Germany

Wilderman Hotel, Aschaffenburg…

IMG_3534

the service apartment of our stay…red door. sesuai sangat ngan ai the redmummy

again, ni bukan holiday berjangka…aku cuti ikut suami yang ada kerja di Germany

sib baik ler aku pun banyak lagi cuti and sejak beranak tak pernah amik cuti panjang2…

IMG_2701

service apartment ni takde bilik, dia satu hall panjang tu ler katil and tu ler sebelahnya ada living room, ada 1 room for small kitchen, 1 room for bathroom and jugak walk in wardrobe. tak yah baby cot, anak aku nak melekat ngan aku jer maknya….

IMG_2704

tertonggeng2 bapak ko menyusun luggage…

sampai2 aku terus susun our kain baju kat dalam almari tu, coz we were here for 3 weeks, 3 minggu gaklah aku bercuti panjang.

IMG_2705

budak yang berpusing2 sini je tempat dia main hahahah….habis serata rumah tu dia dah explore. meniarap ke main laju skang nih

IMG_2706

ada sekali aku jumpa dia kat bawah meja makan tu waktu aku dok galid kat kitchen

IMG_2710

kemas bersih…janji yang penting ada internet!!

coz tv tu hanya hiasan je for us, sepanjang 3 minggu dok sini ada le 2,3 kali aku tengok wpun tak paham bahasa Germannya tapi tengok gambar iklan pun jadilah…syok gak.

IMG_2713

the empty kitchen….ada peralatan asas, pun dah cukup

IMG_2715

bilik air besar luas, kaler merah tu!!

IMG_2720

si kecik pas mandi terus mentido sampai esoknya hahahaha waktu tu 6pm local time aku pun joined dia sama coz kitaorang dah tak cukup tidur dari dalam flight  kan…Mamy Poko aku bawak 1 1/2 bag tapi bila minggu terakhir, aku rasa alamak macam tak cukup so kita terpaksa beli kat sini. Itulah juga pertama kali dalam sejarah RB pakai diapers brand lain and pertama kali jugak aku beli coz sleama ni kan Mamy Poko yang sponsored him. Miscalculate le nih, patutnya dah cukup…yelah makan banyak, berak je le kan… tu yang terlebih sket. takpe kat rumah KL berkotak2 lagi Mamy Poko tuh…

RD pulak dia tahan mata dia to sleep after 10pm cos dia nak fight for ikut waktu local, yelah the next daynya dia kena pergi kerja dah….

IMG-20120703-00742

hotel service hantar the coffee maker and periuk nasi! besttttttttttt!

sib baik bawak beras and kopi aik cheong siap2 dari rumah.

IMG_2723

aku bawak penuh the can foods jer dari KL tapi pastuh bila jumpa kedai thailand, kita tambah2 buat beli sayur, cili api, bawang bagai…seafood pun sama jugak. kira ada le jugak tukar2 menu….ngam2 aku punya can foods tu cukup for 3 weeks! weekend memang tak makan di rumah coz 2 weekends kita kat Frankfurt and Munich. 1 day pulak special birthday aku so kita makan luar hehehehe

Aschaffenburg-20120704-00752

pemandangan dari our tingkap….sampai on the first day petang tu terus masak nasi and panaskan rendang ayam yang mak ajah aku dah siap buatkan awal2…takut menantunya berlapau bila sampai gamaknya sini hehehehe. Mekasih makku. Gambar rendang sempat aku instagramkan waktu sampai dulu.

nice place, tapi kalau ler laki aku kena seconded kat sini huwaaaaaaaaaa. tak nak ikut!! tak mo tak mo dah kot….cukup le kali ni pergi, coz dia pergi kerja aku yang dok umah membosan…kalau ada abang kakaknya boleh gak lagi double triple gaduh complete Red Family. ni ngan RB jer…memang lemak betul si kecik tuh. Selama ni aku kerja je kan, dia jumpa aku bila dah malam balik dari kerja, 3 weeks dia melekat ngan aku 24jam sampai nak lari mana2 pun payah.

Bila tidur siang ke malam ke dia tau aku ada sama ngan dia, paling dia suka tidur berpeluk hoi….masaklah mak nak masuk kerja semula nak oi…

Kami dah selamat sampai di KL di malam selepas 1 Ramadhan, Sabtu nak masuk midnite Ahad, terlepas 1 Ramadhan di Malaysia bersama kedua anak coz we were on the flight back from Frankfurt – Doha – Kul, tapi merasa 1 Ramadhan di Germany. Alhamdulillah.

Comment: 14

Yey to Munich!!

IMG_3575

Kat train station dah 7.04am kan…so meaning kita dah kuor rumah dari 6.20am gitu. singgah kejap untuk beli kopi kat bawah train sahaja….pastuh terus RD checked kat mana nak kena tunggu, jangan kang ada tragedi tertinggal ICE train lagik hehehehe. Budak kecik tu kita bilas2 sket je badan dia, lap2 muka dia coz too cold and too early nak mandikan dia. Senyap je dia pagi2 gitu…5.30 pagi kita dah bangun nak bersiap nih.

nak gelak pun macam menda le mak aku nak suh orang gelak pagi2 ngah takde mood kacau tidur aku jer

IMG_3591

Sejuk berdenting2 ya hampunnya masa nih. Itupun patut for our gerabak kena tunggu depan lagi tapi takde cover train pulak so aku suh gak berdiri situ, open space lagi le melampau sejuknya, sian anak aku heh. Aku  yang berjacket pun menahan ketar2. Bila ICE train sampai jer. cantik, perfect betul hehehehe, takde tertinggal train, aku naik dulu ngan RB, pastu RD selamatkan luggage and pram.

Syukur. Kalau terlepas gak ahhahaha memang malang sesajor.

IMG_3598

Oh for going to Munich from Ascha, kita amik 1st class. Coz laki aku tengok beza 2nd class with 1st class hanya 20euro sahaja. thinking kita ada baby, hem tambah je lah 20 euro tuh. skang soalnya pikir ada RB ni hah…kalau kena tambah 200 euro memang tak ler kan, kita dok je kat 2nd class.

IMG_3602

tak ramai passengers dalam 1st class. ada le satu family and satu omputih….so kalau jejerit pun si RB sorang je hah…

IMG_3627

From Ascha to Munich, takes about 3 hours by ICE train. kawan RD ada pergi hari yng sama, amik train lelompat tuh, kol 5 pagi dah kuor rumah sampai 12ish pm ko! depa bujang2 boleh ler berlompat2 trains and banyak masa ada. Kita ni mengelek si kecik…

DSC_1709

One of the stops…

IMG_3633

ada compartment, for family molek nih. kalau aku bawak anak2 aku lagi 2 orang tuh, ha sesuai le sangat dok seats gini, sekali 5 orang boleh sumbat.

IMG_3639

Pitam tengok harga train, tu tak termasuk dengan dia punya seats booking 16euro. ko darab ler 4. Ni laki aku settledkan coz kita tengo dari online but dia beli kat train station, dia kan hari2 pergi balik kerja naik bas, so dia ler singgah beli situ. We took the seats booking bagai sumer coz kita tak nak ribut ler, again we have a small baby.

Kalau aku laki bini jer, senang tak yah nak leisure2 sangat.

IMG_3640

ko pram dok situ dendiam yek!

IMG_3651

hujung2….waktu untuk RB tidur and maknya tidur sama gak. 1 jam tidur aku kendong, 1 jam terakhir laki aku took turn. 1 jam sebelum tu kita main2 ngan dia hehehee

IMG_3654

all ready and packed and set…dah sampai Munich yey!

IMG_3656

apa2 hal dulu, kita carik hotel.

IMG_3668

hotel dah checked in but tak leh nak masuk yet so kita simpan dulu luggage and crossed the road untuk makan nasi + kebab, buat lapik perut. In the same time aku nak menyuap si RB tu makan…

IMG_3673

hotel aku duduk belakang tu hah, jarak antara hotel aku ngan train station ada ler makan 20 langkau, memang sebelah ler sangat heh!

DSC_1758

sebenaunya nak amik Ibis hotel jugak but semua hotels on Sat dah full house, rupanya ada gay parade kat Munich hari Sat 14th tuh. aisayman. so kita end up ngan hotel ni jer lah… 4 star pun, mahal mencekik! tak macam 4 star at all.

DSC_1760

kat tram, pak peta menjalankan tugas semasa as usual

IMG_3683

eh dah sampai….

naik tram kejap jer, aku pun tak tau ler, laki aku cakap kita pergi sini tempat nak diamkan mak ko dulu. hahahhaha!

IMG_3688

dan kemudian kelam kabut pakai baju hujan! jacket aku pakai tu raincoat, weather forecast cakap kat Munich adalah hujan nanti so nak tak nak kena gak aku beli raincoat masa kat Ascha. Tak boleh rely on payung coz kita ada baby ada barang, kang nak kendong nak camne pulak. Anak aku takper ler dia ada rain cover pram dia tuh.

Sudahlah hujan, ngan sejuknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa anginnya halahaiii…..

IMG_3691

Dan menapaklah kita…..

tapi pastuh laki aku bengang rupanya tram tu turun kat tempat yang kita nak pergi, tapi dia ikut jalan jauh coz ada parade kan, hish. takper ler, exercise! banyaklah exercise ko. satu hari punya berjalan tuh.

DSC_1765

jadi pelan2 ler jalan…..

RB pun dalam tu ngah melena.

IMG_3694

Tah tah…

aku memang suka jalan2 gini.

Anw kita asalnya tak sure nak pergi mana, either Cologne or Berlin or Munich or even Zurich. Tapi pas study pendek panjang bagai, end up ke Munich je lah, Berlin jauh sangat tak cukup masa, we just have weekends je nak berjalan, Sabtu and Ahad coz weekdays lain laki aku kan kerja. Lainlah aku tak bawak baby, aku sorang2 pun boleh jalan tinggalkan laki aku kerja ehheheheh….

Hah yang tanya  negara depa bersih ke tak, yes bersih. Aman tenang damai, tapi ada satu waktu aku kena seligi belakang siku orang kat tulang belakang badan aku, ha masa kat Munich ni lah. woi! tu teraccident by mamat Germany, sakit betul.

Wpun hebatnya negara orang, aku tetap rindu kat kampung halaman aku, kat anak2 aku yang 2 orang lagi tuh. Ni dah minggu ke 3 aku kat Germany….

Salam Ramadhan semua, hari ini Jumaat 20 July kami di Germany sudah mula 1 Ramadhan. sob sob…

Comment: 15

A little bit of Frankfurt’s story…

DSC_1586

cuba teka dia duduk kat mana tuh

bawahnya kosong tauuuu

tapi aku suspect kat tangan kanan dia pegang kayu tu ada satu stand untuk cikvon dia lah…betul tak betul tak…

kalau tak puas hati ingat nak menonggeng gak tengok bawah cik von dia, tapi ko dah kenapaaaaa

IMG_3269

makkk, tu bukan 5 inch tu 6 inch punya heels!

lenggang kangkong je cik kiah tu jalan catwalk kat jalan batu gini di Kota besar Frankfurt

confident with style

i like uuuu!

IMG_3274

nampak tak mak merah yang ciput je lam gambar ni

dok tanya harga untuk tour pakai motor basikal roda 3 tuh, mahal betul. langsung tak jadi nak amik.

60euro for 2 hours jer. heh…mahal mahal!

IMG_3281

dalam gambar bukan main lagi besau gambar teh turky nih

sampai je alahai, aku minum sap soi satu napas jer! harga Euro 1.50!

IMG_3271

panassssssssssssssss

but sejuk jugak a bit

aku bayangkan kalau ada abang nih, dia punya berlari mau satu Frankfurt aku kena tempik ajak balikkkkkkk

bang balik bangggggggggggggggggggggggggg! Abanggggggggggggggggg!!

IMG_3396

eh cite stroller ni kan, memula laki aku tak nak awak yang ni tau, katanya bulky, lagipun sapa2 pakai Quinny Zapp korang tau le kan dia punya pesen yang bukan jenis recline, berpisah badan dan rangkanya kan…so dia suh aku carik yang light. Dari Jusco ke KLCC aku carik, ada yang light tapi tak leh nak baring pulak, mostly for pram yang umur 2 tahun ke atas. Mana boleh amik hok gitu coz anak aku kan baby lagi…

Ada jugak yang light tapi harga RM400, buat apa membazir. Korang tau le Quinny yang aku beli tu bukan murah, makan ribuan gak apehal nak beli lagi yang murah sedangkan kita dah ada 2 stroller. nak beli the 3rd one coz nak light, aku memang tak setuju. sampai 3 bijik stroller amboiii!  Aku suh gak bawak yang nih…bila bawak dah berjalan merata baru ler laki aku sependapat untuk kita pakai Quinny ni. sangat berbaloi, worth to the max!

Korang kalau nak travel rasa takut bawak Quinny ni, jangan risau, teruskan jer. coz aku selamba jeeeeeeeeeee boleh buat. ahhahaha tapi part angkut2 bawak masuk train ke hapa, laki aku le buatkan…

alah bawak turun dari our service apartment kat Aschaffenburg tu pun aku sendiri yang angkat sorang2 jugak heh. Aku yang bawah ketiak korang ni pun boleh angkat sap sap soi (habis tu dah takde sapa nak tolong angkatkan, kenalah buat sendiri).

DSC_1512

disudahi dengan Abang Germany yang pandai speaking…udahlah comei, sangat helpful, pastu comei, eh bawak balik kang….

bukan abang yang di tengah2 tu…yang baju biru tuuu

awwww! bye bang :)

Comment: 14

Masih lagi di Ascha…

IMG_3544

cuaca kat Aschaffenburg semakin hari semakin sejuk….minggu ke2 masuk minggu ke 3 pun dah takde nak kuor pakai baju senipis selai. kena gak ko pakai jacket or macam aku tuh degil, pakai selipar lagi. Padanlah orang2 kat town Acha ni dok tengok je aku, yelah kaki aku dah sejuk cam air batu hokey. Standard le…… dok lupa je nak pakai kasut.

Ini hari yang 3 hari kita dah tak kuor rumah coz sejuk melampau2, so aku tak nak le bawak RB kuor. But petang tu tengok matahari ke main terang, takde sejuk sangat, so aku ngan RB siap2 nak kuor janji ngan bapaknya le kat tempat biasa.

Bila about to go out, aku check window, alamak hujannnnnnnnnnnn.

doa punya doa….lewat setengah jam kemudian hujan reda, so aku angkuttttttttt RB turun + pram. Suka betul dia dapat jalan2, yelah 3 hari dok dalam rumah semata, mengadap muka maknya jer 24jam. mau dia tak bosan.

Nak jugak berjalan tuh…makanan anak aku dah habis dar, kena gak carik buah. Suruh RD pergi beli, aku suh beli bawang dia belinya petola bulat kecik2 kalau sekali tengok memang cam bawang yang dah berhiris. Heh…sirman sirman!

IMG_3550

settled suma kali ni balik ikut jalan jauh, coz tak mau naik bukit kalau ikut jalan biasa. tapi pun mengah gak ikut sini….coz ada satu selekoh ya hampun bukitnya ke main le tinggi aku nak mendaki. dahlah skang memang the very the pancit lady. Hah aku tak cite hari birthday aku, kita pi makan kat mall tu jer. dahlah aku masa tu pakai baju shirt nipis jer, kuor rumah baru rasa makkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sejuk. napa ko sejuk. Orang keliling sume pakai jacket ahhahahaha! gila badan aku terketar2 ko menahan sejuk.

Nak naik balik amik jacket heh malas. RB memang jackets 2,3 aku dah sarungkan. maklum ler baby oi!

So bila jumpa je RD aku tereban pakai jacket merah dia, besau pun besau ler…janji omputih tak tengok aku semacam. diorg pelik apehallah aku macam takde  perasaan ke ngan sejuk2 nih.

IMG_3552

Baiklah….ini sahaja entry sejuk2 panas dari Ascha. Kemudian bila kita kuor takde dah nak bergambar, semua sama je jalannya hiks…aku dah explored habis town Aschaffenburg ni heh.

Rumah yang aku duduk tu pun dah seminggu tak pasang kipasnya coz cuaca sejuk dah masuk ke dalam rumah, sapa buat business aircond kat negara2 Europe memang cepat lingkup kalo gini hahahaha. Kipas pun aku pakai masa first half weeks je sampai Ascha pastuh tak berpasang. Hoh hadiah birthday tak dapat laik…

laki aku suh claim kat KL. hampehs je kan…dah alang2 kat sini belikan je lah kat sini coz menda yang aku nak tu elok boli kat KL jer.

Nak balik nak balik nak balik………………i am coming home!

Kita pergi Munich dulu yek :)

Ohh btw kepada peminat ‘Oh My English’, termasuklah Abang dan Kakak yang sanggup bangun cepat hari Ahad semata-mata nak tengok ‘Oh My English’, pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 – 22 (Jumaat – Ahad), pastikan korang menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610). Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ dan juga ada pelakon terkenal tanahair sebagai pelakon jemputan iaitu Lisa Surihani :)

Comment: 6

The long river in Aschaffenburg…

IMG_3478

Petang yang ni kami tak kuor, tunggu bapaknya balik dari kerja and kita nak pi jalan yang opposite of the apartment. ada sungai panjang. ada feri. tapi tak boleh naik…not for tourists.

IMG_3479

sebab depan umah jer, no need to bring pram, sumbat budak kecik dalam Bobawrap

dah lama dia tak dok dalam nih..tapi dia memang suka pun dok dalam tuh, diam jer….

IMG_3484

orang bukan tau aku pakai baju tidur sebenarnya. dah nak malam pun…

cover je ngan sweater jer…

IMG_3487

laki aku cakap kalau le orang tau aku pakai baju tidur kat Aschaffenburg nih…

heh takde orang kenal mak merah pun kat sini!

IMG_3490

carik ferry! air sungai je panjang tuhhhh

IMG_3496

masa ni panas matahari memang bersilau le jugak, yet dah kol 7pm pun…

IMG_3501

orang keliling ingat kitorang ni anak sorang jer…

ko tak tau anak sulong aku nak masuk umur 11 tahun heh!

IMG_3505

ni le sungainya, boleh nampak dari our service apartment

IMG_3514

pening le nak melayan asyik melompat je mak merah ni kan…

IMG_3531

alolooo RB baik jer….sedap dok ndalam kendongan bapaknya…

Yanok / Rose – ini le namanya boba wrap, satu lagi yang akak ada is mobywrap kaler orange.

Boba lagi sedap dari Moby, dari jenis kain and lebar kain pun.

IMG_3534

hah our service apartment yang pintu merah tuh….

terasing sket dari main hotelnya yang di belakang our building

IMG_3535

ada park depan tuh, siap ngan playground bagai, tak kuasalah aku nak pergi pun bukan RB geti berjalan lagi…lainlah bawak Abang ngan Kakaknya….

IMG_3540

eii budak kecik nih…

hah masih lagi RB pakai baju repeat dari BBLuvsMe coz kat sini aku tak bawak banyak baju, tukar2 je, lepas basuh bagai, pakai semula…macam kat rumah le kita buat. satu hari selai kalau tak berbasuh, melampo le kan, buat berat luggage jer…

IMG_3520

terjun tiruk…

laki aku cakap kalau terjatuh dalam tuh

hehehehe…berenang ke tepian le ye kita.

IMG_3526

berg berg je bunyik belakang nama tempat tuh….

anw i love my new shades! thanks to mr eLVee

IMG_3537

kelecupppppppppppppp ngap!

Oh entry Munich is coming upppp….

Comment: 9