Instagram’s Contest – The Announcement!

IMG_9935

halloppp, mau tau result and the winners for the Instagram teka baju kerja kak red’s contest?

it was so simple, sapa dapat jawab number berapa yang akak pakai for kerja hari tuh, menang hadiah, cuma akak randomly amik 3 orang dari reramai tu yek. Sekali ko dekat 300 orang participated !!

Contest ni untuk dalam Instagram sahaja tapi ada jugak yang kat FB Page and twitter pi jawab jugak, sorry sayang, tak kira lor.  Pasnih akak announce kat FB Page sahaja yek, i wont sync to Instagram. very very very the coming soon jer gak.

IMG_9929

The answer is…. 🙂

The 3 instagram winners:

1. http://instagram.com/ninvvtynv

2. http://instagram.com/miss_9922

3. http://instagram.com/merah_cinta_hati

Winners please contact akak via Whatsapp ONLY, you may get the number from my instagram profile. Congratulations!!!

Yang lelain, jangan risau yah, insyallah ada rezeki kita buat lagik….

 

Comment: 7

Abang Turns Thirteen!

 

 

IMG_9965

korang, citer Nicholac Cage – Left Behind tu tak yah ler tengok. dah menguap aku membosan, dah ajak RD kuor actually but dia suh stay gak alang2 dah tengokkan, udahlah aku beli tix twin seats.

IMG_9979

muncung sebelum membosan tengok movie

IMG_9987

dah abis movie, bila tang window shopping, oh bestnya suka suka suka! hahahahaa

but ai tak shop pun, ai beli 2 lai je baju abang, ada photoshoot nak kena buat.

IMG_0016

Malamnya kami bawak abang pergi birthday dinner treat. Today, hari ni 23rd birthday abang yang ke 13 tahun.

IMG_0030

3 beradiks, 2 pakatan tu buat kad (aku yang tolong belikan) pastu ada vid nantilah aku post kat fb ke ig ker, bapaknya datang dari belakang bawak kek surpriseeeeeeeeeeeeee

Doa untuk anak sulong kami yang berulang tahun hari ini:

Ya Allah Ya Karim…
Kurniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rasul, dan taat kepada-Mu.

Ya Allah Yang Maha Pencipta….
Kurniakanlah kepada anak-anak kami kesihatan, kecerdasan, dan pertumbuhan fizik yang sempurna.

Ya Allah Yang Maha Pelindung…..
Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah.

Ya Allah Ya Razaaq….
Bukakanlah pintu-pintu rezeki bagi anak-anak kami, baik rezeki yang sudah kami duga maupun rezeki yang tidak kami duga.

Ya Allah Ya Qadir….
Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh manfaat bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak….
Amin.

IMG_9821

ini hadiah birthday abang, antaranya. actually aku lupa hadiah birthday abang was bought from Tokyo dulu, telescope ke hapa yang punyalah susah payah aku hand carried bawak turun flight, hah yg tu rupanya. Abang reminded me. but masa kat Cambodia, aku belikan anak2 aku sorang satu Beats earphone nih, Abang dapat yang besar, colour biru, kakak dapat medium size warna merah.

Sedap betul ler dengar pakai Beats tu walaupun aku bukan beli hok original pun, yelah yang original about RM1400 hokey! Yang kat Cambodia tu cap ayam jer tapi dia punya sedap gak dengar, worth betul mak ko beli kat Central Market Cambodia tuh yek. Kita tak sampai lagi cerita shopping Cambodia kan…

 

IMG_0055

 ni aku makan, kekongsi ngan RD and anak2 jugak

IMG_0056

ni laki aku makan

 

IMG_0068

abang kakak of cos ngan steaks depa and pizza tuh, perut diorang memang hebatlah. but Pizza half kita bungkus bawak balik for depa punya sambung makan and also for bibik gak.

IMG_0071

aku pencinta betul dengan air suam, kalau air tu panas2 suam tu lagi aku suka, sedap sei makan steaks ngan air suam. Diorang dok minum air memanis but aku masih dengan pangai nak air suam jer. Sejarahnya dulu aku tak suka pun minum air suam, dok leka ngan air manis jer, pastuh bila aku mengandungkan Abang, barulah aku suka minum air suam, sampai sekaranglah nih. So kira aku punya penyakit sukakan air suam adalah sejak abang dalam kandungan till now.

IMG_0078

siksa amik pakai timer, dahlah gelap tempat nih

IMG_0075

i didnt announced in blog gak, few days ago pun birthday bapaknya, the 41st Birthday. Itu celebrate asing dengan bapaknyalah. Today is for Abang 🙂 . Malamnya dia dapat jugak the punching bag set merah, itu dari bapaknya, dia kan suka exercise badan ni, dok nak  muscle up. Hah sesuailah tu.  Adiknya pun sibuk berebut nak jugak main sama.

IMG_0065

I have made an arrangement with the florist to send him a fruit basket, takkan nak hantar bunga bouquet pulak, kakak bolehlah, so for him, ada fruits and ada bunga2 sket lam bakul, hah bolehlah buat hias rumah maknya kan kahkahkah….surprise for him lah, just like macam adiknya, dapat bunga bouquet kek bagaikan.

He completes us. Namanya adalah dari pelengkap perkahwinan kami dulu, coz he s the first son. Pelindung dan penjaga adik2nya. Abang ni dah matured, suara dia compared ngan suara few years ago, dah pecah dah pun, dah pandai soal duit, buat keje tanya gaji so on. Dah tau melawa bagailah. When I amik gambar dia, he dok tanya, kalau ada anak2 perempuan kawan Mummy nak kenal dengan Abang, bagilah number Abang yek.

wakakakka!

Fakta Anak sulong berdasarkan  kajian daripada Doktor Ustaz Fadhilah Kamsiah tapi ada some aku remove yang aku rasa tak de dalam personality Abang.

  1. senang memaafkan orang.
  2. sensitif,hati lembut.
  3. ramai peminat.
  4. mudah menyayangi orang lain.
  5. sukar melupakan orang yang dia syg.
  6. selalu menjadi tumpuan orang ramai.
  7. sentiasa mengingati kawan lamanya.
  8. manja.
  9. suka haiwan.
  10. mudah nangis.
  11. lemah dalam percintaan.. ini memang betul, ramai bebenau makwenya heh! dok kata kawan kawan but hish…

Happy birthday Abang, May Allah bless you, hidup dalam rahmatNya dunia akhirat.

Comment: 7

Seri wajah naik dengan Lacelle!

48hours sponsored post

.

rm-lacelle1

Korang notice anything different tak kat my face?

My OOTD untuk hari ni ialah red dress with green songket jacket and my NEW Lacelle cosmetic lens by Bausch+Lomb

rm-lacelle

Ok mai take a closer look 🙂

Dengan hanya secalit maskara yang tak seberapa tu, I’m using Lacelle Jubilee Violet. So, untuk pengetahuan korang, Lacelle is the first cosmetic lens diperkenalkan di Malaysia oleh Bausch+Lomb, nama yang dipercayai lebih daripada 160 tahun lamanya.

Bila disebut nama Lacelle ni, kita dapat membayangkan ianya sebagai fesyen yang bersesuaian dengan style kita yang berbeza-beza. It’s like accessories to your eyes. Ini kerana ianya direka mempunyai paten lace yang unik yang secara tak langsung menceria serta mencantikkan lagi mata kita 🙂

IMG_2050

Dan ini pula without any maskara ataupun make up. Lagipun lately ni aku macam malas nak tepek make up dah and thanks to Lacelle, menambahkan lagi outstanding my appearance of the day, serta menyerikan mata aku 🙂

The plus pointnya pula, Lacelle mempunyai 5 pilihan shades yang berbeza yang boleh di mix and matchkan dengan OOTD kita.

Limbal :
1. Modest black : instantly enlarge and brighten your eyes. Sparkle with confident

2. Tender brown : softly enhance your eyes for that delicate warmth and allure

Color :
1. Jubilee Violet : give your eyes a romantic tint. An enchanting blink that will mesmerize everyone

2. Sparkling brown : give your eyes a playful sparkle. You will be the most attractive princess

3. Frozen Grey : give your eyes a touch of glamour and cool elegant for the magnetic attraction

IMG_1376

Lacelle by Bausch+Lomb, FDA authenticated pigment standard. Korang cubalah sendiri, people gonna #WOW you for sure 🙂

Satu lagi kan yang akak suka bila pakai lens nih, bila kita driving or jalan kita tak nampak blur blur, coz ada lens yang warna dia punya ring punya besar so sakit je hati bila kita nak driving specially lah. Akak memang allergic betul dengan that kind of lens. For Lacelle, dia bukan takat naikkan your seri wajah, fuhyooo…tapi if you pakai proper make up, or even buat photoshoot, or wedding tunang bagai, mesti double seri wajah ko.

Belum make up heavy pun orang dah notice ko eh Kak Red, you look so differentnya 🙂

Yelah biasa mata brown, skang violet kan.  Lens akak ni ada power gak yer, so boleh request untuk power yang sesuai ngan mata hangpa jugak, the violet yang akak pakai nih, kalau ikut kaler baju pun akan orang lagi naik notice.

Lagi satu pangai akak, paling suka pakai bila ada big event, not the event bebiasa tuh coz masa tu bila kita pakai the Lacelle nih, one thing yang tak pernah orang nampak terus orang notice. Cubalah. Buat make over on your eyes.

Coz I just did 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Lacelle is brought by Redmummy.com

Comment: 6

Killing Fields, Cambodia.

IMG_8461

Assalamualaikum!

Pagi ke 4 di Phnom Penh. Abah bersiap kemeja bagai hah….tapi pastu bila tengahari bukan takat Abah, aku pun sama tukar baju gak nanti.

IMG_8471

Pagi tu ialah misi melawat Killing Fields, agak jauh sket dari hotel.

IMG_8476

Killing Fields  yang diperhaarui cara modern sikit coz dah jadi tempat lawatan wajib di Cambodia, asalnya mana ada macam ni pun

IMG_8482

kalau tak silap aku lah kan, ada 7 tingkat kat menara tuh, depa placed segala jenis tulang temulang, tengkorak anggota badan manusia yang telah maut mati waktu zaman rejimnya Pol Pot

IMG_8485

kecik jer laluan masuk sini, Abah tak masuk, dok luar, jimat tenaga kaki coz kang nak pusing lagi tempat nih. Some more Abah dah penah visit gak sini

IMG_8489

tu setiap tempurung tengkorak ada sticker warna, untuk camne cara mereka mati dibunuh….Iron tool pun ada. neck cutting pun ada, ngerinya…

IMG_8493

kena masuk tempat nih, aku ngan kedek dok geleng pala je bila dengar Ustaz Hafis cerita

IMG_8495

ha masa ni aku dah naik 3kg kot hahahaha

actually 4kg yang akak naik tu datang dari akak sakit vertigo, so akak takleh diet langsung masa tu, kena makan makan makan, campur pulak ngan Cambodia, so sambung lagi makan makan makan, tu yang total 4kgs. but dont worry, starting last week lepas je aku habis sakit mata conjunctivitis tu aku dah sambung balik puasa.

So lam 1-2 weeks the 4kgs will be gone ler.

IMG_8499

IMG_8503

IMG_8505

IMG_8514

ada nampak bunga belakang tu, ha ramai le beli buat letak lam pasu tu balik, hormat to the mangsa2 tu sume but kita Muslim tak buatlah. Ustaz Hafis dok bilang, tolong sedekah duit (if intend to donate to here) to the muslim people in Cambodia, through surau depa, anak2 depa. Yang macam kita buat tu lah kan, pi misi derma qurban tu.

IMG_8521

self explanatory

IMG_8523

memahami lagi cerita sedih dari Ustaz Hafis

IMG_8524

Duh….

IMG_8570

 takde kena mengena but Cambodia trip ni aku bawak Long Champ yang sling biru, just bought. Pasnih tak yah mengada lah beli bags tiap kali trip, pakai je yang melambak ada tuh.

IMG_8584

IMG_8585

IMG_8587

IMG_8588

IMG_8594

tetepi pagar kanan tu ada macam sungai dan payah le orang nak lalu, tetiba ada orang naif daif dok mintak sedekah dari pagar tu. Aku punya terkejut, kot le mana datangnya tetiba ko muncul. Dahlah kita ni melawat tempat orang yang berjuta matinya dan cara kematian pun mengerikan.

IMG_8596

caya tak dalam sungai ni pun ada tengkorak2 yang masih tak dikutip, abis tu dah berjuta, mungkin masa misi pencarian tak jumpa, tetiba arini sok lusa ada jumpa dalam tuh, so biarlah depa bersemadi di situ sahaja…

IMG_8614

macam golf punya lubang kan, padahal sinilah depa gali lubang2 dalam untuk disumbat mayat2 yang telah depa bunuh. Aku ada query le apahal tak bunuh pakai pistol ke apa kan, cepat sket mati yang ko pi siksa kenapa, katanya tak boleh pakai pistol selain bising jugak mahal. Kalau pakai pistol kang tentera Vietnam tau pulak kedudukan the Pol Pot buat keje2 nya nih. Yelah dalam tahun2 tu jugak tentera Vietnam sedang bergerak masuk ke Cambodia nak hentikan rejim zalim Pol Pot nih ler.

IMG_8629

rehat lagi untuk Abah. Minum dan mineral dan dengar cerita Ustaz Hafis

Selesai pusing satu Killing Field ni barulah kita bangunan yang ada kipas aircond sikit sejuk untuk tengok the indoor punya museum pulak

IMG_8631

 

IMG_8632

mana icon airmata nangis nih, nak letak sini hah…

 

IMG_8633

Depa 2 ni pelakon penyanyi terkenal yang juga dibunuh dek tentera Pol Pot

IMG_8638

dalam nih ada jugak video, seronok tengok video tu, ada gambar live real masa zaman2 Pol Pot tu, ada jugak gambar omputih yang buat DNA eh bukan, yang cek berjuta gigi, tak sampai juta kot, asal boleh je lah coz nak tau jaws tu semua umur bapa rangesnya, or cara kematinya segala bagai. Ditunjuk jugak gambaran sebenar the Killing Fields waktu depa memula venture the place, termasuk jugak the Pol Pot’ high school tempat dia buat kezalimannya.

IMG_8644

kooo! dia smashed babies kat pokok kelapa ko!!

alahai, apa yang maknya mampu buat, maknya pun tunggu masa nak kena bunuh jer. Ko nak bunuh boleh tak ko tikam habis ke jangan le sampai smashes macam tu, sakitnya tersiksa baby2 ni.

IMG_8645

sila baca!

IMG_8646

ni kubur si Pol Pot, hish ada jugak berhias atap bagai, patut tak perlu ada semua tu. walaupun poor maintained, tak perlu, biar dia laknak kat situ. Berjuta rakyat Cambodia mati dek arahan ko, dek deraan ko, mana yang ko rogol ko liwat ko siksa dera bunuh. Eii ptuih!

nah lagi haktuih!

IMG_8647

elok la mati pun takde upacara sangat!

IMG_8648

depa cakap dia mati dalam tidur tapi dengan memacam penyakit le kan

IMG_8649

ini pakaian rasmi Pol Pot and the gang

IMG_8650

hah ini rahang2 gigi yang depa kumpul gak,  yang ko tengok ni  sikit je pun, padahal berjuta

IMG_8654

tu dia tulang2 manusia….semua ni yang dijumpai di Killing Fields

IMG_8659

mengutip tulang dan tengkorak yang dizalimi

IMG_8662

3 beranak

IMG_8673

ini orang kanan Pol Pot

  1. IMG_8674

IMG_8679IMG_8680

 

hopefully gambar2 ni dah besar enough for you to read. Else meh datang Cambodia. Puas hati sendiri tengok ngan mata kepala the places

IMG_8684

Museum ni adalah destinasi terakhir kami….sedih dah hati. Aritu sedih dek Pol Pot, pastuh sambung sedih ngan the Killing Fields pulak. Simpati sangat ngan rakyat Cambodia.

 

IMG_8687

The entrance of the Center, Abah aji and Ustaz dok borak2 lagi

by the way Killing fields kat CAmbodia tu ada banyak yelah, bukan satu ni jer tapi yang famous ni is the one yang kami visit ni lah. Pi satu je udah ler, tak yah le ko nak pi semua fields dia, satu ni pun dah tersesak napas tengok siksaan depa.

IMG_8691

ok ini akak ada letak penceritaanya kat IG and page, so akak cite balik ler yer.  eh copy paste sudah hahahaha, dari my page gak.

Antara rejim kekejaman Pol Pot cara pembunuhannya, as per photo atas ni yek:

1. Memula dia tutup mata dia ikat pastu dibilang kata kita nak pindah kampung baru so reramailah naik lori, sekali naik lori 60 pax. Ini mostly dr penjara Tuol Sleng.

2. Pastu export naik lorry to Killing Fields. Kang kalau tembak payah plak nak lari cos tentera Vietnam dah almost nak sampai ke Phnom Penh.

3. Sampai Killing field, depa suh duduk melutut ngan mata bertutup lagi depa chop chop pala.

4. Dan begitulah dicampaknya mayat yang dah dibunuh dalam lubang besar, some lubang can fit up to 450 bodies. Main sumbat2 jer.

Paling sedih bila cara depa bunuh babies, depa smashed kat pokok. Hidup2 macam tu depa smash kepala and campak dalam lubang.

Kalau mak meraung tengok anak kena smash, dengan mak sekali kena bunuh.

#Cambodia yang berdarah di tangan #PolPot

Comment: 12

Zalimnya Rejim Pol Pot…Tuol Sleng Museum

Let s jump back to day one di Phnom Penh, hari yang kami sampai Cambodia, petangya ada masa sikit untuk buat sight seeing. Tempat ni is a must to visit dalam itinerary hangpa. Boleh buat kesedaran sesangat. Aku harap kalau anak2 aku datang tahun depan insyallah, depa pun kena tau pasal sejarah dan tengok sendiri peninggalan rejim zalim Pol Pot.

IMG_7399

katil yang digunakan untuk melaksanakan hukum pada rakyat Kemboja

IMG_7402

Kita dibawak Marina, tourist guide but Abah aku pun coz dah pernah datang sini pun jadi pencerita untuk tour nih. Untunglah bapak terer betul sejarah Pol Pot kan.

IMG_7404

Banner besar dalam Museum tuh, antara anak2 survivors yang diselamatkan

IMG_7405

 

IMG_7406

hah ini adalah asalnya tempat gymnastic pelajar sekolah, tempat ni kan dulu asalnya high school pastu si Pol Pot tu tukarkan jadi penjara untuk menzalimi rakyat Kemboja. Otak pala dia punya jahat dia utilise the gym tiang tu buat gantung orang, pastu ada jar ko nampak tu, hah direndamnya orang dalam jar tuh. Part of cara rejim zalimnya.

IMG_7408

Tu yang setiap kelas dalam high school ni, ada sejarahnya ada cara deraan dan kezaliman Pol Pot

IMG_7416

besi yang kukuh, tak nak bagi prisoners keluar. Banduan yang dipenjarakan si Pol Pot tu bukan buat salah menda pun, mostly adalah orang terpelajar, tapi yang tak terpelajar pun dia bantai jugak, tak kira gender dan umur.

IMG_7418

IMG_7419

ini konsep hidup si Pol Pot

IMG_7425

dari dekat, the gym tiang dan jar yang digunakan untuk mendera rakyat

IMG_7429

apa ni, kawah? hah segala jenis peralatan yang boleh dia guna untuk menzalimi, habis dia pakai

IMG_7432

mereka2 yang telah pergi, tak boleh blah tu dia amik setiap satu gambar rakyat jelata yang dia tahan, dera, bunuh

IMG_7438

si cilaka haprak Pol Pot

IMG_7441

hah ni gang2 dictator Pol Pot

IMG_7443

aduhai, korang tengok gambar ni macamana depa didera, kurus2 plak tuh, dah mati pun diaorang amik gambar, buat kenangan ke hapa wei! tu satu gambar tu ngan bebuih keluar dari hidung.

IMG_7445

Mangsa2 yang diamik gambar, pun diberi number

IMG_7446

ini aku paling tak boleh tahanlah. Mak tu ngan baby, pun dia nak bunuh gak. Even babies pun dia bunuh ok! dahlah cara bunuh, dengan putar skru kat pala maknya tu. Hidup2. Ko kenapa le zalim benau yer…Apa le pompuan dan baby tu leh buat kat ko pun.

Pada Pol Pot, bebudak ni kalau tak dibunuh nanti dah besar depa akan menuntut bela. Halahai….

IMG_7451

Masa kejadian adalah tahun 1975 hingga 1979, aku baru lahir tahun 75, aku rasa kat Malaysia pun masa tu adalah sangat maju dah kot, tapi kat Cambodia dalam tahun2 yang sama masih lagi bunuh2 orang, depa kan negara mundur.

IMG_7453

IMG_7457

IMG_7460

Some of the pain memories

IMG_7465

jaring2 besi

IMG_7470

bilik kecil ni pun untuk menampung the rakyat jelata yang didera. Pas sorang2 dok sini

IMG_7472

Setiap bilik kecil ada numbernya…

IMG_7476

Tu ha darah kering pun ada lagi. Minum makan toksah le cakap waktu tu, ko dapat makan sehari 2,3 sudu bubur nasi cair bayau pun dah kira untung sangat depa.

IMG_7479

such a small room

IMG_7486

ini bilik salah sorang survivor yang masih ingat biliknya di mana. Bayangkan masa tu mana ada api air dalam nih, depa bergelap gulita didera, siang malam apa kira.

IMG_7490

memory lane

IMG_7497

kitorang ni nak buat muka sedih keras macam abah memang tak boleh lah, but walaupun kami senyum dalam gambar nih, visit to this museum sangat menusuk hati. Malam tu gak aku ngan Kedek google lagi cerita pasal Pol Pot. Siap sambung lagi bercerita dalam van waktu ke Kampong Cham.

 

IMG_7501

hah ni alat yang depa gunakan untuk bunuh slowly the Cambodians, tak kira laki pompuan. Itu yang mak yang dukung baby tu, pasrah untuk mati je lah

IMG_7503

cara tidur pulak, budak2 macam nih. dalam bilik sempit and depa tidurlah macam tu.

IMG_7505

cara nak mandikan pulak, sebulan sekali tu depa akan simbah air macam nih and itu je lah air mandiannya.

IMG_7506

Depa nak bunuh the kids, the babies, kalau ko mak nak meraung2 bagai, ngan ko sekali kena bunuh gak lah. Abis tu, gila hapa tengok anak kita diamik depa, takkan nak gelak senyum kan, dah tentu le meraung nangis jugak.

IMG_7507

Begini punya ko buat macam binatang kat rakyat Cambodia

IMG_7508

antara tools untuk menyiksa dan membunuh

IMG_7512

 

ok can akak cakap pasal gym tiang tu kan, hah macam ni lah cara depa zalimi.

IMG_7511

sorang vs 4, apa barang weii! sah le sorang tu mati, dahlah ko ikat dia.

IMG_7514

awwww…cabut kulit kuku or kerat jari

IMG_7515

yang ni plak cabut kepit nipple….hidup2 tau!

 

IMG_7608

abah wait wait

 

IMG_7517

some tools

IMG_7518

2 beradik  ni, antara survivors yang diselamatkan. Sedih baca cerita depa. Depa datang ngan mak depa, bukan datang willingly, depa kena tangkap. asalnya bapak depa kena tangkap dulu, pastuh mak ngan 2 beradik ni pun kena tangkap konon kata nak bawak pi jumpa bapak depa ler. But malangnya bila sampai sini, depa semua kena tipu, depa dipisahkan dari mak depa. Meraung2 cari mak. Umur depa waktu kena tangkap tu 7,9 years old.

IMG_7519

Sehingga hari terakhir depa diselamatkan, depa cari mak depa, takde dah, dah kena bunuh le kan. Alahai…pedihnya hidup masa tu.

IMG_7520

 ini gambar depa 2 beradik masa diselamatkan tentera Vietnam…tak ramai yang beruntung nasib hidup masa tu. Yang ada tu lah bersyukur tak sempat dibunuh, walaupun sempat dizalimi

IMG_7522

Those muslim lagilah akan jadi mangsa. Ko solat ko kena bunuh. Ko tak makan babi yang depa bagi, pun kena bunuh.

IMG_7528

meremang bulu roma aku masa baca cerita2 kat museum nih. Aku paling lambat keluar dari setiap bilik yang ada cerita di papan coz aku sibuk baca, such a sad story. Bila baca cerita dan tengok gambar, lagilah menusuk pemahaman dan sakit hati benci ngan Pol Pot dan rejimnya.

IMG_7534

di penhujung tour

IMG_7543

Kalau datang lagi Cambodia, aku  nak lagi visit this place. Killing fields pun kita ada pergi, tu nanti next2 post

IMG_7546

Dah dera dah bunuh, hah takkan nak tanam memayat tu kan, tu yang depa hantar ke Killing Fields, export ngan naik lori…

IMG_7557

gambaran jauh the Museum yang menyemadikan sejarah kezaliman Pol Pot

IMG_7588

ni dak Kedek ko nak bawak boat ke mana dik?

Habis tour semua kat Tuol Sleng Museum, kita di bawak to Mamak Restaurant, tapau lauk situ, patutnya makan situ tapi Sofyan dok ajak pergi naik boat dulu. Sedangkan kat boat pun ada makan, tapi dah ordered dah siap pun, kita bungkus je lah pi naik boat. Boat besar, dah macam Ferry je gamak rupanya.

IMG_7597

Burger pun wajib beli kat kedai mamak tu, abah aku dok cakap sedap sedap. Hah mana ngan nasi mana ngan burger, so depa makan burger, but balik hotel depa makan nasi, aku pulak makan nasi tapi kat hotel buat supper the burger.

IMG_7603

dalam boat yang sama ada lebih kurang 30 pax govt servants from Johor. Jabatan Agama Islam Johor kalau tak silap, depa pun misi yang sama for qurban dan derma di Kampong Cham. Ini yang kami duduk ni kat tingkat atas, ada buffet halal disediakan dek boat nih. Lelauk sedap, sama je ngan lauk melayu kita kat KL cuma rasanya je lah lain.

IMG_7619

Kita atas boat tour nih about sejam.

some of the boats tu, depa chartered privately, buat party, kitorg dok tengok je orang terkinja2 bila passing by some of them. hahahaha…hamboih!

IMG_7620

Selesai abis tour, balik semula ke Pacific Hotel.

dan tepi jalan ni jugaklah, group jabatan agama islam Johor (one of them ada salah sorang Imam Muda), sembelih kambing for qurban. Entah macamana ada request dari Cambodians, so syarat cukup, jadi depa tolong sembelihkan dan derma terus masa tu jugak. Terkejut hakak tengok memalam gelap tepi jalan pun boleh hahahaha.

 

IMG_7418

Penutupnya, malam tu kita balik hotel, longlai tak berapa sangat. Tapi tu lah, aku tidur kekejap jaga coz terkenangkan kezaliman Pol Pot. terbayang2 ok. Nasiblah takde apa2 kot soul yang terlepas dok ngekor ke hapa kan, kena bebacalah sikit. Kot yang lemah semangat tu ada yang ngikut balik hah..haru ko kang. Yelah berpuluh ribu, jutaan yang dibunuh di sekolah tu, mana kita nak tau their ‘after death’ tu kan. Tu yang ada yang souls merata mengikut.

Udahlah aku tidur sorang2 kan, pasang lampu pun dok terbayang2.

Bersyukurlah zaman kita sekarang takde lagi dah zalim macam nih, but depa pun sekarang dah takde gak the 2nd Pol Pot cuma depa masih mundur. Aku rasa scala Cambodia ngan Malaysia, not even half to beat us, janganlah mengada2 nak migrate kat memana yek, coz our country is still the best to us.

Life in Prison, boleh baca kat Wikipedia nih yek. Lagi senang paham and quite details gak.

Comment: 12