Jan 30 2012 Monday, 1:00 am
Blue Carpet of Anugerah Juara Lagu 26, TV3














































































Thanks TV3 for inviting and TQ RD for attending amik gambo for RM’s. Sorry tak sempat nak letak nama2 celebrities, dok ngelek RB sambil update nih pung…
Jan 30 2012 Monday, 1:00 am














































































Thanks TV3 for inviting and TQ RD for attending amik gambo for RM’s. Sorry tak sempat nak letak nama2 celebrities, dok ngelek RB sambil update nih pung…
Jan 27 2012 Friday, 11:00 am
wiiii!
hidup bahagia tak dengan berpantang? ada yang twit tanya aku kak red ko ni steady je lam pantang, cam best jer, buat faciallah, buat mask lah, shopping online lah.
yelah, dah aku engaged confinement lady, bukan murah aku bayau yang oi, tadah je badandia buatkan….lagipun kan masa dalam pantang jangan stress, tak boleh meroyan kena relaks jer…
selain dari kena tenang dalaman mental, kita juga perlu tenang coz nak memproducekan susu badan. Kerana susu badan yang banyak akan membuahkan hasil yang menyihatkan untuk bayi kita jugak. Dek kerna susu badan aku dah banyakkkkkkkkk sangat distoragekan dalam bottles and plastic bags, makanya kami terpaksa membeli the chest freezer jenama Elba nih, habis tu ko nak aku simpan susu kat mana???
Tu pun dah hantar 32 bottles ebm ke rumah mak aku. tumpang freezer mak coz mak ada 2 fridges.

tapi space umah aku, umah mak ajah pun dah takde, pun tak cukup….beranak belum sebulan pulak tuh, mana nak dicampakkan lagi susu2 badan nih. sok dah start kerja RedBaby nak minum gak susu nih, selagi boleh pump, banyak production baik kita pump. Pump susu dah ler ke main banyak, Avent ler Pureen ler, Medela ler.
Aku pujuk RD beli, dia tak nak coz takde tempat nak diletak freezer besau gini, dapur sempit. Jumpa kat Tesco harganya lam RM700. Tapi di satu hari tu RD pergi balik Tesco nak belikan Diva Darling frozen popia untuk dia bawak balik UK, ada sale le pulak freezer ni. harganya RM470!! hari terakhir pulak sale nya, rezeki alhamdulillah.
waaa, terus pakcik tu beli padahal asalnya kata takde space kat umah.
So far as of now, belum sebulan beranak aku dah storagekan lebih 200 ebm dalam bentuk bottles and plastics. Sebenarnya aku suka storagekan dalam bottles tapi costly. Walau beli murah camne pun tetap mahal jugak bila dah melampau2 banyak botolnya, sok dah tak leh pump mana aku nak campakkan bottles tu oi? ada yang nak beli? ha pikir gak tuh. So kita terpaksa gak pakai plastics walaupun aku tak suka, siap ada reader yang offer beli murah sket dari supplier dia, ok ler jugak, kalo kat online market tuh lain harganya tinggi sket.
Harap2 kali ni susu badan aku berpanjangan lama sikit coz dedua anak dulu, asal masuk dah kerja jer mulalah susut and genap je 6 bulan terus putus susu. Aku nak ler jugak lama sket menyusu badan, wpun dapat setahun pun jadilah. FYI. aku memang modern but tang susu dah ada melambak kuor, batper nak bagi susu formula wpun berduyun yang nak menaja, kita pun tau susu badan kan berkhasiat.
Just nice, today pun my regular Anmum sponsored post pun kuor kan 🙂 .
Semoga si kecil RedBaby mendapat nikmat susu badan sepenuhnya, biar rumah sempit dek makan freezer, tapi jangan ko putus susu badan ibumu. Kerja aku pump, si kecil minum. bapaknya tolong markerkan tarikh kat setiap EBM. Anw space yang kata takde asalnya tuh, knowing me, aku pastikan ada space jugak. ada le menda yang aku lantingkan kat dapur tuh supaya menjadikan Elba chest freezer ni muat.
Eh eh tak sangkakan, blog aku akhirnya kembali bercerita pasal baby. susu tetek pun kuor lam blog ahaks….sepanjang2 aku blogging inilah doa kalian untuk aku bercerita pasal baby, ha berhasil jugak. Sapa ke hari tu nak engage aku pasal blogger yang menyusu badan, ha dik…mana surat proposal?
Jan 27 2012 Friday, 8:00 am
48hours sponsored post.

Semenjak beranak kecil ni, bermacam-macam persiapan kena buat. Dari sekecil-kecil seperti botol susu, diapers bagai sehinggalah sebesar-besar stroller, car seat semua. Banyak benda worr kena prepare, even physically dan mentally pun sama kena ready untuk anak kecil ni.
Tapi of cos persiapan yang paling penting sekali ialah makanan untuk baby itu sendiri iaitu susu. Dengan pelbagai jenis jenama susu di pasaran sekarang, macamana kita nak decide apa yang terbaik untuk si kecil intan payung tu?
Sebagai ibubapa, kita memang tak boleh compromise dalam pilihan kita untuk growing up milk untuk anak-anak kita. Jadi mengapa kita perlu menyediakan pemakanan yang dilengkapi dengan banyak gula tambahan dalam susu anak-anak kita? Sedangkan kita tahu gula tambahan yang berlebihan adalah tidak baik untuk anak-anak kecil.

Oleh itu, ramai ibu-ibu yang bijak telah membuat pilihan yang bijak beralih ke Anmum Essential. Ini kerana Anmum Essential adalah satu-satunya pilihan susu yang mempunyai advanced nutrients untuk otak seperti Gangliosides and DHA dan sama sekali tidak ada gula tambahan.

Pelbagai awareness activities yang telah diadakan oleh Anmum bagi meyedarkan ibubapa kebaikan susu tanpa gula tambahan dan juga pelbagai testimonials dari ibu-ibu yang telah membuat pilihan bijak bertukar ke susu Anmum Essential and no turning back 🙂

Terdapat begitu banyak pengetahuan dan tips tentang good parenting knowledge dari ibu bapa lain di luar sana yang berkongsi sama. Benda dan info yang baik memang bagus kalo sama-sama dapat digunapakai kan. Bukan untuk kita sorang tapi dikongsi sama dengan ibu-ibu yang lain.
Mum Knows Best discussion forum adalah tempat yang terbaik untuk kita berkongsi pengalaman serta tips tentang susu tumbesaran untuk anak-anak kita. Di sana kita boleh berinteraksi dengan ibu-ibu yang lain bertanya juga menjawab kemusyikalan tentang susu anak kecil ini dan juga ceritakan pengalaman kita sendiri untuk kebaikan ibu-ibu yang lain 🙂

Ingat, tiada sebarang kompromi terutama untuk anak-anak kita. Berikan mereka yang terbaik!
**Redmummy is still breastfeeding the little RedBaby**
Khidmat pesanan masyarakat Anmum is brought by Redmummy.com
Jan 26 2012 Thursday, 9:00 am

Pantang aku dengo kalo Diva Darling nak balik KL, harus je laju aku mengirimkan barang2 baby. kali ni ada jugak baju2 untuk mak meyah pakai pas dalam pantang hehehe, kelakarnya bila posing2 depan cermin, c/lady aku pun ada sama, geleng pala dia tengok badan tak ‘senonoh’ lagi dok pakai dress2 gitu. ngan bengkungnya lagi ahaks….
Kali ni aku tambah barang2 baby for above 4 – 1 year like bottles and punting, pastuh cooler bag Medela pun aku saja beli coz itu je yang cam cun dibawak merata berjalan, if laki aku nak kuor rumah ngan RD jer pun, box tu pun just nice jer dia nak bawak. Lain pulak aku beli itu Avent manual pump, aku memang dah ada yang hok letrik tapi menyampah pulak nak usung kulu kilir, rasa tak praktikal, so manual ni pun lajuuuuuuuuu wor. Aku pun ada beli breast pump Pureen yang aku suka pakai tu kan, ha tapi compared ngan Avent manual pump ini lagi lajuuuu mar. Nak berjalan or pi kerja boleh bawak either Pureen pump or the Avent manual pump.
For a personal shopper job, korang leh get help from Diva Darling yek. Since DD balik Msia for Raya Cina, tapi kena dia yang datang rumah aku since aku pun ngah berpantang lagi kan.
Anw, ada sesapa lagi yang balik dari London tak soon? Kita nak kirim barang boleh? tak banyak, 2-3 ketul jer….tolong roger kita boleh tak?
Hapa lagik nak beli? no tarakkkkkkkkkk, aku dok nak mengimpal beli storage plastic susu badan je hah. Tunggu nak habis pantang, langkah panjang nak beli make up baruuuuuuuu coz yang lama sudah kusedekah jariah yeszaaaaaa. Pastuh baju baru. Coz badan jer tak ber’baru’ lagik nih. hish!!
Jan 25 2012 Wednesday, 9:00 am
Wui lama korang cuti yek, 4 hari sekali rap.
aku pun cuti blog terus bila dah sume orang cuti.
not just that, niat memang nak cuti rupanyer memang terpaksa gak kena demam panas. waa….demam sewaktu berpantang, memang not good and sangat menakutkan gak. First thing c/lady aku check masa aku demam, adakah aku menggigil badan dulu or petanda2 macam nak kena bentan/meroyan. memang takde.
hari Ahad sbelum raya cina aku rasa tekak sakit melampau, petang tu gak naik fever. Malam makin teruk, tak pergi klinik, dok telan ubat demam RD jer. Tapi esoknya memang tak kebah jugak, tak boleh jadi kena gak pergi carik doctor lagipun aku dok breastfeeding, no choicelah kan.
Itupun malam tuh, 4,5 jam gak aku ngelak dari Redbaby, coz tak nak jangkit. but dia tak leh ler, dia nak jugak ‘ngempeng’ bunyik bahasa jawa macam nak melekat jugak ngan maknya, so kol 4 pagi tu yang dia tak nak tidur tu aku lekatkan jugak kat breast, dapat dia minum sikit jer ha ko terus melena. 4 jam ko dia berjaga, Sirman dok bawak dia lari kuor dari bilik takut berjangkit2 le kan… Aku terpaksa gak pakai mask untuk ngelak dari kena kat baby.
so petang raya cina tu c/lady aku jagakan baby, kita pergi kuor gak carik klinik, pun klinik ke4 baru bukak, apa nak buat cuti raya cina kan…jumpa doctor. masyallah, hensemnyaaaaaaaa doctor tuh, terus kebah laju demam haku hahahahha….laki aku cakap ye ke hensem cenggitu. Gamaknya mental orang baru beranak nih sumer dia nampak hensem jer kot.
Ubat doctor bagi fuiyooo….membunuh betul suh telan. ke main banyak. boleh bfeed jugak wpun makan ubat and demam. Ok skang dah ok, dah sihat walafiat alhamdulillah.
Pastuh aku ngan c/lady buat post morterm apa yang buat aku jadi demam. Satu rumah sihat walafiat kecuali awal2 bukak sekolah anak2 aku demam but tu dah lama. Pastuh, check back aku tak kuor rumah, dah tentu dalam pantang, orang2 yang datang pun kita pastikan takde demam batuk or segala penyakit berjangkit. Pemakanan, semua makanan berpantang yang healthy, tapi ada 1 madu ni yang kita suspect coz sejak aku makan/minum madu ni.
Aku ada minum satu air nih, tapi kena ditambah dengan madu, selama ni pakai madu burt’s bees, tapi bila dah habis, tak kuasalah pulak laki aku nak pi KLCC beli, so dia ada beli madu ni dari satu kedai kat area rumah mak aku. Rasa madu tu bila aku minum air tuh masyallah, tengik perit pahit! dah 2,3 hari aku memang takkan habis minum air coz dek rasa madu yang tak sedap diacuakan ke air tuh.
So aku pun dah stopped kejap minum air tuh till aku dapat the new madu from Burt’s bees, hari ni gak adik aku pi belikan since kat KLCC dah habis, harus dia pi The Garden’s pulak. Mungkin jugak demam aku bukan dari madu tengik tuh, mbe dari punca lain but kita tak tau, cuma memang madu yang baru beli tu dah dinyahkan.
Masa demam tu pun aku tak berbengkung, badan lemah sangat. Dengan ubatnya yang drowsy huii..mentido jer. Tapi bila baby jaga memang tersedar sesajar…Skang dah sihat balik, ada ler jugak batuk sesikit but leh cergas balik.
Oh #petualama nak makan minum madu, harus gunakan sudu plastik yer, jangan gunakan sudu besi, nanti khasiat madu tu hilang.
RM Recent Comments