May 24 2011 Tuesday, 2:00 pm
Not Maroon 5!

Maroon Maxi Dress by ThePopLook !
May 24 2011 Tuesday, 9:00 am

The Bodyshop is having their big sale! up to 70%. if you are a member leh add up lagi 10% but rasanya for members tuh only for the first 3 days lah, ni i m not so sure sangat.
Wpun saya masih pakai Dettol, wajib jugak ada the The Body Shop, lumur satu badannnnnnnnnnnn, extra lebih tang perut tuh.
aku memang jenis pakai 2 sabun setiap kali mandi. kalo memula pakai Dettol, pas bilas pakai pulak any other brands, janji mesti 2 kali. Ni semua untuk aku sorang jer, tapi kang ada je tangan Sirman tu nyibuk pakai samoooooooooo.
May 23 2011 Monday, 2:00 pm

Sebelum uolz nak melatah saying ‘this is not good’
that is not good to eat
no thank you. yes i m stubborn.
thinking of it, i dont eat or drink yang tak patut2 tuh everyday. macam makan yang sume kata tak elok during pregnant tuh, bukannya tetiap hari. buat ‘perasa’. paham tak buat rasa kat tekak jer?
sama lah jugak makan maggi nih. bukan setiap hari pun. Lom preggy dulu pun makan maggi, once a month jer. so masa ngandung nih, balik kerja baru nih….
Sedapnya kalau ko dapat buatkan akak maggi kari macam yang mamak QB masak tuh?
Boleh je kak….
n tara….. siap maggi kari my helper exactly like chef from QB masak!

Makan tanpa gangguan sorang pun, coz si merah leka betul menelaah sambil nonton Oprah untuk episode boots and handbags.
Eh knee boots pun aku ada lah Oprah weii…
ingat boyot2 tak boleh pakai ker.
Next week nak pakailah….
Sayur tu bukan tak makan, tapi tak habis semua jer…..
Korang pulak teringin nak makan maggi? ehehheehe….sila sila. Tekak ai dah kenyang 🙂 . Dulu ai penah buat advertorial Maggi, kalau dapat lagik, huh mau baper packets aku ngap!
Semalam pun tak lalu gak, pagi pi Hajris, diorg makan roti canai berpinggan, aku makan gitu2 jer. pastuh lunch makan pun ikut tekak, like entahlah hilang mana seleranya. sampai sirman dok proposed semua makanan yang aku suka sebelum preggy pun aku buat dek bolayan jer. Petang aku makan jambu batu, 3 ketui sekali adab cicah asam boi. For early dinner, i wanted to eat fries gemuk + mee hailam. but bila sirman bawak balik, aku tak usik pun dedua tuh yet aku pi makan nasi goreng dia, dapatlah telan few sudus. yg aku beria nakkan tuh….mmg tak masuk tekak. Eh pelikkan?
Kol 1 pagi aku bangun, carik balik ada jambu batu + asam boi, 3 ulas aku makan keruk kerak. hahahhaha! so funny tekak makyong skang nih.
May 23 2011 Monday, 9:00 am
48hours sponsored post 🙂

Hada Labo Cleanser

Sapukan rata di wajah…. cleanser adalah product yang wajib ada untuk seorang wanita di bilik air 🙂

Sebab Cleanser memang menyegarkan dan membuang semua dirt yang ada pada muka

Hada Labo Lifting + Firming Lotion
Gently pat di skin kita, gunakan 2 kali sehari selepas cleansing

Hada Labo Lifting + Firming Essence
Juga digunakan selepas lotion. Pat on kat muka

Hada Labo Lifting + Firming crème
Pilihan ni kamu boleh gunakan selepas lotion/essence… dengan penggunaan yang sama, pat on saja di muka dan leher

Hada Labo Lifting + Firming Milk
Kalau rasa hari ni sudah pakai crème, mungkin esok boleh pakai milk ini selepas lotion/essence. Saya bantai pakai semua, sebab I love the Hada Labo family.

Hada Labo Lifting + Firming Mask
Saya gunakan ni hanya once or twice a week selepas lotion. Selepas itu pat semua essence ke dalam kulit sehingga semuanya diresap. Kemudian
baru disertai dengan essence, milk/crème. Ada orang suka pakai untuk bawak tidur… tapi cukup untuk 15min sahaja.

Memandangkan saya sedang hamil, mask ini memang betul melenakan kalaupun pakainya hanya untuk 15min sahaja….. sib baik RD kejut, kalau tidak mau ketiduran sama masknya juga.
Hada Labo adalah product dari Japan yang dahulunya tidak berapa dikenali, tetapi setelah rahsianya keluar meletup di Redmummy.com pada tahun 2010, kini rangenya kembali lagi atas permintaan. Sebenarnya korang masih boleh dapatkan product Hada Labo di Guardians. Buat masa ini, hanya rangkaian Retinol (merah) Hada Labo sahaja yang dijual di Guardian. However, the other Hada Labo range is available at all pharmacies.
Lama tak lama, adalah masuk setahun lebih sudah aku pakai product Hada Labo, satu senang nak dapat, satu lagi harganya adalah affordable. Kira tak de 3 digitslah 🙂 which means korang pun lagi ler afford to buy the package.
Bagusnya setiap product Hada Labo Retional Range for Anti Aging nih, mengurangkan wrinkles kat muka kita nih, kulit akan lebih lembut, supple and revitalized. Dengan penggunakan skin pH Balanced bersama low irritation, yang penting tiada alcohol mahupun pewarna.

Hada Labo Cleanser – RM31.90

Hada Labo Lifting + Firming Lotion = RM55.90

Hada Labo Lifting + Firming Essence = RM75.90

Hada Labo Lifting + Firming Crème = RM65.90

Hada Labo Lifting + Firming Milk = RM61.90

Hada Labo Lifting + Firming Mask = RM49.90
Untuk pengguna baru dalam dunia skincare atau sekiranya korang nak lagi senang, ikut ajer aku punya carta number bermula dari cleansing, lotion, essence, crème, milk dan mask. Mudah bukan? So untuk cleansing hingga milk, boleh dipakai setiap 2 kali sehari, but untuk Mask, apply 2 kali seminggu sudah. Sekotak mask mempunyai 4 keping masks.
Simple?

Preggy Redmummy dan Hada Labo = Anti Aging
Rangkaian produk inovatif Retinol Lifting + Firming, daripada Hada Labo diperkayakan dengan Retinol, Collagen dan ramuan istimewa Hada Labo, iaitu – Super Hyaluronic Acid (SHA), untuk menentang penuaan dan memberikan anda kulit yang lebih muda, pejal dan tegang. Kiranya ko tengok ler muka hakak merah nih, dah umur 36 taun pun tapi takde le nampak tua sangat, kira masih anjal dan mantap bak umur belum 30tahun hiks
Retinol Vitamin A untuk membantu meratakan tekstur kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kedut. Manakala Collagen untuk memperbaiki keanjalan kulit supaya kulit lebih tegang dan Super Hyaluronic Acid untuk memerangkap kelembapan serta merta bagi penghidratan intensif!
Ko tengok muka orang yg pakai botox tu, ngeri kan, kalah singa betina lapar ye dok.
Takyah cucuk2, pakai Hada Labo jer!

Anti Aging range from Hada Labo, tidakler pulak aku terpikirkan colour merahnya tuh, but because my skin boleh terima macam2 skin care, Hada Labo is one of the best products yang tak pernah gagal buat saya kembali mencuba. Dan dan pulak packagingnyanya kebetulan sahaja dalam merah.
So overall, just wanna tell you, anti aging tak bermakna untuk yang berumur 30 tahun ke atas sahaja, those yang dalam lingkungan 18 tahun ke atas dah boleh mula cuba pakai anti aging, Hada Labo Retional Range. Product Hada Labo, oil free, tiada alcohol dan tiada pewarna. Selamat untuk digunakan. Yang penting, harganya tidak mahal langsung dan semua wanita mahupun lelaki, layak untuk menambah set skin care korang.
Get it at Guardians, for the Hada Labo Retional Range. Tak percaya dengan kehebatan Hada Labo, baca testimonials customers dari luar kepompong Redmummy.com yang mencubanya di sini.
Khidmat pesanan masyarakat Hada Labo is brought by Redmummy.com
May 22 2011 Sunday, 5:30 pm

Tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Semoga yang pergi menjadi syahidlah kamu dan yang dapat diselamatkan, kuatlah semangat dan semoga hilang trauma kalian. Alfatihah dan takziah buat semua anak2 ini sama ada mereka yatim mahupun tidak, penjaga2 yang telah pulang ke rahmatullah dalam tragedi yang menyayat hati.
Menitik2 airmata saya membaca berita ni, dari semalam membawa ke hari ini, semoga bantuan yang disalurkan dapat mengurangkan beban dan yang penting, mereka kena kuat, dahlah budak2 kecik je diorang nih.
Menuding pada siapa salah landslide nih atau dah memang tersurat. begitu nyawa kita diambil.
eh sedihnya. terbayang2 budak2 kecik nih meronta menangis minta bantuan….tetiba hilang suara mereka 🙁
RM Recent Comments