Gegirl

The Dentist!

IMG00358

last week Gegirl’s gigi bawah dah bergoyang2. aku mintak dia bertahan sampai hari sabtu, bapaknya pun bawak jumpa dentist. oh first time dulu aku datang bawak gegirl kat sini, memang rasa cozy seronok gak environment clinic nih. She s actually fasting, but sebab dok cabut gigi, makanya kenalah bukak puasa.

IMG00361

dulu memang ada satu goyang, tapi dentist mintak datang lambat lagi, ni sumer gigi susu yang tak pernah patah pun or cabut pun sejak she s a baby. n then so dari satu bijik, rupanya ada 2 biji yang kena dicabut. nak tunggu bilanya. dedua gigi bawah plak tuh.

so Sirman pun suruh je cabut dedua…

IMG00362

alolooo…budak takdak gigi bawah 2 batang

IMG02076-20100821-2357

seharian tuh dia hanya boleh makan bubur nasi yang kena tunggu sejuk, tak boleh makan panas2, and tak boleh jugak minum air panas, so semua air dia sejuk2 belaka. Since she s not fasting, kekejap mintak makanan. tapi masa puasa takdelah sangat nak makan, except masa 1st Ramadhan. but bila tak puasa nih, ke main lapar lah pulak. menghormati abangnya yang puasa, dia makan dalam bilik.

masa kita berbuka kat umah neneknya pun dia tak makan sangat coz takdak bubur, tapi balik malam tu lah yang aku sakan dok kat dapur tanak lagi buburnya.

IMG02062-20100821-1803

susah nak nampak takde giginya, ha ko abih dia menayang bagi korang nampak clear sket….she tak segan pun, tapi dia bengang coz dia tak dapat puasa so dia ketinggalan satu hari, dah tak leh nak leading abangnya. kira diorg sama ler, memasing satu hari tak cukup puasa.pasnih gigi mana lagi nak tercabut…for 2 batang gigi, RM80 kena, takpe lah nanti boleh claim. Eh tapi sib baik aku bawak cepat gak pi jumpa dentist coz gigi baru dia dah nak tumbuh kooooooo! kalo lambat cabut, gigi boleh berlapis wor.

N malam tu jugak dia bawak giginya ke umah neneknya and aku lantingkan ke atap zink rumah mak aku. Ni dah penah aku blogkan, aku pun dah lupa lah napa, tapi sejak dari kecik lagi makpak aku buat gitu, orang2 tua buat, aku pun balingkan je lah gigi anak aku. cuma letih menjawab bila Gegirl and Abang kepoh tanya napa nak kena baling. so aku jawab….biar siang2 kena sunlight, so gigi Gegirl bersinar2 dok atas atap umah nenek. ngehh…jawapan selamat 🙂

Comment: 13

Shy to announce…

IMG01509-20100801-1829

tv rumah aku off terus sehari suntuk Ahad, sebab semua kena mengadap computer…. well technically nya aku tidur petang Ahad tuh, sambil2 monitor Abang yang dok buat Score A. dah late petang baru aku ngadap RM and buat apa2 yang patut….

IMG01505-20100801-1407

musim exam datang kembali, tapi kali ni ada break lama, tak tau lah ngapa selepas 3 hari exam ada break like almost 2 weeks jugak, mungkin sekolah nak budak2 adopt with Ramadhan gamaknya kot. Belajar ngan Score A ni senang coz syllabus dalam tu sebijik sejibon gak apa yang diorg belajar kat sekolah. first few hours abang belajar dari buku lepas tuh baru mula ngan Score A.

IMG01507-20100801-1408

Sebab Gegirl belum exam yet and dia pun kanak2 riang ria, she s spending ngan main Barney Games lah, Dora and so on. budak ni memang pencinta games, abangnya pun sama but coz abang tu korang jangan lupa dia kan kena grounded lagi still for 2 weeks. aku rasa dah 2 minggu dah tapi sebab exam, dia punya grounded session disambung secara automatic hehehehehe. bapaknya punya rules 🙂

kami bertafakur bertiga coz Sirman sibuk di rumah CV for the final reno on the house. together with the contractors and our new tenant, diorg pasang lampu kipas aircond and segala mak neknya lah. This week too the final touch up on the grill.

This week too…emm

shy to say

but have to say

eh shy

eh ok lah….

heheheheheheh…..

hari ini saya menyambut tetamu istimewa. 3 orang sekali datang! appointment dah sebulan dibuat dan juga kerna mereka sangat istimewa, saya dan suami pun cuti bersama.

Ini tetamu hanya orang tertentu je dapat lawatan dari diorang yer…ni sumpah aku cakap kalau aku blogkan sapa tetamu nih, mesti korang melopong punya lah. Betul! nanti aku buat live update via twitter aku yek and post it here the day after.

Comment: 21

Patutnya si celaka tu direjam jer!

IMG01516-20100802-0755

i hate to have the feeling ‘anak aku akan tidak selamat di tangan orang’ aduh, tak sangguplah share cite2 yang buat mak pak cam kita ni rasa tak senang kerja, tak sedap hati sungguh. pagi2 haritu aku pi kerja, aku sendiri nganto Gegirl pi skul dia. coz ada satu berita yang buat aku tak enak, wpun not happening to around our area, tapi malangnya kejadian itu terpapar di muka akhbar.

tapi korang, nak cite kat sini kejadian tu pun aku tak sanggup, baca pun aku lagi menahan tutup mata, aku cuma dengo citer tu dari Sirman, u all pun ada baca kan dalam newspapers. apalah malangnya si anak itu. zalim cilaka lah ko manusia yang berhati syaitan buat anak2 kecil macam tu! memang patut saranan hukum mati je dibagi kat diorang tuh!! sebelum tuh rejam ke sula segala! eiiiiiiiiiii!

baru2 ni lagi pulak keluar citer pemandu van yang mak pak caya ko untuk anto bawak anak2 orang pi kindy pi sekolah, ko cabul budak tuh. aku kalau tengok Gegirl nya kawan2 takde dalam van, aku tak bagi dia naik, baik pergi or baik waktu nak balik. aku dah pakat ngan helper and cikgu sekolah anak aku, kalau orang lain cuti or mmg takde ramai orang dalam van, aku rela suh family members aku pi jemput, kalau aku or laki aku pagi tu sempat ado lagi, memang kitorg yg akan anto.

ni aku cite bukan sebab van pemandu anak2 aku dah buat hal tapi aku memang tak percaya kat sesapa pun, mana2 jenis lelaki ngan anak2 aku baik gegirl baik abang sume dedua aku dah tarbiahkan. noone can touch them, even pegang pipi  usap pala diorang pun aku memang dah cakap tak boleh. aoone can touch them! NOONE!!

cite2 macam nih yang buat macam aku nak benti keje je biar aku je jadi supir anak-anak!

seluruh manusia dan malaikan menyumpah ko lahanad! eii alfundek alvavi lah betullah korang yang jadikan budak2 kecik bahan napsu korang. eii sorry kay bahasa memang kena kurang ajar sebab aku memang marah betul bila talk bout this people.

Comment: 27

Chef Gegirl…

IMG01490-20100801-1239

Lama aku tak buat entry memasak kan…ni special sket lah coz aku memasak with Gegirl.. untuk kita bertiga je makan, so tak yah buat pedas2 coz bapaknya bertukang di rumah CV. if takde sirman, nak masak senang, tapi kalau ada sirman kena ada yang pedas. agak2 nak lagi senang potong je cili api tu simbah kicap dalamnya, laju lah dia makan.  so our menu for that day was kembung masak pindang. lain tu sayur campur and sotong goreng.

she claimed dia yang masak, no hal jer, nak bagi semangat dia masakkan, so sume lauk dia kata dia masak. padahal dia tolong kacau2 and masukkan dalam periuk and kuali jer…

IMG01494-20100801-1245

not just that, aku pun ajar dia camne nak masak nasi gak. susah gak nak ngajar budak umur 6 taun masak beras coz nak mengira jari tuh ke acuan beras tu kan, but boh je lar, janji the basic tu ada. kalau dia buat hari2 sure pandailah jugak nanti. orang2 zaman tok kaduk dulu cam mak aku tu umur kecik2 cinonit dah pandai masak so at least Gegirl tau camne asas masa kecik2 nih ok for me…

IMG01497-20100801-1304

sambil2 tuh dia ada basuh pinggan mangkuk, waktu yang sama jugak aku dok menggoreng sotong…at first malas nak goreng, cukup je lah 2 lauk tapi diorg nak ada yang bergoreng jugak. aku abihkan jer sotong2 yang ada..eii abang yang ngah belajar siap keluar ke dapur sebab tak tahan kesedapan bau sotong goreng dalam kuali nih.  tapi jangan lupa, the Chef of the day was not me, kita bagi sume credit to Gegirl!

IMG01501-20100801-1322

dan makanlah kami bertiga dengan enaknya….malam tu pun lauk yang sama jugak, sebelum maghrib dah dinner bertiga jugak.

IMG01500-20100801-1305

perasan tak Gegirl yang sibuk dok basuh pinggan mangkuk tapi kat kaki dia ada lapik kain putih. 2 kali dia mengadu percikan sotong goreng nya minyak tu kena kat kaki dia. alahai princess nih. so aku amik ler kain putih buat lapik jangan bagi kena lagi kat skin dia. wuii kita yang tua ni pun kena percik myk masak pun pedih apatah lagi budak kecik. lagipun anak pompuan wor…biarpun kena belajar masak tapi jangalah sampai bertanda2 kaki nya segala…

after makan Gegirl semangat anto laporan kat bapaknya on her cooking that day,  sayang bapaknya tak merasa. ada aku tinggalkan untuk Sirman and sirman pun cakap nak dinner gak kat rumah tapi malangnya bila dia tidurkan anak2 dia pun sekali tidur mati. sah penat sangatlah tuh jadi contractor kat CV!

aku ni ngah mengira ramadhan gak nih….means lagilah macam2 menu yang abang and Gegirl demand!

Comment: 23

Good bye violin class…

IMG01412-20100729-2044

budak nih tak siapkan lagik lah 10things i love bout my mummy, malas betul dia. ligat menyanyiiii jer! diamiknya racket abangnya buat gitar and nyanyi macam2 jenis lagu lah! ko nak lagu apa, ko petikkkkkkkkkkkkk jer, play forward rewind, sumer lagu dia bantai nyanyi. entah sapa2 punya lirik dia bantai….

lagu paling hot or ngah IN skang dia sibuk ngan lagu Apple Round Apple Red. Yang lagu mandarin aku tak tau tajuk tapi lagu Melayu plak…Papaku pulang dari kotaaaaaaa, Papaku belikan keretaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……….

bukan nyanyi berdiri tegak, siap berpusing2 satu rumah, headbanging je tak buat, kalo idakk….

oh btw Gegirl sudah watamat kelas violin, nak sambung ke piano class pun dia tak nak. sukati ko ler, asal ko jangan mintak masuk kelas menyanyi jer, aku kureng sket berkenan. so she will just concentrate on her badminton class sahaja….

lagipun panggilan sekolah Year 1 dah dapat surat, she got the same school with her brother. Lega betul dapat satu sekolah, kalau tidak satu hal aku nak buat rayuan plak. So bantailah korang main badminton!

IMG01414-20100729-2045

btw baru ni aku angin ngan principal kat music class dia sebab depa tak nak refund our deposit. she was trying to force us to send gegirl for the piano class at least for a month and pastuh sambung lagi sebulan and pastuh jadi 2 bulan pastu kalau boleh jangan quit gitulah. that s the idea. i dont want to force gegirl to any class anymore coz she kept saying she s not interested dah, dia nak belasah badminton jer. violin tu cukuplah 7 bulan je for her, sepatutnya trial dulu pun 3 bulan je kita buat tapi dah dia tak minat 7 bulan is enaf lah.

last2 aku sound bertepek2 jer lah, now since u said u hv your own rule and tak nak jugak refund our deposit. ok u can keep our deposit, but let me tell u one thing, if you rasa boleh kaya tahap profit giler juta2 with my money yes pls go ahead. and satu lagi, now since u are playing hard, meh aku cakap, korang punya cikgu tu asal sukati je nak cuti, aku kena susahkan adik and abah aku untuk send gegirl for the class ganti during weekdays waktu aku ngan bapaknya kerja. pastuh manjang je sabtu cikgu ko cuti, sampai at 1 time 3 sabtu berturut2 takde kelas and kena buat malam during weekdays pulak tuh.

….she macam terkesimalah kejap.  and later after that dan dan pulak cakap nanti dia discuss dulu ngan partner dia macamana bla bla bla so on. tak sampai 10min lepas aku menceceh ngan dia over the phone dengan nada yang ‘manis berbisa’, she smsed me saying the deposit can be collected anytime.

IMG01411-20100729-2043

halahai…nak kena aku ‘bercakap’ jugak baru ko nak bukak jalan deposit aku tu kan. actually benda ni between sirman and principal tuh, pastuh bila part dia tak nak refund, sirman roger aku and paham2 je lah, kalau dah dia roger means aku sendiri kena slow talk ngan principal tuh coz tau sangat part2 nak fight for right nih memang sirman campak kat aku je suh deal. dia malas nak bertekak2 nih….yang dia tau, dia pi collect jer. yang dia tau, dia jugak pi bayar. yang dia tau dia buat keje yang tak payah kuor anak tekak dia ha gitu.

tapi ada jugak benda yang aku tak suka nak masuk campur, terutama kisah bank bangang yang terlibat dengan management and developer samdol yang kitorg deal with tuh. itu memang aku takkan amik tau, gave up sudah. sirman pun tak hingin nak update aku coz tiap kali dia nak cite pasal kemenyampahan dia pasal 2 malaun tuh, aku memang eiii nak tutup telinga je rasa.

Comment: 16