak berlubang, tak cantik nanti” katanya.

So, say no to cavities! Fight sugar acids the number one source of cavities with Colgate Maximum Cavity Protection plus Sugar Acid Neutralizer!

Khidmat pesanan masyarakat Colgate is brought by Redmummy.com

Comment: 7

Zoo Zoo Melaka!

IMG_0444

berdoyon2 ler naik tram nih, alkisah nak buat tour, sekali ada lagi 45min baru tram ni jalan. Aku dah beratur nak beli tickets but tak kuasa ler nak tunggu 45min, lamo tuh.so moh ler sekali lagi dalam sejarah kita pusing lagi menapak Zoo Melaka. The last time kita datang sini, kakak abang baru kekecik, kakak pun masa tu lam 5,6 tahun rasanya.

Kenangkan ada package anak kecik, hah mehlah datang lagik Zoo Melaka.

That s my small mini size of Chanel, the one bought from Paris. Kena credit, ada yang email dok tanya ulang2 bag ni camne bag tu camner, padahal dah keluar blog dah dik. So kalau ko amik Chanel type nih, begini ropanya. Sedap je akak bawak, leh sling leh shoulder pendekkan je chain tuh. Ada black colour gak but i think recently Chanel ada come out ngan bright colours gak. Go buy buy buy!

IMG_0453

Memang suka lah si kecik dapat masuk Zoo, dapat tengok segala macam binatang, biasa tengok kat buku kat tv jer, kali ni dapat tengok and pegang2 sket. Tapi yang pegang tu takut je lebih, risau je dia kuda tu nak gigit dia.

oh kat sini, boleh kata berdenting panasnya hohai….aku tak kuasa ler nak bercap topi, so pakai payung.

IMG_0460

Nasib baik pikir panjang nak tukar kasut bila masuk zoo, hoooo besau. Tu pun banyak yang lelompat tak nak singgah. agak2 Zeeshan tak paham, ok kita pass, lagi bape tahun kita datang balik yek.

IMG_0466

agak2 kalau dah ada yang berlima dalam gambar, pastu takde pakai monopod, so paham2lah kan sapa yang jadi photographer dalam nih.

IMG_0468

tapir

scientific name jangan ditanya

kita panggil dia tapir

Zeeshan dalam suara kecil dia dok taa pirrr taaa pirrrr

 

IMG_0487

Abang cakap gang zirafah tu, mummy daddy and salah sorang anak maknya. hasam ko bang!

IMG_0489

kadang2 aku tengok the jarak antara kandang2 depa ngan longkang pemisah visitors, macam selangkau je zirafah ni boleh keluar. But mungkin dia pun malas nak redah keluar, walaupun kakinya panjang, kang jadi macam Madagascar, hah kuor jumpa town, kesal ko nanti tak jumpa jalan balik. kalau jumpa hutan takpe gak.

So redha jer ler depa 3 beranak dok situ.

IMG_0494

dari depan cepat jalan!

IMG_0502

Dari  posisi kiri kanan pun ado hah!

 IMG_0511

ini jam dia nampak bear.

black big bear.

Kenal ler tu, dok sokmo tengok dalam tv, dalam buku2 dia tuh.

IMG_0525

ya berdentingnya heh. Bertogok2 air mineral kitorg belasah. Abang ngan bapaknya, bedal 100plus tu bertin2… peluh menitik2.

IMG_0535

ini pun sama

cuba kalau dia berenang

pi ke tepian

eii

pun dia pikir gak

kalau kuor pun leh makan free gak, yelah dia ngap ler sume orang. kenyang baitu.

but pastu kena bunuh le ko kan

so dia pun redha mentido je tengah panas pun, apa lagi dia nak buat.

IMG_0551

dari depan punya cantik memasing

dari belakang kalau tengok, kakak sampai menonggek2 nak posing begini hahahaha! Abang tak yah cakaplah kan, budak yang makan kacang panjang tu memang melonjong, momantai je dia posing situ.

ye ye aku paham, ramai dok tanya napa abang panjang lonjong betul. senang jelah jawapannya, dia ikut gene bapaknya. kang cakap ikut maknya kang, korang gelak geguling.

IMG_0553

package ni lagi satu. mana boleh dia tak nak posing, bila dia tengok abang kakak buat. but dengan si kecik ni, tak bolehlah nak buat banyak kali snap, dia bosan worrrrrrr. 2 snap dah cukup.

IMG_0560

buaya pun banyak types.

aku tengok seimbas, pastu jalan laju cari pendinding.

IMG_0627

Ktiorg kena benti break jer kat playground punyalah lama. Persinggahan si kecil. Last2 aku dokong gak dia, angkut terus keluar! bila ke nak baliknya heh.

IMG_0620

sessi bagi makan gajah. i have the video, akan kucari if rajin nak tempek. but tak rajin kot hahahaha

ke dah post kat keek or ig or check lah. hikss

IMG_0613

mak panehnya…

mak merah saje malas nak duduk, nanti seluar kotor. putih tuh. walaupun ada Vanish.

Balik KL terus semua membutaaa, except aku ler kan. Aku dok layan teman laki tapi sambil tu aku dok leka main chess online. Walaupun asyik kalah dek timer coz yelah kat highway kan signal bukan molek pun, so asyiklah lagging and ‘connecting’ bebila tengah main. Stress, benti kejap, pastu gian, main balik.

Tapi kan, Zoo Taiping, ada kan satu zoo kat sana, Zoo mana laik? Belum jejak  lagi, but nak pergi jugak. Memanglah speaking of zoo dalam malaysia dengan segala maknek zoo kat Australia yang kita pergi tu, sana lagi the gah’s one, cuma untuk package murah dan terdekat dan senang bawak batallion (udahlah aku ada sorang lagi batallion yang pantang je cuti, dok ibu nak ikut ibu nak ikut, kena hangkut sama jugak), so serata dalam Malaysia punya zoo lah aku akan cuba completekan.

Dah part of growing process of the kids, Abang Kakak dah passed their path but we have little one, so kena ler mula repeat balik the package. Abang especially, the gap 10 tahun, so dia tak boleh ler nak berlagak tak macho pi zoo ni semua, zaman ko dah lepas, so ko kena attend adik ko pulak.

Aku lagi lah bukan jenis suka open air macam nih, mau cepat lemau but dah sama le alasannya, part of the growing process si kecil tu kan.

Comment: 15