Melaka

Syawal di Melaka…

IMG_3664

salam….selamat kembali pulang bekerja pada yang baru masuk kerja hari nih. aku dah lama dah masuk kerja, selasa lepas dah mula jelajah klcc. raya ke 2 dan ke 3 saya dan adik beradik yang lain bersama mak hajah, pulang ke Melaka…sebab kedekut masih lagi tak nak pakai baju raya yang lawa2, aku recyle balik caftan pendek hitam bersama chiffon palazo purple. sedap sejuk jer atas bawah, very the berangin.

IMG_3547

we went to few houses, kebanyakkannya rumah adik2 mak saya lah…oh abah tak ikut coz kesihatan tidak mengizinkan. yang duduk atas kerusi tu maklong ku merangkap kakak ibuku. pastuh mak eden lah, anak no 2. tapi complicated lah sket family mak aku nih.

The Arwah  Atuk 1 kawin with Arwah Nenek 1 dapat Maklong

pastu cerai

Then Arwah Nenek 1 tadi kahwin dengan Arwah Atuk Singapore dapat mak aku

pastu cerai

Arwah Atuk Singapore kahwin dengan Singaporean lagi so ada lagi adik-badik mak aku kat Singapore (means sebapa with my mom)

Pastu tadi cerai kan? so Arwah Nenek kembali kahwin semula dengan Arwah Atuk 1 yang awal cerai kawin tadi. Pastu dapat 10 orang anak, kekal ke akhir hayat.

So my mom is actually anak yang satu ibu di bahagian melaka, tapi berlainan bapa. Yang spore pulak berlainan ibu tapi sama bapa. hah ko! pening tak?

tapi since she lives with the 10 beradik di Melaka, makanya tiada konsep adik beradik lain bapak ke hapa lah…tetap semua anak sendiri dan adik beradik pun jadi kandung.

aku dulu berpinar pikir, apesal semua nama binti bin Arwah Atuk Ghani, tapi mak aku sorang jer binti Arwah Atuk Amir. They are all my cousins, sedara mara kitaorang nih.

IMG_3573

abang dok diam dengan 2 pupunya, bawak psp, kalo battery habis, selamba mintak izin charge..kalo tak dia main berlari satu rumah orang…

IMG_3599

Gegirl tarak hal, janji ada kak chik her close cousin tu, dah kira sedap hidup dia….berkepit je lah diorang…

IMG_3612

My mom with my Aunty, adik mak

IMG_3631

ohoh for Raya, aku tak pakai handbag yang melampo2 over. raya pertama aku pakai LC bronze tu jer coz aku tau yang banyak benda nak sumbat specially duit2 raya lah, and lagipun macam korang tengok raya pertama aku, padat gila satu  hari suntuk berjalan kat belah rumah sedara Sirman.

so for di Melaka aku pakai AH Gracie pink bcoz its emm….it s among the new bag.

apesal ko tak pakai caviar merah ko lagik kak?

ahahahhaha no way aku nak pakai, mau ada rendang yang terlepas kena kat handbag aku tu kang. biarlah pakai bag2 biasa jer bukan orang tau pun…

IMG_3643

abang ko salam ke mata ko nengok duit raya? duit2 raya diorang dah selamat aku masukkan lam tabung haji, online saja. aku pun tak tau lah bape diorang dapat, first day raya jer aku kira pastuh abang je yang keep track duit raya dia coz dia dah ala2 mata duitan, ada je benda yang dia nak beli. aku allocated RM50 jer…lain sumer sudah aku simpan lam account diorang.

sok kalo makpak ko pi haji hah, boleh ngan korang2 sekali makpak angkut. eh cehhhh….

IMG_3670

drama ngan abang jap, dia skang dah big boy so dia segan je kalo nak melekat dengan aku tu kena cecepat tangkap and manjakan dia. ini rumah tak ramai oranglah sangat so tu yang sedap jer dia mengendeng landing2. eh susah tau nak tengok dia melekat ngan aku, memalam kalo kat rumah lain lah. ni kat public area.

IMG_3674

dah dapat tangkap memanja, kasi pelecup sket. hahahahah sayang abang!

IMG_3762

dah lewat petang, kita check in kat D’Village Resort. aku tak booking pun, tapi masa kat rumah sedara2 aku tuh, ada sorang cousin aku pun checked in kat sini, dia ada amik extra chalet, apa lagik, aku sebat lah satu sebab dia mmg tak pakai chalet tuh.

Dapatlah 1 chalet with 2 rooms, cukup untuk aku satu family, family adik aku and mak aku. 1 bilik hotel pulak untuk kakak aku coz chalet dah fully booked katanya.

IMG_3678

malam tu kita bawak mak ajah makan di Umbai, pekena ikan bakar….

IMG_3693

namanya Restauran Nakhoda gitu, one of my readers punya recommendation. ada sorang lagi reader aku tweet suh pi gerai dia tapi aku dah terlepas jalan so kita settled kat sini jer lah..

IMG_3719

urusan order lauk pilih ikan segala, dilakukan oleh abang ipar aku and sirman. yang pompuan bontot malas nak bangun, rela bergossip….total makan was RM150 dapat discount 20ringgit. Inipun kita makan dah lewat sangat…berjanji ngan akak aku memang manjang je timing lari. aku dah kenal sangat pangai dia, suh orang cepat siap kol 9, kol 9 anak banak aku dah ready tp dia dok baru nak mandi. grrr!

IMG_3766

so balik pulang semula ke hotel coz malam memang tak nak berjalan raya, nak rehat2 gitu, kalau dulu memang manjang je pi melepak rumah orang and tidur gak kat rumah adik-beradik mak aku but kenangkan angkatan kapal kitorang jer dah ke main ramai. sian orang nak melayan. so tidur hotel senang, bfast pun ada janji bayor jer…

bilik hotel macam akak aku tu kecik sket lah, RM140.

IMG_3786

chalet 2 bilik yang aku ambik, harganya RM270, bfast untuk 4 orang.

IMG02590-20100911-1921

takde gambar dalam biliklah dari DSLR camera, pakai berry jer…ini 2nd room dari our chalet, bila nak tidur, diorang turunkan tilam. 2 anak akak aku pun tidur sini, so diorang rapatkan katil2 and sedap jer tidur. bangun pagi mak aku cakap si Gegirl ke main sedap tidur atas perut neneknya hahahaha…tu lah kalo kakchiknya ada, ke main dia boleh tidur sama, kalo idak memang dia panjat tidur ngan makpak nya gak.

IMG02589-20100911-1921

this is our room. aku, sirman and abang tidur sekatil…

IMG_3793

hah siang hari sebelum check out mak ajak bergambar…oh mak aku memang suka ngamik gambo skang nih, ai tadah jer muka kan mak…

IMG_3789

for the 3rd Syawal, aku pakai kurung modern merah with sepasang kain warna warni nih, which i bought in Shah Alam. RM90. aku tak suka lah baju kurung nih. lengan dia tu ada kedut2…memang tak suka. dulu beli sebab macam nak amik hati kat orang yang jual tuh, sian dia dok pujuk2 beli. sekali ni je lah aku pakai baju nih pastuh aku bagi kat anak buah aku, badan dia umur 16 tahun dah just nice je boleh pakai nih.

weih dulu jangan ko cakaplah, aku tak gemar tol ngan berbaju kurung. first day syawal je aku rela pakai, pastuh sarung seluar semedang. takpun skirt labuh ke buku lali. but bila dah tetua nih pastu terngiang2 mak aku sokmo cakap, pakai ler baju kurung, asik ngan seluar jer lah...so few years ni jugak aku tukar style. udahlah kat opis aku nak pakai baju kurung setahun sekali pun takdeeeeeee, takkan masa syawal pun tak nak pakai gakkan?

panas ke rimas ke belakang kira, janji kesedaran tu lah kena ada. baru lah namanya hari raya….cousin aku pun pelik eh eh ko pakai baju kurung lah hahahaha! biasa raya ko pakai seluar manjang. ye aku tau..!

Comment: 23

uniknyo!

IMG_4035

selambak tidbits from kak pah bagi for the kids….

IMG_4036

make up set from kak mar moralle and ben 10 for abang

IMG_4039

make up set nih mematik aku ingatkan for me, tp pikir2 balik, pehal kak mar nak kasi aku kan, rupanya it s for gegirl!!!! the next day she make up herself, hasilnya tak sanggup aku nak letak kat lam blog. coz she has the power to put on any colours that she want kan, so abih dia taram! sampai dahi pun dia tempek blusher!!

make up set ni from mak nye ke from aqil to gegirl? ehem ehem…

beza yang lom jadik mak and dah jadik mak. dah jadi mak cam aku n kak mar tu hah pakai terompah jer pun jadik hahahahahah!

IMG_3974 IMG_3975 IMG_3976 IMG_3977

nampak tak harga2 makanan for the seafood kat umbai tuh, fyi, udang yang kitorg amik tuh kan sekilo 65 inggit! jangankan aku, the singaporean pun terkejut!!

kak mar and aku siap berkerut2 dahi dengo harganya huk!

IMG_3978


RM: ha apa dia? tak dengar? korang nak gosip boleeh kuat sket tak? aku ngan kak mar nak dengo gak…

kak red itu hbag LV tu tau mahal wooo, bini tokey tu pakai. SD4k tau kat spore tuh…

Mar: apa apa apa? LV? fuiyoooooooooo


IMG_3979

sirman make u sure u snap the tokey nya kasut LV and the bini tokey nya hbag LV!

perkhhh…..

bagus2….cemerlang bisness ko pakcik.

bagus, mata memasing selain dari makan ke main meriki harta tokey yang mewah ngan jenahak udang dia..!

shud ai recommend this place, yes, but sirman pls remember the jalan malan ni ye, ai nak pi makan lagik, ai nak pi makan ala2 balik day trip pulak.

or ada sesapa nak pi makan kat umbai nih? meh kita gotong royong berkonvoi…

sporean pun leh selamba turun makan, apatah lg yang dok kl, kacang je kan?

Comment: 21

Tanah Melaka…

IMG_3690

punyalah aku ulang alik melaka bersekian lama, inilah pertama kalinya aku tengok ada bangunan Madonna. wuii…apa madonna nya jasa kat sini ek?

atau hanya sekadar nama….

IMG_3691

dah rembang nak maghrib, bilo lah nak sampai tempat nya ni

IMG_3708

korang janganlah hina gambar2 ku yang tak cantik nih. aku main snap jer. aku tak tau nak usik adjust kat mana coz sirman kan ngah driving. banyak gambar kelebur aku taram

IMG_3719

sirman untuk pertama kalinya turun pi bertanya orang melaka kat mana kah tpt yang kami nak tuju tuh. aku sound sekali suh tanya orang, ai know him so well, degil tol nak bertanya nak gak pusing carik sendiri. lainlah kita ada gps tracker senang je nak cantas carik tpt yang kita nak carik tuh kan..

IMG_3720

makin lama makin gelap. sampai pun dah gelap kol bape nak baliknya nih!

IMG_3722

oh cantiknya pemandangan dari tpt gambar ni diambil. tingkat 17!

was told that itu adalah masjid melaka. ye ke? tapi cantik seiii

IMG_3730

eye of malaysia….

IMG_3731

ni tak tau apa ke namanya…tp lawo lawooo!

IMG_3786

saya yang sedang berbual sama kroni2 yang ado di apartment melaka

IMG_3815

IMG_8570

kami juga ada ramai unprof photographers di malam itu

IMG_3727

but the best part, we are celebrating the birthday of our fren…Cikgu Vogei!

saya tempah cupcakes tu dari kawan Nor. Nor adalah reader RM yang sponsor 2 boxes of cupcakes during our potluck last year. so sebab saya suka rasanya sodap, saya tempah sekali lagi dari tokey2 cupcakes nih. sib baik lah dok lam bonet keter dia tak huru hara! Kalau you all nak order tempah cupcakes, boleh hubungi Zul or his wife at this number 0123068304.

saya tak kisah kaler apa, merah light2 pun takper yang penting saya mahu ada words Cikgu Vogei is OLD, inilah creativity yang telah dipersetujui oleh kami berenam tanpa diketahui oleh si empunya birthday girl…

So siapa yang saya jumpa? hehehehehehe…………

Comment: 13

Ayer Keroh Melaka

IMG_3614

sian abang keletihan tidur. awal pagi tu dia bangun dah kena pi tuition, pastu kami bertiga pi QB jumpa pak azuan, pastu aku mencicit balik bersiap plak, kitorg 3 kuor balik amik abang, pi wedding Ms Tym, pastu patah balik umah coz aku tak nak berbaju kurung menghala ke melaka, and lgpun abang kena fresh up mandi sblm gerak ke melaka.

pastu singgah umah mak aku amik adik aku and anaknya baby khyre coz suaminya keje malam so baiklah aku bwk sekali boleh lah diorg berjalan.

IMG_3639

ha sblm tuh singgah jap kat shell sblh mint hotel coz nak amik rosemary chicken yang aku tempah from kak didi and abang jaz, aku nak bawak ke melaka gak. dengan hwaynya ujan lebat…ngan jemmmmmmm kat tol, touch n go sket nya panjang, smart tag pulak boleh jam tu battery aku dah kong. ahaiiiiii! banyaknya capek!

IMG_3646

n highway seremban melaka sketnya jemmmmmmmmmmmm, rupanya ada accident teruk kat the other side of the road tp resmi alam lah kan, kalo sana yang accident, belah sini pun jem ater orang benti drive slow tengok accident. punyalah aku gigih nak ngamik gambo, so dpt ni jer, lain2 keter dok halang, bas dok cover. sib baik lah dpt gak slot keter yang accident ngan kete lori ke van aku tak tau…

pastu panjang berkilo2meter plak jem nya, but kat the other side lah….alah sian korang nak turun kl jem gila gitu.

IMG_3657

mak merah bapak la boring lam keterrrrrrrr! borak2 ngan adik aku and sirman pasal tuh pasal nih, kl melaka idak lah jauh tp sebabkan jem and ujan kan, tu yang lianglibur tol dok lam keter. aku tak sukalah dok lelama lam keter.ni kalo suh pi penang ke kelantan ke haruslah aku pikir panjang lagik.

IMG_3658

dan kami kemudiannya menyinggah di Ayer Keroh. carik teh tarikkkkkkkkkkkk!

IMG_3666

amik gambo dulu pose2 cantik 4 beranak tp abang cam biasa kalo amik gambo muka cam hawau je dia kasi kat camera

IMG_3670

gegirl n mak nya ala sedondon…

kalo hangpa perasan gegirl adalah memakai make up hikss…lam keter mak nya bosan kan, so aku tanya ‘nak make up tak?’

nak mommyyyyyyyyy! laju je ko kan

so aku kaler kan muka dia sama je ngan muka aku, coz make up tu je yang aku bwk

IMG_8558

ai makan mee hailam, adik aku makan mee goreng, sirman makan mee soto. gegirl mengicak mee hailam tp dia kata mee hailam tu pedas sangat, bagus…x yah mak ko share2 ngan ko, leh lencun kasi pulun sorang2!

IMG_3688

masuk je lam keter abang terus bukak baju, dia kena gigit ngan kerengga. tu lah, kerengga tak kaco ko, hangpa pi usik dia, kan ada yang gigit ko! udah nak sampai melaka baru dia pakai baju balik….

masa ni kol bape ek, masa ni kat ayer keroh je dah kol 5 lebih.

wahahahha…..

udahlah nak kena balik malam tu gak, mana bley tidur melaka, anak2 aku ada macam2 ragam on sunday kat sekolah marr…

seksi aaaa ko bang tak pakai baju, udahlah kurus. nampak sepender merah ko tau!

Comment: 13

Purple Day for Redmummy…

img_5317

ai wore purple kebaya from Melaka yesterday. the background of the photo memang dari tanah melaka….n sedondon sama kebaya dan kain batik purple dari melaka jugak. kalo korang nak beli kain batik or kebaya nih, pi google melaka kat entry blog aku ni ha, jumpa lah nanti kedai tang mana bagai kay…

dah banyak kali pun baju kebaya pepel aku tu kuor blog, tp sbb event ni saya datang bukan sebagai redmummy mahupun dari redmummy.com so saya x perlu pakai merah lah kan…

kalo invite tu datang under the flag of redmummy.com, yes ai will wear red lah semestinya…

img_5332

melaka’s booth. congratulations to this team, though they didn’t win big

img_5321

the event took place at somewhere kat tengah bandar di sana sana tuh, ai came to office first, parked my car and panjat keter honeybossy’s driver wt frens. n the whole day of friday, aku dok merempat je kat tpt nih…our duty for morning session jaga duit coklat ehheheheehe…

img_5330

an indian fren wants to wear kain pelikat, so mari kita pakaikan dia….aku suh dia cabut suor panjang barulah nampak gaya dok kampung melaka kan, x nak lak dia. suh pakai selipar pun dia x nak. but ai salute him for wearing the kain pelikat whole day….

tak tertanggal hokey!

img_5375

ada satu booth tuh segalanya merah! my god…sukanya aku. ko hengat aku nak dok diam jer, aku menumpang amik gambo ngan depa, pretty girls with red costume! cantik2 merah kowang. hajat nak amik segalanya background in red tuh, tp x leh nak zoom x boleh jugak nak anjak ke belakang cameragirl aku tuh coz sompek!

img_5360

this was my lunch….oh saya tidak berdiet coz smlm bebudak ‘email berjemaah’ tak bagi menu diet utk friday. ye sila salahkan mereka seratus peratus. tapi jangan percaya pulak yang itu adalah tangan2 saya…aku kan kalo makan udang pandai makan pakai tangan jer, nak bukak kopek kulitnya. aku idak pandai bukak kopek udang ngan garpu sudu mar… so kawan aku si Alang makan udang ngan pantas kilat, terer tol..ngan muka cecembeng aku teringatkan sirman.

Sirman usually buatkan kopek udang ni for us, me abang n gegirl. gilo hapolah kan nak suh laki datang kopekkan udang. so aku pandang alang ngan wajah mohon simpati, dia pun amik ler pinggan aku bukakkan udang ehehehehhe…gila sei, laju betul dia  kopekkan pakai sudu garpu tu kay. terer nya kau! itu lah tangan2 dia.

aku ni, dahlah x geti tukar tayar keter, kopek udang ngan sudu garpu pun bebal…

img_5366

aku pusing2 tempat event tuh, apa yang boleh aku main….emm tangkap ikan :) ini kacang nih, pemenan gegirl pun ado gini. ada magnetic gitu kan, senanglah…

img_5397

kat JJ sokmo ada game nih, or kat tpt2 games tu pun kowang pasan kan ada dancing tuh. kita tengok skrin, follow arrownya mana nak pi kaki ko. ha berjoget lah kao atas papan tuh.

dapat ok, x dpt failed! mencik…

badan dan berat, nak menari atas papan pun terlajak2 arrow.

img_5392

aku x suka menda nih. Puan Liza, gun awak sudah tidak berfungsi dengan elok yerr, ramai orang komplen guns ko jahanam tau bila dah banyak tangan godam. dan aku pun kalah x dpt apa pun bergoyang..udahlah askar ko kekecik….tp aku dpt ler menda tanah liat hapa tah yang team ko tuh kasik..

img_5343

ini lah puan liza yang juga turut hadhir di potluck saya arituh…your team menang besaq nampak! mmg expected pun, pakaian korang je sedondon seiring. amik kat abang askar mana weih?

img_5354

meh kita jalan2 tengok kita akan jumpa siapa…ms bunga yang tudungnya sangat fames dijual. bukan tudung2 nyalah, tudung2 yang dijual tu kroni dia punya. katanya orang brunei pun tempah tudung yang akak promotekan arituh. wah…..sapa reader akak yang dari brunei tapi x nak bersuara kat sini tu ek? mai lah borak2 sket…

img_5387

kamu mahu harga yang bagus untuk product celcom seperti blackberry curve, bold n coming soon is storm? ha ini orang yang layak saya intro sama kamu. taun lepas for father’s day saya dan anak-anak adiahkan sirman blackberry curve kan, saya mintak harga kawan2 from him. after months x jumpa dia nih, aku pun dah lelupa sket dia, suddenly jumpa kat sini. n hangpa tau apa kami borakkan?

Celcom: Weii Red, aku terbaca blog engko! syok siottt! memula aku baca kan, member aku cakap lah pasal blog ko tuh, sekali aku tengok2 eh macam aku kenal je awek merah nih. lerrr, ko yang beli Curve utk laki ko dulu!

Redmummy: aku nak trade in curve laki aku ke bold boleh tak?

Celcom: Ko pi low yatt lah, mbe dia org nak…

Redmummy: x guna lah kau, aku jaja kutuk ko lam blog

Celcom: oi oi, janganlah, aku carik makan weiii. kita diskas nanti lah…

Sirman, takde maknanya ai nak trade in berry awak to bold, pakailah sampai jahanam. ehehehhehehehe

img_5408

amboiiiii sampai tersedak2 Ah Chong semalam hokay, ke main vagg bagi fakta fakta ringkas RM sampai Ah Chong pun famous naik sama…dia pakai baju suit yang ala2 chongsam cina lelaki tuh..

the moment aku nampak dia pepagik kan

‘weii chong, u look like a waiter from Mandarin Oriental’

‘u sadaplah, take my photo now n u can post in your blog’

so anak-anak dara sekalian, sudah lampiaskah rindu kamu sama Ah Chong?

img_5334

4 kebaya dari melaka

img_5342

ramai gak yang berkebaya, mereka adalah kawan2 saya tp susah nak gather kan sume ngamik gambo, jap2 sorang ilang jap2 aku ilang sudahnya dpt ni jer…

img_5407

motif aku bergambo kat sini, kerana kain2 batik ku sebanyak 6 helai telah berbudi di sini, kain batik turun temurun dari mak aku, jatuh ke tangan ku for my berpantang 2 anak, aku gunakan untuk potluck heheheheh dan jugak for this event.

kain batik, aku gunakan mostly hanya untuk berpantang, dan untuk dipakai bersama kebaya….as of now aku ada lebih 30 lai kain batik baik yang belum berjahit dan sudah berjahit. ada yang baru tak pernah lagi dipakai…aku suka kain batik sebab pada aku, kainnya unik.

kat indon pun banyak kain batikkan?

…..ini adalah entry yang tidak memerlukan aku bergaya merah, so kang jangan ada lak pulak tanya ‘kak asal ko x pakai kebaya merah ko kak’

ada pehem??

Comment: 34