Red Family

Salam Syawal Salam Aidilfitri!

image

 

Comment: 24

5 serangkai…berangkai-rangkai cerita

 

IMG_2198

Gegirl poyo tunjuk jam baru. memasing dapat habuan sorang satu sementara bapaknya pulang kejap arituh. Abang dapat jacket, Gegirl dapat jam tangan. RB dapat apa? dapat mengekor abang kakak ko berjalan2….

eh nih the weekend yang RD balik, bukan recently.

IMG_2200

Rambut aku ni asalnya cantik jer beralun pastuh rimas pulak dok kendong2 RB, jadi kusanggul ikat lagi senang. Tak syoklah nursing room AEON, Midvalley. Dedulu 10 tahun dulu cantik jer skang ni dah macam apa jer, mana ngan masa ko nak salinkan diapers anak ko, tong sampah sebelah ko je situ. Bila nak buang, ha ko baik punya bauuuuuuuuuuuuuuu kuor dari dustbin tu.

Dahlah hidung tekak aku ni jenis yang bila ada bau gitu je terus huewekkkkkkkkkkkk!

Pastuh aku dah settled, i need to do an urgent call, aku kena masuk balik nursing room tuh balik coz kat luar bising sangat, boleh ada lipas ke main bercanda atas tempat baring baby for changing diapers tuh. Mak hoiyakkkkkkk!!

IMG_2208

RB tu tengok mood dia, kadang2 memang dok jer dalam tuh tak yah kita angkat, but sejak dah membesau sket nih dia macam cepat je hokhek, ke sebab dia tau bapaknya pun tak lama ada kat KL, asyiklah berdukung jer kan. Tapi kan, kalau RD takde memang aku pemalas betul nak memasang car seat dia kat stroller tuh.  Aku lagi rela pakai moby/bobawrap. Dedulu keter lain pakai car seat tarik senang je, yang kereta skang nih nak menariknya seat belt pasang halahai. Tu yang kalau aku sorang2 je aku lagi rela lah berdukung jer. Unless bapaknya ada ler kan..

IMG_2209

anw ramai pulak kata Gegirl dah start pakai skirt/ dress. Eh dia memang pakailah. dari dulu lagi. cuma ikut occasions lah. Kalau setakat nak pi mall memang takde le dia nak pakai dress coz tau dia nak berlari-larian ngan abangnya. Jatuh tersadung le pulak karang. Yang dress korang nampak kat entry dia pakai masa Madagascar KLCC tuh, aku baru belikan from MotherCare,  dia suka dress lelabuh and can be worn with cardigan. Itu pesennya skang lah.

Kalau birthday party ke apa memang pakai dress. Kalau kenduri kahwin terdekat, dia pakai baju kurung. Aku memang tak suka betul dia pakai jeans kalau pergi kenduri kahwin yang rapat2 ngan aku, for eg pakciknya punya nikah arituh. Sib baik le dia pun paham, ada sepupu dia nih pi pakai tshirt ngan jeans jer, hamik…kono tembak ngan mak ajah!

well ada 365 hari, hari2 dah tentu berseluar so what s wrong for the once or twice a year punya wedding tu pakai baju kurung ke…caftan ke.  Buat tempah, beli memahal tapi pakai masa raya jer, hish rugi liao!

IMG_2213

anw pendekkan citer lah ari Ahad tu kitorg dari lunch kat BSP, terus ke Midvalley, tau sure parking hazab and aku memang takde maknanya dah nak carik parking, memang aku suruh Sirman carik gak valet. dia tu boleh lagi nak pusing2 carik parking dah tentulah nak masuk entrance pun manjang tutup, so baik ler pakai parking, kalau kedekut berkira nak bayar valet takpe aku bayar, aku lagi sakit jiwa nyampah stress kalau buang masa carik parking takdak.

Then kita pi carik barang anak2 jap, pastu makan Pizza, mak datuk punyalah siksa nak makan coz RB meragam sangat hari tuh. Aku memang makan lelompat lah…dia nak tidur pun ye jugak.

Penyudahnya habis je petang tu tak dan nak pi buat 2 urusan lain, terus balikkkkkkkkkkkkkkk ngan kakak pun dok mintak sangat nak mandi pool kan.

IMG_2216

Apesal ko tutup muka Bang?

Taknaklah, nanti mummy letak muka abang kat blog.

So?

Tak nak, abang dah big.

Motip??????????????????????????? dah big tak leh kuor blog? ko anak sapa bang????????

Ko anak Redmummy tau!

Comment: 32

For my Mother’s Day…

image

wishes untuk korang ibu-ibu semua…..

IMG00600-20120512-2359

cards dari anak2….kelakaulah budak2 nih, depa dok communicate each other ngan bahasa mandarin coz tak nak aku tau rahsia depa dok buat kad and hadiah2 tu sume. Pastuh kad2 tu memang depa beli ngan bapak depa, but Gegirl ada dapat 1 lagi extra kad katanya cikgunya bagi suh bagi mak memasing. Pastu Gegirl rajin buat lagi satu menda tetiup kanan tuh kalau bunyik dah macam wisel jer…dia belajar kat sekolah buat tuh sumer….

Kad anak bujang aku paling simple, very plain and kakak very the colourful coz dia kan suka colouring….

Semua ni dapat a few min b4 the midnite of 13th May 2012.

IMG00602-20120513-0006

bapaknya sedang melunaskan kewajipan terkahir malam tu untuk si kecil….malam tu jugak bapaknya kena terbang ke Kigali, Rwanda. AGAIN! nanti kita letak lagi gambar negara tu yek, macam le aku yang pergi. in which i wont go lah country gitu, takut. Dia pun kat sana memang kalau bukan sebab kerja, takkan dia pergilah kan…

Ditinggalkan baju 3 helai untuk setiap anak andai merindu2. Dan pada aku ditinggalkan tanggungjawab untuk aku uruskan family, a to z. Cam biasalah kan mak merah for being Supermak again. Cam tak biasa. 11 tahun dah gini.

IMG00604-20120513-0151

hiks..maknya cepat merajuk…kad pun nak tulis pasal merajuk.

on mother’s day itself, dia mintak approval nak ada akaun twitter and FB. eiii ko nii!

IMG00608-20120513-0152

kakak, so sweet….

mana dapat all the words ni kakak?

from the 2nd card 🙂

IMG00610-20120513-0153

2nd card from kakak 🙂

comelnya cetusan hati.

takde pun kami pergi makan2 ke hapa, coz …adalah nanti citer. bukan jer sebab bapaknya out of country.

IMG00611-20120513-0155

 hadiah paling jimat untuk maknya. bukan aku favvy menda nih tapi depa, pastuh dah bukak diorang yg makankan….

IMG_1583

tolong tolong, packkan saya sama nak ikut bapak saya!

Comment: 29

3 anak….

IMG_7328

IMG_7331

IMG_7333

IMG_7341

IMG_7345

IMG_7346

IMG_7349

IMG_7354

IMG_7360

IMG_7363

IMG_7373

IMG_7376

IMG_7377

IMG_7380

IMG_7383

IMG_7394

IMG_7397

IMG_7399

IMG_7402

IMG_7405

IMG_7410

IMG_7418

IMG_7420

IMG_7430IMG_7422

IMG_7431

IMG_7432

IMG_7436

IMG_7438

 

Sebab hari ni hari Jumaat, pastuh kita akan cuti 4 hari (provided ko apply cuti hari Isnin le kan), dan aku pun dah terlompat2 susun entries, lelintang pukang. So end up ngan the kids photos jer, depa buat photoshoot by bapak depa. maknya masa ni hem…..pi cover event rasanya masa nih.

Actually susah nak amik gambar nih coz RB tak pandang camera, so kalo ko tengok certain photos tu kakaknya terpaksa pegangkan mukanya untuk stay still.

OK aku dah dapat penyakit malas nak menceceh coz ni pun dah ke main banyak gambar, special nih coz korang nak cuti kan. tapi not to worry, entry untuk weekend pun ada dah siap, for early next week pun siap settle, just nak tukar2 tarikh jer.

Happy weekend, long weekend!

Comment: 29

Tak tau!

 

IMG_1024

kakak makan dengan rakusnya!

IMG_1027

sibuk hisap jari!

IMG_1031

tau kan kalao makan kat Pizza Hut dine in ada free meals for kids gak?

IMG_1026

dia blom bergolek lagi boleh le tumpang kejap lapik letak kat kerusi tu, cuba dia dah pandai berdansa….siap ler!

untungnya bila ko buat sponsored post, cover events, yang dibayar lain,  yang dapat sebagai dalam package bla bla bla bla pun lain gak. so kita tau kita akan. ok silap. semua tau yang mak merah depa adalah sangat busy, most weekends asyik penuh jer jadi kami ke Pizza Hut 2 wkends ago. nak balun habiskan voucher makan Pizza sebelum tarikh langsung tutupnya.

Pastuh kita up lagik tambah menambah. diorang pemakan Pizza sangat, specially Abang. Dia punya santap habiskan Pizza tu, kalah nasi + kari ayam or ayam kurma dia lah.

Gambar ni macam aku bertiga je. Standard ler, abang and sirman memang tak penting kuor blog hahahah, diorang lagikan sibuk makan pizza.

in between waktu tunggu siap the pizza, aku and gegirl lari pi beli make up sket. hiks…kedai pun sket lagi dah nak tutup so itu je yang sempat disapu bersih.

Cakap pasal bersih, sabtu ni jalan tutup lagi yok? hish bosanlah, habis doctor’s appointment anak2 aku kena resked. Mengaco daun sesajor. Memanglah tak kena ngan spital tuh but doctor2, staff nurse yang nak pergi kerja kan datang dari berbagai arah.

Tak tau?

Tak tau nak letak tajuk apa….entry sekilat sangat coz ada yang rindu mintak aku menceceh lelebih sket, jangan sangat letak gambar jer. I m so so sooooooooooooooooooo busy skang nih.

Comment: 14