Mar 24 2011 Thursday, 9:00 am
Cerita Gula…
48hours sponsored post, pls scroll down for new entries
Sampai sekarang nih aku masih terkenangkan boss lama, yang 8 tahun aku served, he must be reading this 🙂 YM ni minum teh o, tak pernah sekalipun dia letak gula. So tea lady dah naik tau cara minumannya. Kalau minum kat kedai pun, dia cuma mintak air suam ajer.
So sampai sudah aku pun terikut sama perangai dia yang tak amik gula. Tapi tu lah, bila dah no longer with him, datang balik perangai letak gula aku nih. I can’t afford to drink without sugar, just yet. Tapi pandai tak bagi anak2 makan gula or something memanis.
Eh eh namanya pun mak kan.
Kita nakkan the best untuk anak2 kita kan.
Sebenarnya anak2 kita ni tak perlukan penambahan gula dalam air minuman dan makanan depa. Gula yang ada dalam buah-buahan sebenarnya dah mencukupi untuk tumbesaran depa. Kalau dalam masakan pun, letak secukup rasa garam, aku pun tak menggunakan gula dalam masakan melayu nih. But I heard di Kelantan, kalau masak pakai gula yer. Hah tu memang aku tak leh makan sangatlah, manis ko!
Air dah manis, makan pun manis. Camner tuh?
Ngan kuih muih kita lagi, seri muka, keria, pisang goreng Aseana tu siap ada gula merah lagik, hah lebatlah kita punya these selections of :
1. obesity
2. gusi/gigi caries
3. diabetes
4. darah tinggi
5. heart disease and stroke
Tu pasalnya orang Malaysia kita ni banyak penyakit ‘3 beradik’ coz kita ni amik gula ke main wajib ada dalam makanan minuman kita.
Tapi ini bukanlah bermakna kita tak perlukan gula langsung, but pengambilannya harus dikawal, dulu aku bantai 3 cube gula untuk segelas kopi hitam. Now dah slowly kurangkan ke 2 cubes sahaja. Nak reduce ke seketoi macam menzalimi diri sendiri pulak, baik minum air suam jer dah kalau minum kopi pekat hitam tu jadi pahit semata hahahaha!
So as a mom, aku memang pantau sangat2 ngan budak2 ni punya pengambilan gula. Nak makan ice cream boleh? Once in 2,3 weeks bolehlah. Gula2? Memang hangpa akan tengok budak2 tu tak berapa sangat coz dah diajar pun gula2 candy tu tak molek dimakan. Tapi memang aku galakkan depa makan buah, cuma diorg ni kalau makan apa2 nak disiap2kan bukak depan mata baru depa nak makan, sama je ngan bapaknya.
Kalau tak dipotong hiris sesiap, memang sampai kecutlah limau epal tuh takdenya depa nak usik. Rerasanya tahun lepas ada gomen buat kempen pengurangan gula kan, korang pun kena sama ingatlah. Jangan aku tulih ni korang baca tapi tak buat pulak.
Ada orang tak kisah pun anak2nya makan sweet candy nih, tapi if possible dilarang keras and cuma amik untuk ‘merasa’ sahaja for the kids. Sebulan sekali ke, yelah namanya pun budak2, semua yang manis and packaging jajan tu dahlah cecantik, attract depa sesangat kan, but kita yang tua ni lah kena monitor.
Sebenarnya mengurangkan gula atau berenti gula dalam minuman untuk orang tua boleh mengurangkan berat badan, but take it slowly, bukan diberhentikan serta merta. Ni kang ada pulak yang bila dengau berenti amik gula terus nak kurus cepat kan. No, jangan buang terus gula tuh, kang energy ko nak dipakai jugak.
Mak yang superactive sebab gula berlebihan 🙂
So pls, reduce your sugar intake!
Nak memahamkan korang yang added sugar macam corn syrup solids tuh, sukrosa, glucose syrup pun and banyak product dalam children kita nya makanan minuman ada gula tambahan. Dan mana pula dalam gula tambahan nih pun juga dari natural source seperti tumbuhan. Tetapi tu lah kita tak naklah sugar intake yang berlebihan pada anak2 ini menggangu tumbesaran diorang pulak, tidak perlu sangat dalam pengambilan makanan minuman anak-anak kita pung. Sebab tu lah bila kita nak beli cookies, or any junk foods, minuman apapun ko kena belek the ingredients. Added sugar nih pernah tak korang dengar kalau terlebih diamik dek anak2, depa punya hyperactive kemain sakan pulak.
Aku takde pun buat study pasal betul ke ngan added sugar boleh buat anak2 kita ke main active, but I heard from my reading, from kawan2 aku punya pengalaman. Mungkin benar juga boleh buat budak2 nih jadi resah nak tidur malam, banyak nau sugar dalam air minuman carbohydrate yang depa amik kan.
Sebab itulah tahun lepas gomen buat promo untuk pengurangan dalam menggunakan gula. Eh gula ni manis lah, suka nau ke makan minum memanis. Tak pening ke pala ko minum manis manjang? Aku ni kalau dibagi air sirap ngan air suam if lunch kat gerai, aku bedal air suam. Air suam tuh kan dia punya nikmat lalu kat tekak, terbaik. No sugar at all!!
Perbanyakkan minum air suam, berliter2 pun takper, kurangkan pengambilan gula baik dari added sugar dalam minuman makanan ciptaan manusia mahupun dari gula natural yang datang dari buah-buahan kita tuh. Manis2 ni tak berapa molek dik, boleh cepat dapat 3 penyakit je nanti…
Khdimat pesanan masyarakat dibawakan oleh Redmummy.com
RM Recent Comments