Posts by :

RM likes PPZ!

48hours sponsored post

Aku rasa aku dah pernah mention sebelum ni yang aku buat potongan zakat pendapatan secara automatic dari gaji setiap bulan. Tak yah la kot nak tau bape pulak potongan aku tu kann. Memang ade kiraan dia, berapa jumlah zakat dikenakan based on berapa pendapatan kita. Disamping memenuhi  kewajipan kita sebagai orang Islam untuk berzakat, ia juga dapat membantu mereka yang memerlukan.

So since aku kerja kat KL, aku punya zakat diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat atau lebih mesra dengan nama PPZ. Untuk pengetahuan kita semua, PPZ berperanan mengutip semua jenis zakat harta di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan). Segala urusan pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf dibuat oleh Baitulmal.

So selaras dengan perkembangan mendadak social media yang menjadi medan untuk berinteraksi, PPZ baru-baru ini juga telah mengambil langkah sama melancarkan laman social mereka untuk lebih mendekati dan berinteraksi dengan orang ramai. Disamping dapat berinteraksi dengan orang ramai, laman Facebook Myzakat ini juga dapat menjadi medan untuk bersoal jawap segala kemusyilan tentang zakat. Since korang semua ramai yang facebooking, so secara tak langsung senang nak bersoal jawap dengan PPZ nanti. Feedback atau jawapan pun dapat diterima dengan lebih cepat dan santai.

Soal jawap pun tak semestinya untuk topik zakat sahaja, tetapi juga persoalan-persoalan mengenai kemusykilan agama juga dialu-alukan lebih-lebih lagi sekarang ni bulan Ramadhan, lagilah digalakkan berbicara topik keagamaan ni.

Sempena pelancaran Facebook Myzakat ni, PPZ telah melancarkan kempen “Like” Facebook PPZ“ yang juga menawarkan pelbagai hadiah termasuklah hadiah utamanya Samsung Galaxy Tab 10.1 & iPad yang baru tu kepada mereka yang bertuah! Juga ada Hadiah Saguhati yang akan diberi hampir setiap hari sepanjang tempoh 3 bulan kempen ini.

Apa yang korang kena buat untuk jadi pemenang bertuah tu?

Hanya LIKE Facebook Myzakat dan sentiasa aktif memberi komen positif di wall FB Facebook Myzakat sepanjang kempen promosi ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan komen terbaik dan kempen ini akan berakhir pada 20 Oktober 2012. Aku pun dah LIKED, aim for my 4th iPad, tapi dapat Galaxy Tab pun aku redha hiks hehehehhee 🙂

So selain dapat ganjaran pelbagai hadiah, kita juga dapat ganjaran pahala kerana membantu menyebarluaskan dakwah zakat serta meningkatkan ilmu pengetahuan agama. Insyallah…

Khidmat pesanan masyarakat PPZ is brought by Redmummy.com

Comment: 7

First buka puasa for the complete Red Family…

IMG_4195

aaa semua orang pergi ngamik makanan tinggalkan mak ko ngan RB je yek…

takper ler…mak sokmo gitu

biasanya dia yg last makan

standard je mana2 mak mesti dahulukan laki and anak2…

lagipun RB ada agak cranky, yelah blum je semalaman balik dari Germany, ngan jetlagnya dah kena kuor lagi. Ater nak buat camne, kita kan satu family, so ko kecik pun kena gak angkut, dahlah abang kakak ko rindu sangat ngan ko!

IMG_4197

buka puasa di Tropicana, sejak dari kat German lagi aku dah booking untuk dapatkan meja di sini coz aku tak tau laki aku punya time table yet, buatnya tetiba terbang lagi so baik lah selagi dia ada ni kita makan bukak puasa sesama dulu. wpun ramai yang nak pergi buka puasa luar, itupun patut memang laki aku kena lagi overseas trip but sib baik le dia sedor diri yang anak2nya yang 2 orang lagi tu dok mengira hari bila bapaknya nak ada kat rumah…

aku  nya nasi lauk atas plate aku tuh ngan air segala bagai, bukan aku amik, budak2 ngan bapaknya yang amikkan…coz aku sebelum tu dok lari pi surau and changing room Tropicana for bfeeding kan RB. dia tak nak jugak ko pakai nursing cover tuh! dok tarik2 nak suh open jugak. Eii budak kecik nihhh

**maknya suh abang baca doa kekuat sikit**

IMG_4201

RD pegang RB tu kejap je heh…aku kira, 3 kali aku usaha nak bagi dia minum kat situ dia tak nak, so 2 kali aku dok kat changing room…tu yang makan pun tak berapa kenyang. dah hujung2 orang dah abis makan mostly baru ler aku fully adap apa yang ada. Sedap betul food and spread kat Tropicana ni heh…

I got the vouchers for me and and RD but for kids aku bayar, so that s about RM80 ++ tax for kids 2 orang tuh. Bukan main lagi abang dok berulang makan aiskrim…malam tu kong kong membatuk!

IMG_4208

RB hujung2 mentidok bila dibawak pusing Tropicana by abangnya….tengok abang tu tangan dok aiskrim lagi. heh geram btol aku, alangkan kita baru sangat balik masa ni. Tau dok aku ngan RD malam balik tu takleh tidur, habis aku dah selongkar luggage pun tak leh gak tidur, penyudahnya kitorg borak2 jer sampai nak masuk sahur. Habis jer sahur, aku RD and RB mentido sampai 1pm kooooooooo! tengah hari buta baru bangun.

Mak aku siap tepon pun kitorg tak bangun. Abang kakak dok kejut pun makpak tak leh nak bukak mata. betul2 letih penat penangan long hours flight punya pasal heh. bukan aku laki bini jer, si kecik tu pun samaaaaaaaa! sampai kita bangunkan dia ler.

IMG_4209

Kakak dapat handbag and cekak baru, anak2 pakai kasut baru, cant see in this photo. Next weekend kat mana pulak nak makan, atas permintaan anak-anak jugak, Sabtu Ahad memang kena berbuka di luar coz depa berbuka di rumah hari2 for 5 days during weekdays, so kenalah jugak ikut unless aku malas nak melayan keluar rumah kan…

Aku dah siap2 prebooking kat Istana Budaya lagik, so kalau ko tak nampak aku hari Sabtu, memang ada hari Ahadlah kat IB tuh. Itu IB cafe buka puasa memang setiap tahun wajib for Red Family pergi. But not just that, aku pun terima jugak jemputan dari events buka puasa cuma tak semualah, macam aku baru2 balik dari long trip nih, aku tapis and terpaksa tepis sket coz kesian anak2 yang 2 orang tu baru je nak ngadap siang malam muka makpaknya kan….

Comment: 17

Mari Beramal Bersama Colgate…

48hours sponsored post

Nama Colgate ni memang dah sebati dan dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita seharian. Hidup aku dah semestinya lah. Sejak dari aku kecik lagi dah gunakan Colgate sampailah sekarang turun ke anak-anak aku pulak. Mungkin korang pun sama jugak kot. Bak kata orang Senyum Colgate 🙂

Disamping mempunyai strong commitment to caring dan social responsibility yang memfokuskan area kesihatan dan pendidikan, Colgate juga tidak lupa untuk beramal kebajikan.

Setiap tahun di bulan Ramadhan dan sejak 5 tahun dahulu, Colgate telah mengadakan kempen kebajikan “Mari Beramal Bersama Colgate”. Semasa tempoh berkempen ini, sebahagian hasil daripada jualan pek amal Colgate Maximum Cavity Protection ataupun Colgate Kayu Sugi akan diperuntukkan untuk pengagihan ke rumah-rumah anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang merupakan cabang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahun ini, kempen ini menyasarkan kutipan sebanyak RM 150,000 untuk 15 buah rumah anak yatim, termasuklah sasaran kutipan sebanyak RM 25,000 dari online kempen.

Dan untuk tahun ini, Colgate memperkenalkan kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” ini secara online di FB ColgateMY so senang la kita semua untuk membuat amal jariah bagi diri kita disamping menambahkan lagi sumbangan untuk tabung “Mari Beramal Bersama Colgate” ini.

Apa yang kita boleh lakukan untuk sama-sama berbuat kebajikan membantu mereka yang memerlukan ialah hanya dengan LIKE, PLEDGE & SHARE.

Setiap LIKE yang diterima dari korang semua tu, Colgate akan allocatekan 50sen sebagai sumbangan untuk kebajikan. Setiap PLEDGE pula, Colgate akan menyumbang RM3 dan setiap SHARE pula RM1.

Secara tak langsung korang semua juga telah beramal jariah hanya dengan LIKE, PLEDGE & SHARE 🙂

Once dah LIKE FB ColgateMY, klik kat application Mari Beramal Bersama Colgate kat tepi tu. Lepas tu bolehlah pilih Cover Photo. Cover Photos ni pula dilukis oleh kartunis terkenal tanahair iaitu Ujang 🙂

Lepas tu boleh lah pilih PLEDGE yang korang akan dan mesti lakukan. Ade lebih 30 PLEDGES yang ready made samada untuk komuniti, untuk yang tersayang ataupun untuk personal thingy. Tapi korang juga digalakkan untuk buat PLEDGE sendiri 🙂

Lepas tu apa lagi, SHARE la kat kawan-kawan yang lain. Biar kita sama-sama buat amal jariah sekali terutamanya dalam bulan yang mulia ini.

Terima kasih Colgate untuk kempem amal sebegini, semoga kita semua akan lebih prihatin lagi terutamanya kepada mereka yang memerlukan….

Khidmat pesanan masyarakat Colgate is brought by Redmummy.com

Comment: 8

Hop On Hop Off Munich!

DSC_1956

masa tak hujan, bukan main lagi semua yang dok atas nih kan….

DSC_2008

tapi bila dah hujan, kelam kabut tarik roof cover badan pala memasing!

IMG_3865

aku tak naik atas tu pun, aku dok bawah ngan RB. gilo hapo nak dok atas tu ngah sejuk ke main cengkam kulit. Omputih lain ler, diorang tu dah biasa menyejuk, pastu kalau panas boleh selamba je dok makan minum tengah panas yang kita ni kat Malaysia berlari carik aircond semedang.

Half way ada drama dalam HOHO bus Munich nih. Oh we took the blue HOHO bus coz cheaper 1 euro dari yang merah and satu lagi hok biru tu senang sket nak beli tiketnya dari hotel aku tuh. RD pergi beli lepas kita had our breakfast di hotel. Hey…have u followed my instagram account coz some of the photos i tak post dalam blog, i letak terus dalam Instagram.

tengoklah sok sok aku dapat iPhone, lagi laju aku menyegram. skang harap pakai iPAD jer.

DSC_1979

Hah drama dalam bus kan, nampak 2 orang budak lelaki yang berjalan sorang jacket hitam sorang lagi shirt putih with hijau hitam jacket tuh? ha, budak 2 orang tuh nak masuk bus, tapi takde tickets pastu buat drama 5-10min cakap diaorang dah bayau and tapi takde dapat tickets. hey nampak benau ler menipunya kan. Bergaduh2 dengan 2 orang bus conductor and driver siap nak panggil police coz depa insists gak nak masuk dalam bus.

Aku siap dok tukar position seating dok nak tengok the best view nih sampai ada Uncle Australian dok sebelah aku pun cakap ‘i like this drama too, at least we have something different in our HOHO trip’ hiks..aku setuju betul ler ngan Uncle tuh.

tapi penyudahnya budak 2 orang tu tak naik pun, gila nak bagi naik, driver siap matikan engine bus baru depa blah…tengoklah bila dah turun bus ngan muka gelak2 lagi, memang saje mencarik pasal. Driver bus kata depa tu banyak nau minum beer tu yang memabuk nak main redah je naik bus takde tix.

DSC_1998

cantik aman tenang jer….

antara the places yang kita visit dalam HOHO tour but takde satu pun yang kita turun coz leceh dek ada baby and some more ngah hujan ler, Ahad tu Munich merenyai jer…

DSC_2006

lawa kan, kalau takde kepala kereta tu, mau aku crop buat postcard. berangan le merajin sangat.

DSC_2035

bus berenti kejap for 5min kat Stadium Olympik. aku memang tak turun ler kan…

DSC_2038suka betul dia diagah2 dek bapaknya…

anw RB ni ada perangai peramah a bit. Kalau orang tak approach dia, dia akan approach gelak2 ngekeh kat orang tuh. So orang yang muka masam pun tak jadi nak memasam bila tengok si kecik nih, depa pulak melayan agah2 anak aku heh…

DSC_2059

comei je depa susun basikal…

hujan lebat nih…tengok jalan pun basah

DSC_2061

RB tu kan, sepanjang kat Munich aku pakaikan dia stocking pants pastuh sarung pulak seluar, baju lengan panjang, jacket dah tentu stand by bila kat luar. sejuk sangat ko…sian dia. Alhamdulillah dia tak meragam and tak de apa2, mungkin kerna dia menyusu badan. The power of breastfeeding.

DSC_2067

 Sekejap jer kita naik HOHO tu tak sampai 2,3 jam rasanya pun. Cukuplah kot. Again harganya sorang Euro19, kids below 4 years percuma. RB baik je dalam bus, tengok je dia kat luar tuh, makpak sibuk snap2 amik gambar, tapi aku rasa bapaknya yang banyak amik gambar luar, maknya sesikit lagi nak mentidoq….

aku kan kalau sight seeing ada penyakit tak leh bukak mata sangat.

lain le shopping

muahahahha!

DSC_2072

Kita nak jalan ke mana pun tak tau dah pastuh coz memana merata tutup, kedai makan je banyak bukak, lagipun weather tak cantik…

IMG_3872

Lepak kejap kat Starbucks, tengok dunia social semasa

IMG_3876

si kecil bangun tidur….mencarik bahan, bosan pulak dia takde menda nak buat, so tengok balik utube dia

dok kat Aschaffenburg kan kerja aku dok upload nursery ryhmes yang baru je setiap hari, coz boleh dload 10 videos jer,since token internet pun boleh pakai 1 gadget jer tu yang kena settledkan RB sesiap, setiap malam aku berjaga le buat dload nih. memula dulu bapaknya buatkan, dah aku dok umah sini, aku le yang buat.

IMG_3883

berpatah semula ke hotel, nak amik luggage…

coz tengok kat DB train itinerary, we can hop into the next train, tak yah tunggu train malam. Supposedly our train balik Ascha from Munich kan at 7ish pm.

IMG_3886

pasnih dah tau ler, kalau nak pi Europe fly on weekend. weekdays ko bantai le jalan2 and shopping. Jangan le berangan datang weekdays and nak shopping on the weekend. Their shops are so dead on Sunday.

DSC_2095

hahah comeinya budak nih.dalam hotel takde nursing room so ngan RD sekali masuk dalam ladies toilet lagipun takde orang langsung, kita2 jer…salinkan budak kecik nih. kan aku cakap aku sarungkan dia ngan socking pants, biar takde sejuk, luar tu sejuk oi….makpak ko pun terketar2 menahan gigil…

DSC_2098

orang dok panggil dia suh tengok cermin, buat dek je dia tauuu!

DSC_2102

Pantang dokong or dudukkan dia, sibuk dia nak turun sama berdiri. btw, weekend ni RB is turning 7 months. Dia dah mula nak merangkak, dah mula panjang2 kan tangan dia tegak menahan badan and angkat bontot. Paling ngeri aku tengok sepanjang kat Ascha dia dok mengintai katil ke bawah, nak melanggar pagar tilam selimut yang aku buat kat keliling katil. eiii takut takut. biasa dulu dedua anak, bila depa dah pandai berdiri or pandai merangkak tu yang nanti RD ajar turun katil. ni dia baru je passed meniarap satu rumah. Baru nak angkat bontot nak merangkak, tak boleh jadi budak ni kena ler letak dia kat bawah je pasnih…

tapi tapi, 2,3 hari sebelum nak balik KL, dia jatuh katil gak ko kat Ascha. ahaksss! membuak2 darah, atas bibirnya pecah sian sangat, abis aku sedut2 lap. nak pergi klinik tak tau nak hala tujunya so aku tuam2 sendiri, waktu tu pun laki aku ngah kat opisnya. Makan setengah jam gak lah baru dia reda and mood ok, tu pun bila aku pasang skype abang kakaknya agah2 and dia nak gegelak balik, tu lupakan the sakit jatuh katil.

but malam tu dia meragam kooooooooooo!

oh itu di lobby Intercity Hotel Munich. If korang pemalas tak nak pikir carik duk jejauh dari train station, boleh je dok sini, aku recommend jugak, asal ko jangan banyak bunyik carik kettle ke carik mineral water. tu sume yilek yek. Breakfast dia sedap, sedap ikut tekak kita makan roti sapu2 jer ler, kopi and tea dia pun sedap2, banyak varieties.

IMG_3868

tapi kan tapi kan…

kita tak dapat nak naik the next train

sebabnya…

Comment: 9

Munich, the shopping world!

IMG_3696

kena tunggu 5min depan pintu Chanel coz mak mak arab ke main ramai penuh dalam tuh….

oh ni ubatnya kalau bila berjalan, nak sight seeing ke hapa, kena bagi aku makan ubat first. baru aku ada mood and energy a bit.

IMG_3700

nak bertanya satu soalan jer…punyalah payah nak kena q beratur ke main lama. sorang mak arab tu amik masa punyalah pleasure, SA depa pulak ada 2 orang jer yang boleh entertained. Yang sorang lagi dok melayan orang kaya China mana habis macam2 diborongnya heh…

aku sebenarnya carik GST merah. ada merah tapi oversized GST, buat hapa….badan aku bukan size mak mak arab yang besau2 tuh…

jimat duit haku!

IMG_3703

masuk LV Munich..pun sama. Ramainya hai manusia. Mak2 Arab pun. So aku tunggu dalam 5-7min gak till ada SA yang boleh attend me. My question is very simple..do you have Alma Epi?

Yes, let me bring you few colours

Ok this is what I want. wrap it up please.

Simple giler! coz i know apa nak dah, lain le aku terkapai2 baru nak survey ke hapa.

Lagipun dah 7,8 bulan mencarik Alma Epi Orange. akhirnya di Munich gak mendapat. Kawan2 aku merata tolong carikkan, berbulan2. Rezeki nak beli dari tangan sendiri rupanya.Tengah sibuk nak membayau, Mak Arab sorang ni sibuk dok mengaco SA aku yang kebetulan boleh berbahasa Arab. Kejap2 dia interrupt. Aku ok lagi. tapi bila tengok RB dah start hok hek, aku mula le berangin kuoar asap kat telinga!!!

Boleh tak ko nak tanya apa2, kasi aku settled dulu, coz ko tu kacau line orang, kacau orang yang sibuk nih. Kena tembak ler ngan aku, aku ni ada baby!!

Sorry naik lorry le dia banyak kali bila dah kena tembak. Dedua SAs tu pun terpaksa sorry gak coz dok pi layan mak arab tu yet aku depan mata dok tunggu receipts jer, eiii sepuk betul ler mak arab nih.

DSC_1782

Kat LV gak aku sarungkan Bobawrap ni…sian gak dia asyik dok dalam stroller jer, lagipun kalau dia bunyik baru kita dukung…

DSC_1784

Mak hoiyai anjing ke main besau!

dalam kedai/malls depa, anjing memang merata je ada, boleh dibawak masuk. restaurants too.

IMG_3711

Maximilianstrasse is the big street names untuk all designer butiks kat Munich. Hangpa google jer ler, aku pun bila dah nak pergi sehari 2 sebelum tu baru study. Dok umah waktu RD pergi kerja tu aku study le sket2…lagipun bukan boleh sangat coz sambil2 tu dok mengelek si RB gak…

DSC_1793

Kita masuk most of it tapi takde yang berkenan lagipun i got what i want already, lainlah 2,3 tahun dulu semua nak disebat, skang mostly semua aku dah ada and tak berapa desire pun sangat nak memborong. I bought whatever yang aku dah lama kepingin nak ada, tapi tak mendapat2…

DSC_1799

kemudian kita jalan slow2…jalan ikut arus orang ramai. and jalan ikut panduan mat peta ehhehehe

IMG_3719

weather memang sangat sejuk….tapi rain coat aku tu tak membantu sangat. coz meant for ngelak basah air hujan bukan untuk mengwarmkan badan

IMG_3720

along the road, kita jalan slow and steady…tengok orang tengok tempat…nak suh aku naik masuk dalam tuh hohoooo idok ler…

IMG_3726

sukanya dia dapat berkuak lentang kat sini…

Kat Starbucks aku amik chance untuk fed him

DSC_1810

berjalan lagi merata….

IMG_3735

trying to get a Prada for my gf, kesian dari Frankfurt to Munich aku carikkan tak jumpa jugak…

i got my Prada kat Frankfurt….

IMG_3739

yang awak jalan tetengah tu napa?

ni laluan tram lerrr

IMG_3741

takper..tram takde heheheheh

anw bag prada hitam yang aku pakai tuh, nak baling lantingkan lah….

DSC_1813

tup tup laki aku jerit suh berenti jap, dia nak baca peta dari iPAD

DSC_1815

ko tengok tangan kanan dia, siap dia berpusing2 badan nak betulkan kedudukan ngan arah jalan betul idak nih..hikss

mencarik Theresa sebenarnya.

IMG_3748

Theresa. the mall yang ada all designers dalam one roof. kira apa brand ko nak, selected items ada dalam nih…

IMG_3742

The blue purple or the blue green?

IMG_3749

Bottega, Balenciaga, Fendi, Marc Jacobs, Miu Miu and so on, banyak gile dalam nih….kalau ko tengok kat butiks x de, cuba carik sini, harga sama jer…

IMG_3750

gah gah gah dia!

bila le mak aku nak habis nih…

IMG_3752

anw aku amik yang nih, lagi besau, the Giant 21. lagipun i have so many red bags, memang pening pala bila tengok rotation

Sebenarnya i already have Red Balenciaga – Town COQUELICOT, tapi aku ingat nak juallah tuh. sapa mau? tengok kat entry sini if berminat and contact me. but pleaselah, agak2 ler kalau nak beli bags high end ni, aku mati kutu nak pitam je bila ada yang offer ingat harga bag2 nih yang menggila rendah. memanglah sume orang nak handbags cecantik tapi janganlah membunuh suruh aku bagi ko harga gini gitu. sakit jiwa akak dik. aku rela simpan and bagi kat sisters aku or anak buah aku rather than letting go at a very lower price.

Kalau nak nego boleh, tapi janganlah ko expect bag harga 5 ribu ko nak bayau 1ribu or even lower. That s not nice of you!

IMG_3753

ni pun sama le dalam Theresa tu jugak. online depa is Mytheresa. sapa2 minat bags tau le site tuh…

IMG_3755

Miu Miu, was thinking to get this instead of the Balenciaga but i ve been aiming for the 2nd Balenciaga for many months, so kena pass ler Miu Miu…next years mbe. Lagipun the design of the Miu Miu tu sama bih kurang dengan Prada yang aku amik plak…

IMG_3758

sudah selesai, shopping done!

DSC_1819

cak cak cak!

ikut je dia mana makpaknya pergi. yelah takkan nak tinggalkan pulak!

DSC_1822

then kuor balik to main road…

aku pun tak tau nak ke mana…ikut je RD

IMG_3766

tapi aku nampak mall nih

menonong je aku pergi, laki aku dah jerit2 nak buat apa dalam tuh. aku yg benornya nak carik toilet. aku rasa macam RB tu memberak, rupanya dia kentut jer hikss…tu yang laju je nak angkut dia bersihkan dia…

IMG_3768

kelecakkkkkkkkkkkk!

The shopping treatments tak berapa hazab sangat coz kita pun dah spent kat Frankfurt, frankly speaking baju selai pun aku tak beli coz kalau takat baju, benda tu hari2 tetiap minggu aku beli kat KL tuh. cuma baju anak2 je kita dahulukan. baju laki aku pun dapat selai jer waktu balik dari Munich tu pun bila try eh dah boleh lanting kat abang coz the size factor.

cuma aku kecewa dengan harga fridge magnet, seketul is Euro3.99 which is about RM16 untuk seketul. so ko bayangkanlah nak bagi kat orang kampung, tak ke sakit hati kalau nak beli banyak2…sedih sedih. We didnt buy though 🙁

IMG_3771

Not the end of Munich story, just yet.

Apa yang diborongkan di Munich….hehehe tengoklah kalau rajin gak nak menayang 😉

Comment: 9