Imaninaiklil
 

Smart Reader Open Day…

IMG00239

nak kena call cikgu mandarin SR abanglah, apesal ke buku dah 3 minggu dibayar tak dapat2 lagik nih…ada Open Day kat Smart Reader abang…abih violin class, Gegirl ikut bapaknya amik abang tapi bila ada Open Day, wah Gegirl being Gegirl…dia pun excited nak join sama. we will enroll her to Smart Reader but not this year, tunggu dia masuk Year 1 and apa kelas yang abang pergi, she will attend too.

ni pun badminton session dia yang lebih kuah dari abangnya jugak. taun lepas dia masuk gymnastic, tapi setahun jer coz dia nak tukar ke violin. pas dah masuk violin dia cakap dia nak concentrate dengan badminton jer pulak. lorr….  kang aku dah anto pi badminton apa lagik pulak yang dia nak ngidamkan. bertukar2…

macam abang dia dah stick to badminton jer, taun lepas punya taekwando pun setahun jer coz kelas tuh Sunday morninglah. tak sesuai utk makpak yang bz seminggu pastuh nak menganto lagi anak pagi2 Ahad. Ahad tu lah kalau takdak event yang aku nak mandi petang…Ahad tu lah yang bapaknya nak rehat2 lama atas katil ngan mak nya. so Abang pun macam dah hilang arah ngan taekwando, walaupun bila tengok Karate Kid, dia punya sonok suka nak masuk balik taekwando, but kenangkan setiap pagi Ahad buta, yey tak yah lah….

aku dah cakap ngan anak2, apa2 kokirukulum, hendaklah waktu weekdays dan Sabtu sahaja. Hari Ahad apa course class extra or lelompat tali, tidak boleh masuk. So now for Gegirl, kita tengok dia punya syllabus violin, tunggu sampai akhir tahun. kalau dia nak jugak steady ngan violin pun tak per, nak badminton pun takper.

itupun budak2 ni dah rambang mata nak masuk ice skating pulak, wahahaha tidaklah. jauh koooooooooo! Sunway Pyramid tuh, ngan parking nak membunuh susah nak dapat. eh main je kasut roda yang mak ko punya, sampai skang molek lagi boleh dipakai….

Categories : Abang, Gegirl, Smart Reader

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

10 things your kids hate bout you!

IMG00883-20100708-2012

siapa yang tak rasa malu kalau ada orang malukan maruah kita, hina2 kita. siapa yang tak malu kalau ada orang yang kutuk2 anak2 kita? siapa yang tak malu bila keluarga kita dihina2? siapa?? kalau ko tak malu, pun tak marah jugak? siapa yang mahu menjadi tiang pastuh orang sembur ko macam ko takde nafsu perasaan.

when i was 18yrs old, kat ITM, kitorg satu batch nih ada 40 orang je kot. sorang student dalam batch aku telah ditorture kaw2, yang mentorture nih adalah dalam 5,6 orang, tapi semua kita 40orang kena duduk tengok sama. i was so sad. not coz aku sokong those yang buat budak tu macam tuh, coz i cant do anything. aku rasa ‘omg, hina sangatkah dia sampai korang buat cakap2 dia begitu kat depan kita khalayak ramai, tak boleh ke buat one on one kat bilik memasing’. ramai kitorg yang berdiam, tengok ajer. i know that incident was not right, but i cant do anything.

anw, setiap hari bila driving, aku mesti akan revise balik, apa yang aku buat untuk anak-anak aku. paling sedih bila aku akan rasa guilty coz aku marah diorg. lepas marah biasanya perasaan tu datang. masa marah tak ingat pulak hek. n ting, i got one idea…mbe i should ask my kids, 10things about your mummy, you dont like it. or hate the most.

so diorg pun apa lagik….!

IMG00888-20100708-2118

this is abang’s list – sebenarnya dia dah siap buat 10, pastu waktu aku kemas2kan meja makan, and ada air Sirman lagi segeleguk tak abih, aku terus minum, sambil berdiri, apa lagik, dia pun tambahlah, Mummy suka minum berdiri. yang bercakap sambil makan tuh memang tak leh nak elak, masa makan je lah aku ngan Sirman bercerita hal anak2 hal isu sana sini hal kerja….

semua tu betul aku setuju jer, tapi part aku membebel kan aunty tu ha bidaah. itu dia nak sedapkan cerita. pastuh main computer, ehheheh…itu blogging ler bang. suka menjerit…ater 10kali cakap lelembut korang tak jalan, ha kuor ler gempita suara mak ko! rotan ko setaun 2,3 kali je yek, ke main ko kira plak. lain tu iyekan jer…betul betul.

ni 10things u hate bout your mummy ke apa punya list ni weihh…??

IMG00885-20100708-2013

budak kecik ni pulak, dia tak pandai nak ngeja, so banyaknya nih dia pi tiru abangnya. tapi hasilnya sendiri, dia mintak Aunty Fifinnya tolong ejakan, so dia tulih. ok ok…sama je lebih kurang ngan abangnya jugak, dah dia tiru abangnya kan, but the last 2 tuh, mummy tak suka bersepah, ooo, ko sepahlah toys kain baju korang, memang mak ko prung prang. and last one tu patut dia nak tulis, Mummy suka pakai seluar pendek. itu bukan 10things u hate ler Gegirl, itu pakaian mak ko dalam rumah yang ko tulih dalam list tu silap darr…..

her Mummy suka kerja lambat…means maknya sokmo balik dari kerja lambat. tu ada sedih sketlah, adakalanya with new task nih, memang aku balik lambatttt sangat. sokmo kol 8pm or 9pm baru kuor dari KLCC, so ada sedih di situ. but kalau line clear, boss oversea memang aku balik sharp, bila he s in town jer mak ko kena balik lambat.

cubalah korang buat, tadah je telinga baca apa yang diorg tak suka pasal kita sebagai mak. soon nanti aku nak suh depa buat for bapak depa pulak. pastuh aku pulak bagi list apa yang aku tak suka on their attitude ke or perangai semacam yang tak patut ada.

ni yang aku tak sure ada kuor kat mana buku or Prof Madya mana yang bagi parenting tips nih, it s totally from my idea bila aku sokmo fikirkan hal family anak2 while on the road. open arm and open mind, insyallah, for anak beranak nya relationship. Tujuan aku buat nih, nak depa sharing their thoughts, tak nak diorang tertahan2 rasa dalam hati, tak nak diorang memberontak slam the door macam aku kekecik dulu yang sangat bengang, nak mengadu kat kakak abang, sume bantai bagi balik, nak marah mak dah jadi durhaka so makan menahan hati. aku nak anak2 aku sharing all their stories, secrets with us, so tak nak ada border line between the kids and the parents.

if they wanna shout their opinions or disagree for something, they are allowed to say it out, kalau salah, memang aku bagi sebab2 kenapa salah kenapa ko takleh ni tak boleh tuh….itu je concept parenting tips yang aku rasa leh share kat sini.

Categories : Abang, Gegirl, Parenting, Tips

3 different stories in RM…

IMG00711-20100704-1455

for Dila’s wedding dan seperti biasa jugak wedding2 yang kita kena attend, memang aku and Gegirl akan gagau2 carik barang kemas. aku ni tak sangat dahlah, coz i dont have the collection anymore. ada pun diamond ring seketul tu jer, coz on 5 tahun dulu rumah aku dah dipecah masuk, so habis sumer barang kemas aku langsai! bukan je barang kemas, banyak jugak barang yang kena ngap, itu pi carik lam 2005 nya entry lah, orang dah nak raya pulak tu rumah aku kena pecah. ok not to go there lar…

so ever since that tragedy, tiada lagi koleksi barang kemas but coz aku ada anak perempuan, mestilah aku nak belikan for her…sampai bila2 pun dia akan pakai rantai yang sama, rantai budak biasanya halus mulus, ni pun dah 2,3 tahun gak lah rantainya, aku beli yang betul2 kuat kukuh nya grams and tebal sebab takut senang putus. gelang tangan dia dah putus dah hahahaha, tengok harga emas skang takut gua nak gantikan yang baru. nantilah ek Gegirl.

hah, Sirman tak pilih lagi tuh between 1 – 3 yang aritunya entry aku mintak dia bagi! oh tapi aku ada selai rantai emas hadiah dari bonda ku, semua anak2 perempuan dan menantu perempuan dapat dari mak aku, she has given up wearing all the barang kemas, dunianya ibuku hanya pada Allah dan Mekah, kerna itulah setiap tahun dia ke sana. She s not a woman yang suka beli benda2 lain kain ke, barang kemas lagi lah…sumernya earnings dia, hanya untuk dia ke Mekah sahaja.

IMG00718-20100704-1459

the pendant ni patutnya pakai satu jer, but alang2 ruby batu tu dah hilang tercabut (bengang giler aku camne leh tercabut, ngeng nya quality Poh Kong) ….so kita tambah ngan pendant M yang pun dah lamaaaaaaaaaaaaaaa aku beli. The M pendant is sangat2 berharga coz it looks cheap but actually duit beli pendant tu datang dari duit mas kahwin yang aku dapat dari Sirman. Wilayahnya mas kahwin was RM80 kan ke minus plus so he top up sket lagik and jadikan pendant. sebab kalau tak dibuat apa ngan duit tuh, kekal je lah jadi pokok pulak cenggitu jer….family mertua aku buat duit tuh jadi versi pokok berdahan so kalau tak masuk lam box memang berabuk worrr.

that s the pendant story, those yang nak kawin or dah kawin kalau tak tau nak buat apa ngan duit mas kahwin yang kita dapat, bolehlah diemaskan….negeri lain lagi mahal ye dok, ha lagi mahal ko dapat lagi macam2 tebal ko leh buat. M stands for my daughter’s name and my short name. It belongs to Gegirl now.

IMG_3547

wahhh lama giler tak tunjuk muka mata make up. sekian lama aku tak make up cenggini kak…lama sangattt! ini pun sebab Dila’s wedding main capuk2 jer coz dah kelambatan. RedGlow masih ujud lagi, i have not seen them for quite a while jugak sebab masa tak pernah match. bergossip pun manjang ngan wa jer, day and night. Ina is ….

IMG_3543

sorang ke main lawa sorang simple jer. Abang sets the rules, any weddings dia memang tak nak pergi! haisay, ko abang…sebab kita tak nak guna kuasa veto makpak, oklah tak nak pi wedding, sokay…anto pi umah toknek ko. abih wedding terus jemput dia semula.at first pun Gegirl tak nak ikut, dia kan rapat ngan abangnya but sebab ada anak Rose, Mia, so she changes her mind. demi kawannya gitu….tu yang bila orang tengok eh mana abang, ha abang nan ado, abang tak suka pi wedding, tapi kalau aku jegil mata suh dia tukar baju gak, lam bengang2 dia pi lah jugak.

The scooters ni aku beli waktu aku dating ngan abang dululah, punyalah siksa nak membawak coz berat kau! dia dok mintak toys jer, macam2 game tah hapelah, aku suh tukar amik scooter, memang melonjak je lah dia alangkan scooter lama dia masa umur 3,4tahun dulu pun dah jahanam. the Ben10 scooter for abang and red Princess scooter for Gegirl, both at RM200 or less kot ha lupa hahahaha..mana receipts? ha receipts ado tapi gagau nak carik.

that s part of the hadiah dating day and for their exams too gak, and i m so proud to see Abang;s mandarin ada development baik kat sekolah maupun kat Smart Reader. Result exam sekolah agamanya je yang blum dapat yet…

Btw harga scooter tuh aku tengok kat Toy’s r us sangat membunuh, ni aku beli kat Sg Wang so leh tawar menawar jugak. antara ayat aku menawar ‘weii apek, susahlah mau angkat i banyak barang mau kendong, angkat ini 2 kotak lagi, berat worr…kasi murah lagi lar’ ya gitu….! :)

Categories : Abang, Gegirl, Sirman

Demimu bola…

IMG00685-20100703-1624

kitorg 3 dah siap, bapaknya dok mata kat tv ngan bola bola lagi! ni ulangan bola pun sibuk nak tengok, highligtnya kot. aku ni bukanlah kaki tengok bola, but sometimes bila nak kena kenen2 ngan dia so kena lah jugak mata aku ni tengok sama. tv kat depan tuh memang sesajor bolaaaaaaaaaa siang malam kalau dia ada kat rumah. sebab bapaknya tak nak gak bangun angkat badan pi mandi, budak2 pakat panjat ke badan bapaknya…

pun tak jalan gak, tengok mata dia ngan bola gak tuh!

IMG00683-20100703-1622

bertinggung 2 beradik kat atas bapaknya….aku suh dia pi potong rambut pun Sirman dok tunda2, tu ko tak tau yang ada kalanya aku kena bangun kol 230pagi ngejutkan dia untuk tengok bola. ada waktu macam weekend baru nih aku kena stay up till 230 coz nak kena jadi alarm clock dia. yelah dah suami ko minat mende tuh, kenalah aku tolong support seperti mengejutkan dia. coz kalau dia suh aku goreng cekodok kol 230pagi, lagilah aku tak sanggup, baik aku tarik selimut…aku buatkan dia black coffee jer, letak lam flask, pringles sebelah kopi. tau lah dia nak ngap…!

waa 4 yrs ago, aku kena goreng cekodok worr ngan buat air depa sebab adik aku pun sama melepak kat umah aku melayan bola ngan dia! sib baiklah taun nih adik2 aku bz so masing2 tak dan nak layan bola sesama ngan Sirman kat VA, if not, keletung keletanglah aku kat dapur dah macam nak masak sahur.

eh sahur ….

waaa puasa nak dekat!

lor minggu ni ada bola lagiiiiiiii……………

Categories : Abang, Gegirl, Sirman

Bugis street for the birthday girl!

IMG_3473

Last Sunday was my helper’s birthday. aku dah pakat ngan lakinya nak bawak dia kuor makan as our surprise treat. Fifin tak tau pung….dok sms2 ngan lakinya so kita tunggu diorg kat rumah depa and Fifin sengih je bila tengok anak2 jerit ‘Aunty, happy birthdayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!’

Belakang cite, lakinya kata cukup susah nak bawak bininya ni kuor, coz dia tak kasi tau kitaorg yang dok nunggu nak bawak kuor makan.

IMG_3483

we brought them to the Bugis Street kat Pandan Indah sana. Sirman punya idea nak bawak ke Bangkok House, pusing2 2,3 kali lah restaurant yang sedap tuh dah tutup bungkuskah? takde lagi dah kat situ. dah ganti ngan kedai nama Leno. apakahhh?  Bangkok House yang sedap rupawan sudah tiada. aisayyyy…

sian Fifin.

so kita carik dekat2 situ n attack je Bugis Street.

IMG_3471

amik set untuk 4 orang besar. anak2 aku suapkan coz sume malas nak makan sendiri. lambat betul chef masakkan, padahal kitorg je dalam restaurant tuh takdak orang lain pung. dengan masalah salah antar pun ada gak, hangin gak aku. but ngah2 angin, tokey kedai pandai je amik hati…

it s Fifin’s birthday, so mak sabar sabar…tak nak buat issue komplen je. tapi sian, Sirman ngan laki fifin dah makan, aku ngan Fifin dok potpet tak berapa happy ngan the serving.

IMG_3490

nasib baik Gegirl ada bawak colouring set dia, so budak2 sambil tengok tv, tambah lagi warna kat homemade birthday card yang depa buat for Fifin. mesti ada yang pelik, camne fulltime helper aku ada laki. lakinya dok serumah ngan kami kah. no lah…Fifin tak menetap ngan aku, she comes in the morning and balik pun lepas kerja, bila aku dah balik rumah. If Sirman pi keje lambat, dia tak datang rumah sampailah Sirman dah kuor pi kerja.

That s the good thing lah, i dont have to worry macam orang lain maid depa dok serumah jugakkan. so kita ada privacy. Fifin pun ada own privacy lagipun dia ada suami yang nak dijaga. Suaminya pun memang baik kamcing ngan kitorg. aritu sinki aku rosak, dialah jadi plumbernya.

IMG_3498

dah nak abih makan, tokey kedai cakap ‘aku kenal korang, korang je tak kenal aku’ muahahaha…rerupanya kawan lama kitorg deyy. tapi sumpah mak dah tak kenal dia, laki aku je yang ingat dia lagi itupun pas dia tanya nama. so bro, keep up lah restaurant ko yek…

nanti aku nak buat makan2 tau dah nak tuju kat mana with big discounts!

IMG_3480

Bugis Street nya specialty menda nih kot. ABC buah. sedap….aku makan berlawan2 ngan abang! Tengok kat wall banyak kuor paper/majalah restaurant nih…the next day kita carikkan kek utk Fifin pulak… hadiah birthday serumpun ngan hadiah ole2 yang aku bawakkan untuk dia dari Europe trip aku…mestilah dia laki bini pun dapat, she s not only my helper but dah jadi macam keluarga rasmi aku jugak.

Dia bukan jer jaga anak2 aku tapi dia jugak jaga segala benda hal aku. aku boleh lupa letak kat mana barang pun, wpun aku lah yang paling organized dalam rumah, but dialah penyelamat kami. Selamat ulang tahun Fifin and semoga perjalanan hidupmu bekerja di Malaysia bersama Red Family berpanjangan…

Satu hari nanti nak bawak diaorang pi holiday sesama ngan kitorg jugak, dekat2 pun takper….hem bila bila? bilanyaa….. bilanya Sirman weii? laki aku bz lah..dia skang bz over dari bininyaa!

Categories : Abang, Gegirl, Helper, Sirman

Vroom the pink and the green!

IMG_3504

Rindu tak ngan Gegirl and Abang…

IMG_3499

One with pink helmet, one with green helmet. diorg masuk2 keter jer ‘merah takde yek mummy, ada pink ngan ijau jer, blue pun takdak for abang’ bagus budak2 nih, baru mak nya nak tanya napa tak amik merah, dah siap2 ngan jawapan… this is not a new toy for them, ni memang helmet untuk budak2 pakai naik motor. helmet lama diorg dah ketat. Gegirl jarang naik motor ngan atuknya, once a week jer, tapi abang setiap hari bila balik dari sek agama.

Atuk takde benda nak buat, amik Abang je dari sek agama, itupun NK abang insists gak dia nak naik bas sekolah. so belilah kat kedai motor BSP, untuk bebudak nih. nanti senang nak beli helmet baru pulak untuk atuk depa. mana boleh cucu je yang baru, Atuknya demand gak nak yang baru and paling mahal dari kedai motorsikal BSP.

hahahah lawak lah abah aku, dia saje nak nyakat cucu2nya, ingat korang je bley dapat helmet baru, Atuk pun boleh dapat, mak korang mesti belikan punya. iye iye, nanti anakanda mu (yakni Sirman hahahaha) pi tolong belikan yek…

hish gambar nih kalau set as home screen image kat PC pun cung kan…cute je korang!

Categories : Abang, Gegirl

The weekdays story…

IMG00526-20100625-1311

friday lunch hour, we were so free, abih merata kedai kitorg masuk pas makan kat food court 4th floor. sonokkk! diorg lah yang sibuk nak beli sana sini, tapi aku yang terjebak, i bought my cleansing lotion of Clinique, oklah itu keperluan. aku tengah control my financial back, maklumlah dah bape banyak abih kat vacation yang panjang and duit mengalir bagaikan air mederas lajuu….

this week i m carrying the Miu Miu Vitello Lux, my 2nd purchase in Paris (aku beli 2 miu miu but satu lagi Red Coffer  kat London). my first purchase of hbag kat Paris gak, aku rasa itulah hbag paling mahal aku beli seumur hidup aku, plan to carry it next week, or week after or during event. i donno lar….

IMG00510-20100624-2008

gambar nih aku dah tweet but oklah bolehlah letak, sambil2 buat tfer gambar aku ngan Gegirl buat ejaan, ni wkdays nya tabiat kami lah…pastu abang yang baru pas Isya’ joined us to do his homework and followed by Sirman. pastuh empat2 bersempit kat sofa merah, sume nak berkepit2. Gegirl ni pantang dia dengo bunyik flash laju je dia sengih tayang gigi putihnya…wpun dia ngah sibuk tapi mata telinga cepat menangkap nak pose…

IMG00523-20100624-2037

ada mintak gambar ibu yang ngah lam pantang, ha ni Reddy, dia sokmo kuor dari cage, nak amik angin jer…tapi kejap jer, pas 5min dia dok teleku gini, dia masuk balik kandang utk menetekkan anak2nya. tetek ke main banyak tapi anak 3 dok berebut gak susu tetek. aku ni hari2 pagi petang malam dok depan cage kasi tonyoh2 mulut anak2nya kat nipple dia. halahai…Reddy tu tau membaring jer, anak2nya masuk idak kat susu teteknya dia mana nak geti betulkan.

anak2 nya masih bukak mata sipi2 jerr, ngah meniarap lagi, lom merangkak, lom kuat kakinya. mmg dok mengiau je bila berebut nakkan susu. aku ngah kompius nama depa nih yang mana satu coz 2 ekor tu bih kurang je bulu badannya, so tunggu diorg dah kedek2 jalan baru kita pilih sapa dapat nama Amsterdam, Paris and London (itu nama diorg lor, anak2 bagi nama tuh coz Reddy kan beranak waktu aku ngah bercuti).

ada sekor si hitam yang melekat tuh ke main ganas, aku peratikan kalau dia minum susu abih 2 ekor lagi dia pijak2 langgar asalkan tekak dia dapat susu maknya Reddy. perkh….ko ke main.

IMG00520-20100624-2035

waktu ngah belajar berempat, Slash and Mozel pun sibuk membuta kat sini. macam takdak tempat lain, eh si Mozel tu manja melampau2 betul ngan aku sejak aku balik nih.  dia punya manja sampai tidur sama ngan gua ok, kadang2 kalau bila aku dah nak tidur diorg tak nak gak tidur, aku letak je diorg lam cage, sbbnya aku leh dengo depa bergaduh berkejaran kat hall ngah2 malam buta. ewah korang, bergusti memalam buta.  tapi tu lah, tempat orang ngah belajar sibuk buat kerja, diaorg pun sibuklah datang sama buat taik mata…

that s all, our Saturday story :)

Categories : Abang, Cat, Gegirl, Sirman
 

Switch to our mobile site