Gegirl

Addicted to Y3.com!

IMG_5155

mummy nak main Y3.com plsssss

rumah nenek takdak internet lah

ni P1 nih?

P1 tak cover kampung Daddy 😛

so bapaknya cariklah game2 yang already installed dalam HP lappy tuh…sakan dia main sorang2. Pak Wannya nak main pun dia bagi kejap jer pastu dia berkuasa semula. abang apatah lagi, tengok Mission Impossible sambil kepit ngan mak lagi sedap.

IMG21271

punya tak puas, nak balik tu pun dalam keter pun sambung main gak. tapi lam 10 min jer pastuh abang pass lappy kat adik, adik pun main seminit 2 and sudahnya simpan tepi sebab dedua lena tidur di perjalanan….

well technically nya lappy HP tu wpun aku punya, tapi aku berkongsi ngan Abang, he s now officially doing the Score A from that laptop. Gegirl dah memang ada sendiri kan, kalau nak screen beso sket, dia pakai desktop aku pulak. ingat tak dulu Lenovo aku bagi abang kan, tapi sebab dah jual, so he using this lah.

Gegirl pulak very the addicted ngan games gak skang nih, kalo bangun pagi2 nak pi sekolah tu, bila ada masa, dia sendiri onkan laptop and main games dulu yek. kalo weekend jangan cakap lah, makpak tak bangun lagi, dia dah sesenyap onkan Y3.com nya.

game utk weeekend baru nih, dia mintak carikkan Barney games. enjoy giler dapat main!

Comment: 9

My Beautiful Mother…

IMG21238

aku ada project wt gegirl, dia kena lukis gambar mak nya. dalam tema ‘My Beautiful Mother’ cam gitu lah bih kurang bunyiknya. n kami kena siapkan by this weekend gak. she called me when i was at work...mummy, adik tak taulah nak lukis idung mummy. ok takpe nanti kita sambung buat gambo idung kat umah.

tapi gelak bangat tol bila aku dengo dia cakap tak leh lukis idung tuh. cute je bunyiknya….

IMG21234

this drawing was her first task, lansung tak nampak macam mak ko but bolehlah, budak umur 5 taun nya imaginationkan. kita buat yang lain pulak, coz serius besau giler muka mak ko weih. abang pun buat gak, but dia lukis gambo bapaknya dulu siap rambut cacak2 lagi. weekend ni abang n gegirl sesama nanti buat gambo lukisan mak nya. Abang oso has to do the same theme jugak. anak aku 2 mar, takkan gegirl je yang nak kena buat.

tapi tak leh tahan bila bapaknya cakap ‘abang pas buat rambut daddy cacak cacak, daddy nak rambut kaler biru yek’

amboi koooooo sirman!

IMG21239

for her 2nd drawing, dia suh aku duduk dendiam, jangan katup2 mata, tapi aku penat kan, baru balik keje, so aku baring buat style ala2 si Kate dalam Titanic tuh ahhahaha….sekali sudah2nya tetiba aku terlelap lena tidur ko. 30min gak aku dibuai mimpi. n gegirl ngah mengaler siapkan sket je lagik. but jangan tekejut muka mak nya dikaler oren ko!

we still have lots of time, nanti mak modelkan lagik korang lukis jer memolek hek…

Their lovely drawings nanti aku kena submit kat Editor one of the local magazine, they want to feature RM in their majalah for May’s edition. pasal kuor majalah tu nanti aku shout later2 yek, skang kita pulun buat drawings My Beautiful Mother first.

Comment: 14

Dont touch n kiss my kids!

IMG21212

gegirl melaporkan kat abangnya pasal ada budak umur 5 yrs old kat kindienya yang cuba kiss pipinya! gegirl sempat elak lari and tutup pipinya ngan tumbler. she mmg report to abang first then only abang told me. aku pun bersiasatanlah ngan gegirl. and tak leh jadi, wpun budak kecik umur 5 taun, still!!! so ok hal ni kena settlekan, will talk to the teacher, suh slow talk ngan boy tuh and report this to his parents. kalau pun bunyik budak lelaki umur 5 taun nak cium2 macam cute, oo no way yek.

aku tak tau lah korang tak kisah anak korang kena kiss2, tp aku memang pantang tol. gegirl pun tau the rules, takde sapa lelaki leh pegang2 dia, inikan pulak budak umur 5 taun.

fyi kalau kitorg tengok tv, and kalau ada part2 nak kiss kat tv tuh, abang n gegirl automatic tau dah kena tutup mata sesiap…sebab aku dah cakap awal2 ajar depa ni budak2 kecik tak leh tengok, tak leh buat tak leh sumer lah. only mommy daddy je boleh kiss2 cemolot gitu.

IMG21235

kalau ngah lam tv tu bercium kan, diorg tutup mata and sambil tuh tanya ‘dah ke daddy, dah ke mummy?’means dah ke depa berabisan cium, coz depa nak bukak mata balik….abang pun boleh kiss adiknya kat forehead jer, itu yang aku ajar anak2. adik tak yah kiss abang but can hug and salam cium tangan abang ajer.

aku yang mak nya ni pun nak cium abang tak leh openly gak, itu pun kepantangan abang. kena kiss2 dia sorok2, kat public memang dilarang keras for abang. tak macho lah tuh. so gegirl’s case to be solved soon.

Comment: 20

Kit Kat…

IMG21154

aaaaaaaaaaaaa!!!

im so flat, aku ngah bulan2 mengambang and mmg off connection at all to my blog. I will see you soon, when i have the energy back.

Comment: 16

Penutup Jumaat…

IMG21129

zaman bila punya cite ni da baru nak kuorrrr! kisah anak beranak merah pi kedai buku carik revision books for the kiddos. kedai ni kat sblh Maybank BSP. dokek jer…

setaun sekali je pung aku kalau mai sini.

IMG21128

apa jenis buku ko nak sumer ada. tak kira age yek. aku pun angkut satu buku cite gak. eh aku nya koleksi buku citer, manghaik, kalo bukak sale tuh dah boleh masuk PWTC gamaknya. serious cik yah banyak giler. aku pencinta buku citer novel, sangat sukerrrrrrrrrrrrrrrrr membaca buku citer. dari kecik sampai dah tua ni.

ada blog aku tengok diorg jual 3 bijik buku 20hinggit ke 30 inggit, aku nak jual? sayangggggggggggg!!! wpun aku dah baca berulang kali pun aku tetap sayangggggggg gak nak jual. buku2 cite tu anak2 cucu aku nanti boleh dipanjangkan. banyak gak koleksi bukan buku cite yang aku ada.

tapi ada gak yang banyak ilang, specially masa zaman teenager, ramai nau tangan yang datang umah amik pinjam, mementang aku budak kecik ko cakap nak pulangkan tp kedaung!

IMG21130

for abang dapat buku revision and 2 bijik buku komik yang memang dia minat sesangat. for gegirl sket jer, 3 buku revision n 2 buku cite gak.  semua orang ada buku memasing, bapaknya takdak. sebab bapaknya kena jadi banker. takpelah ni kira nanti lah masuk lam income tax.

camne nak kira i/tax ek, aku tak pernah amik tau hahahahha, sebab semua sirman yang buatkan. tapi best, kalau terlebih bayar dapat refund. last year nya refund pun aku dah dpt….bagus bagus gomen, korang mmg cepat dan tangkas.

IMG21135

ha aku dapat tau ada orang kata aku kat ITM tak gemer. memanglah aku tak gelemer!! skang pun aku gemer sebabkan BLOG! ngeng tol. aku pi itm belajar, nak gelemerkan apa, yang aku nya DLs berderet2 tiap semeters aku dapat ko tak nak citer, yang aku wakil state for pantun msia ko tak nak citer hek, yang aku champion chess for ITM pun ko x nak citer. amboi sapa le mulut jahat yek. yang baik2 ko tak nak canang, yang aku pakai tudung ala2 makcik pi kelas kat itm ko nak heboh sekampung, alo cik kak bedah, cite taun 1993 – 1995 ko kira bape puluh taun dah ko nak kata aku tak gemer, ko gemer ke?

hai, hidup kalau tak mendengki, tak boleh ke kak senah? susah hati ke ko ngan zaman lampau itm aku? ntah2 ko pun idup tersungkuq tak grad masa zaman itm tuh. elo…ppl talk kay! rose oo rose, apa ke nama budak yang sibukkan kain batik mak tu rose? sib baik rose habak mai kat acik, if not acik tak tau acik merah gemer u dikata2.

wui iklan jap ek para ni coz cite lama jer nih pun, tp saja lah nak bagi hangat jemaat hangpa. yang hangat tu kejap jer…bukan lama pun dik.

IMG21137

sambung riadah ke QB…hayun angkut sume buku, diorg ngah excited sesangat kan. tau tak aku baru ni lah geti nak belikan abang dictionary English – BM – Mandarin to abang. very the slow tol mak merah. sbb delayed coz aku dok nak beli abang nya dictionary yang ala2 online tu, tp nak pi MV manjang semedang tak rajin.i used to blog bout it too, lama dah kan. alah pakai dictionary buku tu pun bolehlah bang, wpun mak ko x belajar obersi, tp mak dapat gak DL for 3 semesters.

IMG21139

dan spt biasa jugak, utk revision books ni, setiap helaian jawapan dalam tuh aku koyak cabut asingkan siap sorok dalam tempat socks sirman lagi. kadang2 tuka position kat dalam sarung bantal ai. kadang2 kat balik buku2 kerja blogging aku sorokkan. oh harus sorok yek, sebab abang tu kalo ko letak kertas jawapan tu, ada gak dia tim ya ra wau!

part subject standard aku paham lah nak check, tp part mandarin tu aku fail betullah. wpun aku tengok jawapan nak check apa yang abang jwb dr buku tuh, still aku tak memaham. cacing sungguh yin yang mandarin nih weih…so pasalnya penyudah aku bagi kertas jawapan tu kat abang suh dia cek sendiri.

but subject paling abang suka is maths lah….

yang gegirl nya maths lagi syok konsepnya…sebab bapaknya yang ajar konsep nih:

kalo 10 + 2 berapa gegirl?

10 i keep in my head, 2 is on my fingers, jadi 12 daddy!

ha…..tips tuh weih! mahal tips pak sirman yah….

Comment: 18