Beautiful view with my Transitions® Signature™ Lens!

.

IMG_6756

Korang ingat lagi pasal my previous post about Transitions® Signature™ Lens? Any of you yang dah mencubanya?

Actually I’m so glad I got a pair of Transitions® Signature™ Lens. This pair sangatlah selesa untuk pemakaian seharian akak, outdoor terutamanya kerana ianya dapat mengurangkan those uncomfortable glare. Kalau kat tepi swimming pool temankan anak-anak mandi, matahari pagi punya silau jangan cakaplah, but korang boleh nampakkan kegelapan Transitions® Signature™ Lens tu bertukar. So it really block those glare, and I can peacefully enjoy my beautiful morning view tanpa gangguan cahaya matahari terik 🙂

IMG_1979

Dan bila masuk indoor, bertukarlah lens ke crystal clear semula. With this perfect pair, ke mana akak pergi samada keluar lunch or even travelling, akak tak lagi perlu to carry both sunglasses and spectacles, bermakna jimat space for my handbag 🙂

IMG_9957

Kalau korang perasan, yang gambar pertama tu the transitions only to mid tint lens sebab akak berdiri not directly under the sun but under the shade. Dan apabila akak keluar to do site visit under the sun, the lens became darker. Apa yang lebih meyakinkan ialah Transitions Optical benar-benar menguji Transitions® Signature™ Lens mereka di lebih dari 200 keadaan kehidupan sebenar dan lebih dari 1000 senario di seluruh dunia untuk memastikan produk ini memberikan manfaat sebenar kepada kita pemakainya, tak kira apa sahaja persekitarannya!

Khidmat pesanan masyarakat Transitions Optical is brought by Redmummy.com

Comment: 11

The last one of Cambodia.

Masa untuk pulang dari Cambodia. Flight petang.

asalnya awal2 dulu nak balik Rabu terus, pastu pikir dah alang2 pi Kemboja ni baik le balik Khamis, pastuh eh sehari je lagi so sambung le till Friday. So aku amik cuti 4 harilah, kira break kejap dari dok KL nun hah. Last overseas trip aku pun bilakah…Japan kot.  Lamalah kan coz biasa max 3 bulan pastu aku dah gatal nak berjalan obersi. Anyway, tak yah nak gatal sangatlah, dapat jalan local pun syok waaat.

IMG_9151

aku bagi driver tu ole2 yang memang ada aku bawak dari KL, jugak segala makanan yang kita bawak dari KL gak and malas nak bawak balik KL, rezeki driver. Gambar driver tah mana perginya. Sampai sudah aku panggil dia Mahadi kot, nama sebenar tak tau, ikut Kedek le, dia panggil nama tu, padahal nama dia susah  nak ingat. Boh je lah. Depa dropped kita kat airport.  Mahadi tu boleh speaking sket, tapi waktu kita makan adakalanya dia tak join coz dia bukan muslim so dia nak gak pekena air dia, katanya Ustazlah.

IMG_9199

kat sini je lah Ustaz hantar, tak per lah dah cukup besau aku nak handle abah and adik aku. momantai. Letak mana negara pun aku leh manage sesorang insyallah. Banyak negara dah pun aku sendiri pergi sorang2 takde laki takde team lain. gitu.

IMG_9227

muka kak merah yang baru bangun tidur dalam van sebenarnya. Beria ler dia explain aku blur tak tau dia cakap apa, angguk2 jer hahahhaa. Thanks Ustaz.

IMG_9231

dari dok melanguk tunggu boarding, baiklah dok dalam kedai kopi ni coz boleh gak charging handphones memasing. Aku main order je air untuk abah and kedek, kek coklat abis laku tapi satu air tak laku dedua tak sei tekak minum hahahaha…aku ingatkan depa suka coz laki aku sokmo je order air yg ada hazel2 tuh.

Ai is belasah air suam je cukup.

IMG_9246

dah tak tau nak buat apa hah, aku pun dah buat ronda sekeliling airport nih, biasa jer, kecil. Nak membeli pun nan ado.

IMG_9252

hah kedai kopi yang kita minum, hajat dok sini pasal nakkan aircond tapi takde gak aircond kuat….berdenting kuap abah aku memanas

IMG_9262

anytime to drop luggage…dah takde kerusi untuk duduk for both of us, ada kerusi utk abah aji jer

IMG_9267

Kitorg ok ler lagi dok sini, tapi ada sorang guy baju merah tu, hah dah beratur tak menyabau ko! tapi hujung2 kitorg gak yang masuk dulu hehhehehee

IMG_9277

tak excess baggage, ada lebih lagi 20kg kot for all 3 of us

IMG_9282

Wheelchair for pak aji, dah memang requested for pergi balik…senang baitu, kitorg lalu kat diplomat lane lagik, semua melaju lah…tak yah beratur langsung

IMG_9291

dah placed bapak aku kat waiting area, kita pergi meronda 2 beradik dalam tuh. apa yang ada. tetengok jer pun…semua mahallllllll!! udahlah in USD, tapi memang menggila punya memahal sangatlah

IMG_9296

Acik, dahlah cik, bukan standard ko beli barang dalam nih

hahahaha cilakok adik aku

IMG_9316

tak puas hati lagi tu, dok kira conversion

IMG_9329

currency converter aku kali ni aku buat 3 sections, in USD, in Riel and in Ringgits

it was prepared by my laki, aku ammend2 jer…

IMG_9351

nampak benaulah adik aku yang selfie nih

IMG_9347

membosan tunggu nak boarding, makan roti + sekopi cawan. Adik aku rela tak nak minum kopi coz dia dok cakap ler kopi2 mahal ni orang tak geti ler minum cik oi…Abah tak nak join, coz senapas je dari kedai kopi ni dari tempat duduk abah…

IMG_9355

the dollars and riel yang aku tak pakai. Kalau lama lagi shopping kat Central Market nun tuh memang abis gak dollars nih

simpanlah, buat beli aircond baru umah mak nanti hahahaha

IMG_9359

flooding wa group pak aji ngan muka kami bertiga je hah

IMG_9392

banyak video kelakar yang aku kenakan si Kedek dalam flight nih. hiks…abah most of the time dalam flight tidur, ada gak aku pasangkan cerita melayu untuk abah tengok but tak sampai 10min, tv tengok dia, mentidoq!

kami sampai KL on time…esoknya bushhhhhhhhhhh mengqada’ lagi tidur

IMG_9412

some of the ole2 yang aku borong dari Cambodia for my big family, my mertua family, my kenkawan and also my readers gak. Ada yang dah dapat, ada yang belum jumpa akak lagi, so nanti bila jumpa akak lelanting but jangan memalu untuk mintak bila jumpa akak sepcially tshirts Cambodia tuh, coz mungkin akak pun terlupa nak passing the batton kan. Beli barang2 ni pun walaupun ko kata shopping, tapi hak orang jugak, akak buat sedekah and ingatan untuk depa yang akak bagi le kan.  Untuk akak apa yek, hah stone sets sahaja. SAHAJA. kain ela tu tak kira, tu kakak punya, mak ada le selai 2. Stones sets tu yang mengelip2 ko tengok akak pakai kat IG ke FB tu, kaler merah, hijau, biru and yellow.

Lagipun asal niat pergi Cambodia ialah untuk buat amalan kat sana, by helping out the Cambodians, hantar duit derma dan juga barang2 derma, once again sesapa yang nak saham akhirat lagi dan lagi, kesian dengan warga Muslim Kemboja sana yang sangatlah daif, contactlah Ustaz Hafis 016 971 6045.  He is willingly to help you, kalau nak derma untuk peralatan surau, speaker ke, radio ke, microphone ke, sejadah2 ke, or kain baju kasut ke or even wang ringgit untuk depa, terus je contact Ustaz Hafis yer.

Thanks Allah, alhamdulillah bagi saya peluang melawat dan mengenal Cambodia dan menyampaikan di dunia semasa saya.

Comment: 10

The Russian Market, Cambodia.

IMG_8726

sian abah sampai tertidur2 menunggu Ustaz Hasif turun dari bilik hotelnya.

ai is terlepas entry Russian Market, so kita patah le balik jap. Kena ler show show, kang sok sok aku nak pi Cambodia, aku pun refer balik kat sini wor.

IMG_8729

Russian market tu panehhhhhhhhhhhhh!! tu je ayat pertama bila sampai situ.

IMG_8735

so bila dah paneh, and dia tak berapa sedap macam Central Market so aku banyak tengok je lah, not keen to buy apapun for me, aku pun dah lupa abah beli bag dia kat sini or kat CM tuh.

IMG_8750

Tak berapa organize lah dalam ni, but cam kat CM gak sini pun orang Malaysia bersepah2 ado

IMG_8768

dalam ni yang shopping pun Abah and Kedek. Aku dah cakap aku punya shopping tak so much sangat. Sekali banyak yang tshirts for ole2 and kain ela Cambodia tu jer

IMG_8777

sini pun, belikan for Kedek, dia mintak bargainkan. Dah macam aku je yang beria nyopping pun

IMG_8808

satu je benda yang aku beli sini, kipas tangan hahahaha, berkuap wei. Dahi pun dah menitik2 peluh

IMG_8819

Cik, orang nak ni ni ni

ha yelah, jap acik bargainkan

IMG_8841

hujung2 aku duduk tumpang kat gerai nih, coz atasnya ada kipas. Tunggu Abah beli barang ngan Ustaz Hafis. Lama gilerr, memang yang sangat lama, so aku ngan Adik pi ke dalam dalam dalam lagi, sampai sudahnya kita hilang Abah n Ustaz kahkahkah….pastu hujan melebat.

IMG_8880

aku meleka kat sini hah, dalam membosan tunggu pak aji, terstuck terus kat sini. Padahal kat CM tu pun melambak jual stones nih. Tu yang berset2 aku beli, yellow, red, blue and green. Ngelip2.

Jadi secara rasminya ni jelah jugak ole2 for self mak merah.  Dah kehujanan lebat sangat masa nih, bila patah balik ke entrance, sampai air pun dah naik sikit kat dalam Russian Market nih.

Terus naik van, chow blah. pi cari makan.

Pastu jemmmmmmmmmmmmmmm keliling town tak tau la aku tidur je lam van tuh.

IMG_8884

wefie background Malaysian’s flag!

IMG_8909

We had our dinner kat restaurant owner Malaysia nih. Uncle ni father to Tan Sri Azman CEO TNB tuh. Dia sangatlah peramah, habis dia cerita dari zaman dia muda belia, bujang sampai la skang ni yg dia dok Cambodia hah.  Siap offer ubat kuat lelaki lagi, boleh google pasal hal dalaman lelaki, uncle ni memang expert lah. Naik sogan hakak. kahkahkah.

Malam tu makan lagi mewah, memacam lah tapi yang paling best part makan ni tengok Ustaz makan, dia makan sangat habis semua. Kalau kita tak habis, bagi lah dia, habis lauk pauk dia akan kasi licin. Terer betul perut dia. Tu yang kalau makan jer, kita kena tunggu Ustaz coz dia memang lama sikit amik masa tapi seronok, tak membazir. Dah ada ‘DBKL’ hiks….

apa2 hal urusan nak pi Cambodia, skang or bebila, tahun ke tahun depan, derma or jenjalan, kindly contact him, Ustaz Hafis Cambodian number KLnya since dia dah back to KL: 016 971 6045, call or whatsapp boleh.

Alright to the end of my Cambodia story. Tamat.

Hah Russian market ni, boleh pergi, but kalau too short stay di Kemboja, skip je Russian Market nih, pergi Central Market je sudah. Itu lagi tenang aman dan tak hiruk.

Comment: 4

On 23rd of October….

IMG_0088

Dating bertiga, habis kerja, mencicit terus amik the kiddos. Tapi in between dedua kena tembak. Tak punctual! suh siap by 6pm, dedua 615 baru masuk kereta. berbulu je mak depa.

aku memang kepantangan sket latecomers kalau dah janji sipolan time, hah, sedapla anak2 kena menceceh

Tapi sekejapan je lah, it was Abang’s actualy birthday date. Walaupun a day before dah bawak dia pi dinner and dapat hadiah segala kan.

AKu bawak abang kakak tengok movie, bapaknya mana boleh ikut, kerja tak sama ngan kita manusia normal nih. Dia kerja ‘abnormal’ hiks..

Zeeshan lagi tak perlu ikut coz tengok movie kan, dia mana boleh lagi stage masuk wayang nih lagipun dia kalau tidur petang, selagi tak kol 7,8 malam selagi tu tak bangun!

IMG_0106

Ada ke orang tidur dalam kelambu ni mom?

ada ler, kalau takde takkan orang jual!

IMG_0093

Kakak nak set meja make up nih! amboi besarnya, you are not even teenager yet!

IMG_0112

kitorang meronda dalam kedai ni just to kill off time, sambil nak cari tempat makan and nak pi Maghrib kat surau depa at the 2nd floor

IMG_0120

pastu mak nya berkenan kat tepon umah nih. boleh beli. cantik cun. dah tried pun kat situ

IMG_0119

ada 3 designs. kakak dah pilihkan yang design bawah. Berkenan betul ler. Harganya lam RM130 ke RM150 lesser, tak ingat sudah.

IMG_0118

Design yang kakak pilih.

Bila kita amik stock baru, ada digital tarikh bagai, aku suh orang tu setkan ke current date. Last2 dia failed. Dia dok tetekan sampai tahun 2010 jer, aku cakap mana taun 2014nya, belum pass lah kak, kena study lagi camne nak setkan tarikh ni to the current date

ayoooo, ok tak yah lah akak beli dulu, ko study dulu kasi pass date tuh, nanti lelain hari akak datang lagi check and buy if ko dah pass kay.

Takkan nak beli kalau date tu tak uptodate.

IMG_0139

nak menunjukkan yang aku actually pakai palazo! bukan flare skirt.

IMG_0148

kita pusinglah 3 tingkat cari kedai makan dah takdeeeeeeeeee, semua dah tutup le lam Viva Mall nih, ada pun kat LG/Ground Floor. Eh malas ler nak turun bawah, coz movie pun dah nak start. Jadi anak2 tak boleh le nak heavy dinner.

IMG_0164

ada left satu kdai kopi ni, Kakak abang berkongsi milo dinasour, pun tak habis, depa cakap rasa payau tah hape, roti bakar habis sedap but roti telur, kakak kata sedih the taste. So tak yah, teh tarik aku pun payau gak. Jadi kita borong apa yang ada dalam MBO Cinema and buat makan dalam tengok wayang tu sudah!

IMG_0172

Habis dah tengok wayang, kita layan FURY. Ada boyfren lama aku si Brad Pitt tuh, best gilak citer nih. Kakak Abang dok zikir nak tengok lagi, syok syok.  Korang pergi lah tengok the FURY tuh, cite peperang zaman Hitler dulu. US vs Germany. Cool movie.

Kita tengok kat Viva Mall coz aku ni member kat most of the cinemas tapi Viva ni close by to rumah aku, kalau patah balik to KLCC lagi payah, unless anak aku dah pandai naik LRT bolehlah aku tunggu depa kat KLCC (mana mungkin le kan maknya nak bagi depa naik public transport!).

So itulah penutup birthday abang.

Balik malamnya kita bergaduh ngan Zeeshan….dia tu kuat mengadu betullah, bila main kalah je ngan abang kakak or bibik, laju jer mengadu ‘abang buat, kakak buat, bibik buat, daddy buat’

semuanya dia report.

IMG_0192

The next day nya, habis kerja, aku fetched kakak and bawak dia makan kat mamak. Tujuan utamanya nak tunggu abang yang telah kuarahpaksa pergi keluar rumah gunting rambut.

Haritu kan cuti sekolah 3 hari dek Deepavali and Awal Muharram so dia dok rumah asyik ler dengan PC PC PC. Jadi pas Asar , Fri tu aku suh dia pergi gak jogging. Jadi the WA group between mak pak and anak2, end up abang kena pergi gunting rambutnya kat not so far not so dekat jugak their fav barber, by bicycle. Satu cabaran tuh.

Aku lah yang cuak, nak suh anak jogging takper lagi tapi nak suruh Abang pergi gunting rambut tu memang banyak ribu le pesanan mak merahnya, naik basikal pulak tuh..  Abang and bapak steady je, jawab pun sisikit.  Hampehs.

So aku amik kakak, bawak pi mamak yang sebelah kedai Aunty Yelly. sampai 2 mangkuk maggi dia bedal ok, she s so fav ngan maggi soup kalau pergi memana mamak! Kak ngah pun datang joined makan gak.

Kekejap aku tepon Abang, tanya location. Kejap tu dia sampai, dengan berpeluh2, sib baik bawak bekal air botol, datang bedal maggi gak. Misi berjaya berbasikal. Dah boleh panjangkan lagi langkah tuh. Seronok btol dia, siap demand nak belajar naik motor. Memang kirim salam le kan takkan mendapat dari mak ko.

IMG_0199

kita singgah pulak kedai handphone yang tokey ni memang harganya murahlah, korang kalau battery iphone korang membodoh baru charge tetiba dah kojol, hah datanglah kedai nih. Termurah harga battery dia bagi dari tempat lain, so kat sini we sent kakak’s hp coz kena air, kena dari botol air si adiknya, waktu kakak charging hp and pi sek agama. So kesian.

Ganti pakai ngan Nokia yang beli untuk abang tapi tak berpakai langsung, pun dapat pakai sekejapan jer coz maid aku yang handal tu sudah terpecahkan skrin Nokia tu. Memang ler tak sengaja, tapi kena gak bawak pi kedai betulkan, pecah seribu ok the skrin! Bibik oooi bibik nih. Tolak gaji lah apa susah.

But rezeki kakak and adiknya, esoknya dapat Samsung Tab 4 🙂 . From my ads sponsor.  Sedap la ko yek Kak. Sharing basis, abang also can use.

IMG_0202

Balik tuh, nak mengutilisekan kakak yang pakai sport shoes, so aku bagi dia berlari anak dengan abang yang bawak basikal. Aku ikut dari belakang. Dah malam ko, nak dekat kol 8 kot masa ni hah, nak cepat balik. Gambar was a bit blurry coz viper aku dok jalan tuh, hujan kan masa ni. Rebaslah. Kakak nak jugak berjogging lari anak dari kedai BSP tu sambil abangnya ikut riding dari belakang. Tak termasuk mak le kan. Mak very the possesive risau anak2 hiks.

Weekend kemudiannya pun Abang ada pergi naik basikal, dia dah confident dah jalan luar ngan basikalnya. Dia pergi Hero beli guli, nak buat main congkak. Kitorg kan baru balik short trip, so nanti tu citer kemudian. but cun lah, dia dah terer pi memana, but asal jangan jauh ler, around BSP ke umah nenek bolehlah.

There u go, story about my 13th year old big boy. Malam semalam pun Abang pi tengok lagi Fury tu, temankan bapaknya pulak, dah bapaknya takde gang nak tengokkan, diajaknya aku, malas acik nak tengok 20 kali kahkahkah….abang skang ngah cuti 2 bulan, ada 2,3 hari je sekolah coz kan SPM, so tu yang Sunday nite boleh tengok wayang ngan bapaknya.

Comment: 8