Posts by :

Duit Raya untuk yang wajib menerima…

IMG17411

ai changed RM1250 for this year’s raya. lebihan rezeki Allah beri, dipanjangkan untuk yang wajib menerima…

1. kanak-kanak

2. orang tua

memandangkan budak2 zaman skang dah pandai demand, yang jauh2 bau bacang tu, dulu dapat seringgit, anak2 jiran mak ajah, mertua aku nya budak2 kecik yang datang umah tu yang kami tak kenal, biasanya kami bagi singgitlah dulu, tp la ni top up 2 inggit for each envelope.

next year kalau naik lagi ‘pangkat income’ aku, aku naikkan lagi to 3 inggit plak per envelope.

lain2, duit 5 inggit and 10 inggit untuk yang terdekat.

IMG17414

for our 2 mothers and father, tetap ada, setiap satu dari anak dan menantu…

resmi tetiap taun gak, tugas isi duit raya, the kids and sirman amik job nih. aku jadi mak mandorrrr! hari ini kami beraidilfitri bersama kaum keluarga di kedua belah rumah, kemudian bertinggung dok di umah mertua aku seharian. oh saya hanya beraya dekat jer, di Bandar Tun Razak umah mak ajah

ramai wonder Sirman orang mana…dekat je di Klang.

1 Syawal yang penting, tidak kira di mana jauh dekat kampung kita, as long as bersama keluarga tercinta, itulah yang paling berharga.

Comment: 8

Hari ini 1 Syawal!!!

Hari raya sudah! tapi kalau cerita 1 Syawal, keluarnya nanti esok 2 Syawal lah yer…

so nak abihkan stock entry, untuk 1 Syawal arini, aku tepek citer a day sblm Syawal. apa kami bikin. siang aku mengemas bongkang rehat kemas bag, kemas mengemas dan mengemas. Project merendang hanya dibuat pada waktu malam raya nya.

IMG17405

petang aku rushed ke saloon, nak buat rambut plak. ngam2 2 weeks,  ariku aku jadi model Lorael Haircolour, aku masih lagi dalam contract, but hassle lah aku nak menadah rambut ke Bangsar, so buat sendiri kat my fav saloon. ada jugak Loreal bagi aku stock2 berkotak tp aku lupa nak bawak ke saloon. tapi aku tetap pakai Loreal’s brand gak, ai m not allowed to use other brands yer.

nanti ai kena saman 🙂

IMG17406

sejam kemudian anak2 datang, depa melepak kat umah mak ajah

sempat gegirl sound mak andaknya

tak siap2 lagi kemas rumah ke mak andak? mak kita dah kemas umah kita, cantikkkkkkkkkkkk!

berbulu je nana mendengo…..hahahahahha!

IMG17409

waktu depa datang aku ngah cuci rambut, abang teringin tol nak menerai kepalanya dicuci di situ. tapi tak leh lah….oh pagi tu pun abang pi potong rambut ngan bapaknya. diorg the boys standard mamak lah, bukan standard saloon cam mak and gegirl.

IMG01076

btw, gegirl pun kupotongkan rambutnya gak. sket jer, belakang tu kasi samaratakan. aku tak nak potong rambut dia lagi, rambut dia ni dari baby aku bela, cuma once or twice a year aku trim bawah kasi rata. bila dia naik darjah satu baru aku potongkan pendek, coz masa tu no time nak ikat2 rambut pi sekolah. pendekkan jer senang.

IMG01085

fringe dia pun potong pendek gak, sama ngan maknya, kasi taram depan tuuuuuuuuu! she tot rambut nak kena potong pendek abih, bengang je dia coz rambutnya masih lagi panjang. no no yer, syarat utk potong rambut kau  hanya bila ko nak masuk Year 1.

IMG01089

itulah mak and anak yang sangat sekepala. apa yang aku suka, itulah yang dia suka gak….ini bukanlah rambut raya, kebetulan je nak raya kan baru buat. padahal dah aku plan gini gitu tarikh utk buat. biasa je lah rambut kitorg nih, gegirl lagi lah macam takdak beza jer.

abang masa ni dok zikir kat telinga mak nya

cepatlah cepatlah cepatlah nak balikkkkkkkkkk!

eii budak ni, dia tu tak leh lah, asal benda2 yang ala girlie ni kan, sure dia membosan. pi shopping dia tak suka, pi saloon mak adiknya dia tak suka, manjang je suh cepat. tang beli toys ke main ko hebat leh tunggu berjam2 kan.

IMG01093

waaa ok siap sudah for gegirl, ko ni muka cam anak cino tollah nak.

bf Vivian kan…dia ada sama masa ni…

Red, anak pompuan ko cantiklah

oh tengok lah mak dia, hahahahaha

lagi sorang berbulu dengo, si sirman hikssss!

ok korang…

ucapan aku tetap pada stiap entry, Salam Syawal….dan jangan makan rendang santak sangattt!!

Comment: 7

Tim in Berita Harian for Project Alpha…

Tanya Pakar: Blog jana wang
Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my

Tip raih pendapatan dari laman blog

TAHUKAH anda dengan hanya menulis blog, seseorang blogger (penulis blog) mampu memperoleh pendapatan tinggi? Jika penulis blog itu berpengaruh dengan jumlah kunjungan pembaca di laman blognya sangat tinggi, lebih besar pendapatan mampu diraihnya.

Sumber pendapatan bagi blogger datang daripada iklan produk yang dipaparkan dalam laman blog mereka. Sejumlah bayaran akan diterima seseorang blogger berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh iklan disiarkan; jumlah klik pada capaian (link) iklan dan terma lain yang dipersetujui antara pengiklan dan blogger.

IMG17403

Berbicara lanjut mengenai pengiklanan di blog termasuk kriteria blog pilihan pengiklan, kolum Tanya Pakar menemubual Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif Nuffnang, pelopor komuniti pengiklanan blog Asia, Timothy Tiah.

Ilham menubuhkan komuniti timbul ketika Tiah menuntut di luar negara. Ketika menjalani latihan praktikal, Tiah membangunkan laman web yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan guru tuisyen dan pelajar. Menyedari perlunya mengiklankan perkhidmatan yang ada di laman web berkenaan, Tiah melihat potensi pengiklanan blog sebagai kaedah memasarkan produk.

Sehubungan itu, sejurus tamat pengajian, Tiah pulang ke Malaysia serta menubuhkan syarikat pengiklanan blog bersama rakan kongsi, Cheo Ming Shen. Komuniti ini berkembang begitu pantasi. Dalam tempoh sehari, seramai 300 ahli mendaftar di syarikat ini.

Ikuti temubual ini…

Berapa banyak bayaran yang boleh diperoleh seseorang blogger bagi iklan yang disiarkan dalam blog mereka?

Ia bergantung kepada tahap atau peringkat mana seseorang blogger itu. Lazimnya, blogger yang dikenali ramai serta mempunyai hit yang tinggi, bayaran untuk iklan yang diterima mereka juga tinggi.

Ada antara blogger menerima RM4,000 hingga RM5,000 untuk sebuah iklan.

baca seterusnya di sini…

waaa si Tim ni bocor rahsia payment advertorial akuuuuuuuuuu!!!

so korang, mai layan Project Alpha 🙂 . Oh this news keluar lam Berita Harian today on Sept 19. Salam Syawal all!

Comment: 5

Sehari sebelum Aidilfitri…

hey hey hey….

dah nak raya

semua dah siap ngan persiapan raya?

alah membeli menang memakai, jangan sampai salah belanja ahahhahaha aku suh korang belanja memolek aku sendiri belanja hemm…frankly speaking, aku langsung tak over belanja. thank god i have side income, n in the same month ni jugak aku dapat portion duit kutu. so saya memang belanja berhemah….

IMG17398

went to Jusco Maluri again, for the final shopping, not for me, but for our parents.  i got the actual size for pak aji, utk seluarnya, tp adalah yang aku tak paham pasal seluar lelaki nih so i had to drag sirman. of cos. btw, left from work early, the honeybossy bagi pelepasan awal, aku pi abihkan Esprit’s voucher utk abang, bought my cotton ball from Sasa and balik.

singgah kedai mata sblh Hajris, to buy my lens, stock dah abih. singgah kedai perabut, yang murah2 je kat Sri Permaisuri utk beli satu meja untuk letak kat kitchen aku. bayangkan kitchen cabinet aku dah penuh isinya, sampaikan Fifin letak kuih raya aku kat tinggi melangit. nak amik kena panjat pakai kerusi. waaa tak tahan.

so amik hok murah, cukup leh letak balang2 kuih raya, sok dah abih raya leh letak barang2 dapur je kat meja tuh. hemah tol aku berbelanja.

balik je umah, me and fifin ponggah satu rumah! berkemas dari ujung ke ujung. tukar position sofa bagai. puas hati. since aku dah ‘raya’ awal, no cooking at all. hahahahaha! sirman balik num nescafe tarik yang aku tarikkkkkkkk cam mamak buat n makan kuih raya. hiks

we were then left to Jusco.

IMG17400

makan kat food court, tekak dia macam nak makan kat Sri Melati, tp aku tak bernapsu nak makan heavy, mee udah cukup. tak sedap la…tp syukur nikmat lah jugak melapik perut. Dapat 3 pairs seluar pak aji, and 2 handbags for our mom. for sirman’s mom and my mom. oh aku beli gak satu eyeliner hitam from Elianto, ada korang reader cakap bagus kan, so aku beli. hitam melekat gak!19 hinggit jer.

terus balik umah mak ajah, kids tinggal kat situ seharian and terus balik VA layan dvd back to back. Saturday ialah hari aku nak membuat rendang. Fifin dah siap2 tolong hiris kulit bawang kunyit halia, senang keje aku nanti.

bersalaman sama Fifin, she s going back to Johor for beraya, bagi dia duit gaji awal, and duit raya.

Kadang2 5 ribu yang kita dapat, bukan semua untuk kita, tetapi untuk diagih-agihkan. Walaupun 500 jugak yang kita dapat tapi kalau sudah tersurat bukan untuk kita, sebab tertulis yang rezeki kita untuk dikongsibersama. Panjang-panjangkan rezeki yang mana ada…mungkin korang tak nampak nilai seringgit yang aku berikan, tapi only God knows.

So jangan lupa ye bayar zakat  atau sedekahkan juga duit raya pada mereka yang benar2 memerlukan. Insyallah kita bertemu lagi di Ramadhan hadapan.

Salam Syawal dari Redmummy and Red Family.

Comment: 1

Bingkisan Salam Syawal

bss_ilyanie

Hai, kak Red.

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada mak n abah, serta abang Iwan dan Adik Hidayah di Kota Bharu, Kelantan dan buat saudara2 di Kg. Kelatuan, Papar, Sabah dan Di Pasir Puteh, Kelantan. Juga kepada Kak Red dan family, Reddy and Kemek jua. Tidak di lupakan, warga UM espc warga FSKTM, UM batch 2005/2006, Student Kolej MARA Kulim batch 2004/2005,Ex-students SMK Kota Bharu, dan ex-students SRK Sri Mersing. Salam aidilfitri juga kepada Hananiey, Syarq, Aqilah, Azlan Abas, Cda, Aj, Izzuddin, Madey, dan Sue.

Dan juga kepada semua readers redmummy.com. Jgn lupa menonton Project Alpha lebaran ini. Hihihi~ Tak sabar nak tgk Kak Red.. Salam lebaran buat anda semua.

Salam sayang,

ilyanie =)

Comment: 0